You are on page 1of 14

unku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan

kemudiannya Persekutuan Malaysia yang pertama. Beliau merupakan individu yang


bertanggungjawab mengetuai usaha membawa kemerdekaan kepada negara ini. Tunku berusaha
bersama rakan-rakan yang lain bagi memperjuangkan kemerdekaan negara ini daripada
cengkaman penjajahan barat yang berlangsung selama hampir 400 tahun. Dalam proses
mendapatkan kemerdekaan untuk negara ini, pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhinya. Berkat
kesabaran dan usaha gigihnya bersama rakan-rakan dalam parti UMNO dan Perikatan serta doa
rakyat Tanah Melayu, akhirnya tanah air ini dapat menikmati kemerdekaan yang diidamkan pada
31 Ogos 1957. Walaupun Tunku adalah seorang putera raja, namun beliau dikenali sebagai
seorang yang berjiwa rakyat. Justeru itu, penulis ingin berbicara perihal perjuangan individu ini
dalam mengetuai perjuangan kemerdekaan dan juga pembangunan negara seperti yang diimpikan
semua. Penulis akan meninjau secara umum peranan yang dimainkannya bermula daripada
penglibatannya dalam arena politik sehingga terbentuknya Persekutuan Malaysia 1963.

Item Type: Book Section

Subjects: D History General and Old World > DS Asia

Divisions: College of Law, Government and International Studies

Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub


Date Deposited: 25 May 2011 02:47

Last Modified: 25 May 2011 02:47

URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3139

umbangan Tunku Abdul Rahman

Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,beliau banyak memberi
sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan
rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut kemerdekaan
bagi Tanah Melayu.Demi perpaduan orang melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap
Malayan union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar serta
mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh yang
berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan
keamanan dan perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan
negara.Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah mewakili
kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis
Malaya.Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta
kedamaian.
Tunku Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling berjaya
apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah
Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan
masalah politik negara.Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam
sejarah politik negara.
Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama Islam.Beliau
banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan menbaca al-Quran.Beliau pernah
menjadi Presiden PertubuhanKebajikan Islam Malaysia(PERKIM) apabila persatuan itu ditubuhkan pada
20 Ogos 1960.Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya,beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah
pertubuhan yang terkemuka yang dan dihormati oleh semua negara Islam.Beliau talah dilantik sebagai
Setiausaha Agung Sekreteriat Negara-negara islam di Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970.Di bawah
pimpinan beliau,pertubuhan ini berjaya menark lebih 41 buah negara Islam menyertainya.Selepas
bersara,beliau masih aktif dalam menyumbangkan tenaga demi perkembangan islam.Pada 18 januari
1980,Beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for Southeast Asia and The
Pacific(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di persidangan Negara-Negara Islam.
Segala jasa dan sumbangan yang beliau curahkan akhirnya membolehkan beliau mendapat
penghargaan dari negara Pakistan dengan Anugerah hadiah Hijrah padabulan MAC 1983,dan Anugerah
AL-Malik Faisal dari negara Arab Saudi pada tahun yang sama.
Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang islam yang sangat berjaya.Taraf beliau selaku
tunggak atau teraju utama sudah mampu membuktikan betapa berat tugas dan tanggungjawabnya.Dari
sini,beliau telah banyak membawa manfaat pada perkembangan Islam.
Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau juga seorang putera
yang berjiwa rakyat.Ini terbukti apabila beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke
Congo,Afrika yang dilanda peperangan saudara pada tahun 1961.Sebagai pemimpin PERKIM,beliau
berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui kelantan pada tahun
1975.Dengan bantuan Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu,beliau menempatkan seramai 4,5000 orang
pelarian di Pangkalan Chepa dan Cherating.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan kedah Darul
Aman untuk menggunakan tanah kepunyaannya bagi mendirikan rumah anak-anak yatim dan orang-orang
tua.Bangunan ini kemudian diberi namaDarul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra.
Tunku Abdul Rahman memang terkenal sebagai dermawan bukan sahaja di tanah airnya malah di
kalangan negara-negara yang lain.Jelas terbukti bahawa beliau adalah seorang insan yang humanis.Beliau
senantiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,agama,dan
negara.Jasa dan usaha beliau yang tidak kenal putus asa akan senantiasa dikenang oleh semua rakyat
Malaysia selama-lamanya.

