You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE – 7 TAHUN 2015

SMK SIMPANG BEKOH


TARIKH : 13 NOVEMBER 2015
HARI : JUMAAT
MASA : 3.00 petang
TEMPAT : BILIK MESYUARAT DELIMA

GURU HADIR :
1. HJ TUAH B. TALIP ( Pengetua )
2. HJ ABD RAZAK BIN OTHMAN ( GPK 1 )
3. EN KAMARUZZAMAN BIN AB RAHIM ( GPK HEM )
4. EN ROSLAN BIN ISMAIL ( GPK KO-K )
5. EN HASHIM BIN SARING ( GPK P.KHAS )
6. EN BAHARUDDIN B. AB JAMIL
7. PN NORHAZIZAH BT KASBI
8. PN JAMALIAH BT ADAM
9. PN YATI BT MOHD ALI
10. HJH ROZILAH BT YUNUS
11. EN ABDULLAH B. HASHIM
12. EN MOHD FAIZAL B. ABAS
13. EN ABD SAMAD B. M TAIB
14. EN ABD AZIZ B. OTHMAN
15. EN AKIM BIN WAHIL
16. PN AMEY ROZIANA BT AZEMAN
17. EN AHMAD NAZRI B. YAHAYA
18. PN ANGGREK NUSANTARA BT ABDULLAH
19. PN AZLINA BT ABDUL AZIZ
20. CIK AZLINA BT AB TALIB
21. CIK BUSRA BT ISMAIL
22. CIK EFFADILAH BT MOHD SHAARI
23. PN FATIMAH NURUL HIDAYAT BT CHE JAAFAR
24. PN FAZUMIEE BT AB LLAH
25. PN FUZIAH BINTI MUHAMMADDIN
26. EN HAMZAH B. ABDU KADAR
27. PN HENG MEI SHIANG
28. PN JULIANI BT MAT HUSSIN
29. EN KAVERI KAVANDAN A/L PATCHAYAPPAN
30. EN MOHD FAUZI ABDUL LATIP
31. EN MOHD FAIZUL B. ISMAIL
32. EN MOHD SHAHRIL B. AMDAN
33. EN MUHAMAD KASHFI B. MAHALI
34. EN MUHAMMAD NASRUDDIN B. HUSAIN
35. EN NG YIH JOO
36. PN NIK AZLIZA BT IBRAHIM
37. CIK NOREHAN BT MOHD NASIR
38. PN NORLINA BT RAHMAD
39. CIK NOOR ASHIKIN BT IBRAHIM
40. PN NURULAINISYAK BT ISMAIL
41. CIK NURUL JANNAH BT SAAID
42. PN RASHIDAH BT YAZID
43. EN RAZMAN B. RASHIDIN
44. EN ROSLAN BIN YAAKOB
45. PN ROSMAWATI BT ALI @ MUHAMAD RAZALI
46. PN SHAHIDA BT SHAARI
47. HJH SITI AISAH BT ARIFFIN
48. PN SITI NAZIAH BT ROSLAN
49. CIK SITI NOR BT OMAR
50. PN SITI NUR ELAINEE BT ARIFIN
51. PN SITI SARAH BT MASLAN
52. CIK SITI ZULAIKHA BT ALIAS
53. EN SULEIMAN B. ATAN
54. PN SURATI BT SARIN
55. EN TAI NYONG KHEM
56. EN TAN WEI LONG
57. EN WONG WEI TOW
58. EN ZAHARI B. JAPAR
59. EN ZAINUL ABIDIN B. ABDUL JALIL
60. EN ZAMANI B. ABU HASHIM
61. HJH ZAWIYAH BT SAADAN

GURU TIDAK HADIR :


1. EN GUNASEKHAR A/L KARPAN ( CRK )
2. PN JAMALIAH BT MOHAMAD ( DKW )
3. EN MOHD ARSHIN B. MOHAMAD@OMAR ( MC )
4. PN NUR HANA BT DUSUKI ( CUTI BERSALIN )
5. EN SEKHAR A/L MARIMUTHU ( CRK )
6. EN RAJANDERAN A/L MUTHUSAMY ( MC )

