You are on page 1of 9

DRAF

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ANGGERIK


TAMAN LEN SEN, 56100 CHERAS, KUALA LUMPUR.
MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2018

Tarikh : 26 Februari 2018


Masa : 1.30 petang
Hari : Isnin
Tempat: Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn. Che Norizam Bt Abdullah ( Guru Besar )

Kehadiran : 60/72 orang


1. Pn. Che Norizam Bt Abdullah ( Guru Besar )
2. Pn. Rohayati Bt Omar ( Gpk T&K)
3. En. Mohd Rizal B. Abdullah ( Gpk Hem )
4. Pn. Siti Azaha Bt Bohari
5. Pn. Sharipah Shaniza Bt Syed Abdullah
6. Pn. Ten Li Khyun
7. Pn. Loshana A/P Pararasingam
8. En. Manjinder Singh Gill
9. En. Ismail B. Man
10. Pn. Emellia Bt Ghalli
11. Pn. Zainab Bt Zainal
12. Pn. Sawizawati Bt. Yaakob
13. Pn. Shahaliza Bt Shaharuddin
14. Pn. Normaliana Bt Mamat
15. Pn. Rokiah Bt Hj Darus
16. Pn. Normahyati Bt Abdullah
17. Pn. Norela Bt Abdul Gani
18. Pn. Nurul Huda Bt Idris
19. Pn. Siti Nabilah Bt Mohamad
20. En. Mohd Faizal B Hassan
21. En. Mohd Abdul Basir B Said
22. Pn. Rozita Bt Hj Hussin
23. Pn. Siti Mariam Bt Hj Hassan
24. Pn. Rohana Bt Ab Rahman
25. Pn. Rosni Bt Husin
26. Pn. Nurhamimi Bt Abd Ghani
27. Pn. Sharifah Hafizah Bt Syed Idrus
28. Pn. Hafiza Bt Mohd Yunus
29. Pn. Zarani Bt Ibrahim
30. Pn. Mahani Bt Abu Bakar
31. Pn. Rabeha Bt Rashid
32. Pn. Che Zainun Bt Che Amat
33. Pn. Salmiah Bt Abdul Ghani
34. Pn. Amimah Bt Wahab
35. Pn. Nik Sasliza Binti Nik Saberi

1
36. Pn. Syariza Hani Bt Shair
37. Pn. Zainah Bt Abu Bakar
38. En. Parveen A/L Sridharan
39. En. Yasotharan A/L Kunusegaran
40. Cik Lee Min Jie
41. Pn. Fauziah Bt. Mohamoud
42. Pn. Chua Fong Chu
43. Pn. Teh Yean Nee
44. En. Rajendran A/L Ganesan
45. Pn. Sairol Bariah Binti Marni
46. Pn. Bong Oi Mee
47. Pn. Siti Jauyah Bt. Salim
48. Pn. Nora Binti Yahaya
49. Pn. Noor Idayu Bt Azizan
50. Pn. Noor Hayani Bt Romley
51. Pn. Zanatul Natakhin Bt A Sulaiman
52. Pn. Aniza Bt Baharom
53. Pn. Suzielawati Bt Khamis
54. En. Mohamad Suffian
55. En. Ahmad Nizam B. Abd Hamid
56. En. Muhammad Sufian B. Mustafa Bakri
57. Pn. Husnita Ab. Rahman
58. Cik Nurashikin Bt. Md Salleh
59. Cik Subashini A/P Arumugam ( Naib Setiausaha )
60. Pn. Norhafzan Binti Abdul Hamid ( Setiausaha )