unku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke
arah
mencapai kemerdekaan dan keharmonian Negara.Beliau lahir pada 8 Februari 1903 di Istana Tingkat
Tiga,alor setar,kedah.Beliau merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah Sultan Kedah yang ke-
24.Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri dibawah naungan Siam.Beliau adalah anakanda kepada Sultan
Kedah,Sultan Abdul Hamid Shah.Ibunya bernama Cik Manjalarn,merupakan seorang puteri Ketua Negeri
Mataban iaitu jajahan Siam.Penglibatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa
kepada perlantikan sebagai Perdana Menteri pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau
bersara pada tahun 1970.
LATAR BELAKANG (blog ghayu)
Pendidikan formal Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bermula ketika 6 tahun di Sekolah Melayu dan
seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai kolej Sultan Abdul Halim.Kemudian
Tunku Abdul Rahman dihantar belajar di Siam iaitu Sekolah Debsirinder,Bangkok ketika berusia 12
tahun.Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok telah mangkat,beliau berpindah ke
Penang Free School,Pulau Pinang pada tahun 1915.Pada tahun 1919, Tunku Abdul Rahman telah
dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah untuk ke England dan beliau telah menerima Ijazah Sarjana
Muda Sastera [sejarah] dari St Catherine’s College Universiti,Cambridge pada tahun 1925. Tunku Abdul
Rahman dianggap anak melayu pertama lulus Universiti di England.

Selepas itu, Tunku Abdul Rahman meneruskan pengajiannya dalam bidang perundangan di Luner
Temple,England.Semasa berada di situ,beliau terasa dengan pandangan penjajah terhadap bangsa yang
dijajah.Pandangan rendah mereka terhadap bangsa yang dijajah ini mendorongnya penubuhan “Persatuan
Anak-Anak Melayu Great Britain” pada tahun 1927.Persatuan ini bertujuan untuk menyatupadukan
pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat kemerdekaan.Beliau juga telah menyertai
“Majlis” iaitu sebuah persatuan pelajar India-Muslim yang melaung-laungkan sentiment anti penjajah
British.Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great
Britian dan beliau juga menjadi setiausaha yang pertama.Walaubagaimanapun,beliau gagal dan pulang ke
tanah air.

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931,beliau memasuki Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan
pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat iaitu di Kula Muda,Padang Terap,Kuala
Nerang,Pulau Langkawi dan Kulim.Pada tahun 1938,sekali lagi beliau mengikut khusus undang-undang
namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia ke-2. Tunku Abdul Rahman kembali ke
tanah air dan bergiat cergas dalam SABERKAS.SABERKAS adalah singkatan kepada Syarikat Bekerjasama
Am Saiburi.Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah “Sayang
Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala”.Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa Tentera
Jepun.

Apabila Jepun menyerah kalah dan British mula memerintah.Tunku Abdul Rahman menyertai Kesatuan
Melayu Kedah.Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam,pada tahun 1947, Tunku
Abdul Rahman ke England sekali lagi untuk menyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala
selama 25 tahun.Pada tahun 1949,beliau lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai
peguam.Sekembalinya ke tanah air,beliau bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman
Kuala Lumpur.Semasa pemerintahan Jepun, Tunku Abdul Rahman telah diberi jawatan sebagai Penyelia
Pelajaran Negeri Kedah.Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah
Melayu.Pada masa itulah, Tunku Abdul Rahman kembali ke England untuk meneruskan pengajian
perundangan di Inns of Court dan kembali ke tanah air dengan segulung Ijazah peguam dan harapan untuk
mengembangkan dasar demokrasi.