AGENDA 1 : UCAPAN PENGETUA


1.1 Bacaan Ummul Kitab ( Al-Fatihah ) serta ucapan terima kasih di atas kehadiran
semua guru dan staf pada mesyuarat akhir sekolah untuk tahun 2015 ini.
1.2 Tuan pengetua mengingatkan kepada semua guru dan staf bahawa perjumpaan pada
kali ini sangat penting iaitu mengenai pembinaan pelan perancangan strategic sekolah
untuk sesi persekolahn pada tahun hadapan ( 2016 ).
1.3 Beliau telah memecahkan pembinaan perancangan strategik kepada beberapa
bahagian antaranya bahagian kurikulum di bawah GPK 1, bahagian KOKU dibawah
En Roslan Ismail, bahagian HEM dibawah GPK HEM, dan bahagian pembangunan
operasi ( P.O ) dibawah GPK Pend Khas.
1.4 Beliau mengingatkan, semua pihak memainkan peranan yang penting.
1.5 Semua idea / maklumat yang telah diberi akan dikumpulkan pada hari Isnin dan
Selasa pada pukul 3.00 petang bagi tujuan penyelarasan. Semua guru dan staf terlibat.
Perjumpaan akan dijalankan mengikut kumpulan-kumpulan kecil dan dilakukan di
bilik mesyuarat Delima.
1.6 Beliau memaklumkan bahawa laporan audit sekolah telah berjalan dengan lancar.
1.7 Dasar Kurikulum sekolah untuk tahun hadapan akan bertukar kepada ( 80/20 ) iaitu
80% peperiksaan, 10% sahsiah pelajar dan 10% kehadiran pelajar.
1.8 Beliau melantik En Abdullah Bin Hashim dan En Mohd Faizal B. Abas sebagai
Setiausaha dan Penolong Setiausaha PIBG sekolah yang baru bermula pada tahun
hadapan bagi menggantikan En Mazlan Chahat yang telah bersara.
1.9 Beliau juga mengingatkan En Kamaruzzaman agar membuat 2 surat kepada komuniti
dan pihak hospital/klinik. ( pelajar hanya akan dibenarkan pergi ke klinik pada jam
8.00 – 9.00 pagi sahaja bermula tahun hadapan ).
1.10 Beliau memaklumkan KPI sekolah berkaitan dengan VLE FROG agak menurun
disebabkan cuti sekolah. Beliau meminta bantuan daripada semua guru tingkatan agar
membantu pihak sekolah menaikkan KPI tersebut dengan bantuan daripada Cik
Norehan.
1.11 Beliau amat menggalakkan semua guru agar menggunakan VLE ( ICT ) pada tahun
hadapan semasa pencerapan dijalankan.
1.12 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah berjaya membuka
VLE FROG serta menaikkan peratus sekolah ( KPI ).
1.13 Beliau juga mengingatkan semua guru agar membuat laporan sekiranya kehilangan
Doggle dan asset sekolah yang lain. ( semakan perlu dibuat ).
1.14 Buku rekod mengajar perlu dikemaskini sebelum dihantar pada minggu hadapan.
1.15 Beliau mengingatkan kepada Pn Rosmawati, Pn Siti Sarah dan Pn Fazumiee agar
membuat analisa PT3 dan peperiksaan akhir tahun dan perlu dikeluarkan sebelum cuti
sekolah bermula.
1.16 Pengetua mengingatkan kepada semua guru agar melengkapkan borang senarai semak
yang diberikan oleh Tn Hj Abd Razak serta memastikan semua guru memaklumkan
hala tuju guru-guru semasa cuti sekolah berlangsung agar memudahkan pihak sekolah
menghubungi guru.
1.17 Beliau memberi peringatan kepada semua guru dan staf, mereka tidak dibenarkan
untuk makan & minum di kedai luar sekolah kerana pihak sekolah telah memilih
tender kantin yang baru bermula pada tahun hadapan.
1.18 Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah membantu
sekolah sebaiknya pada tahun ini. Beliau meminta agar semua guru bersama-sama
membaiki sekolah untuk tahun yang seterusnya. Beliau akan cuba membantu semua
guru sebaik mungkin.
1.19 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya mendapat
pertukaran sekolah.
1.20 Beliau meminta semua guru menyiapkan markah akhir tahun pelajar 2015.
1.21 Borang senarai semak perlu dihantar selewatnya pada 17 November 2015, Selasa.
1.22 Hari pertama persekolahan bagi sesi 2016 adalah pada 4 Januari 2016, Isnin.
1.23 Mesyuarat guru kali pertama untuk sesi persekolahan 2016 & Mesyuarat JKS 1 2016
adalah pada 28 Disember 2015, pada hari Isnin.
1.24 Mesyuarat HEM & Kokurikulum 2016 pula akan dilakukan pada 29 Disember 2015
pada hari Selasa.
1.25 Pendaftaran murid baru bagi tingkatan 1 dan asrama 2016 akan dijalankan pada 31
Januari 2015, Khamis dan 3 Januari 2016 pada hari Ahad.
1.26 Manakala pendaftaran murid baru bagi tingkatan 4 sesi 2016 akan dijalankan pada 4
Januari 2016, pada hari Isnin.
1.27 Beliau mengingatkan semua guru tingkatan 3 & SU PT 2015 wajib hadir pada hari
keputusan PT 3 2015 diumumkan iaitu pada 14 Disember 2015, pada hari Isnin.

