You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN

Masa : 12 tengah hari


Tarikh : 20 Jun 2017
Tempat : Bilik Gerakan, Sek. Keb. Ladang Tomanggong

AGENDA:
1) Ucapan pengerusi
2) Ucapan PK Kokurikulum
3) Perancangan sambutan Bulan Kemerdekaan
4) Hal-hal lain

KEHADIRAN:
1) En. Haje Bin Pisel -Guru Besar
2) Pn. Nomeriah Lansitim -Penolong Kanan Kurikulum
3) En. Sabperi Amat Adanan -Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4) En. Muhamad Helmi Bin Khaizuran -Penolong Kanan Ko-kurikulum
5) Pn. Sabariah Md. Nin
6) En. Asyaari Bin Ramlie
7) En. Syafiq Bin Shikir
8) En. Mohd. Asaufi Bin Kamaludin
9) En. Mohamad Fakhree Hazreen Bin Azmi
10) Cik Norizan Binti Mohd Ayub
11) Cik Eveline Chiut Anak Francis Dublin
12) En. Selutan Brnadus
13) En. Zulkifly Bin Omar
14) Pn. Jowinilah Binti Jais
15) Cik Nur Idliyana Safinaz Binti Idris
16) Pn. Rasidah Binti Durasid
17) En. Razali Bin Suhaili

1. UCAPAN PENGERUSI
Guru Besar mengucapkan terima kasih dan selamat datang ke mesyuarat. Beliau juga
sempat mengingatkan agar guru-guru sentiasa mengemas kini dan menghantar RPH. Selain
itu, beliau menegur penggunaan telefon mudah alih semasa pengajaran dan mewajibkan
penggunaan buku teks dan buku kerja semasa mengajar.

2. UCAPAN PK KOKURIKULUM
PK KOKUM, En. Helmi mengucapkan selamat datang ke mesyuarat dan mengucapkan
terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

3. PERANCANGAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN


- Bulan kebangsaan peringkat sekolah akan berlangsung sepanjang 7 Ogos hingga 18
September 2017.
- Tiada majlis perasmian diadakan, namun majlis penutup akan diadakan.
- Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang bulan kebangsaan. Antaranya ialah
pertandingan mewarna, pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan, selfie anak
merdeka, kelas kemerdekaan dan kuiz kemerdekaan.
- Penutup bulan kebangsaan akan diadakan pada 18 September 2017 iaitu pada hari
Isnin. Aktiviti pada hari penutupan akan dirancang oleh unit KOKUM.
- Senarai AJK akan dikeluarkan kemudian oleh unti KOKUM.

4. HAL-HAL LAIN
- Guru besar menyatakan program guru penyayang sukar untuk dilaksanakan.
- Program kecemerlangan akan diadakan selepas hari raya puasa. Untuk tahun 4 akan
diadakan Matematik dan Bahasa Inggeris manakala untuk tahun 5 akan diadakan untuk
subjek yang lemah.
- Kelas malam dan petang akan diadakan untuk tahun 6.
- Guru kelas telah mengambil tindakan berkaitan masalah kehadiran Saiful, tahun 2
dengan memberi surat amaran.

5. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.35 petang.

Disediakan oleh : Disemak Oleh:

(EVELINE CHIUT ANAK FRANCIS DUBLIN) (MUHAMAD HELMI B. KHAIZURAN)


Setiausaha Kokurikulum, PK Kokurikulum
Sek. Keb. Ladang Tomanggong, Sek. Keb. Ladang Tomanggong,
Kinabatangan Kinabatangan

Disahkan oleh:

(HAJE BIN PISEL)


Guru Besar,
Sek. Keb. Ladang Tomanggong,
Kinabatangan

Cadangan untuk disahkan oleh Disokong untuk disahkan oleh


: _____________________________ : _____________________________

You might also like