Pada masa itu, Tunku Abdul Rahman berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah
Rodziah Binti Syed Alwi Barakkah.Beliau dikurniakan 7 orang cahaya mata.Beliau pernah berkahwin
dengan seorang gadis yang bernama Meriam pada tahun 1933,tetapi malangnya Meriam meninggal dunia
akibat demam malaria.Beliau juga pernah berkahwin dengan Violent Coulson pada tahun 1935,tetapi
perkahwinan itu tidak berkekalan.Zaman pemerintahan Jepun telah melahirkan semangat kebangsaan di
jiwa. Tunku Abdul Rahman adalah salah seorang yang hadir ke Kongres Melayu Malaya yang diadakan di
Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1948.
Pada tahun 1949, Tunku Abdul Rahman menjadi Pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah.Apabila
Dato Onn Bin Jaafar meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman dipilih untuk
mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.Sejak mengambil alih jawatan Presiden UMNO, Tunku Abdul
Rahman telah mewujudkan kerjasama dengan MCA dan menubuhkan perikatan pada tahun 1952.Sejak
itu,Perikatan tersebut menjadi satu dominan yang memperjuangkan kemerdekaan.
YTM Tunku Abd Rahman Al-Haj
Ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid
Shah
Perdana Menteri Malaysia yang
pertama
Dikenali Sebagai ' Bapa Malaysia'
Setiausaha Agung Pertama
Sekretariat Islam (OIC)
Presiden Pertama PERKIM
Presiden Pertama Persatuan
Bolasepak Malaysia

Photo Album

YTM Tunku Abd


Rahman Al-Haj
Ibni Almarhum
Sultan Abdul
Hamid Halim
Shah dilahirkan
pada 8 Februari
1903 di Istana
Pelamin, Alor
Star, Kedah.
Tunku Abdul
Rahman
mendapat
pendidikan awal
pada tahun 1909 di Sekolah Rendah
Melayu, Jalan Baharu, Alor Star dan
kemudiannya Sekolah Inggeris Kerajaan
atau namanya sekarang Kolej Sultan Abdul
Hamid, Alor Star. Dua tahun kemudian iaitu
ketika beliau berusia lapan tahun, beliau
dihantar bersekolah di Sekolah Thebsurian,
Bangkok. Pada tahun 1915, beliau
meneruskan pengajian di Penang Free
School, Pulau Pinang.

Pada tahun 1918, Tunku telah dikurniakan


biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan
pelajaran di St. Catherine College, Universiti
Cambridge di mana beliau memperolehi
Ijazah B.A. Tunku merupakan pelajar Kedah
yang pertama belajar di United Kingdom
dengan memperolehi biasiswa dari Kerajaan
Negeri Kedah.

Kerjaya :
 Kadet di Pejabat Undang-Undang
Alor Star
 Penolong Pegawai Daerah Sungai
Petani dan Kulim
 Pegawai Daerah Sungai Petani
 Pegawai Daerah Langkawi
 Timbalan Pengarah Keselamatan
Awam Kedah (1940)
 Penguasa Pelajaran Kedah (1943)
 Timbalan Pendakwa Umum Jabatan
Undang-Undang Persekutuan
 Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu (1955)
 Menteri Ehwal Dalam Negeri
 Perdana Menteri Malaysia yang
pertama

Penglibatan Politik :

 Ketua Pertubuhan Kebangsaan


Melayu (UMNO) Bahagian Kedah
 Presiden UMNO (26 Ogos 1951)

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan


Profesional :

 Canselor Universiti Malaya (1962)


 Presiden PERKIM yang pertama
(November 1982)
 Setiausaha Agong yang pertama
Sekteriat Islam (OIC)
 Presiden Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM)

Tunku telah
meletakkan
jawatan daripada
Perkhidmatan
Kerajaan untuk
menjadi Presiden
UMNO bagi
menggantikan
Dato' Onn Jaafar
pada 26 Ogos
1951. Sebagai
Presiden UMNO,
beliau banyak
menyelesaikan
masalah politik di Tanah Melayu dengan
mendapatkan kerjasama daripada semua
kaum. Hasilnya, beliau berjaya
menubuhkan satu perikatan antara UMNO,
Persatuan Cina Malaya (MCA) serta Kongres
India Malaya (MIC) dan gabungan ini
dinamakan sebagai Perikatan.

