You are on page 1of 12

JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KALUMPANG

35900 Tanjong Malim, Hulu Selangor, Selangor


ததததத ததததத தததததததததததத ததததததததத ததததததத
35900 ¾ï§º¡í Á¡Ä¢õ, ¯Ö º¢Ä¡íÜ÷, º¢Ä¡íÜ÷

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN


BILANGAN 1 TAHUN 2017

TARIKH : 27 Disember 2016

MASA : 9.00 pagi

TEMPAT : Bilik ICT

PENGERUSI : Puan Jeyanthy a/p Lingappan (Guru Besar)

Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Puan Jeyanthy a/p Lingappan Guru Besar
2. Encik Prabu a/l Arumugam Penolong Kanan Pentadbiran
3. Puan Amutha a/p Arumugam Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Encik Subramaniam a/l Muniandy Penolong Kanan Kokurikulum

Turut Hadir : -

Tidak Hadir (Bersebab) : -

Urus Setia Mesyuarat : Encik Prabu a/l Arumugam (Penolong Kanan Pentadbiran)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pn. Jeyanthy a/p Linggapan selaku Pengerusi mesyuarat guru bil 1/2017 mengucapkan salam dan
terima kasih atas kehadiran serta kesanggupan para guru untuk hadir ke mesyuarat tersebut .
1.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru SJK (T) Ladang Kalumpang di
atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2016 untuk meningkatkan mutu pengurusan
dan pentadbiran sekolah ke arah mencapai misi dan visi sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.3. Memohon kerjasama daripada semua guru agar mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.

1.4. Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat ini diadakan untuk menjelaskan pentadbiran dan pengurusan
sekolah bagi tahun 2017.
1.5. Beliau menerangkan agenda mesyuarat:
1.5.1. Unit Kurikulum
1.5.2. Unit Hal Ehwal Murid
1.5.3. Unit Kokurikulum

1.6. Beliau menjelaskan bahawa Unit Kurikulum akan berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum dan peperiksaan. Unit Hal Ehwal Murid pula
lebih berfokus kepada kebajikan dan segala hal yang berkaitan dengan pengurusan murid di
sekolah. Manakala, Unit Kokurikulum lebih berfokus kepada aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah seperti
persatuan, kelab permainan, badan pakaian seragam, pertandingan, lawatan dan sebagainya.

1.7. Pengerusi menyatakan bahawa ketiga-tiga unit ini perlu bekerjasama untuk memantapkan
pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahun 2017.

1.8. Beliau berharap semua guru dapat memberi komitmen yang tinggi dan menjalankan tugas selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.9. Beliau memberitahu bahawa visi dan misi sekolah telah berubah selaras dengan perubahan visi dan
misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Visi baharu ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera”. Misi baharu ialah “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

1.10. Beliau menyatakan keputusan UPSR tahun 2016 Sekolah telah mencapai Gred Purata
Sekolah (GPS) sebanyak 3.45 dan telah mencapai 45% secara keseluruhan

1.11 Pengerusi telah menjelaskan peratus dan Gred Purata Matapelajaran (GPMP) bagi subjek
peperiksaan UPSR tahun 2016 :

Subjek Peratus (%) GPMP


Bahasa Melayu(Pemahaman) 100 2.36
Bahasa Melayu(Penulisan) 72.7 3.64
Bahasa Tamil(Pemahaman) 90.9 4.27
Bahasa Tamil(Penulisan) 90.9 3.18
Bahasa Inggeris(pemahaman) 54.5 3.36
Bahasa Inggeris(penulisan) 54.5 4.45
Matematik 100 3.18
Sains 90.9 3.18

1.12 Beliau juga menyatakan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menggunakan penggredan
skor baru UPSR bagi tahun 2016 :

