You are on page 1of 3

SMJK CHAN WA, SEREMBAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA (Bil 1/2018)

Tarikh: 4 Januari 2018

Masa: 2.30 PM

Tempat: Makmal Sains Teras 1 SMJK Chan Wa, Seremban

Kehadiran:

1. Cik Gan Yit May (Ketua Bidang Sains)


2. Pn Chua Peck Hoe (Ketua Panitia Sains)
3. Pn Arizaity Bt Md Yusof
4. En Goh Hock Lye
5. Pn Arifah Bt Abdullah
6. Pn Rohaiza Bt Mohamed
7. Pn Fazrina Bt Ibrahim
8. Pn Leong Cheng Liy
9. Pn Khoo Yee Ping
10. En Vikneswaran a/l M.Gunahlan

Tidak Hadir Bersebab:

1. Pn Hee Sheih Lin

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi Pn Chua Pech Hoe mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-
alukan kehadiran ahli panitia Sains ke mesyuarat kali pertama

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 PENCADANG: EN Goh Huck Lye

2.2 PENYOKONG: Pn Khoo Yee Pin

3.0 UCAPAN KETUA BIDANG

3.1 Sepanjang bulan 1 hingga 4 akan diadakan program tambahan PISA bagi
membolehkan kesemua lapan modul disiapkan sebelum murid-murid mendudukan
ujian sebenar PISA. Seperti yang dibincang dalam mesyuarat PISA yang lepas,
diminta semua guru Sains perlu memberi kerjasama yang padu bagi menjayakan
program ini.

3.2 Jadual akan diubah sebanyak dua kali bagi tahun ini. Ini adalah kerana sekolah
menerima guru baru Sains, iaitu En Vikneswaran a/l M.Gunahlan dan seorang lagi
guru Sains sedang dalam percutian bersalin dan dijangka pulang ke sekolah pada
bulan ke 4.

3.3 Ketua bidang memperkenalkan kedudukan makmal Sains. Beliau berharap


murid-murid masuk ke dalam makmal Sains mengikut kedudukan yang ditetapkan.
Makmal Sains 1 untuk Tingkatan 1, Makmal Sains 2 untuk Tingkatan 2, Makmal
Sains 3 untuk tingkatan 3 dan Makmal Sains 4 untuk Tingkatan 4. Makmal Sains 4
masih dalam proses dibaik pulih dan dijangka siap dalam tempoh terdekat. Sehingga
itu, guru-guru tingkatan 4 boleh menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik tingkatan masing-masing. Sekiranya perlu menjalankan eksperimen
mereka boleh merujuk di makmal Sains Tulen.

3.4 Syarikat You Chai Foundation telah menghantar peralatan yang canggih bagi
matapelajaran Sains. Maka guru-guru Sains boleh meminjam peralatan tersebut
daripada pembantu makmal atau En Saravanan di makmal Biologi.

3.5 Beliau juga mengagihkan guru-guru Sains untuk menjaga setiap makmal Sains.

 Pn Arizaity Bt Md Yusof (Makmal 1)


 Pn Leong Cheng Liy (Makmal 2)
 Pn Fazrina Bt Ibrahim (Makmal 3)
 Pn Khoo Yee Ping (Makmal 4)

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1Peralatan Sains tidak mencukupi. Bilangan perlu ditambahkan bagi menbolehkan


eksperimen dijalankan dengan berkesan. Contohnya: mikroskop

4.2 Guru-guru Sains disarankan menggunakan bahan KBAT. Dapatkan bahan KBAT
daripada PN Chua dan pindahkan bahan tersebut dalam computer riba masing-
masing. Sediakan buku log penggunaan bahan KBAT.

4.3 Kelas tambahan akan dijangka bermula dari minggu ketiga dalam bulan Januari.

4.4 Sekiranya pihak kementerian membekalkan 35 komputer bagi ujian PISA, maka
computer tersebut akan dipasang di setiap kelas.

4.5 Setiap guru Sains diharap dapat menyediakan kertas ujian mengikut dalam
jadual di lampiran 1.
5.0 HAL-HAL LAIN

Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………. …………………….....

(En Vikneswaran a/l M.Gunahlan) (Pn Chua Peck Hoe)

You might also like