Dalam pilihanraya pertama iaitu pada bulan


Julai 1955, Perikatan telah memenangi 51
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Tunku kemudian dilantik menjadi Ketua
Menteri dan Menteri Ehwal Dalam Negeri.
Setelah menang dalam pilihanraya tersebut,
arah Tunku seterusnya ialah untuk
mencapai kemerdekaan. Persetujuan
dicapai sewaktu mengadakan rundingan
dengan kerabat DiRaja dan akhirnya
mereka bertolak ke London untuk
berbincang mengenai rundingan
kemerdekaan dengan kerajaan British bagi
mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah
Melayu. Rundingan tersebut mencakupi
pelbagai masalah termasuklah masalah
Raja-Raja Melayu, kedudukan pegawai-
pegawai awam British yang sedang
berkhidmat di Tanah Melayu dan lain-lain
langkah peralihan yang perlu diputuskan
sebelum merdeka serta tarikh kemerdekaan
yang menurut Tunku perlu disegerakan.
Akhirnya Tanah Melayu berjaya mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada 28 Disember 1955, YTM Tunku buat


pertama kalinya bertemu dengan Chin
Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis
Malaya (PKM) iaitu dalam Rundingan
Baling. Pada waktu itu, Tunku menjadi
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Rundingan Baling pada tahun 1955 ini
dianggap sebagai suatu sejarah yang
sangat penting bagi negara kerana di
situlah bermulanya titik tolak bagi
menumpaskan kegiatan komunis.

Apabila
Tanah
Melayu
merdek
a,
Tunku
telah
dipilih
sebagai
Perdan
a Menteri Malaysia yang pertama. Semasa
menjadi Perdana Menteri, Tunku berusaha
menegakkan sebuah kerajaan demokrasi
dan menjaga hubungan baik dengan negara
luar. Persekutuan Tanah Melayu telah
menjadi anggota Komanwel dan telah
menandatangani satu Perjanjian Pertahanan
dengan United Kingdom. Pada April 1959,
Tunku telah meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri dan bersiap sedia untuk
bertanding dalam pilihanraya pertama iaitu
pada bulan Ogos 1959. Pada bulan yang
sama, apabila menang dalam pilihanraya,
sekali lagi Tunku dilantik menjadi Perdana
Menteri.

Dalam tempoh beberapa bulan selepas


merdeka, Tunku banyak membuat
kunjungan muhibah ke luar negeri termasuk
Vietnam, Ceylon (Sri Lanka), Jepun dan
Brunei. Pada bulan Januari 1959, semasa
menjadi tetamu negara Filipina, Tunku telah
mengusulkan pembentukan persekutuan
negara-negara Asia Tenggara bagi
mendapatkan kerjasama ekonomi dan
kebudayaan serantau sehingga membawa
kepada pembentukan Persekutuan Negara
Asia Tenggara (Association of South East
Asia- ASA) pada tahun 1961.

Pada bulan Mei 1961, dalam majlis dengan


wartawan asing di Singapura, Tunku
dengan telah mengumumkan bahawa Tanah
Melayu akan menandatangani satu
persefahaman dengan British, Singapura,
Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan
sebuah negara Malaysia. Hasrat Tunku
menubuhkan Malaysia ditentang oleh
Filipina dan Indonesia. Namun begitu,
dengan kesungguhan dan kegigihan serta
ketabahan beliau, penubuhan Malaysia yang
terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak berjaya
diisytiharkan pada 16 September 1963.
Bagaimanapun, Tunku terpaksa
mengeluarkan Singapura dari Malaysia pada
bulan Ogos 1965, menjadikan Malaysia satu
persekutuan yang terdiri daripada 13 buah
negeri.
Kegiatan Tunku di
dalam bidang
penulisan sudah
lama bermula iaitu
sejak peristiwa
kebangkitan orang
Melayu di Kedah
menentang
penubuhan Malayan
Union. Beliau
merupakan
pengarang Majalah
Watan yang
diterbitkan di Alor
Star pada tahun 1946. Menerusi majalah
tersebut, Tunku telah mula menulis
beberapa rencana yang berjaya meniup
semangat nasionalisme di kalangan orang-
orang melayu. Antara karya Tunku yang
pernah diterbitkan ialah 'Peristiwa 13 Mei',
'Looking Back', 'View Points', 'As A Matter of
Interest', 'Lest We Forget', 'Challenging
Times', 'Something to Remember', 'Political
Awakening', 'Baling Talk' dan 'Malaysia-The
Road To Independence'.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa


