You are on page 1of 4

DRAF MINIT MESYUARAT.

PERINGATAN MINIT MESYUARAT AGUNG MGBWPKL KALI KE 27 Tahun 2017.

Tarikh: 27 Mac 2017

Tempat: Auditorium Tan Sri Abdul Rafie

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin

50604 Kuala Lumpur.

Masa: 11.00 pagi

Agenda 1: Pesanan Pengerusi Tetap ( En. Rooslan bin Ahmad)

1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.

1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua Guru Besar yang hadir dan berharap dapat
mengeratkan silaturrahim antara semua demi kebaikan bersama.

1.3 Semua Guru Besar tertakluk kepada peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan lancar.

1.4 Gunakan medium ini untuk memberi pandangan bagi kemajuan dan menaikkan imej
MBGWPKL.

1.5 Guru Besar harus sentiasa berfikiran positif dan bekerja dengan ikhlas.

1.6 Mengumumkan kehadiran 186/202 orang .

Agenda 2: Ucapan YDP MGBWPKL ( En. Roslan bin Jais)

2.1 Mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran Guru Besar ke Mesyuarat.

2.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran Tn Syed Halim bin Syed Salim.

2.3 Mengharapkan sokongan dan kerjasama semua Guru Besar terutama yang baru dilantik.

2.4 Memaklumkan tentang Program Karnival Majlis Guru Besar.

2.5 Memaklumkan Jawatankuasa exco dilantik mengikut zon dan ahli diminta berbincang
sesuatu masalah/isu melalui wakil exco zon yang dilantik.

2.6 Exco juga berperanan dilantik menjadi penemuduga untuk jawatan Penolong Kanan bagi
membantu Jabatan.
Agenda 3: Ucapan Penasihat (Tuan Haji Syed Abdul Halim bin Syed Salim)

3.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.

3.2 Penempatan Guru Besar

3.2.1 Kekosongan Guru Besar perlu diisi dengan segera.

3.2.2 Jumlah Guru Besar yang layak tidak mencukupi.Tahun 2016 terdapat seramai 26
orang Guru Besar yang bersara.

3.2.3 Sekolah di bandar semakin mengecil berbanding di pinggir bandar.

3.2.4 Akan berlaku penutupan dan penggabungan sekolah.

3.2.5 Guru Besar akan digerakkan berdasarkan keperluan.

3.3 Jawatan Guru Penolong Kanan.

3.3.1 Seramai 193 orang guru telah dipanggil untuk temuduga sebagai Penolong Kanan.

3.3.2 Beberapa orang Guru Besar terpilih mengendalikan temuduga untuk memilih
penolong kanan yang berwibawa.

3.4 Aduan

3.4.1 Jabatan sentiasa terbuka dalam menerima aduan dari semua pihak demi kebaikan
bersama.

Agenda 4: Membentang dan Menerima Peringatan Minit Mesyuarat Agung.

(Encik Ibrahim bin Sahadan)

4.1 Setiausaha Agung MGBWPKL En. Ibrahim bin Sahadan membentangkan Peringatan
Mesyuarat Agung kali ke 27 untuk disahkan dari muka surat 8 – 11.

4.2.1 Peringatan minit mesyuarat diterima dengan pindaan.

Pencadang : Datin Sakinah binti Omar

SK Seri Hartamas

Penyokong : Pn. Seri Zaiton bt Baharuddin

SK Taman Tun Dr. Ismail (2)


Agenda 5: Menerima dan Mengesahkan Penyata Aktiviti Tahun 2016/2017

5.1 Setiausaha Agung MGWPKL Encik Ibrahim bin Sahadan membentangkan Penyata Aktiviti
Tahunan MGWPKL untuk disahkan dari muka surat 15 – 16.

5.1 Pencadang : Puan Virmala Devi a/p Kumaran

SJKT Jalan Bangsar

Penyokong : Ngoi Kwang Hong

SKJC Jalan Imbi

Agenda 6: Membentang dan menerima Penyata Kewangan Berakhir 31.12.2016

Bendahari Agung MGBWPKL Encik Mohd Noor bin Majid membentangkan Penyata
Kewangan Berakhir 31.12.2016 dari muka surat 17 – 25.

6.1 Pencadang : Encik Sazali bin Saleh

SK Gurney (2)

Penyokong : Sebulat suara.

Agenda 7: Pembentangan Usul

7.1 Usul 1 oleh Pn. Mariam bt Muda mewakili pihak exco mencadangkan bayaran yuran
tahunan MGB dinaikkan dari RM20 kepada RM50 setahun . Penjelasan agihan yuran
adalah seperti berikut:

RM10.00 - yuran keahlian

RM20.00 - Aktiviti MGB zon

RM20.00 - Aktiviti MGB Negeri

Usul 2 oleh En. Halim bin Khamis -SK Jalan Kuantan (2) memberi pandangan bahawa
bayaran RM20 adalah untuk aktiviti zon, sedangkan tiada aktiviti dijalankan tetapi
seandainya ada perlulah libatkan semua Guru Besar dan bukan ahli jawatankuasa
MGB sahaja.

Usul 3 oleh En. Hisham -SK Yaacob Latif mencadangkan agar MGB melantik ajk di
peringkat zon dan disokong oleh En. Halim supaya melantik Guru Besar yang belum
dilantik sebagai AJK zon.

Yang DiPertua menyatakan bahawa duit yuran akan dimasukkan ke tabung MGB dan
akan diagihkan ke peringkat zon mengikut keperluan.

Ahli mesyuarat menyokong sebulat suara yuran RM50 dibayar mulai tahun 2017.
Agenda 8: Ucapan Penangguhan

8.1 Pengerusi tetap memaklumkan yang beliau akan bersara pada tahun 2017. Beliau
memohon maaf atas kesalahan selama beliau berkhidmat di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.

Beliau berharap agar peluang diberi kepada semua Guru Besar untuk menyertai apa
sahaja aktiviti Majlis Guru Besar. Beliau mengingatkan bahawa exco mewakili semua
Guru Besar dan memainkan peranan untuk membantu membawa isu dan masalah
yg dihadapi ke peringkat seterusnya demi kebajikan semua ahli.

8.2 En. Roslan bin Jais selaku YDP berharap semua Guru Besar perlu bersikap
professional dalam menerima keputusan mesyuarat.

Beliau juga mengucapkan selamat bersara kepada Pengerusi tetap yang telah
menjalankan tugas dengan baik.

Beliau juga mengharapkan semua ahli dapat menyokong semua aktiviti yang telah
disusun oleh MGB serta semua exco MGB dapat melaksanakan amanah dan
tanggungjawab dengan baik untuk kebaikan semua.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.26 petang.

You might also like