JULAT MARKAH GRED


90 – 100 A
75 – 89 B
60 – 74 C
40 – 59 D
0 – 39 E

1.13 Beliau menyatakan bahawa pengurusan masa adalah sangat penting dalam profesional
perguruan. Oleh itu, guru-guru perlu menguruskan masa dengan cekap. Beliau menambah
lagi bahawa guru-guru perlu berada di sekolah 10 minit lebih awal sebelum waktu
persekolahan bermula pada setiap hari persekolahan. Sekiranya sampai ke sekolah pada
awal pagi guru kelas perlu masuk ke kelas masing-masing dan menjalankan aktiviti bacaan
untuk pelajar. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan, perlu dimaklumkan
kepada guru besar.
1.14 Pengerusi menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia adalah pengubal dasar-
dasar pembangunan pendidikan dan pihak sekolah adalah pelaksana dasar-dasar tersebut.
Semua dasar yang digubal oleh KPM adalah wajib dilaksanakan di peringkat sekolah.

1.15 Beliau menjelaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dirangka berasaskan
tiga objektif khusus, iaitu memahami cabaran semasa pendidikan di Malaysia, mewujudkan
visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan menggariskan program transformasi
yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian
Pelajaran Malaysia.

1.16 Beliau menyatakan bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memberi tumpuan
kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan, iaitu Prasekolah, Literasi dan numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi
(SBT) dan Tawaran Baharu Kepada Pemimpin Sekolah.

1.17 Beliau menyatakan bahawa KPM memberi penekanan kepada Melindungi Masa Instruksional
(MMI), iaitu masa yang sebenar digunakan untuk aktiviti pembelajaran yang berkesan tanpa
gangguan. Pelaksanaan MMI akan memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran
murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif.

1.18 Puan Pengerusi menyatakan bahawa semua guru perlu mengetahui dan memahami konstruk
1 hingga 6 dalam LINUS

1.19 Beliau menyatakan bahawa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan berhasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang
komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan
diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

1.20 Beliau menambah lagi bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia kini menekankan analisis
SWOT, iaitu S untuk Strength, W untuk Weakness, O untuk Oppturnity dan T untuk Threats.
Analisis ini akan membantu guru-guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan.

1.21 Pengerusi meminta agar disiplin pelajar di sekolah perlu dijaga dengan baik.

1.22 Beliau meminta semua guru wajib menyediakan Rancangan Pengajaran Harian setiap hari.

1.23 Beliau menjelaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Menekankan anjakan
2 yang menerangkan bahawa memastikan murid mencapai tahap penguasaan dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Manakala anjakan 7 menyatakan bahawa memanafaatkan ICT
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di malaysia.

1.24 Pengerusi menyatakan bahawa mengikut anjakan 9 semua guru harus bersedia untuk
bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

1.24 Beliau juga menerangkan tentang 5 aspirasi pendidikan iaitu kualiti, ekuiti, perpaduan, akses
dan kecekapan serta 6 aspirasi murid iaitu pengetahuan, identiti nasional, Etika dan
kerohanian, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa.

1.11. Pengerusi menyatakan bahawa pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan sekolah bermula
adalah berpandukan kepada Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).

1.12. Beliau berpesan supaya semua guru perlu bekerjasama dengan kakitangan sokongan dan
kakitangan swasta yang turut berkhidmat di sekolah supaya pentadbiran dan pengurusan sekolah
berjalan lancar.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL. 04/2016

2.1 GPK Pentadbiran, En. Prabu A/L Arumugam telah membacakan Minit Mesyuarat Pengurusan
Bilangan 4 Tahun 2016.

2.2 Dicadang untuk disahkan oleh Puan Amutha A/P Arumugam.


Disokong untuk pengesahan oleh Encik Subramanian A/L Muniandy.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada perkara-perkara berbangkit.

