You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK

BIL 2 /2017

Tarikh : 27 APRIL 2017

Masa : 1.30 PETANG

Tempat : BILIK GERAKAN, SKDA

KEHADIRAN :

1. Encik Mohamad Amin b. Othman : PK Pentadbiran


2. Pn. Ee Yew Mei : PK Kokurikulum
3. Pn. Junaidah bt. Mohamad Hashim : Ketua Panitia
4. Pn. Rosmawati bt Khalid : Setiausaha
5. Pn. Siti Norbaya bt. Ghazali : Ahli Jawatankuasa
6. Pn. Tan Soo Fun : Ahli Jawatankuasa
7. Pn. Hjh Marsita bt Ridzwan : Ahli Jawatankuasa
8. Pn. Bashariah bt. Hassan : Ahli Jawatankuasa
9. Pn. Noor Hanisah bt. Hamid : Ahli Jawatankuasa
10. Pn. Noor Hazwani bt Mansor : Ahli Jawatankuasa
11. Pn. Noor Hanim bt. Ibrahim : Ahli Jawatankuasa
12. Pn. Noor Hazani bt. Mahmud : Ahli Jawatankuasa
13. Pn. Siti Masitah bt. Othman : Ahli Jawatankuasa
14. Pn. Noor Yani bt. Md Isa : Ahli Jawatankuasa
15. Pn. Noor Azliza bt Abu Bakar : Ahli Jawatankuasa

I. ALUAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang menghadirkan diri dalam
mesyuarat Panitia TMK kali ke-2 sesi 2017
2. Semua guru diharapkan agar terus memberikan komitmen yang terbaik untuk panitia dan terus
berusaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran TMK.

II. UCAPAN PENASIHAT

3. Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohamad Amin b. Othman mengucapkan tahniah kepada


semua AJK Panitia TMK di atas komitmen yang ditunjukkan sehingga kini.
4. Panitia merupakan badan yang kuat untuk jalankan aktiviti berkaitan PdPC dan perlu lebih
mantap bagi mempertingkatkan prestasi mata pelajaran.
5. Prestasi murid semua tahun dalam mata pelajaran ini dapat ditingkatkan dari semasa ke
semasa.

1
III PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

6. Pn. Rosmawati bt Khalid selaku setiausaha Panitia TMK 2017 membentangkan minit mesyuarat
lalu.

7. Pn.Siti Norbaya mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn Nooryani.

8. Minit mesyuarat disahkan tanpa sebarang pindaan.

IV PERKARA BERBANGKIT

9. Tiada perkara berbangkit.

V AGENDA PROFESIONAL

Status Perlaksanaan Aktiviti Panitia 2017

10. Beberapa aktiviti sepanjang tahun 2017 yang telah dipersetujui dan telah dijalankan dengan
jayanya. Aktiviti yang masih belum berjalan akan diteruskan.
11. Penggunaan Frog Vle dalam kalangan warga SKDA agak kurang dan perlu diteruskan.
12. Penekanan perlu diberikan kepada pengurusan fail supaya lebih fleksibel .
13. Semua aktiviti dan program yang telah .dirancang sepanjang tahun 2017 diharapkan dapat
meningkatkan prestasi murid dalam TMK.

TINDAKAN : Semua Guru

IV LAPORAN POST MORTEM PEPERIKSAAN MAC

14. Analisa dan Post Moterm berdasarkan peperiksaan Mac (seperti lampiran)
15. Pengerusi mengingatkan semua rakan guru agar menambah baik pdpc masing-masing bagi
memberikan hasil yang terbaik untuk semua murid mengikut tahap pencapaian mereka dan
meningkatkan prestasi murid dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
16. Kekuatan dan kelemahan hasil daripada post moterm perlu dijadikan pengukur untuk
pencapaian lebih baik dalam peperiksaan pertengahan tahun pula.

TINDAKAN : Semua Guru

2
VII PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI ( PKB )

17. Guru-guru diingatkan agar selalu membuat semakan buku latihan murid dan menghantar buku
untuk semakan pentadbir mengikut jadual yang telah ditetapkan..
18. Guru-guru diingatkan agar menghantar buku rekod mengajar pada setiap hari Khamis dan
memastikan ruangan refleksi tidak dibiarkan kosong.

TINDAKAN : Semua Guru

VIII HAL-HAL LAIN

19. Guru diingatkan tentang data offline yang perlu diisi secara berperingkat.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 3.00 PETANG

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ...............................................

(Pn. Rosmawati bt. Khalid) (PN.JUNAIDAH BT MOHAMAD HASHIM)

Setiausaha Panitia TMK Ketua Panitia TMK

SK Darulaman SK Darulaman

Disahkan oleh,

...............................................

(EN. MOHAMAD AMIN B. OTHMAN )

Penolong Kanan Pentadbiran

SK Darulaman

You might also like