baktinya, beliau telah dianugerahkan
'Outstanding Malaysian of the Year' pada
tahun 1987, 'Honorary Citizen of London',
'International Sports Award' dari United
States of Sports Academy pada tahun 1981,
anugerah 'The Replica of Dhu'l Faqar' dari
Al-Malik Faisal 9 pada tahun 1983, 'Doktor
Kehormat Undang-undang' dari University
of Oxford serta anugerah 'Ramon
Magsaysay' pada tahun 1960. Beliau turut
mendapat pengiktirafan sebagai 'Bapa
Kemerdekaan' dan 'Bapa Malaysia'

Tunku telah mangkat di Hospital Besar


Kuala Lumpur pada 6 Disember 1990.
Jenazahnya dimakamkan di Makam DiRaja
Langgar, Alor Star, Kedah pada 7 Disember
1990.

KE ATAS
RUJUKAN:

 Mengenali Tokoh Kita : semalam, hari ini &


esok. Disusun oleh Mohd. Bakri Jaafar. Kuala
Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1991
 Permata Darulaman. Kedah : Badan
Perhubungan UMNO Kedah, 1996
 Sheppard, Mubin. Tan Sri .Tunku A Pictorial
Biography. Petaling Jaya : Pelanduk
Publications, 1984.
 Sheppard, Mubin. Tan Sri . Tunku His life and
Times : The Authorised Biography of Tunku
Abdul Rahman. Petaling Jaya : Pelanduk
Publications, 1990
 Khir Johari, Tan Sri . Tunku : Tokoh Sepanjang
Zaman . Kuala Lumpur : Institut Pengarah
Malaysia, 1993.
 Abdul Aziz Ishak. Riwayat Hidup Tunku Abdul
Rahman. Kuala Lumpur : Karya Bistari, 1983.
 Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan
Melayu . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1999.
 Antara Yang Pertama di Malaysia dari
Kedah. Alor Star : Perbadanan Perpustakaan
Awam Kedah,1994.
Biografi Ringkas
Allahyarham Y.A.Bhg. Tun Abdul Razak bin
Dato’Hussein

(1970-1976)

Tun Abdul Razak: Arkitek Pembangunan Malaysia

PENGENALAN

Abdul Razak bin Hussein merupakan satu-satunya anak lelaki Dato’ Hussein Mohd Taib, Orang Kaya
Indera Shah Bandar Pahang daripada isteri pertama Dato’ Hussein, Teh Fatimah binti Daud. Beliau
dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang dan dibesarkan oleh datuknya yang
sangat mementingkan nilai tradisi dan agama. Sungguhpun beliau berasal daripada golongan yang
berada, sikap rendah diri dan sopan jelas nampak pada zaman persekolahannya. Bel iau berkaki ayam
di sekolah kerana tidak mahu terasing daripada sebahagian rakannya yang tidak mampu membeli kasut
getah.

Semenjak kecil beliau merasakan kemunduran dan kemiskinan di desa di bawah pemerintahan
Colonial British. Serta keperitan hidup ketika Jepun menduduki Tanah Melayu pada zaman remajanya.
Kemungkinan besar, kepayahan anak bangsanya ketika itu telah memberi dorongan kepada Tun Abdul
Razak Dato’ Hussein untuk membawa angin perubahan kepada rakyat Malaysia khususnya.

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Al-Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua
menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari tahun 1970-1976. Namun, penglibatan beliau
di dalam pembangunan negara dapat dilihat lebih awal sebelum itu. Tun Abdul Razak telah banyak
membantu Malaysia dari segi ekonomi, pembangunan luar Bandar, hubungan antarabangsa,
pendidikan dan perpaduan Rakyat.

