You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN DAN TEKNIKAL

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KUALA LANGAT TAHUN 2018.

TARIKH : 9 JANUARI 2018.


MASA : 9.00 PAGI.
TEMPAT : BILIK MESYUARAT CENDERAWASIH PPD KUALA LANGAT.
PENGERUSI : PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT.
KEHADIRAN : LAMPIRAN

1. UCAPAN PENGERUSI (En. Zulkifly bin Mohamed –Pegawai Sukan PPD Kuala
Langat)
1.1 Mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pada pagi ini.
1.2 Memaklumkan merentas desa dan balapan & padang perlu disertai semua sekolah.
1.3 Mengucapkan tahniah kepada cikgu Devaprakash kerana telah dilantik sebagai Pengerusi
Teknik (R).
1.4 Pada tahun lepas Selangor mendapat juara peringkat kebangsaan untuk kali ke 10
berturut-turut.
Tindakan : Makluman

2. Ucapan Tuan Haji Zulkifli bin Mohamed (Ketua PPPD Pembangunan Kemanusiaan)
2.1 Mengucapkan terima kasih bagi pihak PPD Kuala Langat atas kehadiran pada tahun ini.
2.2 Memaklumkan pada tahun ini Kuala Langat diamanahkan untuk dua kejohanan iaitu
balapan & padang peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan. Kejohanan kedua
pula adalah acara memanah peringkat negeri.
2.3 Berharap semua sekolah mengadakan kejohanan merentas desa dan trek dan balapan di
sekolah masing-masing. Sekolah juga boleh anjurkan pertandingan antara kelas untuk
mencari bakat. Setiap pelajar perlu tumpukan perhatian pada satu-satu permainan. Jangan
masukkan seorang pelajar dalam banyak permainan.
2.4 Memaklumkan supaya setiap kali membawa murid keluar pastikan mendapat kebenaran
ibu bapa. Jika tidak dibenarkan harap jangan paksa.

Tindakan : Makluman

3 Maklumat Kejohanan
3.2 Tarikh Kejohanan
3.2 1. MSSD : 25 Januari 2018
3.2.2. Hari : Khamis
3.2.3. Masa : 7.30 pagi
3.2.4 Tempat : SK Sungai Kelambu

3.3 Latihan Percubaan Trek


3.3.1 Sekolah Menengah dan Rendah
Tarikh : 24 Januari 2018
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK Sungai Kelambu

1
3.4 Taklimat Kepegawaian
3.4.1 Tarikh : 18 Januari 2018
3.4.2 Masa : 8.00 pagi
3.4.3 Tempat : Dewan SK Sungai Kelambu

Tindakan : Makluman
3.5 Pendaftaran peserta
3.5.1 Jika ada pertukaran peserta gunakan borang yang telah disediakan dan hantar
pada 7.30 pagi 25 Januari. Jika ada pertukaran gunakan borang yang disediakan.
3.5.2 Borang hendaklah dihantar pada atau sebelum 22 Januari 2018.

Tindakan : Semua Pengurus Pasukan

3.6 Makan dan minuman peserta adalah tanggungjawab sekolah yang bertanding.
3.6 Yuran untuk Kejohanan Merentas Desa adalah mengikut kategori :
3.6.1 Sekolah Menengah RM 120.00
3.6.2 Sekolah Rendah RM 100.00
Tindakan : Makluman

3.7 Sertakan salinan surat beranak bagi sekolah rendah dan kad pengenalan bagi sekolah
menengah dalam 1 salinan kertas A4 dan disahkan.
3.9 Memaklumkan jika ada sekolah membuat pertukaran pegawai boleh berjumpa En Zul.
Seterusnya boleh hubungi SK Sri Langat jika ada pertukaran.
3.11 Pengerusi menerangkan berkenaan aturcara kejohanan mengikut Salinan yang telah
diedarkan. Pada penutup ramai telah tiada oleh itu berharap agar sekolah yang menyertai
dapat tunggu hingga tamat majlis penutup.

Tindakan : Makluman

4 Taklimat Pengerusi Teknik / Peraturan Kejohanan ( En Jamalulail bin Mahi)


4.1 PT mengucapkan terima kasih kepada PPD kerana menerima permohonannya mempunyai
pembantu dengan perlantikan En Devaprakash.
4.2 Mengucapkan tahniah kerana tahun lepas berjalan dengan lancar walaupun hujan dan
agak kelam kabut pada awalnya.
4.3 Memaklumkan pada 2016 di SKKE, Kuala Langat mendapat tempat ke 4, pada tahun
lepas menurun tempat ke enam. Dari segi kualiti meningkat dengan empat orang mewakili
Selangor ke MSSM. Sebelum ini kontinjen hanya bermalam semalaman menyebabkan peserta
penat. Sejak di SKKE mula bermalam dua malam. Pada tahun ini peringkat negeri di MARDI
tetapi tidak pasti keadaan trek.
4.4 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang berjaya menghasilkan peserta yang
berkualiti. Harap pengurus dapat mencari murid-murid jika ada kebolehan.
4.5 Memaklumkan pada masa kini prestasi dalam koko mula menjadi pengukur dan kesan
yang sangat besar untuk ke sekolah asrama. Oleh itu beri peluang kepada murid-murid. Buat
pilihan yang betul mengikut tahap kejohanan.
4.6 Memaklumkan tidak ada perubahan dalam peraturan dan menyentuh setiap peraturan-
peraturan merentas desa yang telah diedarkan.