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN

4.1. PENGURUSAN KURIKULUM

4.1.1. CARTA ORGANISASI SEKOLAH 2017

4.1.1.1. GPK Pentadbiran mengedarkan Carta Organisasi Sekolah Tahun 2017 kepada semua
guru.
Tindakan : Makluman

4.1.2. CARTA ORGANISASI KURIKULUM 2017

4.1.2.1. GPK Pentadbiran mengedarkan Carta Organisasi Unit Kurikulum 2017 kepada semua
guru.
Tindakan : Makluman

4.1.3. SISTEM FAIL

4.1.3.1 GPK Pentadbiran menyatakan bahawa sistem fail sekolah adalah berpandukan
kepada Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).

Tindakan : Makluman

4.1.3.2 Puan Guru Besar menyatakan bahawa perubahan ini adalah selaras dengan
perubahan sistem fail di Unit Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tindakan : Makluman

4.1.4. BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1.4.1. GPK Pentadbiran mengedarkan bahan-bahan yang terdapat dalam Buku Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran kepada semua guru.
Tindakan : Makluman

4.1.4.2. Buku Persediaan Mengajar perlu dilengkapkan dengan maklumat yang diperlukan
seperti rancangan pelajaran tahunan, butiran guru, jadual waktu dan sebagainya sebelum
hari pertama persekolahan.
Tindakan : Semua guru

4.1.4.3. Puan Guru Besar menyatakan bahawa , Rancangan Pengajaran Harian boleh ditaip
menggunakan komputer dan harus disimpan dalam fail.

Tindakan : Semua guru

4.1.4.4. Puan Guru Besar mewajibkan semua guru menghantar buku rekod mengajar dan
buku RPT pada setiap hari Isnin dan Jumaat untuk diperiksa oleh Guru Besar.
Tindakan : Semua guru

4.1.5. SUKATAN / RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN ( SPI BIL. 3/1999 – PENYEDIAAN


REKOD P&P )

4.1.5.1. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu disiapkan dengan bertaip sebelum hari
pertama persekolahan. RPT perlu disemak oleh GPK Pentadbiran sebelum disahkan oleh
Guru besar.
Tindakan : Semua guru

4.1.5.2. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) perlu disediakan sehari sebelum pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Penulisan rancangan mengajar harian perlulah mengikut format
yang telah ditetapkan dalam mesyuarat panitia.
Tindakan : Semua guru

4.1.5.3. Puan Guru Besar menegaskan bahawa impak atau refleksi mesti ditulis selepas
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tindakan : Semua guru

4.1.5.4. GPK Pentadbiran menyatakan bahawa RPT tidak perlu ditampal dalam Buku Rekod
Mengajar. Tetapi, harus disimpan dalam fail.

Tindakan : Semua guru

4.1.6. WAKTU PERSEKOLAHAN / JADUAL WAKTU

4.1.6.1. Jadual waktu kelas dan persendirian telah diserahkan kepada semua guru untuk
digunakan pada 03 Januari 2017.
Tindakan : Makluman
4.1.6.2 Waktu Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2017 ialah pukul 7.30 pagi hingga
12..50 tengah hari ini. Waktu rehat telah dikurangkan daripada 30 minit kepada 20
minit.
Tindakan : Makluman

4.1.7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1.7.1. Semua buku SPBT adalah wajib digunakan oleh guru semasa pengajaran dan
pembelajaran.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.1.7.2. Buku kerja perlu digunakan dan hendaklah sentiasa disemak.

Tindakan : Guru ,matapelajaran

4.1.7.3. Puan Guru Besar menegaskan bahawa guru matapelajaran harus memastikan murid
membuat pembetulan sebelum pembelajaran seterusnya.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.1.7.4. GPK Pentadbiran menegaskan semua guru menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB)
yang pelbagai untuk mencapai objektif pengajaran yang lebih berkesan.
Tindakan : Guru matapelajaran

4.1.7.5. Bilik-bilik khas dan Pusat Sumber Sekolah perlu digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran mengikut jadual yang disediakan. Penggunaan bilik-bilik khas akan dipantau
oleh Guru Besar.

