You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


SK SUNGAI KELAMBU, 42700 BANTING SELANGOR
BIL. 1/2013

TARIKH : 17 MAC 2014


HARI : ISNIN
MASA : 12.50 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN :

1. PN. HJH AINON BT ABDUL LATIFF (Pengerusi)


2. PUAN KHASIAH BT JAMALUDDIN (Penyelaras)
3. PN. NOOR AZAKIAH BT ABD AZIZ (Setiausaha)
4. PN. RAMNAH BT SYAFIE (Bilik Boss)
5. PN. HAMIDAH BT HASAN (Penyelaras Tahun 1)
6. PN NORAINI BINTI HASSIM (Penyelaras Tahun 2)
7. PN. RUBIANTI BT SARBANI ((Penyelaras Tahun 3)
8. PN. ROZIAH BINTI SAMSI (Penyelaras Tahun 5)
9. PN. ROZITAH BINTI SABAR (Penyelaras Tahun 6)

AGENDA MESYUARAT:

1. UCAPAN PENGERUSI
2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3. PERKARA BERBANGKIT
4. PERKARA BAHARU
5. HAL-HAL LAIN
6. UCAPAN PENANGGUHAN

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran JK untuk mesyuarat Bil
1/2014.
1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana terpilih menjadi JK
SPBT yang baru.
1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah menjalankan
pengurusan SPBT dengan baik pada tahun lepas.

Tindakan : Makluman
1.6 Dasar Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT )
1.6.1 Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut dasar kelayakan
SPBT yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet iaitu murid mestilah
warganegara Malaysia.
1.6.2 Pertukaran judul buku teks akan dibuat, jika menepati salah satu syarat
yang berikut.
i) Apabila ada perubahan kurikulum atau sukatan pelajaran.
ii) Atas arahan Bahagian Buku teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.6.3 Tempoh hayat buku teks SPBT bagi sekolah rendah adalah 3 tahun. Namun
begitu, sekiranya buku teks berkenaan masih elok dari segi fizikalnya,
buku tersebut hendaklah terus diguna pakai walaupun tempoh hayatnya
telah tamat.
Tindakan : Makluman

1.7 Jika ada perpindahan dalam negeri dan antara negeri, murid dikehendaki membawa
bersama-sama buku teks, buku BLA dan surat iringan daripada sekolah asal.

1.8 Semua murid yang menerima pinjaman buku SPBT mestilah mematuhi peraturan-
peraturan yang ditetapkan, dan memulangkan buku teks yang dipinjam pada masa
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Tiada

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4.0 PERKARA BAHARU


4.1 Perlantikan Jawatankuasa dan Peranan
4.1.1 AJK SPBT
Pengerusi : Pn Hjh Ainon bt Abdul Latiff-PK HEM
Penyelaras : Puan Khasiah bt Jamaluddin @ Awang
Setiausaha : Pn Noor Azakiah bt Abd. Aziz
Bilik Boss : Pn Ramnah bt Shafie
JK : Pn. Ramnah Bt Syafie (Bilik Boss)
Pn. Hamidah Bt Hasan (Penyelaras Tahun 1)
Pn Noraini Binti Hassim (Penyelaras Tahun 2)
Pn. Rubianti Bt Sarbani ((Penyelaras Tahun 3)
Pn. Roziah Binti Samsi (Penyelaras Tahun 5)
Pn. Rozitah Binti Sabar (Penyelaras Tahun 6)
4.1.2 Pengerusi memaklumkan senarai tugas dan peranan Jawatankuasa boleh dirujuk
pada buku pengurusan sekolah.
Tindakan : Semua JK SPBT

4.2 PEMBAHAGIAN TUGAS KHUSUS TELAH DIBERIKAN


4.2.1 Pesanan buku teks – Puan Khasiah bt Jamaluddin
4.2.2 Pelupusan buku teks- Puan Khasiah bt Jamaluddin
4.2.3 Isi stok buku teks – Puan Khasiah bt Jamaluddin
4.2.4 Bilik BOSS- Puan Ramnah Bt Shafie
4.2.5 Penerimaan buku baru dan cop buku- Puan Noor Azakiah & Puan Khasiah
4.2.6 Penerimaan dan Pemulangan buku akhir tahun- Puan Khasiah dan guru kelas
4.2.7 Pengambilan buku kurang dan hantar buku lebih ke stor pusat- Cik Khasiah
4.2.8 Pengisian maklumat terima buku dalam Emateks dan maklumat buku lebih dan
buku kurang online- Puan Noor Azakiah
Tindakan : Semua JK SPBT

4.3MAKLUMAT PENGUMPULAN DAN PEMBERIAN BUKU TEKS.


4.3.1 Semua murid telah memulangkan buku teks pada 1.10.2013 dan mendapat buku teks
pada 2.10.2013. Bagi buku teks Tahun 4( KSSR) telah diberi pada 2.1.2014
4.3.2 Bayaran denda buku hilang telah dikutip dan semua murid telah menjelaskan bayaran.

Tindakan : makluman

4.3.4 Buku teks Tahun 4 KSSR tiada yang lebih dan rujukan guru tidak disediakan. Guru
yang mengajar perlu membeli sendiri buku rujukan guru.