2
4.8 Mengingatkan pengurus pendaftaran amat penting harap ambil perhatian untuk elakkan
kesilapan pelari dan nama yang berlainan. Borang penyertaan dan surat beranak/I.C. mestilah
dicop oleh individu yang sama. Borang penyertaan hantar ke SKSK dan SKKB pada 22hb
sebelum jam 12.00 tengahari. Pertukaran pada waktu pagi 25hb di dua tempat iaitu kaunter
pendaftaran dan statistik.
4.9 Memaklumkan pengurus tidak dibenarkan membantu peserta yang mana akan
mengakibatkan pembatalan.
4.10 Pastikan nombor peserta adalah betul bagi mengelakkan kesilapan pegawai mengambil
kedudukan. Ikut format yang telah disertakan untuk nombor. Lekatkan nombor ditengah-
tengah depan dan belakang menggunakan 4 pin depan belakang.
4.11 Memaklumkan undian lorong adalah mengikut kedudukan pada tahun lepas.
4.12 Harap dapat hadir pada hari percubaan trek bagi mengelakkan peserta sesat. Trek yang
digunakan adalah sama seperti tahun lepas.
4.13 Pastikan peserta yang dibawa adalah peserta yang sihat bagi mengelakkan masalah
semasa berlari.
4.14 Pengurus mesti berada bersama dengan peserta jika peserta mengalami kecederaan.
Pastikan peserta selamat sampai.
4.15 Pendaftaran dan permulaan agak jauh. Oleh itu kawasan simpang hingga padang tidak
dibenarkan meletak kenderaan. Letakkan kenderaan ditempat yang telah ditetapkan.
4.16 Air minuman akan disediakan oleh pengelola.
4.17 Makanan boleh ditempah dikantin atau bawa dari sekolah. Akan ada gerai-gerai yang
akan dibuka untuk jualan.
4.18 Yuran pendaftaran bayar pada pagi kejohanan.
4.19 Memaklumkan untuk kedudukan 1 hingga 8 setiap kategori, pengurus sekolah berkenaan
perlu pergi ke meja urusetia untuk mendapatkan borang dan surat pelepasan latihan pusat.
Sekiranya pelajar tidak berminat maklumkan segera supaya pengganti boleh ditetapkan.
4.20 En Devaprakash mengucapkan terima kasih kepada En Zulkifly dan PPD kerana
memberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai PT. Terima kasih juga kepada
En Jamalulail dan En Sateshkumar. Akan cuba buat terbaik. Pegawai Teknik Negeri
memaklumkan Kuala Langat walaupun tiada jurulatih khas namun masih menyerlah dan
dapat menghasilkan pelari mewakili negeri.

Tindakan : Makluman

5 Taklimat Jawatankuasa Statistik Kejohanan


5.1 Borang pendaftaran masukkan ke dalam pigeon hole SK Kebun Baharu.
5.2 Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Anim SK Kebun Baharu 019-6133010.
5.3 Jika ada sebarang pertukaran boleh dilakukan pada hari kejohanan atau lebih baik
sebelumnya.

Tindakan : Makluman
6. Hal hal lain
6.1 Pendaftaran
6.1.1 Pendaftaran perlu dibuat pada atau sebelum 22 Januari. Hantar borang
pendaftaran kepada SK Sungai Kelambu dan SK Kebun Baharu. Pada hari
kejohanan, daftar dan beri bayaran sumbangan di kaunter pendaftaran.
3
6.2 Trek
6.2.1 Trek larian rujuk lampiran.
6.2.2 Trek adalah 100% jalan bertar.
6.3 Minuman dan makanan peserta.
6.3.1 Minuman dan makanan peserta adalah tanggungjawab sekolah yang bertanding.
6.4 Pn Honimah mencadangkan agar pelajar perempuan beragama Islam memasukkan tudung
ke dalam baju agar tidak mengganggu larian.
6.5 En Zulkifly mengingatkan semua supaya tidak balik awal semasa majis penutup bagi
menghormati VIP yang telah dijemput. Sijil akan diberi kepada semua peserta. Sijil
penyertaan akan dimasukkan ke dalam pigeon hole sekolah.
6.6 En Zulkifly memaklumkan Kuala Langat akan mengadakan satu kursus KOAM sebagai
persediaan sebagai tuan rumah balapan dan padang. Sebanyak 80 orang diperlukan.
Bayaran RM50 untuk mengambil ujian namun PPD telah bersetuju membayar separuh
dari nilai tersebut. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan selama dua hari.
Syaratnya guru yang menghadiri wajib bertugas di kejohanan daerah dan negeri.

7. Ucapan penutup.
7.1.1 Pengerusi memaklumkan surat pelepasan untuk percubaan trek, makluman
kejohanan akan dikeluarkan. Surat kebenaran ibu bapa pengurus perlu sediakan.
7.1.2 Memaklumkan semua sekolah perlu melaksanakan merentas desa peringkat
sekolah sebelum peringkat daerah. Oleh itu pilih yang terbaik untuk ke peringkat
daerah.
7.1.3 Berharap kejohanan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang
tidak diingini.
7.1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang telah
diberikan sepanjang tahun lepas.
7.1.5 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Tindakan : Makluman

Disediakan oleh :
Setiausaha
Kejohanan Merentas Desa 2018
Daerah Kuala Langat

You might also like