Tidak Hadir :
1. En. Ade Irwan B. Zakaria (Bersebab)
2. En. Nik Mohd Anuar B. Nik Othman (Bersebab)
3. En. Muhammad Naim B. Ruslan (Bersebab)
4. En. Mohd Afif B. Nor Setilah (Bersebab)
5. Pn. Mellisa Bt Mohd Ali (Bersebab)
6. En. Mohd Ghazmil Akmal B Ghazali (Bersebab)
7. En. Ku Mohammad Amiruddin (Bersebab)
8. En. Mohamad Shahril B. Tamami (Bersebab)
9. Pn. Noraini Bt Said@Mat Said (Bersebab)
10. En. Gopinat A/L Muthu ( Cuti Sakit)
11. Pn. Shah Balkesh Bt Mohd Supar ( Cuti Bersalin )
12. En. Mohd Armizi B. Abdul Halim ( Cuti Sakit)

Pencatat : ________________________
(Norhafzan Binti Abdul Hamid )

1.0 Perutusan Pengerusi


Pn. Che Norizam Bt Abdullah, Guru Besar SK Seri Anggerik.

2
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Guru Kali Kedua Tahun 2018.
Beliau juga telah memperkenalkan seorang guru ganti iaitu Cik Nurashikin Bt. Md Salleh.

1.2 Pengerusi turut memaklumkan bahawa pertukaran Setiausaha Mesyuarat Guru yang baharu iaitu
Pn. Norhafzan Binti Abdul Hamid.

Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1. Cadangan pengesahan Minit mesyuarat Bil.1/2018 telah disahkan oleh Puan Zainab Binti Zainal
dan di sokong sebulat suara oleh semua ahli.
Tindakan : Makluman
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Perkara 4.1.3 (muka surat 3 : Keceriaan Kelas)
Pengerusi memaklumkan bahawa masih terdapat kelas yang belum melaksanakan aktiviti
keceriaan kelas dan memohon untuk tindakan guru berkenaan.
Tindakan : Makluman
3.2 Perkara 4.1.5 (muka surat 4 : Info Kelas)
Pengerusi memohon kerjasama guru kelas untuk memastikan jadual waktu kelas, jadual bertugas
murid dan sudut-sudut mata pelajaran dikemaskini.
Tindakan : Makluman
3.3 Perkara 4.5.1 (muka surat 5 : Whatsapp Sekolah)
Pengerusi memaklumkan kepada semua guru agar menggunakan Whatsapp Official untuk urusan
rasmi sahaja manakala untuk lain-lain perkara perlu disampaikan melalui Whatsapp Santai.

Tindakan : Makluman
3.4 Perkara 4.14.1 (muka surat 7 : PDPC PAK21)
Pengerusi memaklumkan tentang pelaksanaan Program Gerak Gempur Pemantauan oleh Pegawai
JPWPKL dan PPWBP ke sekolah-sekolah terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Harap semua guru
sentiasa bersedia .
Tindakan : Makluman

4.0 Pembentangan Kertas Kerja / Laporan


4.1 Taklimat Guru Besar

4.1.1 Perubahan Takwim Program Sekolah


4.1.1.1 Mesyuarat Guru - 26.02.2018
4.1.1.2 Mesyuarat Kurikulum & SPSK – 01.03.2018
4.1.1.3 Ujian Bulanan Pertama – 05.03.2018 hingga 08.03.2018
4.1.1.4 Perjumpaan Ibu bapa Murid LINUS 09.03.2018
4.1.1.5 Kem Celik Jawi – 10.03.2018
4.1.1.6 Minggu Panitia Sains 12.03.2018 hingga 16.03.2018
4.1.1.7 Mesyuarat Guru Tahun 6 – 16.03.2018
4.1.1.8 Merentas Desa – 31.03.2018
Tindakan : Makluman

