You are on page 1of 9

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

YB DATUK HAJAH AZIZAH


DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD. DUN
TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT

PROGRAM KEMBARA JELAJAH FELDA


“WANITA SEJAHTERA, KELUARGA BAHAGIA”

3 MAC 2018

DEWAN SERBAGUNA FELDA SG. TENGI, HULU SELANGOR

1
{SALUTASI}

Salam Sejahtera, Salam Negaraku Keluarga Bahagia dan Salam Tahun


Memperkasa Wanita 2018.

Terima kasih kepada pengerusi Majlis

PENDAHULUAN
1. Alhamdullilah, segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah
S.W.T kerana dapat saya bertemu dengan warga Felda di Dewan
Serbaguna Felda Sg. Tengi pada hari ini, bersempena Majlis
Perasmian Penutupan Program Kembara Felda “Wanita
Sejahtera, Keluarga Bahagia” di Felda Sg. Tengi, Ulu Selangor.

2. Setinggi-tinggi penghargaan tahniah dan ucapan terima kasih saya


ucapkan kepada pihak penganjur iaitu Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai agensi
peneraju program hari ini dengan kerjasama SERANTA FELDA di
bawah Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Pembangunan Wanita
Keluarga dan Masyarakat Hulu Selangor kerana mengaturkan saya
untuk hadir ke program ini bersama tuan-tuan dan puan-puan
sekalian.
3. Melalui kerjasama Kementerian saya (KPWKM) dan pihak Felda, kita
merencanakan Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga

2
Bahagia” di 8 kawasan Felda terpilih di pelbagai lokasi seluruh negara
dengan melibatkan jentera KPWKM di peringkat Parlimen iaitu
Pengerusi MPWK Parlimen. Di kawasan Felda Sg. Tengi ini, saya
dapat melihat penglibatan golongan wanita bukan sahaja dalam
kalangan MPWK Parlimen Hulu Selangor tetapi juga penglibatan
Gabungan Persatuan Wanita, PERSADA dan Persatuan Ibu Tunggal
Felda Sg. Tengi yang banyak menyumbang tenaga menjayakan
Program Kembara Felda ini.

4. Program Kembara Felda “Wanita Sejahtera, Keluarga Bahagia”


dibawakan ke Felda Sg. Tengi dan Felda-Felda yang berhampiran
(Felda Sg. Tengi Selatan, Felda Soeharto dan Felda Gedangsa) untuk
tuan-tuan dan puan-puan warga Felda mendapatkan perkhidmatan
yang disediakan oleh pihak Kementerian saya dan rakan strategik dari
agensi Kerajaan yang terlibat berkaitan dengan penjagaan kesihatan,
perundangan, latihan keusahawanan dan kemahiran, keselamatan
anak-anak dan juga program bantuan bagi warga emas.

5. Program ini juga diadakan bersempena dengan Tahun 2018 sebagai


Tahun Memperkasakan Wanita seperti yang diumumkan oleh YAB
Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet lalu bertujuan untuk
memperkasakan kesejahteraan wanita dan meningkatkan martabat
wanita kerana kesejahteraan wanita akan mencorakkan kesejahteraan
sesebuah keluarga dalam membentuk masyarakat penyayang serta
sejahtera yang menjadi asas kepada pembentukan negara maju dan
terbilang.

3
6. Melalui program ini, saya berharap warga Felda yang hadir dapat
memanfaatkan aktiviti dan perkhidmatan yang telah disediakan.
Antaranya adalah seperti berikut:

HARI BERTEMU PELANGGAN KPWKM

7. Pertama: Hari Bertemu Pelanggan KPWKM membolehkan kami


membawa Pegawai Undang-undang Kementerian untuk memberi
sedikit sebanyak maklumat berkaitan hak dan penguatkuasaan
perundangan kepada warga Felda berkaitan Akta-Akta di bawah
seliaan Kementerian. Antaranya adalah Akta Kanak-kanak (Pindaan)
2016, Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-
kanak 2017 dan Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017.
Selain itu, KPWKM melalui agensi di bawahnya menyediakan pelbagai
perkhidmatan kepada kumpulan sasar iaitu perkhidmatan kaunseling,
Klinik Reproduktif dan Talian Kasih 15999. Program pada hari ini juga
menawarkan perkhidmatan Mobile Community Transformation Centre
(CTC) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) dan LPPKN.

PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA PERCUMA LPPKN

8. Kedua: LPPKN telah melaksanakan Kempen Kesejahteraan


Kesihatan Wanita Wellbeing of Women (WOW) iaitu Ujian Pap Smear
Percuma di kawasan-kawasan Parlimen termasuk Parlimen Hulu
Selangor. Sehingga kini, seramai 40,908 orang wanita telah

4
mendapatkan perkhidmatan pap smear di bawah program ini. Ujian
pap smear penting bagi mengesan kanser pangkal rahim iaitu kanser
ketiga yang yang paling banyak dihidapi oleh wanita Malaysia.

9. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan (2006) menunjukkan


hanya 43.7 peratus sahaja wanita Malaysia menjalani ujian pap smear.
Jumlah ini agak rendah dan membimbangkan berbanding dengan
jumlah penghidap kanser yang meningkat saban tahun. Kementerian
Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2,000 hingga 3,000
orang dimasukkan ke hospital bagi kes kanser serviks setiap tahun.
Peka dengan implikasi penyakit kanser terhadap penghidap dan ahli
keluarga, saya ingin menyeru supaya para wanita yang hadir
mengambil peluang menyebar luas manfaat program yang disediakan.
Jangan lepaskan peluang ini untuk memeriksa tahap kesihatan anda.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kempen Keselamatan Kanak-Kanak – Sahabat B.I.J.A.K."Safe And


Protect” dan Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA)

10. Ketiga: Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil langkah


proaktif dengan mengadakan Kempen Keselamatan Sahabat
B.I.J.A.K: Safe and Protect manakala LPPKN pula menganjurkan
program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA). Justeru
itu, dalam konteks kempen keselamatan ini, ianya meliputi usaha
untuk mencegah, mengelak atau membanteras kegiatan jenayah yang
melibatkan kanak-kanak seperti pengabaian, penderaan dan
5
eksploitasi daripada aspek fizikal, seksual dan emosi. Ia juga memberi
ruang mendidik kanak-kanak untuk mengelak daripada terlibat dengan
kegiatan salah laku atau jenayah.

11. Usaha ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran dan pendidikan
kepada ibu bapa, penjaga, guru-guru serta masyarakat umum
mengenai pentingnya menjaga keselamatan kanak-kanak serta
pendedahan literasi undang-undang kepada semua pihak berkaitan
hukuman yang dikenakan kepada pesalah kanak-kanak. Kempen ini
merupakan Strategi Lautan Biru (NBOS) JKM bersama Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi
memastikan anak-anak sentiasa selamat.

HOME HELP (PROGRAM KHIDMAT BANTU RUMAH)

12. Keempat: Kumpulan sasar KPWKM yang sentiasa mendapat


perhatian masyarakat adalah golongan warga emas. Khidmat Bantu Di
Rumah atau Home Help merupakan satu program yang memberi
khidmat sokongan kepada warga emas terutama bagi mereka yang
tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga lain di rumah.
Program ini merupakan perkhidmatan berkonsep pendampingan sosial
(social outreach) kepada warga emas iaitu pekerja kes mengadakan
lawatan dari rumah ke rumah untuk menawarkan perkhidmatan yang
diperlukan. Melalui Program Kembara FELDA di Felda Sg.Tengi,
sejumlah 10 kes/rumah yang telah dikenalpasti oleh JKM dan Yayasan
Kebajikan Negara akan diberikan bantuan.

GOTONG-ROYONG SUKARELAWAN ISM DAN PERSADA


6
13. Kelima: Dalam memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan
generasi muda, Training of Trainers (TOT) telah diberikan kepada
seramai 80 orang siswa dan siswi Felda Sg.Tengi dengan kerjasama
ISM dan PERSADA. Saya difahamkan sukarelawan telah
melaksanakan aktiviti gotong-royong di Masjid Felda Sg.Tengi dan
Maahad Tahfiz Felda Sg.Tengi. Seramai 80 orang sukarelawan telah
terlibat dalam Program Keluarga Angkat yang dijalankan oleh
PERSADA dan SERANTA FELDA.

PROGRAM DEWI

14. Keenam: Ramai wanita telah menceburi bidang keusahawanan. Oleh


yang demikian, hari ini Jabatan Pembangunan Wanita turut
mengadakan program DEWI (Development Empowerment Women
Initiatives) dengan menawarkan latihan keusahawanan dan kemahiran
bagi golongan wanita dalam usaha membantu dan menjana
pendapatan dengan kerjasama Gabungan Persatuan Wanita Felda
Sg.Tengi. Seramai 50 orang wanita di Felda Sg.Tengi telah
dikenalpasti dan akan dilatih di bawah program ini.

PROGRAM 1AZAM : NKRA

15. Di samping itu, dalam Program Kembara FELDA pada hari ini, inisiatif
Program Peningkatan Pendapatan kepada isi rumah berpendapatan
rendah melalui Program 1AZAM turut diperkenalkan. KPWKM
merupakan Kementerian Peneraju Bidang Keberhasilan Utama
Negara bagi Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan
Rendah (LIH). Ia adalah usaha mengetengahkan pelbagai inisiatif bagi
7
meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, miskin dan golongan
B40 melalui Program 1AZAM, program peningkatan pendapatan
melalui aktiviti perniagaan berskala kecil dan sederhana.

PENUTUP

16. Bersempena Tahun Memperkasakan Wanita, saya menjemput warga


Felda di kalangan agensi mahupun persatuan-persatuan di bawah
komuniti Felda untuk mengadakan program yang berteraskan
pemerkasaan wanita sepanjang tahun ini. Program ini boleh
dilaksanakan dalam 5 kluster memperkasakan wanita iaitu: 1)
Keselamatan 2) Kesihatan 3) Pendidikan 4) Ekonomi dan 5)
Kebudayaan. Saya juga menjemput komuniti Felda untuk
merancakkan komuniti maya Tahun Memperkasa Wanita di
www.tmw18.gov.my. Laman sesawang ini boleh dilayari bagi
membuat hebahan terhadap program memperkasa wanita yang
diadakan di seluruh negara.

17. Permohonan untuk bantuan peruntukan mengadakan aktiviti di


bawah kluster-kluster ini boleh dimajukan kepada Jabatan
Pembangunan Wanita sehingga pertengahan tahun ini untuk
dipertimbangkan peruntukan yang bersesuaian.

8
18. Akhir kata, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua
pihak yang turut sama menjayakan program ini. Semoga PROGRAM
KEMBARA JELAJAH FELDA - “WANITA SEJAHTERA, KELUARGA
BAHAGIA” ini mendapat keberkatan Ilahi.

DENGAN LAFAZ BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM, SAYA DENGAN


SUKACITANYA MERASMIKAN PROGRAM KEMBARA JELAJAH
FELDA “WANITA SEJAHTERA, KELUARGA BAHAGIA”

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

You might also like