You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG

Masa : 12 tengah hari


Tarikh : 11 Oktober 2017
Tempat : Bilik Gerakan, Sek. Keb. Ladang Tomanggong

AGENDA:
1) Ucapan pengerusi
2) Ucapan PK Kokurikulum
3) Perancangan Majlis Hari Anugerah Cemerlang
4) Hal-hal lain

KEHADIRAN:
1) En. Haje Bin Pisel -Guru Besar
2) Pn. Nomeriah Lansitim -Penolong Kanan Kurikulum
3) En. Sabperi Amat Adanan -Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4) En. Muhamad Helmi Bin Khaizuran -Penolong Kanan Ko-kurikulum
5) Pn. Sabariah Md. Nin
6) En. Asyaari Bin Ramlie
7) En. Syafiq Bin Shikir
8) En. Mohd. Asaufi Bin Kamaludin
9) En. Mohamad Fakhree Hazreen Bin Azmi
10) Cik Norizan Binti Mohd Ayub
11) Cik Eveline Chiut Anak Francis Dublin
12) En. Selutan Brnadus
13) Pn. Jowinilah Binti Jais
14) Cik Nur Idliyana Safinaz Binti Idris
15) Pn. Rasidah Binti Durasid
16) En. Razali Bin Suhaili

1. UCAPAN PENGERUSI
Guru Besar mengucapkan terima kasih dan selamat datang ke mesyuarat. Beliau
menyatakan agar guru-guru membuat pelan operasi untuk mengenal pasti masalah murid
sekaligus membuat perancangan.

2. UCAPAN PK KOKURIKULUM
PK KOKUM, En. Helmi mengucapkan selamat datang ke mesyuarat dan mengucapkan
terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas
kerjasama yang telah diberikan sepanjang aktiviti di bawah unit kokurikulum diadakan
sepanjang tahun. Beliau menyatakan majlis hari anugerah adalah majlis kemuncak untuk
setiap tahun.

3. PERANCANGAN MAJLIS HARI ANUGERAH 2017


- Cadangan tarikh ialah pada 21 November 2017 iaitu pada hari Selasa.
- Cadangan tema pada hari tersebut ialah hitam dan putih. Semua guru digalakkan
memakai pakaian mengikut tema.
- Cadangan tempat adalah di sekolah atau dewan Datuk Barret. Penentuan tempat akan
diketahui kemudian.
- Segala surat menyurat sudah boleh mula dibuat dan diedarkan dalam masa terdekat.
- Guru besar mencadangkan untuk menjemput wakil daripada PPD sebagai perasmi.
- Senarai AJK akan dikeluarkan kemudian oleh unit KOKUM.

4. HAL-HAL LAIN
- Guru besar mengingatkan agar guru-guru melaksanakan tugas hakiki dengan baik.

5. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.22 petang.

Disediakan oleh : Disemak Oleh:

(EVELINE CHIUT ANAK FRANCIS DUBLIN) (MUHAMAD HELMI B. KHAIZURAN)


Setiausaha Kokurikulum, PK Kokurikulum
Sek. Keb. Ladang Tomanggong, Sek. Keb. Ladang Tomanggong,
Kinabatangan Kinabatangan

Disahkan oleh:

(HAJE BIN PISEL)


Guru Besar,
Sek. Keb. Ladang Tomanggong,
Kinabatangan

Cadangan untuk disahkan oleh Disokong untuk disahkan oleh


: _____________________________ : _____________________________

You might also like