3
4.1.2 KPI Guru Besar
4.1.2.1 100% guru dan staf terlibat dengan LADAP 7 hari setahun.
4.1.2.2 Penglibatan aktif murid dalam aktiviti koakademik, sukan dan kokurikulum.
4.1.2.3 Peningkatan pencapaian 5A dan 6A dalam UPSR bagi tahun 2018.
4.1.2.4 100% guru menggunakan PAK21 dalam aktiviti PDPC.
4.1.2.5 Peningkatan dalam aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan.
4.1.2.5.1 Aspek kebersihan dan keceriaan perlu ditingkatkan lagi.
4.1.2.5.2 Aspek keselamatan telah diambil tindakan dengan pemasangan 8 unit CCTV
disekitar kawasan sekolah.
4.1.2.5.3 Sebelum pelaksaan PdPC, guru perlu memantau tahap kesediaan dari aspek
kebersihan kelas, keselamatan murid dan kehadiran murid.
4.1.2.6 Pengistiharan harta perlu diperbaharui setiap 3 tahun dan sekiranya ada penambahan atau
perubahan pemilikan harta.
4.1.2.7 Semua guru telah disahkan dalam perjawatan dalam tempoh 3 tahun perkhidmatan.
4.1.2.8 Pengurusan kewangan tanpa teguran audit.
Tindakan : Makluman

4.1.3 Program Gerak Gempur JPWPKL dan PPWBP


4.1.3.1 Pengerusi memaklumkan tentang pelaksanaan Program Gerak Gempur Pemantauan oleh
Pegawai JPWPKL dan PPBPKL ke sekolah-sekolah terpilih di sekitar Kuala Lumpur.
Harap semua guru sentiasa bersedia .
4.1.3.2 Pemantauan yang akan dilaksanakan adalah menjurus kepada sistem pengurusan fail dan
pelaksanaan PdPC yang bertepatan dengan konsep PAK21 dan pengurusan kelas.

Tindakan : Makluman

4.1.4 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru agar menyediakan dokumentasi bagi program-
program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.
Tindakan : Makluman

4.1.5 Pengerusi memohon kerjasama semua guru untuk menghantar buku Rekod Pengajaran Harian
pada setiap minggu. Bagi guru yang tidak menghantar buku tersebut sebanyak 3 kali akan diberi
peringatan dan jika berterusan dikeluarkan memo/ surat tunjuk sebab.
Tindakan : Makluman

4.1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa data enrolmen murid tidak boleh dipamerkan di papan
kenyataan sekitar kawasan sekolah.
Tindakan : Makluman

4.1.7 Pengerusi turut memaklumkan kepada semua guru yang berminat untuk pencalonan tokoh guru,
guru kreatif dan inovatif agar berjumpa dengannya untuk tindakan selanjutnya.
Tindakan : Makluman

4
4.1.8 Pengerusi mengharapkan agar semua guru menghebahkan kepada umum tentang Pendaftaran
Secara Online Kemasukan Tahun 1 dan Prasekolah 2019 dan 2020. Banner akan digantung di
hadapan sekolah sebagai makluman umum.
Tindakan : Makluman
4.1.9 Hal Ehwal Murid
4.1.9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa seramai 249 murid telah menerima bantuan awal
persekolahan dan pihak sekolah telah membuat permohonan bagi 40 orang murid lagi
yang masih menunggu kelulusan dari pihak Kememterian.
Tindakan : Makluman

4.1.9.2 Pengerusi memaklumkan bahawa murid yang bukan warganegara dan masih belum
membuat pembayaran yuran persekolahan di PPWBP, KL sebanyak RM120 tidak boleh
bersekolah dan memohon agar Ustaz Faizal untuk menghubungi ibu bapa murid
berkenaan untuk berjumpa dengan guru besar pada Rabu 28.02.2018.
Tindakan : Ustaz Faizal

4.1.9.3 Pengerusi turut memaklumkan bahawa murid yang bukan warganegara dan telah
membuat pembayaran yuran persekolahan di JPWPKL sebanyak RM120 perlu membuat
bayaran yuran persekolahan sebanyak RM45.
Tindakan : Guru Kelas

4.1.9.4 Pengerusi memohon agar diadakan kempen penjagaan buku berikutan permasalahan buku
teks yang agak kritikal terutamanya bagi murid tahun3.
Tindakan : Penyelaras SPBT
4.1.10 Kokurikulum
4.1.10.1 Pengerusi memaklumkan bahawa sukaneka tahap 1 akan ditangguhkan pada ketetapan
tarikh baharu
Tindakan : GPK Koko

