You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN

SERING
Jalan Pasir Kasar
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel. 09-7657185, Fax. 09-7657248, email. skseringdba1101@gmail.com

Ruj. Kami : SKS/900 – 1 (5)


Tarikh : 31 JANUARI 2018

Semua Ibubapa/Penjaga
Murid Tahun 2
Sekolah Kebangsaan Sering

Tuan,

PELAKSANAAN UJIAN DIAGNOSTIK KEM CEMERLANG JAWI PROGRAM J-QAF

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Ujian Diagnostik Kem Cemerlang Jawi Program j-Qaf Tahun
2018 bagi murid tahun 2 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 06.02.2018
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi (1 Jam)

3. Mohon kerjasama tuan/puan agar dapat memastikan anak jagaan tuan/puan membuat
persediaan untuk menduduki ujian tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(RAJA KAMARUDIN BIN RAJA ISMAIL)


Guru Besar
Sek. Keb. Sering, Kota Bharu

s.k Fail
SEKOLAH KEBANGSAAN
SERING
Jalan Pasir Kasar
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel. 09-7657185, Fax. 09-7657248, email. skseringdba1101@gmail.com

Ruj. Kami : SKS/900 – 1 (6)


Tarikh : 26 MAC 2018

Semua Ibubapa/Penjaga
Peserta KCJ 2018
Sekolah Kebangsaan Sering

Tuan,

PELAKSANAAN KEM CEMERLANG JAWI PROGRAM J-QAF SIRI 1 TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Kem Cemerlang Jawi Program j-Qaf Tahun 2018 bagi murid
tahun 2 hingga 6 yang terlibat akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 06.04.2018
Hari : Jumaat
Masa : 7.45 pagi - 12.45 petang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Tiga
(RM 3.00) bagi menampung makan dan minum peserta pada hari tersebut. Kehadiran murid
adalah diwajibkan.

4. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat memastikan anak-anak di bawah jagaan
tuan/puan hadir pada hari tersebut. Kerjasama dari tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(RAJA KAMARUDIN BIN RAJA ISMAIL)


Guru Besar
Sek. Keb. Sering, Kota Bharu

s.k Fail

You might also like