Tindakan : Penyelaras bilik-bilik khas


4.1.8. PENGURUSAN KELAS

4.1.8.1. GPK Pentadbiran mengumumkan senarai nama guru kelas bagi sesi persekolahan
2017.

BIL KELAS NAMA GURU KELAS


1 Tahun 1 Pn.Sunthararathy A/P Jayapragasam
2 Tahun 2 Pn.Hema Mageaswary A/P Vijiyan
3 Tahun 3 Pn.Amutha A/P Arumugam
4 Tahun 4 Pn. Uma Devi A/P Celapa
5 Tahun 5 En.Velan A/L Subpramaniam
6 Tahun 6 En.Gunasilan A/L Punniaakotty
Tindakan : Makluman

4.1.8.2. Jadual waktu kelas bersaiz A4 akan diedarkan kepada semua guru kelas sebelum
sesi persekolahan 2017 bermula.

Tindakan : Penyelaras Jadual Waktu

4.1.8.3. GPK Pentadbiran meminta semua guru kelas menyediakan senarai nama murid dan
senarai nama murid RMT untuk dipaparkan dalam kelas masing-masing.

Tindakan : Guru Kelas

4.1.8.4. Beliau meminta guru kelas menyediakan jam dinding di dalam kelas masing-masing.

Tindakan : Guru kelas

4.1.8.5. Visi dan Misi sekolah perlu dipaparkan dalam bilik darjah dan murid-murid harus
menghafal dan memahami visi dan misi sekolah untuk membantu pentadbir sekolah
memantapkan pengurusan.
Tindakan : Guru kelas

4.1.8.6. Beliau meminta semua guru kelas perlu memastikan kebersihan kelas sentiasa
terjamin supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam keadaan yang kondusif.
Tindakan : Guru Kelas

4.1.9. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

4.1.9.1. Ujian adalah diselaraskan dengan Takwim Akademik PPD Hulu Selangor, iaitu 4 kali
setahun seperti Ujian 1, PKSR 1 dan 2 serta Ujian 2 / Percubaan UPSR.

Tindakan : S/U Peperiksaan

4.1.9.2. Ujian berbentuk sumatif akan ditetapkan oleh jawatankuasa penilaian dan peperiksaan
sekolah. Bentuk soalan adalah mengikut format dan mempunyai skema jawapan.

Tindakan : Penggubal soalan

4.1.9.3. Guru matapelajaran adalah penggubal soalan ujian bagi kelas masing-masing.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.1.9.4. Bagi ujian 1 dan 2, guru matapelajaran perlu menggubal soalan mengikut tahap
pemahaman dan pengetahuan murid.
Tindakan : Guru matapelajaran
4.1.9.5. Berikut adalah Jadual Ujian / Peperiksaan bagi tahun 2017:

BIL UJIAN TARIKH


1 Ujian 1 Mac
2 PKSR 1 Mei
3 Ujian 2 / Percubaan UPSR Julai
4 UPSR September
5 PKSR 2 Oktober
Tindakan : Guru matapelajaran

4.1.9.6. Bagi murid tahun 6, headcount perlu dijalankan untuk meningkatkan pretasi
pencapaian akademik murid. Guru perlu menggunakan Borang Headcount yang sedia ada
dalam Buku Rekod Mengajar.
Tindakan : Guru kelas

4.1.10. MBMMBI

4.1.10.1 Pada tahun 2017 beberapa program akan dilaksanakan oleh pihak sekolah
untuk memantapkan MBMMBI.

Tindakan : Penyelaras MBM dan MBI

4.1.10.2 Guru-guru BI dan BM perlu hadir mengikut jadual yang ditetapkan oleh PPD
Hulu Selangor untuk semua program MBMMBI yang akan dijalankan. Selepas
kursus, LADAP perlu dilaksanakan di peringkat sekolah.
Tindakan : Guru-guru BI dan BM

