You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

SJK (C) LINTANG


BIL.2/2018

Tarikh : 9 April 2018

Hari : Isnin

Masa : 2.10 p.m. – 3.00 p.m.


Tempat : Bilik Guru
Kehadiran : Pn Chong Wai Bin Pn. Chew Lay Kim
Pn. Lee Phooi Guan Pn. Cheong Yue Leng
Pn. Lau Seow Lee Pn. Ooi Chiew Lee
Cik Chen Wai Yee Cik Lee Phooi Fong
En Muhamad Syazwan Pn Goh Chai Lin
Tidak Hadir: En Lau Kah Ho

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan
kedatangan guru-guru ke mesyuarat kali ini.
1.2 Tujuan mesyuarat ini adalah memberi maklumat terkini kepada
guru-guru.

Untuk makluman: Semua guru

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas


2.1 Minit mesyuarat yang lepas disahkan tanpa pindaan. Dicadangkan
oleh Pn Goh dan disokong oleh Pn.Lee
3. Perkara Berbangkit
3.1 Pn Goh akan menghadiri Taklimat Pesanan Buku Teks bagi
kegunaan tahun 2019 daerah Kuala Kangsar di PPD Kuala
Kangsar pada 10 April 2018.
3.2 Pn Goh akan memesan buku teks SPBT bagi kegunaan tahun2019
secara atas talian dan bahan-bahan berkaitan akan dihantar
kepada PPD.
3.3 Pn Goh memaklumkan bahawa buku teks SPBT gunaan tahun 3
pada tahun 2019 adalah buku teks terbitan baharu.
3.4 Buku stok telah berjaya dikemaskini pada bulan Mac.
3.5 Permohonan untuk pelupusan buku-buku SPBT telah diluluskan
oleh Arkib Negara Malaysia.(rujuk fail pelupusan)
3.6 Pelupusan telah dijalankan mengikut ketetapannya.
3.7 Borang 12 -Arkib 12/08 telah dilengkapkan dan dihantar semula
kepada Arkib Negara Malaysia dan JPN Perak.
3.8 Pada 1 April 2018, terdapat seorang murid baru berpindah masuk
ke sekolah kita. Murid itu adalah warga bukan negara. Dia tidak
layak menerima bantuan buku SPBT.

Untuk makluman: Semua AJK

4. Hal-hal lain
4.1 Pn Goh memaklumkan agar semua guru kelas boleh menyeru
murid-murid membalut buku teks.
4.2 Pemeriksaan SPBT mengejut akan dijalankan pada bulan ini.

Untuk tindakan: Semua guru kelas


5. Penutup
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemakkan oleh,

----------------------------- ---------------------------

(Pn Goh Chai Lin) (Pn.Chong Wai Bin)


Jawatan :Penyelaras SPBT Jawatan: Guru Besar
SJK(C) Lintang SJK(C)Lintang

You might also like