Kronologi Perkhidmatan Tun Abdul Razak dalam Kerajaan

1951 Di lantik sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Perundangan Persekutuan
1952 Di lantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
1955 Di lantik sebagai Pemangku Menteri Besar Pahang
1955 Menteri Pendidikan
1956 Delegasi Kemerdekaan Malaya ke United Kingdom
1957 Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
1959 Menteri Pembangunan Luar Bandar
1969 Pengarah MAGERAN (Selepas Mei 13)
1971 Perdana Menteri Malaysia

Permulaan Sebagai Tokoh Negara

Sumbangan Tun Abdul Razak di dalam pembangunan Negara dapat dilihat semenjak zaman sebelum
Merdeka. Ketika itu Tun Abdul Razak bersama Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia
Pertama), berserta Delegasi Kemerdekaan telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Negara
daripada British semenjak tahun 1950. Tanah Melayu ketika itu berada di bawah jajahan kolonial
British yang kurang efisien. Delegasi Kemerdekaan inilah yang bekerja siang dan malam
memerdekakan Negara daripada cengkaman penjajah.

Pada tahun 1952, kerjasama Politik Melayu-Cina telah ditubuhkan di antara UMNO (Parti Dominan
Melayu) dan MCA (perwakilan Cina) dan dikenali sebagai Perikatan. Pada tahun berikutnya, MIC
(Perwakilan India) telah menyertai Perikatan dan sekaligus membentuk Parti Politik yang cukup kuat
untuk menerajui Negara.

Pada tahun 1955, Perikatan telah menyuarakan kehendaknya pada Kolonial British untuk mengadakan
satu pilihanraya umum untuk membuktikan bahawa Malaya ketika itu sudah bersedia untuk Merdeka.
Usaha mereka membuahkan hasil di mana Perikatan telah berjaya memenangi 51 darip ada 52 kerusi
yg dipertandingkan. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan bermula dari saat
inilah pembangunan Negara bermula.

SUMBANGAN:

Pendidikan

Tun Abdul Razak bin Hussein adalah orang pertama dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia
yang ketika itu digelar Menteri Pelajaran. Pada tahun 1955 beliau telah dilantik dan membawa banyak
perubahan dalam bidang pendidikan termasuk yang melibatkan sukatan pelajaran dan isu berkaitan
Bahasa Melayu.

Sebagai Menteri Pelajaran pertama, Tun Abdul Razak membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Penyata ini yang diumumkan pada 16 Mei 1956 telah digubal
dengan tujuan mengubah corak pembelajaran murid -murid. Beberapa perkara yang terkandung di
dalamnya adalah untuk menyelaraskan sukatan pelajaran semua aliran sekolah di negara ini serta
mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran di pusat -pusat pendidikan
serta menyemarakkan keharmonian kaum sejak dari peringkat kanak -kanak lagi.

Sejak perlantikan beliau juga, Tun Abdul Razak telah membina sejumlah 3,000 buah sekolah serta tiga
juta orang dewasa yang buta huruf telah dapat membaca dan menulis melalui Kelas Dewasa.

Ekonomi

Pentadbirannya yang tidak sampai enam tahun telah menyaksikan pe mbangunan yang begitu pesat di
seluruh negara. Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada pertengahan
1971 untuk membasmi kemiskinan di kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke
arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama. Beliau dan "generasi kedua" ahli politik
Melayu melihat begitu perlunya penyelesaian perbezaan jurang ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh
mangsa perkauman.

Semasa kepimpinan Tun Abdul Razak, melihat perubahan terhadap penyertaan Bumiputra didalam
sektor ekonomi secara lebih pesat khususnya dengan penubuhan agensi -agensi seperti Majlis Amanah
Rakyat (MARA), PERNAS dan lain-lain hasil dari cadangan-cadangan oleh Kongres-Kongres
Ekonomi Bumiputra yang diadakan. Setiap pembangunan yang pesat in i adalah mendapat sokongan
padu serta usaha oleh Tun Abdul Razak sendiri.

Pembangunan Luar Bandar

Tun Abdul Razak juga amat menitikberatkan kemajuan luar Bandar. Beliau menganggap apa yang
penting dalam sistem demokrasi ialah keseimbangan social dan ekonom i di mana semua rakyat dapat
memainkan peranan dalam kemajuan Negara. Oleh itu, beliau banyak menyumbang pembangunan
didalam sektor ini. Sejajar itu, beliau digelarkan Bapa Pembangunan Malaysia.