4.1.11. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

4.1.11.1 Penilaian dan pentaksiaran adalah berdasarkan sistem penggredan dan skor yang
baru. Penilaian dengan Gred dan Nilai Numerasi adalah dibenarkan. Namun begitu,
guru-guru boleh menilai hasil kerja murid dengan menyatakan baik, cemerlang dan
sebagainya.
4.1.11.2 Berikut adalah penggredan skor baru UPSR tahun 2016 :

JULAT MARKAH GRED


90 – 100 A
75 – 89 B
60 – 74 C
40 – 59 D
0 – 39 E
Tindakan : Semua guru

4.1.11.3 Guru kelas perlu mewujudkan satu sudut khusus untuk memaparkan hasil kerja
murid sebagai apresiasi kepada usaha mereka.

Tindakan : Guru kelas

4.1.11.4 Elemen didik hibur mesti digunakan sekurang-kurang dalam satu waktu pengajaran
dan pembelajaran setiap minggu.

Tindakan : Guru matapelajaran


4.1.11.2 Kursus penyebaran Maklumat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
2017 Semakan telah diadakan untuk guru-guru matapelajaran Pendidikan
Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Kesenian dan Pendidikan Muzik
tahun 1/2017 seperti berikut :

BIL MATA PELAJARAN / TARIKH HARI MASA TEMPAT PESERTA


GURU KURSUS
1. PENDIDIKAN SENI 6/9/2016 SELASA 8.00 a.m - SK ULU YAM GURU
(PN. AMUTHA) 4.30 p.m BHARU PENDIDIKAN
SENI TAHUN
1/2017
2. PENDIDIKAN MUZIK 19/9/2016 ISNIN 8.00 a.m – BILIK GURU
(PN. KAVITHA) 4.30 p.m MESYUARAT PENDIDIKAN
UTAMA PPD MUZIK
HULU TAHUN
SELANGOR 1/2017
3. PENDIDIKAN 20/9/2016 SELASA 8.00 a.m – BILIK GURU
KESIHATAN 4.30 p.m MESYUARAT PENDIDIKAN
(EN.S.VELAN) UTAMA PPD KESIHATAN
HULU TAHUN
SELANGOR 1/2017
4. PENDIDIKAN 21/9/2016 RABU 8.00 a.m- SK ANTARA GURU
JASMANI 4.30p.m GAPI PENDIDIKAN
(EN.P.GUNASILAN) JASMANI
TAHUN
1/2017

Selepas kursus, LADAP di peringkat sekolah telahpun diadakan pada 25/11/2016 untuk
semua guru matapelajaran dan laporan berkaitan LADAP tersebut telah dihantar ke Pejabat
Pendidikan Hulu Selangor. Sesalinan disimpan dalam fail sekolah.

Tindakan : Guru Matapelajaran

4.1.11.3 Buku Latihan dan buku aktiviti murid dijadikan evidens penilaian dan pentaksiran PBS.
Tindakan : Guru matapelajaran

4.1.11.4 Borang Pencapaian Tahap Penguasaan bagi murid Tahun 4 dan 5 perlu diisi empat kali
setahun mengikut jadual yang ditetapkan oleh Penyelaras PBS.
Tindakan : Guru matapelajaran

4.1.12. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

4.1.12.1 Puan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru yang berusaha untuk
mencapai keputusan cemerlang dalam LINUS.

Tindakan : Makluman

4.1.13. LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT)

4.1.13.1 Penilaian LNPT adalah berdasarkan pelaksanaan tugasan, buku rekod


pengajaran, persembahan kerja, etika, sikap dan sebagainya.

Tindakan : Makluman

4.1.13.2 LNPT amat penting untuk urusan kenaikan gaji dan pangkat seseorang guru.

Tindakan : Makluman
4.1.13.3 Pengambilan cuti yang banyak akan menjejaskan markah LNPT.
Tindakan : Makluman

4.1.13.4 Puan Guru Besar menyatakan bahawa beliau bersedia membimbing guru dari
semasa ke semasa untuk meningkatkan prestasi mereka.

