You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SIPITANG

PETI SURAT 52
89857 SIPITANG
NO. TEL : 087-821336
E-MEL : skus@skulusipitang.net.

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH

BIL. I / 2016

Tarikh : 21 Januari 2016.

Hari : Khamis.

Masa : 2.00 petang.

Tempat : Bilik Guru SK Ulu Sipitang.

Agenda Mesyuarat :

1.1 Ucapan Pengerusi.


1.2 Pembentukan AJK Panitia Sejarah Sesi 2016.
1.3 Membincangkan Aktiviti / Program Panitia bagi Tahun 2016.
1.4 Hal-Hal Lain.

Kehadiran :

1. En. Ramli Ag. Said


2. En. Asmawi Yahya
3. Pn. Jalinah Nuslin - Guru Kelas Tahun 5
4. Pn. Awatif Ab. Rahman - Guru Kelas Tahun 4
5. Cik Rosni Karim - Guru Kelas Tahun 2
6. Pn. Dg. Aimah Abd. Rajak - Guru Kelas Tahun 6
7. Pn. Dg Maimunah Ag Akup - Guru Kelas Tahun 1
1.1 Ucapan Pengerusi

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan kata-kata aluan kepada semua guru yang
hadir. Beliau memaklumkan mesyuarat kali ini adalah menjurus kepada pembentukan AJK baharu serta
perancangan aktiviti dan program sepanjang tahun 2016. Di akhir ucapan, beliau menyeru semua sidang
yang hadir mengemukakan idea dan pandangan yang bernas untuk dikongsi sepanjang mesyuarat ini
dijalankan.

1.1 Pembentukan AJK Panitia Sejarah sesi 2016.


1.1.1 Pengerusi memaklumkan kepada sidang tentang pembentukan AJK Panitia Sejarah yang baharu
bagi sesi 2016.
1.1.2 Berikut merupakan senarai AJK yang telah dipersetujui bersama :

PANITIA SEJARAH SESI 2016

Pengerusi : Encik Ramli bin Hj. Ag. Said ( Guru Besar )

Timb. Pengerusi : Encik Asmawi bin Yahya ( Penolong Kanan Kurikulum )

Ketua Panitia : Pn. Jalinah Nuslin

Setiausaha : Pn. Dg Aimah Abd Rajak

Bendahari : Pn. Awatif Ab. Rahman

AJK : Semua Guru Kelas.

1.2 Perancangan Aktiviti / Program Tahun 2016.


1.2.1 Puan Jalinah Nuslin mencadangkan supaya aktiviti-aktiviti yang dirancang lebih difokuskan kepada
murid dan warga sekolah agar penerapan nilai dan pengetahuan sejarah dapat dikembangkan oleh
warga sekolah secara keseluruhannya.
1.2.2 Walau bagaimanapun, semua program dan aktiviti yang dirancang sepanjang sesi 2016 ini perlu
dicadang dan dipanjangkan terlebih dahulu kepada Guru Besar atau Penolong Kanan Kurikulum.

Tindakan : Ketua Panitia.


1.2.3 Puan Dg Aimah Abd Rajak, mencadangkan agar program yang berunsurkan kepada penghayatan
sejarah perlu diwujudkan agar seluruh warga sekolah khususnya murid-murid dapat menghayati
nilai dan mesej yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Hal ini sangat
penting bagi meastikan murid-murid benar-benar memahami mengapa subjek ini perlu
diperkenalkan dan dipelajari di sekolah sejak dari awal lagi.
1.2.4 Puan Dg Maimunah Ag Akup bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Puan Dg Aimah
Abd Rajak dan mengharapkan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja
di kalangan murid-murid tahap II sahaja malah meliputi semua murid di SK Ulu Sipitang.
Tindakan : Makluman.

1.2.5 Puan Jalinah Nuslin juga turut mencadangkan agar setiap orang guru dapat menjadi mentor
kepada murid-murid tahun 4 yang masih baharu untuk diberi bimbingan dalam proses mempelajari
dan memahami subjek Sejarah ini. Oleh itu, tunjuk ajar secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Sejarah merupakan suatu inisiatif yang dapat menggalakkan minat
murid dalam mempelajari Sejarah.
1.2.6 Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa sidang tidak perlu merancang terlalu banyak aktiviti
kerana beliau berpandangan bahawa meskipun aktiviti yang dirancang itu tidak banyak tetapi jika
ia boleh memberi manfaat dan menepati golongan sasar ia jauh lebih baik daripada sebaliknya.
1.2.7 Beliau juga mencadangkan pada tarikh 1hb September 2016 ini merupakan Hari Perasmian
Kemerdekaan dan Hari Malaysia manakala Hari Penutupannya akan dilangsungkan pada 19hb
September 2016. Perasmian dan penutupan dilakukan agak lewat memandangkan tarikh tersebut
merupakan hari cuti bagi Persekutuan.

Tindakan : Ahli Panitia.

1.3 Hal-Hal Lain.


1.3.1 Ketua Panitia mengharapkan agar semua aktiviti yang dibincangkan pada mesyuarat ini dapat
dilaksanakan dan dicapai mengikut objektif yang yang disasarkan. Walau bagaimanapun, bajet
juga memainkan peranan yang penting sepanjang program dan aktiviti ini dijalankan. Tanpa bajet
yang mencukupi maka agak sukar aktiviti dan program ini dijalankan. Oleh itu, semua ahli Panitia
diharapkan dapat meminimumkan pengeluaran wang dan menggunakan sebaik mungkin aset
yang sedia.
Tindakan : Makluman.
Penutup
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sidang yang hadir. Harapan beliau
agar semua ahli Panitia khususnya guru subjek dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap
tugas yang diamanahkan supaya segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Sekian, terima kasih.

“ TERUS MENABUR BAKTI ”

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

___________________ __________________

( JALINAH NUSLIN ) ( ASMAWI YAHYA )

Ketua Panitia Sejarah, Pen. Kanan Kurikulum,

SK Ulu Sipitang, SK Ulu Sipitang,

Sipitang. Sipitang.

Disahkan Oleh,

__________________

( RAMLI HJ. AG. SAID)

Guru Besar,

SK Ulu Sipitang,

Sipitang.

You might also like