You are on page 1of 5

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERAI


MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEEMPAT
TAHUN 2014

Tarikh : 30 Oktober 2014


Hari : Khamis
Masa : 2:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :
En Zainal Abidin Bin Jaffar : Pengetua
Tn Hj Abdul Jalil bin Jaafar : Penolong Kanan Pentadbiran
En Zulkiflee bin Othman : Penolong Kanan Kokurikulum
Zarina binti Abdul Wahab : Guru Kanan Bahasa
Tan Kuan Mei : Guru Kanan Kemanusiaan
Hafizah binti Hamid : Guru Kanan Sains dan Matematik
Vijayaletchumi a/p Krishnan : Guru Kanan teknik dan Vokasional
Pn Salmah binti Ismail : Guru Media/ Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Pn Khor Gaik Hong : Ketua Panitia Perdagangan
Pn Shau Hui Ping : Kaunselor
Pn Mariani : Kaunselor
Pn Anjalay a/p Govindasamy : Ketua Panitia Bahasa Tamil
Pn Nethira a/p Rajenthran : Ketua panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pn Noraini binti Ahmad : Ketua Panitia Matematik
Pn Noralina binti Hassan : Ketua Panitia kemahiran Hidup
Cik See Soo Bee : Ketua Panitia Bahasa Cina
Pn Siti Nor Armiza binti Azmi : Ketua Panitia Pendidikan Moral
Pn Siti Salha binti Rejab : Ketua Panitia Sejarah
En Tan Poh Aun : Ketua Panitia Prinsip Perakaunan
Pn Virawati binti Johari : Ketua Panitia MPV
Pn Fazilia binti Zainol : Ketua Panitia Bahasa Melayu
Pn Pn Loh Mei Gin : Ketua panitia Sains
Pn Rafidah binti Abdul Kadir : Ketua Panitia Seni Visual
Cik Zuriati binti Talib : Ketua Panitia Pendidikan Islam

1.0 Ucapan alu-aluan pengerusi


Pengerusi menjelaskan bahawa dalam menentukan skor SKPM , pencapaian SPM
meliputi 70% daripada skor peperiksaan awam dalam pencapaian akademik peperiksaan
awam. Dalam hal ini, pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan SPM harus
dititikberatkan. Pengerusi berharap semua ketua panitia dapat mengatur rancangan
tahunan 2015 untuk panitia masing-masing . Pengerusi juga mengucapkan terima kasih
kepada guru yang bertungkus lumus untuk meningkatkan pencapaian akademik
pelajar . [ Tindakan ketua panitia dan semua guru mata
pelajaran ]
2

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Ketiga Tahun 2014


En Tan Poh Aun mencadangkan untuk pengesahan minit mesyuarat kurikulum kali ketiga
tahun 2014 dan disokong oleh Pn Siti Salha binti Rejab.

3.0 Perkara berbangkit


Tiada

4.0 Laporan post mortem PT3 dan Peperiksaan Percubaan SPM


Rujuk lampiran 1 dan 2

5.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran ( Tn Hj Abdul Jalil bin Jaafar )


5.1 Semua guru yang mengajar pelajar-pelajar tingkatan 3 harus mengisi skor PBS
pelajar dalam sistem perekodan PBS secara ”offline” ( Modul Perekodan
Perkembangan pembelajaran Murid ) dan email maklumat ini kepada PKI.
[ Tindakan semua guru mata pelajaran tingkatan 3 ]

5.2 Prestasi Ujian Penggal harus menggunakan markah Peperiksaan Percubaan PT3,
kecuali untuk mata pelajaran Geografi dan Sejarah ( tiada percubaan PT3, markah
prestasi penggal diambil daripada markah Peperiksaan Pertengahan Tahun )
[ Tindakan semua guru mata pelajaran Geografi dan
Sejarah tingkatan 1 ,2, 3 ]

5.3 Untuk tingkatan 1 dan 2, guru mata pelajaran juga perlu melengkapkan Modul
Perekodan Perkembangan pembelajaran Murid secara ”offline, markah prestasi
ujian penggal juga merupakan markah Peperiksaan Akhir Tahun.
[ Tindakan semua guru mata pelajaran tingkatan 1 dan 2 ]

5.4 Semasa peperiksaan SPM, kelas-kelas tertentu akan dicutikan mengikut jadual
berikut:
Bil Tarikh Kelas yang diberikan cuti
1 03-11-2014
2 04-11-2014 Semua pelajar tingkatan 3

