You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

SJK(T) LADANG KAMATCHY


BILANGAN 4/2016

Tarikh : 03.11.2016 (Khamis)

Masa : 1.30 - 2.30 ptg

Tempat : Bilik Guru

Hadir : 1. Pn.P.Sarasoo
2. Cik.P.Arunthathy
3. Pn.S.Mani Malathi
4. Pn.T.Tamilarasi
5. Cik.N.Logeswary
Tidak hadir : 1.Pn.G.Gunamadey

1. Ucapan Pengerusi

1.1. Ketua Panitia mengucapkan selamat datang dan selamat petang kepada semua
guru. Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sudi
meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat Panitia Matematik yang
keempat bagi tahun 2016.
(Pn.S.Mani Malathi)

1.2. Puan Guru Besar mengalu-alukan kehadiran para guru dan berharap semua
guru dapat memberi kerjasama dan sokongan kepada Pengerusi Panitia
Matematik. Guru Besar meminta guru Matematik Tahun 6 dan tahun 1 untuk
menumpukan lebih perhatian kepada murid-murid tahun 6 dan tahun 1. Beliau
berharap pencapaian UPSR bagi matapelajaran Matematik mengekalkan 100%
pada tahun ini. Guru-guru juga disarankan memberi latihan mengikut aras murid
dan perlu memberi latihan pengukuhan. Akhirnya beliau meminta semua guru
berganding bahu bagi mempertingkat lagi kualititi dan kuantiti pencapaian
UPSR pada tahun ini

( Pn.P.Sarasoo)

2. Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lepas. Minit Mesyuarat telah
diterima sebulat suara oleh Cik.P.Aunthathy.

3. Perkara Berbangkit

3.1 Saringan LINUS Numerasi telah pun dijalankan pada awal bulan Sept bagi
murid tahun 1,2&3 .
3.2 Bagi guru-guru yang baru mengajar KSSR pada tahun ini diminta merujuk
dengan yang lebih berpengalaman dengan KSSR dan cara pelaksanaan
saringan Linus
3.4 Bagi murid Tidak menguasai Numerasi,guru-guru harus memastikan murid murid
tersebut dibimbing secara personal dan sekurang-kurangnya mereka mahir
konsep asas Matematik.

4. Analisis Penilaian 1

4.1 Ketua Panitia membentangkan analisis bagi Peperiksaan Akhir tahun selepas
membuat post-mortem.

4.2 Guru Matematik Tahun 6 telah mengatakan bahawa seramai 11 orang


murid telah lulus iaitu 79% manakala 3 orang murid telah gagal iaitu
dan GPMP 3.07 dalam Peperiksaan Percubaan UPSR.
(Pn.S.Mani Malathi)
4.1
Bagi Tahun 5, guru telah mengatakan bahawa seramai 8 orang murid telah lulus
iaitu 62% manakala 5 orang murid telah gagal iaitu 38% dan GPMP 3.69
(Pn.T.Tamilarasi)
4.2
Bagi Tahun 4, guru telah mengatakan bahawa seramai 6 orang murid telah lulus
iaitu 54% manakala 6 orang murid telah gagal iaitu 46% dan GPMP 4.23.
(Pn.S.Mani Malathi)
4.5. Bagi Tahun 3, seramai 11 orang murid telah lulus iaitu
100% dan GPMP 2.36.
(Pn.Gunamadey)
4.6. Bagi Tahun 2, seramai 25 orang murid telah lulus iaitu
96% manakala seorang murid telah gagal iaitu 3.85% dan GPMP
2.27.
(Cik.NLogeswary
)
4.7. Bagi Tahun 1, seramai 16 orang murid telah lulus iaitu
100 % dan GPMP 1.31
(Cik.P.Aruthathy)

5. Hal-hal lain

Guru-guru Matematik membentangkan kekuatan dan kelemahan Penilaian ini.

Kekuatan
 Keputusan Penilaian 1 Tahap 1 berada dalam keadaan yang
memuaskan dan pencapaian murid adalah baik. Pencapaian kualiti
memuaskan.

Kelemahan

 Keputusan Penilaian 1 Tahap 2 berada dalam keadaan yang tidak


memuaskan dan pencapaian murid adalah sekadar mendapat gred B
dan C sahaja. Murid-murid tidak dapat menjawab soalan kertas 2 dengan
tepat.

6. Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan mesyuarat


ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ ________________
(Mani Malathi a/p Selvarajo) (Puan P.Sarasoo)
Ketua Panitia Matematik Guru Besar
SJKT Ladang Kamatchy SJKT Ladang Kamatchy

You might also like