You are on page 1of 5

TAJUK: PENILAIAN IMPAK GERAKAN 4 MEI KEPADA KEPERCAYAAN DAN

PEMIKIRAN TRADISIONAL CHINA, 1915-1926

1.0 PENGENALAN
 Gerakan 4 Mei ialah peristiwa demonstrasi, mogok dan rusuhan yang dijalankan pada tahun
1919 oleh kira-kira 5000 pelajar di Peking dari 13 institusi pengajian tinggi
 diketuai oleh pelajar-pelajar serta pensyarah-pensyarah Universiti Peking.
 Universiti Peking merupakan pusat revolusi intelektual kerana canselornya Tsai Yuan Pei
menggalakkan perkembangan idea-idea baru di kalangan pelajar-pelajar.
 Gerakan ini merangkumi jangkasama 1917-1921 yang dikenali sebagai “Zaman Revolusi
Intelektual”
 Peristiwaii telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, sosial, intelektualisme
dan kebudayaan.
 Di antara tokoh-tokoh penting dalam Gerakan 4 Mei ialah Tsai Yuan Pei, Chen Tu Hsiu, Hu
Shih, Monlin, Kuo Mojo dan Lu Shun.

KEBANGKITAN :

 Pada 4 Mei 1919, kira-kira 5000 pelajar di Peking telah mengadakan tunjuk perasaan
membantah keputusan Persidangan Damai Versailles mengenai Shantung. Mereka terdiri dari
pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Peking. Mereka berkumpul di
bangunan kedutaan iaitu Tien an Men sambal membawa sepanduk-sepanduk seperti “Negeri
China kepunyaan orang China”, “Kembalikan Hak China di Shantung”, “Jangan Terima 21
Tuntutan”, “Hukum Semua Pengkhianat” dan sebagainya bagi tujuan tunjuk perasaan.
 Ia menjadi ganas apabila pelajar bertindak membakar rumah pemimpin-pemimpin China yang
pro Jepun seperti Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin dan mendesak mereka
meletakkan jawatan. Mereka juga telah mendesak wakil China dalam Persidangan Versailles
iaitu C.T. Wong dan Wellington Khoo supaya jangan menandatangani Perjanjian Versailles
yang dijadualkan pada 28 Jun 1919.
 Perjuangan golongan pelajar DISOKONG oleh beberapa golongan masyarakat China yang lain.
seperti pekedai-pekedai, pekerja-pekerja kilang dan saudagar-saudagar, akhirnya mereka
mengambil bahagian dalam perjangan tersebut. Golongan pekedai dan saudagar telah
bertindak memulaukan barang-barang buatan Jepun , pekerja-pekerja pelabuhan juga turut
sama memulaukan kapal-kapal Jepun.
 Sokongan dalam perjuangan ini juga turut datangnya dari tokoh-tokoh politik seperti Sun Yat
Sen.
 Bagi MENGHALANG perjuangan ini kerajaan telah bertindak menangkap 10 pemimpin pelajar
dan 1150 orang pelajar dan dipenjarakan di Penjara Peking. Di antara pemimpin pelajar yang
ditangkap ialah Hsu Te Heng, Chang Kuo Tao dan Yi Ken Ni. Kerajaan turut menutup maktab-
maktab dan universiti-universiti di 200 bandar di negeri China bagi menahan kemarakan
perjuangan mereka.

 Tindakan pelajar, pekedai, saudagar, pekerja kilang dan pekerja pelabuhan menyebabkan
ekonomi China merosot dan ini menjejaskan Kerajaan Peking.
 Pada 7 Mei 1919. kerajaan membebaskan pelajar-pelajar yang ditangkap. Presiden Hau Shih
Chang menyampaikan arahan supaya menolak syarat-syarat Perjanjian Versailles. Perwakilan
China telah diugut akan menerima hukuman jika menandatangani perjanjian itu. Pelajar-pelajar
China di Perancis turut mengambil bahagian dengan mengawasi gerak-geri perwakilan China.

- fokus kajian

 Fokus kajian adalah untuk melihat impak gerakan 4 Mei kepada kepercayaan dan pemikiran
tradisional china pada 1915-1926

2.0. ISI PERBINCANGAN

LATARBELAKANG

o FAKTOR GERAKAN 4 MEI

 Faktor gerakan 4 Mei terbahagi kepada 3 faktor.

