You are on page 1of 11

PENGENALAN

Fistula arteriovena (arteriovenous fistula) merupakan satu laluan melalui penyambungan


arteri dan vena oleh pakar bedah vaskular bertujuan sebagai akses vaskular untuk proses
rawatan hemodialisis bagi individu yang mengalami kegagalan ginjal untuk meneruskan
kehidupan selain daripada pemindahan organ daripada penderma yang bersesuaian.Dalam
tubuh manusia terdapat 2 jenis saluran darah iaitu vena dan arteri.Kedudukan vena adalah
dekat di bawah kulit dan dapat di lihat melalui mata kasar tetapi mempunyai pengaliran darah
yang sangat perlahan dan tidak bersesuaian untuk proses rawatan hemodialisis.Manakala
arteri pula terletak lebih jauh dalam berbanding vena yang membuatkan ia tidak sesuai untuk
diguna secara terus untuk rawatan hemodialisis selain daripada tekanan dalam arteri yang
terlalu tinggi.Oleh itu rawatan hemodialisis memerlukan saluran darah khas bagi individu
yang ingin menjalani dialisis iaitu fistula arteriovena.

Setelah arteri dan vena di sambungkan dan membentuk fistula,pengaliran dan tekanan darah
pada saluran darah di kawasan tersebut lebih tinggi menghasilkan getaran (thrill) yang dapat
di rasai pada permukaan kulit terletaknya fistula.Fistula yang dihasilkan tidak boleh terus di
gunakan untuk rawatan hemodialisis kerana saluran darah tersebut perlu melaluo proses
permatangan yang biasanya mengambil masa 2 hingga 6 minngu.Proses permatangan
bermaksud peningkatan diameter serta ketebalan saluran darah pada fistula sehingga
bersesuaian untuk rawatan hemodialisis di lakukan secara efektif.Fistula arteriovena amat
penting kepada individu yang mengalami kegagalan ginjal untuk meneruskan kehidupan
dengan menjalani rawatan hemodialisis.Hemodialisis ini merupakan kaedah rawatan gentian
ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis yang perlu dilakukan 3 kali seminggu dan
setiap sesi rawatan sekurang-kurangnya mengambil masa 4 jam.
PENYATAAN MASALAH

Fistula arteriovena (AV fistula) merupakan hasil penyambungan saluran darah arteri dan vena
melalui prosedur pembedahan oleh pakar bedah vaskular sebagai persediaan kepada individu
yang akan menjalani rawatan hemodialisis.Fistula arteriovena yang di hasilkan akan melalui
proses permatangan terlebih dahulu sehingga mempunyai diameter dan ketebalan saluran
darah yang bersesuaian sebelum dapat di gunakan untuk proses rawatan hemodialisis.Fistula
arteriovena ini merupakan antara akses vaskular untuk hemodialisis yang sering di lakukan
kepada individu yang ingin menjalani hemodialisis.

Apabila seseorang individu di sahkan (diagnosis) menghidapi kegagalan ginjal peringkat


akhir( end stage renal failure ESRF ) iaitu ginjal hanya berfungsi 10%-15% dari normal atau
kurang dari itu,doktor perubatan akan menyarankan individu tersebut untuk menjalani
penbedahan penghasilan fistula arteriovena sebagai persediaan awal untuk rawatan
hemodialisis.Ini kerana individu yang mengalami kegagalan ginjal memerlukan dialisis
menggantikan fungsi ginjal dalam tubuh untuk meneruskan kehidupan.Ginjal dalam tubuh
kita berfungsi sebagai penyaringan dan membersihkan darah sebelum darah di edarkan ke
seluruh tubuh dan kandungan dalam darah yang tidak di perlukan untuk tubuh akan di
singkirkan dari tubuh melalui penghasilan urin. Selain itu,ginjal juga mengawal atur kadar
asid dan bes dalam tubuh,jumlah kalium dalam darah serta mengawal kadar tekanan
darah.Disampimg itu, ginjal juga mengawal kandungan gula dalam darah melalui penghasilan
hormone insulin dan adrenalin serta mengawal kandungan air dalam tubuh.
PENCARIAN LITERATUR

Menurut Dr Kailash Jindal etal 2006,fistula arteriovena merupakan pilihan utama untuk akses
vaskular bagi kes hemodialisis kerana kurang risiko akan jangkitan.Artikel beliau juga
menjelaskan tentang pengurusan untuk mengendalikan jangkitan pada akses vaskular serta
langkah pencegahan yang boleh di lakukan.

Menurut artikel Prof Radojica Stolic 2013,kepentingan penjagaan akses vaskular dan
komplikasi komplikasi yang sering berlaku terhadap pesakit yang menjalani hemodialisis
serta kontraindikasi terhadap fistula arteriovena.