TINDAKAN/MAKLUMAN : Semua Guru & Staf

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS


2.1 Cik Azlina Bt Talib mengesahkan minit mesyuarat kali ke – 6 dan disokong oleh En.
Hashim Bin Saring.

TINDAKAN/MAKLUMAN : Cik Azlina Talib & En Hashim B. Saring

AGENDA 3 : UCAPAN GPK PENTADBIRAN ( TN HJ ABD RAZAK )


3.1 Beliau mengingatkan semua guru bahawa kecemerlangan akademik pelajar adalah
salah satu cara bagi meningkatkan prestasi sekolah & pelajar.
3.2 Beliau memaklumkan bidang kokurikulum juga membantu dalam menaikkan prestasi
sekolah dan pelajar.
3.3 Beliau meminta bantuan daripada semua guru kerana percaya dengan idea dari semua
guru.
3.4 Beliau memaklumkan kepada semua guru mengenai target sekolah yang ingin
mencapai band 3 pada tahun 2020.
3.5 Beliau berharap agar semua guru dan staf agar menghantar borang perancangan
strategik yang telah diberikan pada hari Isnin bagi tujuan penyelarasan.
3.6 Beliau mengingatkan semua guru dan staf agar melihat persekitaran sekolah bagi
menjana idea.
3.7 Beliau meminta agar Pn Juliani melakukan streaming class selewatnya pada hari
Rabu minggu hadapan bagi Tingkatan 1 untuk naik ke Tingkatan 2.
3.8 Beliau juga meminta kerjasama daripada semua guru yang terlibat bagi mengisi PBS
offline untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 berdasarkan sekolah.
3.9 Beliau meminta GKMP agar memberi senarai nama guru-guru yang akan mengajar
mata pelajaran pada tahun hadapan.

TINDAKAN/MAKLUMAN : Semua Guru & Staf

AGENDA 4 : GPK HEM ( EN KAMARUZZAMAN B. AB RAHIM )


4.1 Beliau memaklumkan kepada semua guru mengenai borang senarai alatan dan
belanjawan pelajar untuk tahun hadapan akan diserahkan pada koperasi.
4.2 Beliau juga mengingatkan guru agar mengingatkan pelajar untuk melengkapkan sijil
berhenti sekolah dengan segera. Sijil berhenti sekolah yang tidak dihantar oleh pelajar
tidak akan diproses.
4.3 Beliau meminta semua guru tingkatan agar melengkapkan jadual kedatangan pelajar
sebaiknya.
4.4 Beliau juga mengingatkan kepada semua guru agar menghantar perancangan strategik
dalam bentuk hard copy dan soft copy melalui email beliau.
4.5 Program Sekolahku Masa Depanku telah berjalan dengan lancar.
4.6 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pentadbir yang telah
memberikan kerjasama dalam melakukan tugasan untuk tahun 2015.

TINDAKAN/MAKLUMAN : Semua Guru & Staf

AGENDA 5 : GPK KOKU ( EN ROSLAN B. ISMAIL )


5.1 Beliau memberi peringatan kepada semua guru agar menghantar buku laporan koku
serta segala fail yang berkaitan dengan aktiviti koku.
5.2 Beliau juga mengingatkan semua guru agar menghantar perancangan strategik
mengikut format yang terbaru.
5.3 Beliau meminta semua guru tingkatan agar memasukkan markah PJSK dan setiap
laporan perlu dicetak dan disimpan di dalam fail LAB.
5.4 Beliau memohon agar semua guru Tingkatan 5 memberikan 10 markah tambahan
kepada pelajar bagi kemasukan ke IPT.
5.5 Beliau mengucapkan terima kasih di atas segala bantuan guru-guru sepanjang tahun
2015.
TINDAKAN/MAKLUMAN : Semua Guru & Staf

AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN


6.1 Pn Norhazizah meminta semua guru yang mempunyai bilik
khas/bengkel/bangunan/stor sukan agar melabel kunci serta menulis rekod keluar
masuk pergerakan kunci bagi memudahkan sekiranya berlaku sebarang masalah.
6.2 En Baharudin Jamil memaklumkan terdapat seramai 20 orang guru yang masih belum
menghantar cetakan laporan kursus.
6.3 En Zainul Abidin mengingatkan kepada semua guru berkaitan perancangan strategik
yang perlu dibuat. Beliau mengingatkan bahawa semua guru memainkan peranan
yang penting.
6.4 En Faizal memaklumkan kepada semua guru, beliau akan mengedarkan kertas
mengenai program/aktiviti selepas PT3.
6.5 Pn Siti Sarah memaklumkan pihak pentaksir PT3 telah hadir ke sekolah. Beliau
meminta guru-guru yang terlibat agar memasukkan markah pada hari Isnin minggu
hadapan. Markah perlu disiapkan selewatnya pada 25 November 2015. Beliau juga
memaklumkan semakan bersama pelajar hanyalah berkaitan dengan markah sahaja.
6.6 Pn Siti Sarah juga meminta kaunselor agar mencetak bagi ujian psikometrik. Beliau
juga meminta agar Tingkatan 3 diberikan keutamaan dalam pengisian markah PBS
sekolah. Guru-guru yang berkaitan boleh melakukan aktiviti pengisian markah di
rumah dan menghantar semula melalui email. Ujian PJSK juga perlu di isi.

TINDAKAN/MAKLUMAN : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

( ..............................................) ( ...................................................... )
Pn. Fuziah Binti Muhammaddin Hj Tuah Bin Talip
Guru Pendidikan Khas Pengetua

You might also like