You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK BIL.

1/2018
SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN

Tarikh : 04 Januari 2018


Hari : Khamis
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Gerakan

Hadir :

1. Hajah Halijah Bt. Abd Manap (Pengerusi)


2. Mazli B. Musa (GPK 1)
3. Mohamad Ridzuan B. Abdullah (Ketua Panitia)
4. Khairul Anwar B. Abd Rahman (Setiausaha)
5. Goh Yok Ling (Juruteknik)

1.0 Perutusan Pengerusi (Hajah Halijah Bt. Abdul Manap)

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan selamat datang kepada
guru yang hadir pada kali ini.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit mesyuarat panitia lalu telah disahkan tanpa pindaan seperti berikut:

Cadangan : Khairul Anwar B. Abd Rahman


Sokongan : Mohamad Ridzuan B. Abdullah

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Mesyuarat mengambil maklum penggunaan program Kahoot masih belum meluas lagi
dalam kalangan murid.
3.2 Mesyuarat mengambil maklum masih terdapat murid yang masih kurang aktiviti ‘log in’
ke akaun pembelajaran maya VLE Frog dan menyebabkan lampu indikator majoriti
sekolah masih belum memuaskan.

4.0 Pembentangan Mesyuarat

4.1 Mesyuarat mengambil maklum jadual waktu pdp selama 2 waktu setiap 2 minggu.
4.2 Mesyuarat mengambil maklum silibus KSSR tidak ada berlaku perubahan.
4.3 Mesyuarat mengambil maklum PBD dijalankan seperti biasa.
4.4 Mesyuarat mengambil maklum Buku Rekod Mengajar adalah berbentuk fail.
4.5 Mesyuarat mengambil maklum buku teks perlu digunakan sepenuhnya ketika pdp dan
ditambah dengan bahan rujukan lain.
4.6 Mesyuarat mengambil maklum perlunya mengamalkan kaedah pdp abad 21.
4,7 Mesyuarat mengambil maklum amaun PCG panitia yang dimaklumkan oleh kerani.
4.8 Mesyuarat mengambil maklum tentang pendedahan aplikasi Kahoot yang membuatkan
murid-murid seronok ketika aktiviti PdP kerana bersifatkan ‘Fun Learning Thru Games’.
4.9 Mesyuarat mengambil maklum tentang perancangan panitia untuk mengadakan
bengkel pembinaan halaman web bagi semua ahli panitia sebagai kemahiran tambahan
yang sangat berguna.
5.0 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan perlunya diadakan bengkel pemantapan
pengetahuan untuk ahli-ahli panitia dalam kemahiran Dunia Pangkalan Data (TMK
Tahun 5) di mana perlunya menjemput penceramah yang pakar dalam bidang ini.

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Mesyuarat mengambil maklum ahli panitia perlu menghantar soalan dan bahan bantuan
lain yang berguna kepada setiausaha untuk dimuat naik ke halaman web VLE FROG.

6.0 Ucapan Penangguhan Pengerusi

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru pada mesyuarat kali ini.
6.2 Penangguhan mesyuarat pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………………………………………………..
KHAIRUL ANWAR BIN ABD RAHMAN
Setiausaha,
Panitia TMK,
Sekolah Kebangsaan Rompin.

Disemak oleh,

…………………………………………………………..
MOHAMAD RIDZUAN BIN ABDULLAH
Ketua,
Panitia TMK,
Sekolah Kebangsaan Rompin.

You might also like