You are on page 1of 2

Dadah merupakan sejenis bahan kimia yang memberi kesan psikoaktif ke atas badan

seseorang. Dadah akan memberi ketagihan, merosotkan kesihatan dan keruntuhan moral
seseorang. Terdapat beberapa jenis dadah yang sering disalahgunakan oleh remaja masa kini
termasuklah herion, ganja(cannabis), candu, syabu, kokein, ice, ecstacy, morfin, getamin dan
amfetamin.

“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”merupakan peribahasa yang sering


diuar- uarkan oleh pemimpin negara. Malangnya pemuda- pemuda masa kini sering dibelungi
oleh masalah penyalahgunaan dadah yang menjadi topik utama dalam media massa sekarang.
Penyalahgunaan dadah sememangnya membimbangkan dan memberi kesan yang signifikan
kerana ramai belia terjerumus dalam najis dadah ini. Walaupun pelbagai pihak sering
mengadakan kempen kesedaran dan cermah tentang anti dadah namun usaha ini sering
dihubungkaitkan dengan peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi, sesuatu yang tidak
diendahkan oleh remaja masa kini.
Yang lebih meyedihkan adalah mentetak atau membunuh ibu atau bapa kandung sendiri
demi untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah. Kita sering mengetahui tentang perbuatan
yang sedemikian melalui surat khabar dan berita yang disiarkan saban hari. “Seorang lelaki
yang dipercayai di bawah pengaruh dadah mengamuk dan membunuh ibu kandungnya dalam
kejadian di kediaman”, “bapa yang mati ditetak menggunakan parang panjang di rumahnya
selepas dipercayai enggan memberikan wang diminta anaknya untuk membeli bahan terlarang
itu”, merupakan berita-berita yang disiarkan oleh surat khabar tempatan diikuti dengan kesan
yang dihadapi oleh keluarga mangsa dadah.

Salah satu faktor perdana yang menyumbang fenomena ini untuk berlaku adalah kerana
kekurangan pendidikan agama dan penerapan prinsip yang ditunjuk oleh setiap agama. Agama
Kristian dengan ajaran dan prinsip- prinsip yang diajar dapat memerangi gejalah
penyalahgunaan dadah. Menurut rukun dan hukum agama Kristian yang lebih dikenali sebagai
“Ten Commandments” yang menyatakan dalam rukun kelima iaitu “hormatilah bapa dan ibu
kamu, supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Ku berikan kepada kamu”. Ayat dalam
Kitab itu membawa maksud bahawa setiap orang mempunyai peranan untuk memhormati ibu
dan bapa masing- masing agar dapat berkat daripada Tuhan yang Maha Mulia. Setiap remaja
perlu berfikir dua kali sebelum terjebak dalam gejala yang tidak sihat ini. Seseorang itu yang
menghormati ibu bapanya tidak akan menyakiti hati atau mengakibatkan kematian ibu bapanya
sendiri. Perkara ini perlu disemaikan dalam fikiran remaja masa kini agar mereka tidak ingkar
dengan perintah Tuhan dan menhormati ibu dan bapa supaya dapat hidup dengan tenteram
dalam dunia ini.

Bukan itu sahaja, dalam Kitab Bible ada juga menyatakan bahawa kita perlu
menhindarkan diri kita supaya tidak menjadi mabuk dalam Efesus 5:18. Oleh itu, remaja perlu
menyerahkan diri mereka kepada Tuhan daripada membuat akitiviti yang tidak sihat. Selain
itu, terdapat juga ajaran yang lain dalam agama Kristian iaitu, dalam buku Yehezkial 18:4
menyatakan bahawa nyawa setiap orang milik-Ku, baik nyawa bapa mahupun anak, sesiapa
yang berdosa, dialah yang akan mati. Ayat ini membawa maksud bahawa setiap orang milik
Tuhan dan setiap orang perlu menjaga harta Tuhan dan tidak merosakkan sama sekali. Perintah
Tuhan ini perlulah dipatuhi oleh setiap remaja agar tidak terjebak dalam gejala sosial seperti
penyalahgunaan dadah. Perintah and ajaran ini dapat menungkit sifat patuh dalam diri remaja
dan secara tidak langsung mereka akan menjauhi najis dadah dan gejala sosial yang lain.

Dengan adanya ajaran agama, semua gejala sosial dapat membanteras dari akar umbi.
Remaja merupakan seperti kain putih, ibu bapalah perlu mengambil inisiatif untuk
mencorakkannya dengan memberi ajaran agama yang secukupnya dari azali lagi bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

You might also like