You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI

JALAN AMAN 10, 43000 KAJANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN


BILANGAN 1/2018

Tarikh : 5 Februari 2018

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Wawasan

Kehadiran:

Bil. Nama Jawatan


1. Pn. Nasiah bt. Ayob Guru PK HEM
2. Pn. Misiah bt. Hussin Setiausaha
3. Pn. Hasfalinda bt. Abu Hassan Naib Setiausaha
4. Pn. Sarimah bt. Saad
5. En. Zulhaimi b. Yusuf
6. Pn. Noorshazrina bt. Faustine
7. En. Mahadi b. Abu Bakar
8. Pn. Norina bt. Mohammad Zain
9. Cik Norfarhana bt. Mohd Zainal

Urus Setia Mesyuarat

1. Hasfalinda bt. Abu Hassan Naib Setiausaha

1 PERUTUSAN

1.1 Perutusan Wakil Pentadbir

1.1.1 Mesyuarat Unit Disiplin Kali Pertama dimulakan dengan bacaan


surah Al-Fatihah.
1.1.2 Puan Nasiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
ahli jawatankuasa Unit Disiplin yang hadir untuk bermesyuarat
pada hari ini. Beliau berharap segala isu dapat dibincang dan
diselesaikan.
1.1.3 Puan Nasiah mengingatkan supaya setiap aktiviti yang bakal
dijalankan perlu mempunyai draf dan dibentangkan kepada
pihak pentadbir sebelum diluluskan. Setiap perancangan yang
dibuat juga perlu mengikut takwim yang telah ditetapkan.
Makluman: Semua ajk
1.2 Perutusan Pengerusi

1.2.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pen-


tadbir atas pesanan dan peringatan yang telah diberikan.

1.2.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ajk Unit Disiplin


atas kesudian melapangkan waktu untuk menghadiri mesyuarat
Unit Disiplin kali pertama.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Pengesahan minit mesyuarat kali keempat 2017


Cadangan:
Sokongan:

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 1.4- Puan Misiah menyatakan bahawa Program Detektif Cilik
yang dirancang pada tahun lalu kurang berkesan. Program ini akan dit-
ambah baik dan akan diteruskan pada tahun 2018.
Tindakan: En. Mahadi

4 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Tindakan disiplin pelajar

4.1.1 Puan Nasiah menegaskan, setiap tindakan disiplin yang diambil


harus mengikut SOP dan keputusan-keputusan minit mesyuarat.
Cara merekod kesalahan murid ditetapkan seperti berikut:-
i. Kesalahan ringan= Kesalahan pertama akan diberi nasihat
dan kaunseling. Kesalahan kali kedua akan direkod di da-
lam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
ii. Kesalahan sederhana & berat= Kesalahan kali pertama
akan terus direkodkan ke dalam Sistem Sahsiah Diri Murid
(SSDM).
Makluman: Semua ajk

4.1.2 Pelajar yang hadir lewat berturut-turut ke sekolah akan


dikenakan tindakan disiplin seperti berikut:-
i. Pada hari ke-6: surat amaran pertama
ii. 7 hari selepas Amaran Pertama: surat amaran kedua
iii. 10 hari selepas Amaran Kedua: surat amaran terakhir
iv. 14 hari selepas Amaran Terakhir: dicatat di dalam SSDM
Pelajar-pelajar lewat ini juga akan didenda mengutip sampah pada
waktu rehat. Mereka akan diawasi oleh guru bertugas mingguan.
Makluman: Semua ajk

4.2 Tugas guru dan pengawas sekolah

4.2.1 Pengerusi menyatakan bahawa tugasan pengawas sekolah


akan disebar kepada semua guru pengawas agar arahan yang
diberikan sama dan selari. Perkara ini penting bagi mengelak-
kan kekeliruan arahan di kalangan guru-guru pengawas.
Tindakan: Pn.Misiah & Pn. Hasfalinda

4.2.2 Pengerusi mencadangkan nama-nama kumpulan pengawas di-


tukar kepada nama baharu. Nama-nama ini akan dimaklumkan
kemudian.
Makluman: Semua ajk

4.2.3 Pengerusi mencadangkan kursus pengawas yang akan datang


akan dijalankan hanya melibatkan pengawas sekolah sahaja
bagi memberi fokus kepada tugasan mereka.
Makluman: Semua ajk

4.2.4 Pengerusi meminta supaya pengawas-pengawas sekolah yang


akan mengendalikan perhimpunan perlu dilatih seminggu lebih
awal bagi memastikan perhimpunan akan datang berjalan
lancar.
Tindakan: Semua ajk

4.2.5 Pengerusi mahu lantikan pengawas untuk tahun akan datang


dibuat lebih awal bagi memudahkan urusan tempahan vest.
Vest akan digunakan semasa majlis penyampaian watikah
pengawas yang dijalankan pada awal tahun.
Tindakan: Semua ajk

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Ibu bapa yang sering masuk ke kawasan sekolah didapati agak berle-
luasa. Pengerusi menegaskan bahawa perkara ini perlu dibendung
dengan mendapatkan kerjasama daripada pengawal keselamatan.
Semua guru pengawas perlu sentiasa peka akan perkara ini.
Tindakan: Semua ajk

5.2 Didapati kawalan pelajar pada waktu selepas rehat agak sukar dijalan-
kan kerana kesesakan semasa beratur. En. Mohd Salleh (unit disiplin)
mencadangkan supaya susunan meja kantin ditukar bagi memudahkan
murid-murid untuk beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
Tindakan: Semua ajk

5.3 Pengerusi mencadangkan jamuan akhir tahun Unit Pengawas dan


Disiplin dibuat di Hotel Blue Wave, Shah Alam. Jamuan ini akan
digabungkan dengan lawatan ke Perpustakaan Shah Alam.
Makluman: Semua ajk

6 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk yang
telah hadir dan diharap semua dapat memberikan kerjasama dalam
menjalankan perancangan-perancangan yang telah ditetapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 ptg

Urus Setia
Unit Pengawas
SK BANGI

12 Februari 2018

You might also like