You are on page 1of 13

Pendahuluan

Kuku adalah alat pelindung jari dan juga melindungi saraf-saraf yang berada di
hujung jari. Kuku ini penting dalam meningkatkan daya saraf sentuh kita. Selain
itu, kuku juga mencantikkan tangan kita. Tangan dan kuku mudah terdedah
kepada pelbagai kuman dan kotoran. Kebanyakan aktiviti harian memerlukan
penggunaan anggota tubuh ini. Contohnya makan, mencapai barang, menulis,
bersalaman dan sebagainya. Oleh itu penjagaan kebersihan tangan dan kuku
amat penting untuk mengelakkan mudah terkena jangkitan atau menjadi punca
penyebaran kuman kepada orang lain.
Fungsi Bahan Manicure Pedicure

Tujuan manicure dan pedicure adalah membersihkan, mencantikkan,


melembutkan, melembapkan dan mencegah kuku tangan dan kuku kaki
daripada jangkitan kuman.

Alatan & Bahan

1. Surgical Spirit yang berfungsi untuk menghilangkan kuman dan kotoran.

2. Pelarut Kutikel berfungsi melembutkan dan membersihkan sel kutikel


yang mati. Bahan ini mengandungi natrium hidroksida yang beralkali.
3. Cuticle Cream berfungsi untuk melembut, mengurut dan melembapkan
bahagian kutikel.

4. Mangkuk Manicure digunakan untuk merendam tangan.


5. Bekas Pedicure digunakan untuk merendam kaki.

6. Air suam untuk merendam kuku.

7. Kapas digunakan untuk membersihkan dan menghilangkan kotoran.


8. Pengetip Kuku berfungsi untuk memotong kuku.

9. Pisau Kutikel berfungsi membersihkan dan membuang sel kutikel yang


mati di atas plat kuku.

10. Kayu oren berfungsi mengambil dan meletakkan bahan seperti buffing
paste, pelarut kutikel dan krim urut kutikel.
11. Hoof Stick digunakan untuk menolak kutikel ke kedudukan asalnya
selepas kutikel kuku direndam.

12. Emery Board digunakan untuk membentuk dan mengasah kuku juga
melicinkan hujung kuku.

13. Kusyen Manicure untuk mengalas tangan semasa manicure dijalankan.


14. Berus Kuku untuk membersih dan membuang kotoran pada kuku kaki
dan digunakan untuk menggosok tapak kaki.

15. Buffing Krim adalah krim pengilat.


16. Buffer berfungsi untuk mengilatkan dan melicinkan permukaan kuku.

17. Nail Vitamin Oil untuk menyihatkan pertumbuhan kuku.

18. Tong Sampah merupakan tempat untuk membuang segala kotoran dan
bahan yang telah digunakan
Apa itu perapian kaki dan tangan?

Perapian pembersihan, merapikan kuku, exfoliasi untuk mengangkat sel-sel kulit


mati, massage untuk melancarkan peredaran darah dan meredakan pegal serta masker
aromaterapi untuk menutrisi kulit.

Indikasi Kontra Rawatan Perapian Kaki Dan Tangan


1.Kuku tangan dan kaki dijangkiti bakteria.
2.Alahan pada kuku tangan.
3.Penyakit kulit seperti psoriasis dan eczema.
4.Luka, melecur dan melepuh pada tangan.
5.Kuku tangan yang cedera.
6.Ketuat dan veruka pada tangan.
7.Diabetes.
8.Tulang tangan dan kaki patah
9.Kuku pecah.
FUNGSI PERALATAN DAN BAHAN PERAPIAN TANGAN DAN KAKI.

Berus kecil

1. Digunakan untuk menyapu yogurt badan pada kaki dan tangan.

Wrapper

2. Untuk membalut tangan dan kaki selepas disapukan body scrub yogurt.

Massage cream

3. melancar peredaan darah, memelihara kelembuatan dan kehalusan kulit,


menjaga kelembaban kulit, agar senantiasa tampak muda , segar, halus
dan lembut.Digunakan ketika urutan.
Body yogurt Scrub

4. Untuk Mengangkat Sel Kulit Mati. Berkat kandungannya yang mampu


melembabkan, scrub yoghurt amat baik untuk mengangkat serpihan kulit
mati

Span

5. Untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada kaki dan badan

Surgical spirit

6. Untuk mehilangkan bakteria dan segala kotoran.


Tuala Kecil

7. Untuk megalas meja,mengeringkan dan untuk memgeringkan tangan


pelanggan.

Scrub

8. Untuk membuang kotoran dan sel mati pada kulit serta melembutkan
kulit.

Mangkuk kecil

9. Meletakkan air untuk membilas scrub yogurt badan pada kaki dan tangan.
Penutup

Kesimpulannya bahan perapian kaki dan tangan yang lengkap amatlah penting.
Hal ini kerana, tanpa bahan dan alatan yang lengkap perapian kaki dan tangan
tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Jika rawatan tidak dilakukan dengan
sempurna pelanggan tidak akan berpuas hati dengan rawatan yang dilakukan.
Manakala jika bahan dan alatan sempurna dan lengkap rawatan yang kita
lakukan juga akan lebih baik .

You might also like