You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)


SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TERSAT, 21800 AJIL HULU TERENGGANU,
TERENGGANU
KALI 1/ 2016

Tarikh : 12 Mei 2016


Hari : Khamis
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Akses SKFT

KEHADIRAN :

1. En. Ezani Mohd Yusof (Guru Besar)


2. Pn. Zamanee @ Zawanee Muhammad (PK Pentadbiran)
3. En Mat Yusoff bin Jusoh (PK HEM)
4. En. Ismail bin Jusoh (PK Kokurikulum)
5. En. Azman bin Mahmud
6. Cik Nur Fadhilah bt Mohd Noor

1. Ucapan Pengerusi
Guru Besar mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.
(Tindakan: makluman)

2. Lantikan Jawatankuasa PBPPP 2016


2.1 Memaklumkan Jawatankuasa PBPPP terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, 3
orang ahli jawatankuasa dan seorang Urus setia. Urusetia hanya berperanan
dalam aspek penkeranian dan tiada kuasa mengundi.

2.2 Bagi Jawatankuasa peringkat sekolah, organisasi adalah seperti berikut :

Pengerusi : En Ezani bin Mohd Yusof (GB)


Setiausaha : Pn Zamanee @ Zawanee bt Muhammad (PKP)
Ajk : En Mat Yusoff bin Jusoh (PK HEM)
: En Ismail bin Jusoh (PKKO)
: En Azman bin Mahmud
: Cik Nur Fadhilah bt Mohd Noor (PT)
(Tindakan: Semua guru)

3. Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Yang Dinilai (PYD)

3.1 Memaklumkan Penilaian adalah fleksibel iaitu system penilaian yang tidak
terikat kepada sesuatu kaedah penilaian semata-mata. Penilaian ini
dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut :
a. Kesesuaian masa : pagi/petang (bergantung kepada program)
b. Kesesuaian tempat : bilik darjah, makmal atau padang
c Keelbagaian Kaedah : semakan bahan, temu bual, pemerhatian
3.2 Proses penilaian PBPPP melibatkan dua PP, iaitu Pegawai Penilai Satu
(PP1) dan Pegawai Penilai Dua (PP2). Penilaian mesti dilakukan oleh PP
yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD. Pemberian markah kedua-
dua PP adalah sulit.

4. Instrumen dan Wajaran

4.1 Memaklumkan bahawa Komponen Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga


iaitu Generik, Fungsional dan Keberhasilan.

4.2 Memaklumkan Komponen Generik bermaksud semua PPP dinilai


berdasarkan dimensi, elemen dan aspek yang sama.

4.3 Memaklumkan Komponen Fungsional bermaksud semua PPP dinilai


berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas masing-
masing.

4.4 Memaklumkan Komponen Keberhasilan bermaksud semua PPP dinilai


berdasarkan peningkatan berasaskan bidang tugas. (pdp)

5. Hal-hal lain

5.1 Pk Pentadbiran menegaskan bahawa pelaksanaan penilaian dilakukan


secara manual dan kemudian akan dimasukkan ke dalam tapak PBPPP di
bilik akses.

5.2 Pengurusan penilaian PBPPP adalah dalam talian web PBPPP akan
dilaksanakan sepenuhnya bermula 1 Jun 2016.

5.3 Penilaian PBPPP perlu dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada 30 Jun dan
10 Disember.

(Tindakan: Semua PK)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

……………………………... …. .…………………..
(Pn Zamanee @ Zawanee binti Muhammad ) (En. Ezani bin Mohd Yusof)
PK Pentadbiran Guru besar

You might also like