You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN

BIL. 2 / TAHUN 2017

Tarikh : 4 Mei 2017


Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang – 4.15 petang
Tempat : Bilik Guru Besar, SK Seri Saujana
Kehadiran :

1. Encik Mohd.Azim bin Mohammad Amin Guru Besar


2. Puan Noorzanora binti Samsudin GPK Pentadbiran
3. Puan Norazlina binti Mohd.Asari GPK Hal Ehwal Murid
4. Encik Mohd.Fauzli bin Ab.Latif GPK Kokurikulum

1. Perutusan Pengerusi

1.1 En.Mohd.Azim memulakan mesyuarat dengan ucapan alu-aluan


kepada semua guru penolong kanan yang hadir. Bagi menambah
keberkatan, mesyuarat dimulai dengan bacaan Umul Kittab.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu

2.1 Puan Norazlina mencadangkan agar Minit Mesyuarat Pengurusan


Bil.1/2017 diterima dan disahkan. En.Mohd.Fauzli menyokong
cadangan tersebut.

3. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. Pembentangan Kertas Kerja / Laporan


4.1 Pengurusan Pentadbiran
4.1.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun
4.1.1.1 Peperiksan pertengahan tahun akan diadakan pada 15 hingga
19 mei 2017. Mohon diingatkan kepada guru-guru untuk menyemak
bilangan kertas soalan yang telah dicetak untuk mengelakkan masalah
kertas soalan tidak cukup.

1
4.1.2 Program Sekolah
4.1.2.1 Kejohanan Bola Baling MSSWP Bangsar SK Seri Saujana menjadi
tuan rumah untuk kejohanan pada tahun 2017 yang akan diadakan pada 8
hingga 11 Mei 2017 di padang SMK Seri Saujana

Makluman :Semua GPK

4.2 Pengurusan Kurikulum


4.2.1 Pengurusan Kelas
4.2.1.1 Guru Besar meminta semua pentadbir memantau pdpc guru
melalui pencerapan yang dilakukan 2 kali setahun.Dapatan pencerapan
lalu,guru perlu menguruskan kelas dahulu seperti kebersihan dan kawalan
kelas sebelum memulakan pdpc. Terdapat kelas yang banyak sampah-
sarap dan meja tidak tersusun ketika pdpc dilaksanakan.

4.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid


4.3.1 Talian Cakna
4.3.1.1 Puan GPK HEM Pn.Norazlina menyatakan pihak sekolah perlu
melaksanakan Program Talian Cakna.Program ini berkaitan kehadiran murid
ke sekolah dan KPI kehadiran murid JPWPKL ialah 95%.Semua sekolah perlu
mencapai KPI tersebut dan pihak sekolah hendaklah melaksanakan
program kehadiran murid.

4.4 Pengurusan Kokurikulum


4.4.1 Kejohanan Bola Baling MSSWP Bangsar 2017
4.4.1.1 Kejohanan Bola Baling MSSWP Bangsar akan diadakan pada 8
hingga 11 Mei 2018 di padang SMK Seri Saujana.

Makluman:Semua pentadbir

4.4.2 KEHADIRAN KOKURIKULUM


4.4.2.1Setiap guru wajib menghadiri aktiviti kokurikulum yang diadakan
pada setiap hari rabu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mohon guru
besar memberi amaran kepada guru-guru yang kerap tidak hadir untuk
aktiviti kokurikulum.

Makluman: Semua GPK

2
5. Hal-hal lain
5.1 Tiada hal-hal lain yang dikemukakan.

6. Ucapan Penangguhan
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………..
(MOHD FAUZLI BIN AB. LATIF)
GPK Kokurikulum
SK Seri Saujana, Kuala Lumpur.

Tarikh : 5 Mei 2017.

You might also like