Tindakan : Makluman

4.1.14 PENCERAPAN DAN PENYEMAKAN BUKU LATIHAN

4.1.14.1 GPK Pentadbiran menyatakan bahawa Jadual Pencerapan 2017 akan


diedarkan dalam mesyuarat seterusnya.

Tindakan : Makluman

4.1.14.2 Beliau menyatakan bahawa guru-guru yang bersedia dengan bahan bantu belajar
yang lengkap boleh memanggil Puan Guru Besar bila-bila masa untuk mencerap
pengajaran dan pembelajaran.

Tindakan : Makluman

4.1.14.3 Puan Guru Besar memberitahu bahawa guru-guru perlu memastikan murid menulis
tarikh dan hari, menulis dengan kemas, membuat pembetulan serta membuat
garisan panjang di akhir latihan.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.1.14.4 Puan Guru Besar meminta guru-guru menurunkan tanda tangan di penjuru kanan
buku selepas menyemak buku latihan.

Tindakan : Guru matapelajaran

4.1.15 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN INFORMASI (ICT)

4.1.15.1 Beliau juga diminta untuk merekodkan segala peralatan ICT yang terdapat di
sekolah. Justeru, menghantar data mengenai keadaan barang- barang ICT melalui
online apabila diperlukan.

Tindakan : Guru ICT

4.1.15.2 Guru ICT perlu sentiasa menjaga peralatan ICT dan menyampaikan maklumat yang
penting kepada semua guru.

Tindakan : Guru ICT

4.1.16 PUSAT SUMBER SEKOLAH

4.1.16.1 Penyelaras PSS bertanggungjawab menerima, merekod dan menyimpan buku-buku


cerita, novel, majalah dan sebagainya supaya pemprosesan buku dapat dijalankan
dengan mudah dan teratur.

Tindakan : Penyelaras PSS

4.1.16.2 Penyelaras juga akan merekod semua pemberian dan pemulangan buku cerita,novel
dan sebagainya untuk mengelakkan kehilangan buku.
Tindakan : Penyelaras PSS

4.1.16.3 Sebagai penyelaras PSS beliau perlu merancang program-program yang memupuk
sikap dan amalan membaca dalam kalangan murid.
Tindakan : Penyelaras PSS
4.1.16.4 GPM mengumumkan tugasan yang diagihkan mengikut unit dan panitia.
Tindakan : Makluman

4.1.16.5 GPM mengumumkan bahawa Majalah e-book “Virutcham” akan dikeluarkan dua kali
setahun, iaitu sekali dalam semester pertama dan sekali dalam semester kedua .
Tindakan : Makluman

4.1.16.6 GPM menyatakan bahawa program-program seperti Bengkel e-Book, 30 Minit


Bersama Buku, Pertandingan Bercerita, Bulan Membaca dan proses buku akan
dijalankan pada tahun 2017.

Tindakan : Makluman
4.1.17 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

4.1.17.1 Guru-guru mesti mengemaskini maklumat dalam pangkalan data E-SPLG .

Tindakan : Semua guru

4.1.17.2 Semua guru perlu memberitahu Guru Besar sebelum dan selepas menghadiri kursus
atau mesyuarat.

Tindakan : Makluman

4.1.17.3 Guru yang menghadiri mesyuarat atau kursus perlu mengisi minit curai.

Tindakan : Semua guru

4.1.17.4 Guru yang menghadiri perlu menguruskan Latihan Dalam Perkhidmatan peringkat
sekolah sekiranya diperlukan.

Tindakan : Makluman

4.1.18 PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH

4.1.18.1 Penyelaras program-program sekolah telah dipilih dan akan diumumkan dalam
mesyuarat bidang masing-masing.

Tindakan : Makluman

4.1.19 NOTA MINTA

4.1.19.1 Ketua panitia perlu menyediakan senarai barang keperluan panitia dan mengisi
borang apabila diedarkan semasa mesyuarat panitia.