Menurut Dr DomenicoSantoro et al 2014,terdapat 3 jenis fistula arteriovena dan merupakan


akses vaskular terbaik untuk hemodialisis kronik kerana dapat di gunakan dengan jangka
masa yang lebih lama serta mempunyai kadar morbiditi dan mortaliti yang rendah.Selain
itu,artikel itu juga menyatakan bahawa fistula arteriovena mempunyai kurang risiko untuk
masalah jangkitan dan pembekuan darah.

Menurut artikel Dr Abul Siddiky 2014,memberitahu tentang peningkatan pesakit yang


menjalani hemodialisis di seluruh dunia dan fistula arteriovena merupakan akses vaskular
ideal untuk rawatan hemodialisisselain itu, artikel beliau juga menjelaskan tentang
komplikasi yang mungkin berlaku serta penjagaan perlu di titikberatkan.

Menurut Dr Nicola Pirozi 2014 pula ,menerangkan tentang permasalahan yang berlaku
terhadap akses vaskular seperti vena oklusi dan stenosis.artikel beliau juga menyatakan
tentang fasa permatangan fistula arteriovena.

Menurut artikel Jill Rushing 2010,untuk hemodialisis yang efektif memerlukan akses
vaskular yang terbaik dengan kadar pengaliran yang sesuai untuk rawatan dialisis.Selain
itu,artikel beliau juga menerangkan tentang cara penjagaan akses vaskular untuk mencegah
daripada berlakunya komplikasi seperti jangkitan,pendarahan dan stenosis.
PENEMUAN

Fistula arteriovena merupakan pilihan akses vaskular yang terbaik untuk proses dialisis
kerana mempunyai kadar risiko yang rendah,kurang mengakibatkan jangkitan atau
pembekuan darah serta pengaliran darah yang terbaik berbanding dengan jenis akses yang
lain iaitu akses kateter vena atau graft arteriovena.Fistula arteriovena terdapat 3 jenis iaitu
“Radial Cephalic Fistula(RCF)”,“Brachial Cephalic Fistula(BCF)” dan “Brachial Basilic
Fistula”.Ketiga jenis fistula ini mempunyai ciri yang sama,berasal dari saluran sarah
semulajadi tanpa penggunaan kelengkapan sintetik dan memerlukan masa matang sebelum
dapat di gunakan.

Pesakit yang di sahkan mengalami kegagalan ginjal dan memerlukan rawatan dialisis akan di
rujuk ke klinik vaskular pengurusan selanjutnya.Di klinik vaskular,pemeriksaan
radiologi,pengimejan salur darah terlebih dahulu akan di lakukan untuk mengetahui samada
individu tersebut sesuai untuk fistula arteriovena dan menentukan jenis fistula yang hendak
dilakukan dan kemudiannya akan di masukkan ke dalam wad sehari sebelum tarikh
pembedahan.Di wad,pemantauan tanda tanda vital pesakit di lakukan untuk memastikan
keadaan pesakit sesuai untuk pembedahan.Selain itu,pesakit akan di beri penerangan lanjut
tentang prosedur pembedahan termasuklah jenis anestesia yang akan di gunakan serta
mendapatkan persetujuan pembedahan bertulis.Pesakit di bawa ke dewan bedah akan di
persiapkan dengan pakaian pembedahan bersama fail pesakit yang lengkap.Kebiasaanya bagi
pembedahan ini tidak memerlukan pesakit untuk berpuasa kerana hanya melibatkan anestesia
setempat sahaja tetapi bagi sesetengah kes akan memerlukan anestesia umum seperti
melibatkan pesakit warga emas atau kanak kanak.

Semasa di dewan bedah,staf bertugas yang menerima pesakit akan memeriksa fail pesakit
serta borang persetujuan pesakit dan memastikan pesakit benar benar faham dengan prosedur
yang akan di lakukan dan bersetuju untuk menjalani pembedahan sebelum di bawa kedalam
bilik bedah dan akan dilakukan pemeriksaan semula untuk mengelakkan berlaku pembedahan
yang salah dan mengakibatkan kes “medico legal” dari berlaku. Bagi pembedahan ini,jenis
anestesia yang di berikan kepada pesakit ialah jenis anestesia setempat (local anesthesia) pada
bahagian terlibat sahaja.Kebiasaanya doktor bius akan menggunakan gabungan 2 jenis agen
anestesia iaitu lignocaine 2%(lidocaine) bersama bupivacaine 0.5% dengan
adrenaline(Marcaine) untuk mendapatkan tindakan segera dengan kesan bius yang lama.
Konsep steril di amalkan sepanjang proses pembedahan di lakukan untuk mengelakkan
berlakunya jangkitan terhadap kawasan pembedahan.Pemantauan tanda vital pesakit semasa
pembedahan di lakukan untuk memastikan kelancaran pembedahan.Pembedahan ini di
anggarkan selesai dalam masa 1jam.Setelah pembedahan selesai pesakit akan di letakkan di
bilik pemulihan untuk memastikan keadaan pesakit stabil terlebih dahulu sebelum di
tempatkn di wad semula untuk pemantauan dan pengurusan selanjutnya.
PERBINCANGAN

