You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KADET REMAJA SEKOLAH

SMK JALAN TASEK


06 FEB 2014
DEWAN TERBUKA SMK JALAN TASEK
2.00 PETANG

Kehadiran Guru:
1. En. Muhd Faiz B Muhd Halil
2. En. Abdul Nasir bin Abdul Rahman
3. En. Zulhelmi b. Abd Wahab
4. En. Ahmad Izwin B. Ismail
5. Cik Shahrizad
6. Pn. Noor Haiyati bt. Abd Rahman
7. Pn. Farihah bt. Hussin
8. Pn. Norhashimah bt. Abdul Wahab
9. Pn. Zalina bt. Mat

Kehadiran Murid:
1. Muhammad Hariz b Ahmad Azhar
2. Liew Chai Yoke
3. Nurul Haida Syazana bt Mohd Tarmizi
4. Nur Liyana bt Azhar
5. Mohammad Syazwan b Zabidin
6. Mohd Muti’eiy b Manshor
7. Nur sabrina bt Zulkifli
8. Mohamad Syahid Farhan b Mohd Zaki
9. Muhammad Syahmil b Salim
10. Muhammad Fitri b Yunizal Farik
11. Nur Alissa Najuwa bt Roslan
12. Anis Zulaikha bt Amerruddin
13. Muhammad Azri b Yahya
14. Muhd Zulraimy b Mohd Zubir
15. Nor Athirah bt Abdullah

Tidak Hadir:
Tiada.

1.0 Ucapan Ketua Guru Pemimpin.

1.1 En. Muhd Faiz b. Muhd Halil mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua
guru pemimpin dan ahli jawatankuasa. Beliau juga menerangkan bahawa mesyuarat
kali pertama ini adalah penting kerana kesinambungan pergerakan KRS di SMK Jalan
Tasek akan bermula di mesyuarat ini.

1.2 Seterusnya beliau memberi ruang kepada pengerusi KRS untuk mempengerusikan
mesyuarat tersebut.

1
1.3

2.0 Ucapan Pengerusi.

2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En. Muhd Faiz di atas ucapan aluan
beliau tadi.

2.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru dan ahli-ahli
sekelian.

2.3 Beliau menerangkan mengenai perkara-perkara yang harus diputuskan di dalam


mesyuarat pertama ini agar perlaksanaan aktiviti KRS dapat dijalankan dengan baik
bermula dari tahun ini.

3.0 Pembentangan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan KRS SMK Jalan Tasek.

3.1 Pengerusi memohon setiausaha membentangkan kepada ahli mesyuarat tentang


Cadangan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan KRS SMK Jalan Tasek.

3.2 Setiausaha membentangkan Cadangan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan KRS


SMK Jalan Tasek.

3.3 Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan


tersebut.

4.0 Pembentangan Kurikulum KRS Jalan Tasek.

4.1 Pengerusi memohon setiausaha membentangkan kepada ahli mesyuarat tentang


Cadangan Kurikulum KRS SMK Jalan Tasek.

4.2 Setiausaha membentangkan Cadangan Kurikulum KRS SMK Jalan Tasek.

4.3 Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan Kurikulum KRS SMK Jalan Tasek.

5.0 Pembentangan Pungutan Derma Ahli KRS SMK Jalan Tasek.

5.1 Pengerusi membentangkan usul pungutan derma ahli KRS SMK Jalan Tasek
berdasarkan Perlembagaan KRS SMK Jalan Tasek. Jumlah kutipan derma ahli bagi
tahun semasa adalah sebanyak RM5.00 seorang. Tujuan kutipan derma ini adalah
untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti yang tersebut di dalam kurikulum KRS
dan pengurusan/pentadbiran KRS SMK Jalan Tasek.

5.2 Mesyuarat bersetuju mengenai jumlah pungutan dan surat permohonan kelulusan
hendaklah diberi dengan kadar segera kepada tuan pengetua.
Tindakan: Setiausaha KRS

5.3 En Muhd Faiz juga menyatakan bahawa setelah surat kelulusan diterima dari tuan
pengetua, senarai nama mengikut tingkatan hendaklah diberi kepada AJK tingkatan
supaya senang AJK tingkatan memungut derma tersebut dari setiap ahli.
Tindakan: Setiausaha KRS
AJK Tingkatan

2
5.4 Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.

5.5 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas undian tersebut dan mencadangkan
agar aktiviti mingguan secara terperinci dibincangkan di dalam mesyuarat yang akan
datang.
Tindakan: Setiausaha KRS

6.0 Lain-Lain Hal.

6.1 Tiada perkara berbangkit.


6.2 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli
mesyuarat dan berharap agar perlaksanaan aktiviti atau program pada tahun ini
akan berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.55 petang.

Dicatat Oleh, Disemak Oleh,

______________________________ ____________________________
(Nurul Haida Syazana bt. Mohd Zulkifli) (Muhammad Hariz B. Ahmad Azhar)
Setiausaha KRS Pengerusi KRS
Tarikh: Tarikh:

You might also like