4.3.5 Setiausaha memaklumkan buku Sains dan Matematik Tahun 5 dan 6 sudah ditukar
ke dalam Bahasa Malaysia.
Tindakan : makluman

4.3.6 Tiada buku rujukan guru buku Sains dan Matematik baru Tahun 4, 5 dan 6, cuma yang
ada buku rujukan guru adalah bagi subjek Bahasa Inggeris Tahun 1. Guru yang terlibat
boleh mengambil buku tersebut di bilik Boss Sekolah.
4.3.7 Setiausaha meminta kerjasama guru kelas untuk memastikan semua murid sudah
menerima buku dan jika ada buku yang rosak teruk boleh ditukar sebelum dibuat
pelupusan.
Tindakan : Guru kelas

4.3.8 Buku lebih telah dihantar ke Boss Daerah iaitu di SK Jugra. Bilik Boss sekolah hanya
boleh menyimpan 3 hingga 5 buah buku sahaja.
4.3.9 Setiausaha mengingatkan guru yang pinjam buku rujukan guru bagi tahun ini perlu
menulis dalam buku yang disediakan.
Tindakan : Semua Guru
4.4 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

4.4.1 Perancangan aktiviti –rujuk lampiran


4.4.2 Setiausaha meminta diadakan semula Minggu SPBT pada waktu yang sesuai
kerana terdapat dalam pelan strategik. Program ini penting untuk mengukur tahap
pencapaian pelan strategik.
4.4.3 Setiausaha bertanyakan mengenai buget untuk hadiah Minggu SPBT. Pengerusi
memaklumkan Minggu SPBT hanya akan dijalankan jika ada peruntukan
Kewangan dan akan memaklumkan kemudian.
Tindakan : S/U SPBT.

4.4.4 Aktiviti yang sesuai dengan Minggu SPBT akan dibincangkan kemudian.
4.4.5 Pn. Ainon meminta Cik Khasiah menyediakan kertas kerja untuk program
tersebut.
4.4.6 Setiausaha mencadangkan agar diadakan sekurang-kurangnya 2 kali spot chek
buku SPBT murid.
4.4.7 Pn. Ainon mengharapkan pemantauan secara berterusan dari guru kelas dan guru
mata pelajaran agar murid sentiasa peka dalam penjagaan buku teks mereka.

Tindakan : Guru SPBT dan guru kelas.

4.5 PELUPUSAN
4.5.1 Pelupusan Tahun 2013 telah dihantar sebelum bulan April.
4.5.2 Pelupusan yang telah dihantar pada Julai 2011 dan April 2012 masih belum
mendapat kelulusan di KPM.
4.5.3 Pelupusan tahun 2010 telah selesai dan diambil oleh kontraktor yang dilantik.
Cuma buku lama masih banyak di dalam almari dan akan dimasukkan di dalam
pelupusan yang baru ( 2013 ).
4.5.4 Buku Teks Matematik dan Sains bagi Tahun 4, 5 dan 6 iaitu sukatan lama, tidak
dibenarkan untuk dibuat pelupusan. Guru PPSMI yang ingin menggunakan buku
tersebut sebagai rujukan boleh mengambilnya di bilik Boss Sekolah.
Tindakan : Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn Ainon meminta agar guru-guru yang mengajar membuat spot chek buku teks
yang tidak dibalut. Beri amaran kepada murid yang tidak membalut buku.
5.2 Pn. Noridah mencadangkan murid yang ingkar arahan membalut buku dikenakan
bayaran denda yang berpatutan. Duit itu boleh digunakan untuk membeli
pembalut dan diberikan kepada murid tersebut agar dia segera membalut buku.
5.3 Pn Ainon menjawab cadangan tersebut boleh diterima dan akan dilaksanakan
kelak.
Tindakan : Guru Kelas

5.4 Puan Khasiah bertanyakan sama ada boleh digantikan buku yang rosak kerana
terlalu lama dan bukan disebabkan oleh kecuaian murid.
5.5 Pn. Ainon memberi kebenaran untuk menggantikan dengan buku baru dengan
mengistiharkannya dan dihantar ke Boss daerah untuk mendapat gantian yang
elok.
Tindakan : Setiausaha SPBT

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pn.Ainon mengucapkan terima kasih kepada semua JK SPBT kerana hadir dalam
mesyuarat kali pertama dan meminta kerjasama dari Jawatankuasa jika terdapat
apa-apa maklumat berkaitan buku teks agar pengurusan buku teks lebih sistematik
dan teratur.
6.2 Pn. Ainon juga berharap bilik buku teks dapat dikemaskini dari semasa ke semasa
agar keselamatan buku teks terpelihara.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………... ……………………………………..
(NOOR AZAKIAH BINTI ABD AZIZ) (PN.HJH AINON BT ABDUL LATIFF)
Setiausaha SPBT PK HEM SK Sungai Kelambu
SK Sungai Kelambu
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI K
KELAMBU
42700 BANTING,
Tel/Faks : 03-31816012
SELANGOR DARUL EHSAN.
Emel : bba1031@btpnsel.edu.com.my
KOD SEKOLAH BBA 1031 Website : sksk.kualalangat.net

Ruj. Kami :
Tarikh : 27 Disember 2013
Kepada;

Guru-guru
SK Sungai Kelambu
42700 Banting
Selangor Daru Ehsan

Tuan,

NOTIS MESYUARAT SPBT Bil 1/ 2014

Dengan sukacitanya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa meyuarat tersebut akan diadakan berdasarkan ketetapan


berikut;

Tarikh : 17 Mac 2014


Masa : Isnin
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Puan Khasiah Binti Jamaluddin
Pakaian : PAKAIAN RASMI

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Perutusan Pengerusi


3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.3 Perkara-perkara berbangkit (maklum balas minit mesyuarat yang lepas)
3.4 Perkara baharu
3.5 Perancangan aktiviti tahunan
3.5 Hal-hal lain
3.6 Penutup

Kehadiran dan kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

You might also like