Fistula arteriovena (AV fistula) merupakan satu laluan melalui penyambungan salur darah
arteri dengan vena melalui prosedur pembedahan oleh pakar bedah vaskular bertujuan untuk
menghasilkan akses vaskular kepada pesakit yang mengalami kegagalan ginjal untuk
menjalani rawatan dialisis.Fistula arteriovena merupakan akses vaskular yang terbaik dan
merupakan pilihan utama kepada pesakit yang akan menjalani rawatan dialisis berbanding
dengan kaedah lain seperti graf anteriovena dan kateter vena

.Graf anteriovena bermaksud penggunaan pembuluh darah tiruan(graf) yang di cantum di


antara arteri dan vena melalui pembedahan yang akan di gunakan bagi pesakit yang
mempunyai vena asal yang kecil.Graf anteriovena dapat di gunakan lebih cepat berbanding
fistula anteriovena iaitu 1-2 minggu selepas pembedahan tetapi mempunyai ketahanan yang
lebih singkat selain mudah menimbulkan masalah pembekuan atau jangkitan.Kateter vena
pula merupakan akses sementara yang di masukkan di bahagian leher,dada atas atau groin
bagi pesakit yang memerlukan hemodialisis segera sehingga akses vaskular jangka panjang
dapat di lakukan.Kateter vena ini dapat menyebabkan berlakunya penyumbatan,jangkitan,
atau penyempitan serta sekatan vena sentral.

Terdapat 3 jenis fistula arteriovena iaitu Fistula RadioSefalik (Radial CephalicFistula),Fistula


BrakioSefalik (BrachialCephalic Fistula) dan Fistula BrakioBasilik (BrachialBasilic
Fistula).Fistula RadioSefalik melibatkan arteri radial dan vena sefalik.insisi akan di lakukan
pada lengan bawah dan biasanya berukuran 3-5cm dengan penggunaan anestesia setempat
manakala Fistula BrakioSefalik melibatkan vena sefalik dan arteri brakial pada bahagian
paras siku.Fistula BrakioBasilik pula menggunakan vena basilik yang berada jauh di dalam
lengan,vena ini mesti dialihkan ke bahagian permukaan di bawah kulit untuk memudahkan
kemasukan jarum untuk dialisis.

Fistula arteriovena merupakan akses hemodialisis terbaik berbanding dengan akses lain
kerana fistula arteriovena mempunyai pengaliran darah yang lebih baik yang dapat
mengurangkan masa rawatan dialisis.Selain itu, fistula arteriovena juga mempunyai kurang
risiko untuk berlakunya jangkitan dan kurang risiko berlakunya pembekuan atau
penyumbatan pada saluaran darah kerana tidak menggunakan alatan sintetik dan mempunyai
pengaliran darah yang cukup baik dan sesuai untuk proses rawatan dialisis.
Walaupun fistula arteriovena ini merupakan akses terbaik dan merupakan pilihan utama,tidak
semua pesakit dialisis dapat menggunakan akses vaskular ini kerana untuk menghasilkan
akses ini memerlukan saiz vena melebihi 2mm dan pesakit yang mempunyai saiz vena yang
kecil tidak dapat untuk di lakukan fistula arteriovena ini.Ada sesetengah kes pula tidak
berlakunya permatangan vena mencapai saiz yang sesuai untuk di gunakan bagi proses
dialysis setelah pembedahan di lakukan.Jangkitan dan pembekuan pada saluran darah fistula
mungkin akan berlaku dalam tempoh rawatan dialisis kerana kawasan akses vaskular akan
terdedah kepada jangkitan akibat jarum yang di cucuk pada kawasan tersebut untuk proses
rawatan.
CADANGAN DAN PENYELESAIAN

Pendidikan kesihatan terhadap penjagaan fistula arteriovena kepada pesakit yang menjalani
rawatan dialisis amat penting untuk mengelakkan kemungkinan risiko yang berlaku jika di
ambil ringan.Antara penjagaan yang perlu di lakukan ialah pesakit perlu merasa getaran yang
terhasil dari fistula untuk mengawasi jika berlaku perubahan terhadap kekuatan getaran dan
harus melaporkan kepada staf dialisis atau dokter sekiranya ada.Selain itu,elakkan pemakaian
baju atau barang perhiasan yang terlalu ketat pada bahagian tangan yang mempunyai fistula
arteriovena serta elakkan tekanan darah diambil pada kawasan akses kerana akan
meningkatkan risiko pembekuan darah.

