You are on page 1of 2

SJKC LI TEK CAWANGAN

MINIT MESYUARAT AGONG KADET REMAJA SEKOLAH


TAHUN 2018

Tarikh :17 Jan 2018 (Rabu)


Masa :12 : 20 tengah hari hingga 1 : 20 petang
Tempat :Dewan Serbaguna
Kehadiran :23 orang murid dan 4 orang guru penasihat

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Guru Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong
TKRS. Guru Penasihat berharap guru-guru member perhatian dan melaksanakan tugas yang
diberi dengan bertanggungjawab.

1.2 Guru penasihat menegaskan kokurikulum berperanan mengukuhkan pengetahuan


pembelajaran murid di dalam kelas melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Diharapkan
aktiviti ini dapat menyemai nilai murni yang baik di dalam kalangan murid.

Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2. 1 Tiada kerana inimerupakan mesyuarat kali pertama Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Tindakan: Makkuman

3. PERKARA-PERKARA YANG BERBANGKIT


3.1 Tiada

Tindakan: Makluman

4. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN


4.1 Guru Penasihat membincangkan rancangan tahunan 2018. (Sila rujuk lampiran)

4.2 Guru penasihat menegaskan kepentingan keselamatan murid-murid semasa aktiviti kokurikulum
dijalankan.

4.3 Guru penasihat memilih ahli-ahli jawatankuasa TKRSTahun 5. (Sila rujuk lampiran)

Tindakan Guru Penasihat

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi berharap segala aktiviti yang dijalankan mesti mengadakan perancangan secara
bertulis. Laporan perlulah dihantar untuk tujuan dokumentasi.

Tindakan: Makluman
6. PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang hadir.

6.2 Pengerusi berharap agar semua ahli jawatankuasa dapat bekerjasama dan member komitmen
yang sepenuhnya semasa melaksanakan tugas-tugas yang diberi.

Tindakan; Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:20 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ____________________
(Calvin Chew Khai Ming) ( Loh Yi Dian)
Setiausaha TKRS Tahun 5 Pengerusi TKRS Tahun 5
SJK (C) Li Tek Cawangan SJK (C) Li Tek Cawangan
Tarikh : 18 Januari 2018 Tarikh : 18 Januari 2018

You might also like