Tindakan : Ketua panitia

4.1.20 PROGRAM TRANSISI (TAHUN 1)

4.1.20.1 Penyelaras program transisi ialah Pn.Sunthararathy A/P Jayapragasam selaku guru
kelas tahun 1 bagi sesi persekolahan 2017.

Tindakan : Makluman

4.1.20.2 Pn.Sunthararathy A/P Jayapragasam telah membentang kertas kerja Program


Transisi Tahun 2017.

Tindakan : Makluman
4.1.20.3 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Pn.Sunthararathy A/P Jayapragasam
kerana persiapan untuk mengalu-alukan kehadiran murid tahun 1 pada 03 Januari
2017 amat memuaskan.
Tindakan : Makluman

4.1.21 PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

4.1.21.1 Program Mentor-mentee akan dilaksanakan bermula bulan Januari 2017.

MENTOR MENTEE
En. Prabu A/L Lingappan
Pn.Sunthararathy A/P Jayapragasam
Pn.Hema Mageaswary A/P Vijiyan
Pn.Amutha A/P Arumugam Akan diumumkan dalam Mesyuarat
Pn. Uma Devi A/P Celapa Panel UPSR.
En.Velan A/L Subpramaniam
En.Gunasilan A/L Punniaakotty
En. Subramanian A/L Muniandy
Tindakan : Makluman

4.1.22 TARGET / SASARAN KURIKULUM

4.1.23.1 UPSR : 63% menguasai kemahiran asas (ABC).


4.1.23.2 PKSR : 80% menguasai kemahiran asas (ABC).
4.1.23.3 GPS : kurang daripada 2.79

Tindakan : Makluman
4.1.24 HAL-HAL LAIN

4.1.24.1 GPM meminta kerjasama semua ketua panitia untuk menyenaraikan Bahan Bantu Belajar
(BBB) mengikut panitia masing-masing.
Tindakan : Ketua Panitia

4.1.24.2 Puan Suntrarathy telah menjelaskan tentang program Transisi Tahun 1 yang akan dijalankan.
Tindakan : Semua guru

4.1.24.3 Guru PSS telah memperkenalkan buku nilam baru (Buku Rekod Bacaan)
Tindakan : Makluman

4.1.24.4 Guru Besar menyatakan pihak sekolah akan mengeluarkan Booklist setelah mendapat kelulusan
daripada Jawatankuasa PIBG.
Tindakan : Makluman

4.1.24.5 Puan Guru Besar menegaskan bahawa guru-guru tidak dibenarkan menggunakan komputer riba
dan telefon bimbit untuk kegunaan persendirian semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.

Tindakan : Semua guru

4.1.24.6 GPK Kokurikulum berpesan kepada semua guru yang mengajar Pendidikan Jasmani untuk
mengiringi murid semasa pengambilan dan pemulangan peralatan.
Tindakan : Guru-guru Pendidikan Jasmani

4.1.24.7 Penyelaras Pusat Sumber Sekolah berpesan kepada guru-guru kelas untuk mewujudkan sudut
nilam, bacaan, MBMMBI dan sudut bacaan kendiri supaya dapat membantu murid menggunakan
masa lapang dengan terurus dan menambahkan pengetahuan sedia ada.

Tindakan : Guru kelas

5. PENUTUP

5.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan menyumbang idea
untuk memantapkan pengurusan sekolah.

5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

................................................... ...................................................

(Vijayakumar A/L Mahalingam)

Setiausaha Kurikulum Setiausaha Kurikulum

SJK (T) Ladang Escot SJK (T) Ladang Escot

Tarikh : Tarikh :

You might also like