Penjagaan kebersihan diri hendaklah sentiasa di jaga terutama pada kawasan yang
mempunyai fistula serta elakkan berlakunya kecederaan pada kawasan tersebut kerana ia
boleh mengakibatkan berlakunya jangkitan.Selain itu senaman yang bersesuaian juga dapat
membantu dalam mengekalkan kondisi fistula dan dapat menguatkan vena serta mengalakkan
pertumbuhan fistula tetapi elakkan aktiviti yang terlalu lasak atau kerja yang terlalu berat
kerana ia akan memberi beban dan meningkatkan tekanan pada fistula serta pastikan lengan
tidak di beri tekanan semasa tidur seperti tidur mengiring pada tangan yang mempunyai
fistula.

Sebagai staf kesihatan terutamanya staf dialisis juga memainkan peranan penting dalam
memastikan pesakit tidak terdedah dengan komplikasi yang mungkin berlaku terumanya
risiko jangkitan pada kawasan akses vaskular untuk rawatan dialisis.Selaku perawat kita
harus sentiasa mengamalkan konsep steriliti dalam memberikan perkhidmatan kerana pesakit
akan mudah terdedah terhadap risiko jangkitan setiap kali mendapatkan rawatan
dialisis.Selain itu,adalah di galakkan untuk menggunakan bahagian yang berbeza semasa
menusuk jarum untuk proses dialisis untuk mengurangkan risiko embolisma berlaku.
RUMUSAN

Fistula arteriovena merupakan akses vaskular merupakan terbaik dan merupakan pilihan
utama berbanding jenis akses vaskular yang lain.Terdapat 3 jenis fistula arteriovena iaitu
fistula radiosefalik,fistula brakiosefalik dan fistula brakiobasilik yang mempunyai
penyambungan arteri dan vena yang berbeza serta lokasi penghasilan fistula yang berbeza
tetapi mempunyai fungsi dan kelebihan yang sama berbanding dengan jenis akses akses
vaskular yang lain.

Fistula arteriovena mempunyai lebih kelebihan berbanding akses vaskular yang lain seperti
mempunyai pengaliran darah yang lebih baik sekaligus dapat mengurangkan masa rawatan
dialisis di lakukan.Selain itu,fistula ini juga mempunyai risiko yang lebih kurang untuk
berlakunya jangkitan atau pembekuan darah berbanding akses yang lain serta dapt di gunakan
untuk jangka masa yang lama.Walaubagaimanapun komplikasi penggunaan fistula
arteriovena mungkin akan berlaku sekiranya penjagaan yang baik tidak di lakukan.

Oleh itu pendidikan kesihatan tentang penjagaan yang perlu di amalkan oleh pesakit dialisis
yang mempunyai fistula arteriovena adlah amat penting bagi mengelakkan serta
mengurangkan risiko dan implikasi negatif terhadap penggunaan fistula arteriovena ini untuk
rawatan dialisis.Selain itu konsep steriliti amat perlu di amalkan sentiasa oleh staf kesihatan
dalam memberikan perkhidmatan dari mula prosedutr pembedahan sehinggalah proses
rawatan dialisis di berikan.

( 1900 PATAH PERKATAAN )


SENARAI RUJUKAN

1 www.vascular-access.info

2 www.uwmedicine.org

3 www.my health.gov.my/en/hemodialisis

4 www.surgery.usc.edu>vascular>vascularaccess.htmml

5 www.ncbi.nlm.gov/pmc/articles

6 www.webmd.com/guides/hemodialysis

7 http://www.kidneybuzz.com/av-fistula-ruptures-and-hemorrhages-symptom

8 https://www.niddk.nih.gov>kidney-failure

9 Https://www.davita.com>treatment>arterialvenousfistula

10 http://www.kidneyschool.org

11 Http://m.cjasn.asjnournal.org
SENARAI KANDUNGAN

PENGENALAN TAJUK 1

PENYATAAN MASALAH 2

PENCARIAN LITERATUR 3

PENEMUAN 4-5

PERBINCANGAN 6-7

CADANGAN DAN PENYELESAIAN 8

RUMUSAN 9

SENARAI RUJUKAN 10

You might also like