You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PEMBENTUKAN AJK SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2015

Tarikh : 20 hb Jun 2015


Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat :Dewan Kuliah 2, IPG Kent Tuaran (Kampus Baru)
Penasihat : Pn. Tan Seok Kiang

Kehadiran:
1. PN. SITI AMNINAH TADIN
2. EN. TERUNAH
3. EN. AMPUAN ZAINAL
4. PN. ADRIANA PATRICK
5. PN. MAINI SONING
6. PN. SARIAM SILAM
7. CIK MURADAH ESNANI
8. PN. DIANA A. YAHYU
9. EN. MOHD. FADZIL
10. EN. MOKTHAR
11. PN. ANIFAH SIBOH
12. PN. SITI AINI
13. PN. WILLIN KISIL
14. PN. BAITAH RESIAN
15. PN. JURAIDAH ABDULLAH
16. PN. JUREAIDAH NAIN
17. PN. SAPIAD LUMPISAU
18. PN AGNES KONOLIS
19. CIK ROSNAH ABDUL RAZAK
20. PN. SUTINI GUDUMI
21. PN. HASLINAH ABD. SALIM
22. PN. AERLVYE JAINIS
23. PN. S. JAMARIAH
24. EN. MAT SALLEH
25. EN. RIDUAN ABDUL
26. EN. DAHIM REMAN
27. PN. DAYANG GUKANG
28. PN. NURSHAYLINA SHIEW
29. PN. NISMAH ABD. RAHMAN
30. EN. JONY DODONG
31. PN. ROHAMA KIM SUAN
32. PN. ROSIDAH HJ JIMLIN
33. PN. NORHAIDAH EDEH
34. PN JAIMAH ABD. MUTALIB
35. PN. A.S BAIDURI HJ SAIN
36. PN. RAHMAH NAYAN
37. PN RAHIMI AMIR
1. UCAPAN GURU PENASIHAT
Guru Penasihat dan juga fasilitator bagi seminar kajian penyelidikan, Pn. Tan
Seok Kiang mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar PISMP PJJ yang menghadiri mesyuarat
seminar penyelidikan kali pertama bagi tahun 2015. Beliau juga merakamkan
selamat datang kepada pelajar-pelajar PISMP PJJ.

2. PEMBENTUKKAN AHLI JAWATANKUASA


2.1 Guru Penasihat, Pn. Tan Seok Kiang melantik pengerusi sementara bagi melantik ahli-ahli
jawatankuasa seminar penyelidikkan iaitu En. Terunah.
2.2 Ahli-ahli jawatankuasa telah dibentuk berdasarkan Lampiran 1. (Rujuk Lampiran 1).
2.3 Ahli-ahli jawatankuasa berjaya dibentuk dan disokong oleh semua ahli-ahli yang hadir.
2.4 Pn. Tan Seok Kiang memaklumkan bahawa senarai ahli-ahli jawatankuasa boleh di muat turun
dalam Laman Web OLL IPG Kent Tuaran. Semua pelajar boleh mendapatkan senarai tersebut di laman
sesawang yang dinyatakan.
2.5 Pn. Tan Seok Kiang memberikan penerangan mengenai tugasan-tugasan setiap jawatan yang
dipegang dan beliau turut mengharapkan agar semua ahli memainkan peranan bagi menjayakan
seminar penyelidikan tersebut.
2.6 Pn. Tan Seok Kiang Juga meminta agar tema & lokasi dapat dipilih secepat mungkin.
Tindakan:Makluman

3. MENENTUKAN TARIKH SEMINAR PENYELIDIKAN


3.1 Pn. Tan Seok Kiang juga Menetapkan tarikh seminar penyelidikan adalah pada 17hb Oktober 2015.

Tindakan:Makluman

4. MENENTUKAN TEMA
4.1 Ahli-ahli jawatankuasa tidak dapat memutuskan Tema pada hari tersebut dan akan dibincangkan
pada hari yang akan ditentukan kelak.
4.2 Pn. Tan Seok Kiang bersetuju dan meminta agar tema seminar penyelidikan dimaklumkan pada
beliau selepas keputusan dicapai.
Tindakan:Makluman

5. PENETAPAN LOKASI
5.1 Ahli-ahli jawatankuasa bersetuju akan melaksanakan seminar di hotel tetapi lokasi sebenar akan
ditetapkan selepas pengerusi menyiasat harga dan kemudahan yang ditawarkan oleh beberapa hotel
berdekatan Kota Kinabalu.
5.2 Pn. Tan Seok Kiang bersetuju dan meminta agar Lokasi seminar penyelidikan dimaklumkan pada
beliau selepas keputusan dicapai.

Tindakan:Pengerusi
6. HAL-HAL LAIN
Pn. Tan juga minta semua pelajar semak OLL untuk segala maklumat berkaitan dengan seminar.
Tindakan:Makluman

7. PENANGGUHAN MESYUARAT
7.1 Pn.. Tan Seok Kiang mencadangkan agar mesyuarat kali pertama ini ditangguhkan dan disokong
oleh ahli-ahli jawatankuasa. Mesyuarat ditangguhkan pada Pukul 5.00 petang.

Disediakan Oleh,

__________________________
(ADRIANA PATRICK)
Setiausaha,
SEMINAR PENYELIDIKAN 2015

Disemak Oleh,

___________________________
(PN. SITI AMINAH TADIN)
Pengerusi
SEMINAR PENYELIDIKAN 2015.

You might also like