4.1.10.2 Pengerusi turut memaklumkan bahawa Sukan Tahunanan SKSA bagi tahun 2018 akan
dilaksanakan pada 29 April 2018 (Ahad).
Tindakan : Makluman

4.1.10.3 Pengerusi mengumumkan tentang pelaksanaan aktiviti kokurikulum akan diadakan pada
minggu ini bagi unit beruniform dan persatuan.
Tindakan : Makluman

4.1.11 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru tentang waktu pulang pada hari Jumaat ialah 12.00
tengah hari bagi mengelakkan waktu pulang dicetak berwarna merah. Untuk hari lain guru-guru
diminta balik 10 minit selepas loceng dibunyikan bagi mengelakkan kesesakan di pintu utama.
Tindakan : Makluman

4.1.12 Perlantikan AJK PIBG 2018

5
Setiausaha : Pn. Norhafzan Binti Abdul Hamid
Naib Setiausaha : Pn. Rohana Binti Abd. Rahman
Bendahari : Pn. Nik Sasliza Binti Nik Saberi
Naib Bendahari : Pn. Mahani Binti Abu Bakar
AJK : 1. Pn. Rozita Binti Hj. Husin
2. Pn. Sawizawati Binti Yaakob
3. Pn. Sairol Bariah Binti Marni
4. En. Parveen Nair A/L Sridharan
5. En. Ku Mohamad Amirudin Bin Ku Azhar
6. En. Mohammad Ghazmil Akmal Bin Ghazali
Juru Audit : Cik Lee Min Jie

4.2 Taklimat GPK Tadbir dan Kurikulum

4.2.1 SKPMg2
4.2.1.1 Puan Rohayati memohon kerjasama Setiausaha Kurikulum, Setiausaha HEM dan
Setiausaha Kokurikulm untuk melengkapkan data .
Tindakan : Setiausaha Kurikulum, HEM dan Kokurikulum

4.2.1.2 Puan Rohayati turut memaklumkan bahawa masih ada ketua panitia yang belum
melengkapkan data dan dimohon agar mengambilkan tindakan segera.
Tindakan : Makluman

4.2.1.3 Puan Rohayati juga memohon kerjasama ajk yang akan dilantik untuk melengkapkan data
SKPMg2 dalam masa ditetapkan.
Tindakan : Makluman

4.2.2 Buku Bertugas Mingguan


4.2.2.1 Puan Rohayati memohon kerjasama guru bertugas agar menghantar buku bertugas
mingguan untuk semakan .
Tindakan : Makluman

4.2.2.2 Puan Rohayati juga memohon agar guru bertugas dapat mencatakan segala maklumat
yang disampaiakn semasa perhimpunan dalam buku bertugas mingguan termasuk
mencatat ucapan guru besar/ gpk.
Tindakan : Makluman

4.2.3 Pn.Rohayati memaklumkan agar guru yang mengambil cuti sakit atau cuti rehat khas untuk
memaklumkan terlebih dahulu kepada guru besar sebelum memaklumkan kepadanya.
Tindakan : Makluman

4.2.4 Pn.Rohayati memohon kerjasama guru-guru yang keluar agar mengisi borang keluar dan
mendapat kebenaran dari pihak pentadbir.
Tindakan : Makluman
6
4.2.5 Kad Perakam Waktu
4.2.5.1 Puan Rohayati memohon kerjasama guru agar memastikan telah merakam waktu pulang
terlebih dahulu
Tindakan : Makluman

4.2.5.2 Puan Rohayati juga memohon agar guru yang keluar berkursus untuk merakam waktu
datang sekolah dan waktu keluar serta mengisi borang keluar berkursus sebagai langkah
keselamatan.
Tindakan : Makluman
4.2.6 Ujian / Peperiksaan
4.2.6.1 Puan Rohayati jug memaklumkan bahawa masih terdapat Ketua Panitia yang belum
menghantar jadual penggubal soalan bagi setiap ujian.
Tindakan : Makluman