3 05-11-2014
4 06-11-2014 Semua pelajar tingkatan 2 & Peralihan

5 10-11-2014 Semua pelajar tingkatan 4

6 13-11-2014
7 20-11-2014 Semua pelajar tingkatan 1

[ Tindakan guru tingkatan & guru mata pelajaran]


3

5.5 Walaupun peperiksaan sudah tamat, proses pengajaran dan pembelajaran harus
diteruskan. Antaranya, guru mata pelajaran harus meminta pelajar melengkapkan
tugasan PBS mereka. Selain itu mulai bulan Oktober , dua waktu pertama pada
setiap hari Rabu ( waktu kokurikulum ) akan digunakan untuk aktiviti
latihan PBS [ Tindakan semua guru ]
5.6 Semua ketua panitia perlu berbincang dalam mesyuarat panitia tentang
perancangan penggunaan wang PCG panitia pada tahun 2015. Ketua panitia juga
perlu menyediakan laporan penggunaan wang PCG untuk tahun semasa dan
mengenal pasti baki wang PCG [ Tindakan ketua panitia ]
5.7 Semua ketua pantia juga perlu berbincang dengan ahli panitia tentang program
peningkatan akademik panitia untuk tahun 2015. [ Tindakan ketua panitia ]

5.8 Semua ketua panitia perlu membuat semakan stok panitia dan mengemaskinikan
kad stok sebelum berakhir penggal persekolahan tahun 2014.
[ Tindakan ketua panitia ]
5.9 Fail panitia perlu dikemaskinikan oleh ketua panitia .Semua fail panitia perlu diserah
kepada Guru Kanan sebelum cuti sekolah. [ Tindakan ketua panitia ]

6.0 Ucapan Guru media ( Pn Salmah binti Ismail )


6.1 Pada bulan November pihak sekolah akan melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan
dan Kem Membaca 1 Malaysia secara serentak.
6.2 Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan
dan Kem Membaca 1 Malaysia.
6.3 Jadual pelaksanaan program ”Bulan Bahasa 2014’ peringkat sekolah:
Bil Tarikh Program Tindakan
1 4.11.2014 Perasmian dan pelancaran Bulan Bahasa Pn Fazilia
peringkat sekolah. Membaca Ikrar Bulan
Bahasa . Persembahan pelajar.
2 4.11.2014 Buku program ( edar pada hari pelancaran ) Pn Lim Chiang Sun
3 5.11.2014 Membuat buku skrap Pn Salmah
Pn Norshila
4 6.11.2014 Pertandingan Sahibba Pn Salmah
Pertandingan Scrable Pn Norshila
5 7.11.2014 Pertandingan pidato Cik Vijayaletchumi
6 10-11-2014 Pertandingan bercerita Pn Lee Kon Yun
7 11.11.2014 Pertandingan mendeklamasi sajak Pn Zarina
8 12.11.2014 Pertandingan teka silang kata En Zulkifli
9 Sepanjang Dokumentasi dan fotografi Pn Khor Gaik Hong
Bulan Bahasa Pn Rafidah
10 Penyampaian hadiah Pn Zarina
Pn Salmah
[ Makluman dan tindakan guru yang terlibat ]
4

6.4 Bacaan Nilam


6.4.1 Semua GURU NILAM, sila pastikan data pelajar kelas telah direkodkan secara
online sehingga 31/10/2014 (Jumaat).
6.4.2 Pada 10/11/2014 (Isnin), semua rekod bacaan pelajar kelas anda akan dicetak
untuk disahkan oleh PK pentadbiran sebelum diserahkan kepada guru
tingkatan untuk rujukan dan simpanan.
6.4.3 Semua buku catatan NILAM yang telah lengkap ditandatangan perlu diikat
dengan baik, disertakan senarai nama di atas buku tersebut. Tandakan '/'
untuk pelajar yang mempunyai buku dan tanda 'X" untuk pelajar yang tidak
mempunyai buku.
6.4.4 Semua buku catatan yang telah siap disusun dan ikat diserahkan kepada Pn.
Sumathi sebelum 14/11/2014 (Jumaat) untuk direkodkan dan ditandatangan
sebelum disimpan di Perpustakaan.
[ Makluman dan tindakan Guru Nilam ]

Disediakan oleh, Disemak oleh ,

…………………………………….. …………………………………………….
(KHOR GAIK HONG ) ( Zainal Abidin B. Jaffar )
Setiausaha Kurikulum Pengetua
SMK Perai SMK Perai
5

You might also like