You are on page 1of 8

SULIT 4531/3

4531/3
Fizik
Kertas 3
1
1 jam
2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAHAT
31650 IPOH PERAK

TINGKATAN 4

FIZIK

USBF 1
Kertas 3
Satu jam tiga puluh minit

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak termasuk kulit

4531/3© 2018 Hak Cipta SMK Lahat

-0-
Bahagian A
[28 markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini
Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini adalah 60 minit.

1. Seorang pelajar telah menjalankan suatu ujikaji untuk mengkaji hubungan antara
pertambahan suhu air,θ dengan masa pemanasan, t.
20 g air tulen dipanaskan dan suhunya diukur dalam sela masa 1 minit. Rajah 1
menunjukkan suhu awal air tersebut, θ0.
Bacaan suhu,θ pada masa pemanasan, t = 1, 2, 3, 4 and 5 minit ditunjukkan dalam
Rajah 2, 3, 4, 5 and 6 masing-masing.

Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3


θ 0=........ θ =........ θ =........

-1-
Rajah 4 Rajah 5 Rajah 6
θ =........ θ =........ θ =........
(a) Bagi ujikaji yang telah dinyatakan di atas, tentukan;
(i) Pembolehubah yang dimanipulasikan
[1 mark]

(ii) Pembolehubah yang bergerakbalas


[1 mark]

(iii) Pembolehubah yang dimalarkan


[1 mark]

(b) Berdasarkan kepada Rajah 1, 2, 3, 4, 5 dan 6, tentukan bacaan suhu bagi θ0 dan
 bagi masa pemanasan, t = 0, 1, 2, 3, 4 dan 5 minit. Kirakan kenaikan
suhu,θ1 iaitu setiap bacaan suhu,  tolak dengan θ0. Jadualkan data anda bagi
bagi masa pemanasan, t = 1, 2, 3, 4 dan 5 minit, θ dan θ1.
[5 marks]

-2-
(c) Dengan menggunakan graf (kalau tak ada wajib minta daripada cikgu). Plotkan
graf kenaikan suhu,  1 melawan masa pemanasan, t.
[5 marks]

(d) Gunakan graf anda di (c) untuk menjawab soalan seterusnya:


(i) Nyatakan hubungan antara kenaikan suhu dan masa pemanasan, t.

[1 mark]

(ii) Tentukan kenaikan suhu  1 apabila masa pemanasan


t = 3.5 minit.

[2 marks]

-3-
2 Seorang pelajar mengendalikan ujikaji untuk mengkaji hubungan antara tempoh
ayunan, t dengan bilangan ayunan, n bagi bandul ringkas. Pelajar ini telah
menetapkan panjang benang yang digunakan dan merekodkan tempoh ayuanan, t
bagi bilangan ayunan yang berbeza, n. Dia telah memplotkan graf tempoh ayunan
(period of oscillation) melawan bilangan ayunan (number of oscillations) dan
ditunjukkan di dalam Rajah 2.

Rajah 2

(a) Berdasarkan kepada Rajah 2 di atas,


(i) Tentukan hubungan antara t dan n,

[1 mark]
(ii) Tentukan tempoh ayunan, t jika bilangan ayunan,
n = 20, (tunjukkan pada graf bagaimana anda memperolehi nilai
tempoh ayunan, t)

[3 marks]
(iii) Kirakan kecerunan graf, m.

-4-
[3 marks]

(b) Dengan menggunakan nilai kecerunan, m yang telah diperolehi di (a)(iii),


m2 g
pecutan graviti, g = 10 ms-2,  = 3.142 dan persamaan   . Kirakan
4 2
panjang bandul ringkas,  yang telah digunakan.
[4 marks]

(c) Nyatakan satu langkah berjaga-jaga semasa eksperimen ini dijalankan.

[1 mark]

-5-
Bahagian B
[12 markah]
Sila jawab satu soalan sahaja.
Masa yang dicadangan untuk menjawab bahagian ini adalah 30 minit.

3. Di hipermarket AEON, seorang pelanggan menolak troli yang kosong sebelum


membeli-belah (Rajah 3), tetapi selepas membeli banyak barang dan troli pun
menjadi penuh. Pelanggan tersebut menyedari bahawa lebih susah menolak troli
yang penuh berbanding menolak troli yang kosong. Setelah troli itu ditolak
didapati susah pula untuk memberhentikan troli yang penuh dengan barang
berbanding troli yang kosong.

Rajah 3
Berdasarkan kepada pemerhatian di atas:
(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai. [1 mark]
(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai. [1 mark]
(c) Dengan menggunakan radas yang sesuai seperti bilah gergaji, pengapit-G dan
lain-lain, nyatakan sebuah rekabentuk eksperimen untuk mengkaji hipotesis
yang telah dinyatakan di 3(b).
Dalam penerangan anda, nyatakan dengan jelas tentang perkara berikut:
(i) Tujuan eksperimen.
(ii) Pembolehubah eksperimen.
(iii) Senarai radas dan bahan.
(iv) Susunan radas.
(v) Kaedah eksperimen dijalankan yang termasuklah kaedah untuk
mengawal pembolehubah dan kaedah bagaimana untuk mengukur
pembolehubah yang bergerakbalas.
(vi) Kaedah penjadualan data.
(vii) Kaedah data dianalisiskan.
[10 marks]

-6-
4. Semasa perayaan Tahun Baru Cina. Seorang pelajar telah terlihat dua biji tanglung
di sebuah rumah seperti di dalam Rajah 4. Dia juga mendapati tanglung yang
bertali pendek mengambil masa yang lebih cepat untk melakukan satu ayunan
lengkap berbanding yang bertali panjang. Perkara ini sangat mengujakannya dan
mengambil keputusan untuk mengujinya di makmal.

Rajah 4
Berdasarkan kepada pemerhatian di atas:
(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai. [1 mark]
(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai. [1 mark]
(c) Dengan menggunakan radas yang sesuai seperti benang, bandul dan lain-lain,
nyatakan sebuah rekabentuk eksperimen untuk mengkaji hipotesis yang telah
dinyatakan di 3(b).
Dalam penerangan anda, nyatakan dengan jelas tentang perkara berikut:
(i) Tujuan eksperimen.
(ii) Pembolehubah eksperimen.
(iii) Senarai radas dan bahan.
(iv) Susunan radas.
(v) Kaedah eksperimen dijalankan yang termasuklah kaedah untuk
mengawal pembolehubah yang dimanipulasikan dan kaedah
bagaimana untuk mengukur pembolehubah yang bergerakbalas.
(vi) Kaedah penjadualan data.
(vii) Kaedah data dianalisiskan.
[10 marks]

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

-7-

You might also like