Antara sumbangannya ialah Buku Hijau peringkat kebangsaan tel ah dilancarkan pada 20 Disember
1974. Rancangan Buku Hijau ini menumpukan perhatian kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya,
tanaman jangkapendek (selingan dan bukan selingan), perkebunan cara berkelompok, rancangan
ternakan, rancangan pelihara ikan air ta war, pemasaran yang baik dan projek-projek kecil.

Matlamat rancangan ini ialah menambahkan pengeluaran bahan -bahan makanan supaya cukup untuk
keperluan negara, menambahkan pendapatan rakyat luarbandar sebagai usaha mengurangkan tekanan
inflasi dan kerjasama rakyat, wakil rakyat dan pegawai kerajaan supaya lebih cergas melibatkan diri
dalam usaha- usaha pembangunan.

Pada tahun 1960, Tun Abdul Razak juga memperkenalkan Buku Merah yang mengandungi berbagai
projek pembangunan tiap Daerah yang terdapat di Bilik Gerakan Negeri dan Daerah di seluruh
Negara. Buku ini juga menjadi panduan kepada pegawai -pegawai kerajaan dalam menggerakkan
pembangunan luar bandar seperti pembinaan jalan, parit, surau, klinik, kelas dewasa, perkhidmatan
telefon dan sebagainya. Melalui usaha ini juga, maka terbentuk pelbagai agensi kerajaan untuk
mencapai matlamat itu termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Negeri -negeri.

Perhubungan Antarabangsa

Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan
mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain -lain kepentingan-
kepentingan negara.

Di bawah Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, Malaysia mula memberi penekanan kepada dasar
berkecuali (non-aligned) dan telah menjadi ahli Pergerakan Negara -Negara Berkecuali (NAM) pada
tahun 1970. Beliau menggesa agar Malaysia mengamalkan sikap berbaik -baik dengan semua negara
tanpa mengira kefahaman dan ideologi. Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China dan negara -
negara Indochina di samping meningkatkan kerjasama ASEAN. Pada masa yang sama, Malaysia
memberi penekanan kepada konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) dan South East Asia
Nuclear Weapon Free Zone (SEANWFZ).

Selain itu, semasa kepimpinan Tun Abdul Razak juga, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai sebuah “negara Islam”. Semangat ingi n berbaik-
baik dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan Malaysia dengan
Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Beliau turut menggalakkan pelaburan selain daripada
sumber-sumber British.

Saat-Saat Akhir

Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap Agama, Bangsa dan Negara beliau tetap setia
memberi yang terbaik demi kesenangan generasi yang akan datang. Tiada siapa mengetahui bahawa
tahun-tahun akhir kehidupannya, Tun Abdul Razak tetap mengerah keringat menyumbang buah f ikiran
serta perubahan sekalipun kondisi kesihatan beliau kerap terganggu. Tun Abdul Razak tetap
menjalankan tugas hingga ke saat akhir.

Tanggal 14 Januari 1976 bersamaan 11 Muharam Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah kira -
kira jam 6.30 petang waktu Semenanjung di London. Berita kematian beliau di London mengejutkan
rakyat seluruh Negara. Kematian beliau disebabkan oleh penyakit acute leukemea yang menyerang
beliau beberapa minggu lalu.
Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein di makamkan di Makam Pahlawan
Masjid Negara di sebelah makam sahabat karibnya, Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman pada 16 Januari
1976. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Legasi Tun Abdul Razak diteruskan melalui isterinya, Tun Rahah, dan anak -anak mereka; Dato' Seri
Najib Razak, Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim, dan Mohamed Nazir.

AL –FATIHAH

Biografi lebih lengkap yang disampaikan melalui kronologi interaktif boleh didapati di
sini: http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/visual-timeline
Anda juga boleh memuat-turun biografi infografik mantan Perdana Menteri Malaysia di
sini: http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/biography-infographics

Sumber:
• Yayasan Kepimpinan Perdana
• Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM
• www.cikgu.net.my/edisimerdeka/17079.html
• www.mfa.gov.my/Malay/ehwalluar/Polisi/DasarLuar.htm

 Back To: PMs of Malaysia

You might also like