You are on page 1of 2

Asal-usul Majlis Raja-Raja

 Sebelum Pembentukan Durbar


 Pembentukan Durbar
 Pemulihan Durbar
 Penubuhan Majlis Raja-Raja

Sebelum Pembentukan Durbar

Raja-Raja dahulu merupakan Raja-Raja mutlak, yang mempunyai kuasa perundangan eksekutif
dan kehakiman. Raja-Raja ini memerintah negeri masing-masing berdasarkan dasar mereka
sendiri, dibantu oleh pelbagai kategori pegawai pada nama sahaja. Pada zaman kesultanan
Melaka, para pegawai ini diketuai oleh Bendahara (pada zaman ini Bendahara setaraf dengan
Perdana Menteri).

Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511, dan Belanda pada tahun 1641, tidak
mengubah struktur tradisi Kesultanan Melayu. Pada awal tahun 1874 pula, pihak British
mencampuri pentadbiran Kesultanan Melayu. Sultan-Sultan kekal menjadi Raja berdaulat tetapi
mereka terikat dengan perjanjian untuk menerima nasihat daripada Residen British, Penasihat
atau Penasihat Jeneral.

Sebelum pihak British melengkapkan penguasaan politik mereka terhadap kesultanan Melayu,
(Terengganu ialah negeri terakhir menerima penasihat British pada tahun 1919), mereka terlebih
dahulu menggabungkan kuasa pentadbiran mereka, dengan membentuk Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) pada tahun 1896
dan kemudiannya menubuhkan sebuah Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909, yang
ahlinya terdiri daripada empat orang Raja-Raja Melayu, yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya
Tinggi British.

Sungguhpun pihak British cuba mengekalkan kedaulatan Kesultanan Melayu, tetapi apa yang
tinggal bagi Raja-Raja Melayu, hanyalah tugas yang berkaitan dengan upacara adat istiadat dan
hal-hal keagamaan.

Meskipun Majlis Raja-Raja yang ada sekarang merupakan struktur formal perlembagaan, nama
majlis ini tidak dapat dipisahkan daripada Kesultanan Melayu yang merupakan tonggak sistem
atau institusi beraja di Malaysia. Sebab itu sejarah awal Majlis Raja-Raja elok dimulai dengan
menelusuri secara sepintas lalu kemunculan Kesultanan Melayu yang ada sekarang. Ini penting
bagi menunjukkan pertalian awal di kalangan keluarga diraja yang ada di Malaysia sekarang,
sesuatu yang tidak kurang pentingnya dalam menyediakan persekitaran yang akhirnya
melahirkan majlis ini.

Kemunculan dan kedudukan Kesultanan Melayu tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan
Kesultanan Melayu Melaka. Meskipun kesultanan ini bukan kesultanan yang tertua, Kesultanan
Kedah diasaskan sekitar kurun ke-13. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai signifikan yang
besar dalam membina tradisi dan adat istiadat istana yang kemudiannya diwarisi oleh kesultanan-
kesultanan yang muncul kemudiannya. Selain itu, Kesultanan Melayu Melaka juga mempunyai
peranan dalam membantu mengasaskan dan memperkukuhkan kebanyakan kesultanan yang ada
sekarang.

Daripada sembilan kesultanan yang ada, hanya Kesultanan Melayu Perak yang mempunyai
pertalian langsung dengan Kesultanan Melayu Melaka kerana Kesultanan diasaskan oleh
kesultanan tersebut sebelum Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun
1511.

Kesultanan Kedah yang pernah dilindungi oleh Melaka memiliki beberapa peralatan diraja
termasuk nobat yang dianugerahkan kepada kesultanan ini oleh kerajaan Melaka. Kesultanan
Selangor, meskipun diasaskan oleh orang Bugis pada kurun-18, kesultanan ini diberi kesahan
oleh Kesultanan Perak yang mempunyai pertalian langsung dengan raja-raja Melaka.
Kesultanan-kesultanan lain seperti Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu muncul selepas
keturunan Kesultanan Melayu Melaka pupus. Kesultanan-kesultanan ini jelas mengisi dan
meneruskan warisan yang dikosongkan oleh Kesultanan Melayu Melaka selepas Melaka jatuh ke
tangan Portugis. Begitu juga dengan Negeri Sembilan, meskipun raja-rajanya berasal dari
Sumatera. Apabila pihak British campur tangan di negeri-negeri Melayu, bermula dengan
Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 dan berakhir dengan perjanjian British dengan Johor pada
tahun 1914.

Kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja yang berdaulat tidak berubah. Inilah kedudukan raja-
raja di sisi undang-undang, walaupun kenyataannya mungkin tidak sedemikian bebas dan
berdaulat. Prinsip ini telah diisytiharkan oleh beberapa keputusan mahkamah yang berbeza
kedudukannya dengan kedudukan raja-raja Melayu dalam Malayan Union. Walaupun demikian,
raja-raja terpaksa tunduk kepada kehendak dan tekanan pihak British. Meskipun tekanan itu
boleh dipersoalkan di sisi undang-undang, pihak British mempunyai kekuatan untuk memaksa
raja-raja Melayu mendengar perintah mereka.

Campur tangan pihak British di negeri-negeri Melayu, sebuah perkumpulan yang menyamai
sebuah persekutuan dibentuk pada tahun 1895. Perkumpulan yang dikenali sebagai Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Empat orang Raja Melayu duduk dalam Majlis Persekutuan yang fungsinya untuk menggariskan
polisi yang dilaksanakan melalui perundangan di peringkat negeri melalui majlis-majlis negeri.
Walaupun kuasa perundangan raja-raja Melayu kekal, namun hanyalah dari segi perlembagaan.
Hakikatnya pihak British yang membentuk dan mengawal polisi pentadbiran dan pelaksanaannya
di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja tahu apa yang mereka terima bukanlah sesuatu
yang mereka maksudkan ketika menandatangani perjanjian dengan pihak British. Ini dibuktikan
dengan penentangan awal selepas Perjanjian Pangkor yang berakhir dengan pembuangan negeri
Sultan Abdullah.

You might also like