1. FAKTOR JAUH
o 1890- Pembaharuan 100 hari

o 1911- Revolusi 1911 * Menurut beberapa sarjana revolusi 1911 tidak Berjaya
o Perkembangan intelektualisme;
 Antara tahun 1903-1919, semakin ramai pelajar China dari luar negeri pulang
ke negeri China. Antaranya ialah Chen Tu Hsiu dan Tsai Yuan Pei dari Perancis,
Kuo Mojo dan Lu Shun dari Jepun dan Hu Shih serta Mon Lin dari Amerika.
Dengan menggunakan Universiti Kebangsaan Peking (Peita), Tsai Yuan Pei y
Chen Tu Hsiu dan Hu Shih telah menyebarkan idea-idea Barat kepada pelajar-
pelajar.
 Mereka menyebarkan pelajar-pelajar bahawa negeri China jauh ketinggalan
jika dibandingkan dengan kemajuan negara-negara Barat. Mereka
menekankan kepada penggunaan politik, ekonomi dan pendidikan moden
secara Barat untuk membentuk sebuah negara China yang moden dari segi
politik, ekonomi dan sosial.

2. FAKTOR DEKAT

o New Youth oleh Chen Duxiu


- sebuah majalah Cina pada tahun 1910-an dan 1920-an yang memainkan peranan
penting dalam memulakan Pergerakan Kebudayaan Baru dan menyebarkan pengaruh
Gerakan 4 Mei
- Chen menerbitkan "A Letter to Youth" dalam edisi pertama pada15 September 1915.
Surat itu mengeluarkan enam cabaran:
 Be independent and not enslaved 自由非奴隶
 Be progressive and not conservative 进步非保守
 Be in the forefront and not lagging behind 进取非退隐
 Be internationalist and not isolatonist 世界非锁国
 Be practical and not rhetorical 实利非虚文
 Be scientific and not superstitious 科学非想象
o Perkembangan Dunia
 Peristiwa yang berlaku di negara lain turut memberi inspirasi kepada
golongan nasionalis terutamanya pelajar-pelajar China.
 Antaranya peristiwa penting yang memberi inspirasi yang kuat ialah Revolusi
Bolshevik yang berlaku di Rusia pada tahun 1917. Revolusi Bolshevik
merupakan kejayaan perjuangan rakyat Rusia menggulingkan Kerajaan Czar
yang korup. Mereka telah berjaya membentuk sebuah kerajaan yang moden
dan disegani.
 Selain itu, revolusi sosial yang berlaku di beberapa buah negara Eropah
seperti Finland, Jerman, Austria dan Hungary serta “rusuhan beras” di Jepun
pada tahun 1918 juga telah membangkitkan kesedaran rakyat China untuk
menentang kerajaan.

3. FAKTOR PENCETUS

o Masalah Shantung
 Jepun telah mengalahkan Jerman di Shantung dan merampas konsesi Jerman
di Shantung. Pada 18 Januari 1915, Jepun telah mengemukakan tuntutan
yang dikenali sebagai “21 permintaan” untuk dilaksanakan oleh China
 Golongan pelajar menganggap tuntutan tersebut sebagai satu penghinaan
yang boleh menjatuhkan maruah China.
 Mereka mendesak supaya Kerajaan China menolak sama sekali “21 tuntutan”
tersebut. Kemarahan golongan pelajar China bertambah kerana Persidangan
Damai Versailles Januari 1919 yang dihadiri oleh pihak berikat mengiktiraf
“21 tuntutan” tersebut.
 Persidangan Versailles Januari 1919 telah memutuskan bahawa bekas hak-
hak Jerman di Shantung diserahkan kepada Jepun.
 Keputusan Persidangan Versailles telah mengakibatkan satu demonstrasi
pelajar-pelajar di Peking pada 4 Mei 1919.
 Mereka menuntut pengembalian hak-hak China di Shantung dan mendesak
Kerajaan China supaya tidak menandatangani Perjanjian Versailles.
 Golongan pelajar juga mendesak Kerajaan China menghukum tiga ahli politik
pro Jepun iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin yang
dipercayai bertanggungjawab bagi penerimaan tuntutan berkenaan oleh
China.
Gerakan 4 Mei telah mencapai matlamat perjuangannya. Wakil China dalam Persidangan
Damai Versailles iaitu C.T. Wong dan Wellington Khoo tidak menandatangani Perjanjian
Versailles yang dijadualkan pada 28 Jun 1919 akibat dari desakan pelajar. Tiga orang ahli
politik China yang dianggap pro Jepun dan bertanggungjawab bagi penerimaan “21
Tuntutan” Jepun oleh China iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin telah
meletakkan jawatan. Dalam Persidangan Washington pada 21 November 1921, negeri
Jepun telah bersetuju untuk menarik diri dari Shantung.
3.0 IMPAK GERAKAN 4 MEI KEPADA KEPERCAYAAN DAN PEMIKIRAN TRADISIONAL CHINA