4.2.6.2 Puan Rohayati jug memaklumkan bahawa masih terdapat Ketua Panitia yang belum
menghantar jadual penggubal soalan bagi setiap ujian dan berharap agar dapat diserahkan
dengan kadar segera.
Tindakan : Makluman

4.2.7 Pn.Rohayati memaklumkan bahawa semakan buku rampaian murid bagi 4 subjek utama iaitu B.
Melayu, B.Inggeris, Matematik dan Sains akan dilaksanakan bermula 05 Mac 2018. Mohon guru
ambil maklum dan bertindak.
Tindakan : Makluman

4.2.8 Pn. Rohayati memaklumkan bahawa maklumat pecahan subjek APDM telah dikemaskini dan
memohon agar guru yang ingin membuat semakan penambahbaikkan adalah sebelum 15 Mac
2018.
Tindakan : Makluman

4.2.9 Pn. Rohayati turut memaklumkan bahawa masih terdapat guru yang belum menghantar DSKP
Tahap 1 bagi tujuan simpanan.
Tindakan : Makluman

4.2.10 Pn. Rohayati memohon agar semua guru mengisi data Pentaksiran Bilik darjah (PBD) secara
berkala. Kutipan data kali pertama adalah pada akhir bulan Mac.
Tindakan : Makluman

4.2.11 Pn. Rohayati memaklumkan tentang cadangan mewujudkan kumpulan telegram bagi setiap kelas
dengan komunikasi 1 hala sahaja bagi menyalurkan info-info penting kepada ibu bapa.
Tindakan : Makluman

4.3 Taklimat GPK Hal Ehwal Murid

7
4.3.1 APDM
4.3.1.1 En. Rizal memohon kerjasama guru kelas untuk melengkapkan maklumat murid dalam
APDM dengan kadar segera .
Tindakan : Makluman

4.3.1.2 En. Rizal menyeru agar guru kelas dapat mengisi data kehadiran murid dalam sistem
APDM secara sistematik bagi mengelakan sebarang permasalahan.
Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal Lain


5.1 Aktiviti Bulan Budi Bahasa

5.1.1 Pn.Sharifah memaklumkan tentang ativiti Bulan Budi Bahasa seperti berikut :
5.1.1.1 Selasa (27.02.2018 ) – Kuiz Teka Silang Kata untuk murid tahap 2
5.1.1.2 Rabu ( 28.02.2018 ) – Pertandingan Mewarna Logo Bulan Budi Bahasa untuk
murid tahap 1.
5.1.1.3 Khamis ( 01.03.2018 ) – Kuiz Bulan Budi Bahasa.
5.1.2 Pn. Sharifah turut memaklumkan agar penyelaras bagi setiap tahun memilih 2 orang murid
contoh ( 1 lelaki dan 1 perempuan ) bagi setiap minggu.
Tindakan : Makluman

5.2 Pn. Shahaliza memaklumkan permasalahan lambat mendapat makluman kursus yang perlu
dihadiri dan memohon langkap penyelesaian agar permasalahan sebegini tidak berulang lagi.
Tindakan : Makluman

6.0 Penutup

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat.
6.2 Pengerusi memaklumkan agar pihak guru membuat bayaran yuran PSKPPP lebih awal bagi
mengelakkan nama sekolah disenarai lewat oleh pihak berkenaan.
6.3 Pengerusi turut memohon agar jawatankuasa PIBG mengemukakan permohonan kelulusan
pendaftar bagi kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2018. .
Tindakan : Pengerusi Kelab Guru/Setiausaha PIBG

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.


8
Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………….. ……………………………
(NORHAFZAN BINTI ABDUL HAMID)
Setiausaha,
Mesyuarat Guru 2018
SK. Seri Anggerik, Kuala Lumpur.

You might also like