- terdapat beberapa impak kepada kepercayaan dan pemikiran tradisional china

1. GERAKAN KEBUDAYAAN BARU @ “NEW CULTURE MOVEMENT”

o Gerakan 4 Mei telah mengakibatkan kemunculan Gerakan Kebudayaan Baru. Golongan


intelek berpendapat bahawa perjuangan mereka adalah untuk membentuk satu masyarakat
baru, menilai kembali tradisi China dan memperkenalkan idea-idea Barat.
o Universiti Peking memainkan peranan penting menerbitkan majalah-majalah dan akhbar-
akhbar yang bertujuan menyumbangkan usaha-usaha membina sebuah masyarakat China
yang baru. Di antara majalah dan akhbar tersebut ialah New Tide (Aliran Baru) dan Weekly
Critic (Pembidas Mingguan).
o Intelektual seperti Chen Tu Hsiu, Lu Shun, Hu Shih dan Lin Pan Nung telah mengkritik
masyarakat tradisional China yang berasaskan ajaran Confucius. Mereka telah menyokong
pembentukan negeri China yang moden yang berasaskan sains dan idea-idea Barat. Satu lagi
perubahan ialah mengkaji semula ajaran Confucius yang menjadi pegangan hidup orang-
orang China. Intelek-intelek China telah terpengaruh dengan pemikiran saintifik Bertrand
Russel, John Dewey dan Thomas Huxley yang menganggap fahaman Confucius sudah tidak
sesuai lagi dan perlu dihapuskan.

2. PEMBAHARUAN KESUSASTERAAN

 Penggunaan Bahasa klasik dalam karya karya tidak lagi diterima dan penggunaan Bahasa
venekular turut diperkealkan
 Banyak karya-karya dari barat dibawa masuk ke China dan di sadur ke dalam Bahasa tempatan
seperti karya-karya William Shakespeare

3. PENDIDIKAN UNIVERSAL

 Masyarakat digalakkan untu berfikiran bebas dan tidak lagi terkongkong oleh adat
dan budaya yang lama.
 Kebebasan akademik turut diperkenalkan iaitu banyak pendekatan akademik barat
digunakan seperti Mr Science & Technology
 Kitab tradisional tidak lagi menjadi satu satunya sumber pendidikan masyarakat
China

4. IDEOLOGI BARART

o Ideologi barat seperti communisme dan liberalisme mula mendapat tempat dalam masyarakt
 Gerakan 4 Mei telah membuka jalan kepada perkembangan fahaman
Komunis di negeri China. Ideologi-ideologi Barat telah menarik minat intelek-
intelek China yang merupakan pengasas Gerakan 4 Mei.
 Dalam tahun 1918, Li Ta Chao telah menubuhkan “Society for the Study of
Marxism” di Universiti Peking yang merupakan pusat Gerakan 4 Mei.
Kebanyakan ahlinya terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Peking seperti
Chang Kuo Tao dan Mao Tse Tung yang kemudiannya memainkan peranan
penting dalam gerakan Komunis di negeri China. Chen Tu Hsiu seorang
pemimpin terkemuka Gerakan 4 Mei telah menganut fahaman Marx-Lenin
dalam tahun 1920.
 Beliau telah menubuhkan “Socialist Youth Corps” di Shanghai pada tahun
1920. Pada tahun tesebut juga, Li Ta Chao telah menubuhkan “Socialist Youth
Corps” di Peking.
 Pada tahun 1920 juga, pertubuhan-pertubuhan Marxism telah disatukan dan
pada tahun 1921, Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao telah menubuhkan Parti
Komunis China dengan bantuan Comintern.

4.0 KESIMPULAN
5.0 LAMPIRAN
10.0 RUJUKAN

You might also like