You are on page 1of 3

Motivasi Pelajar - Azali Azlan - Pelajar Terbaik SPM 2007 dengan 21A -

Rekod Terbaik SPM

PUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh memperoleh 21A dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang keputusannya diumumkan, semalam.Adakah dia
mengulang kaji pelajaran berjam-jam setiap hari tanpa sebarang kegiatan riadah seperti anak
muda lain yang gemar bersukan?Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod Nur
Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A pada 2004.

Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh
peperiksaan menjadi amalan utamanya.

Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang hanya
memperoleh 17 1A. Menurut Azali, dia mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan
rekod, sebaliknya melakukan untuk kepuasan diri sendiri.“Tujuan asal saya bukan untuk
mengatasi mana-mana rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat
semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna.“Ini sebagai hadiah
kepada semua guru saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman pelajar cemerlang
SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran:

1- Bahasa Melayu,

2- Bahasa Inggeris,

3- Bahasa Arab Tinggi,

4- Pendidikan Syariah Islamiah,

5- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,

6- Biologi,

7- Kimia,

8- Fizik,
9- Matematik Tambahan,

10- Sejarah,

11- Geografi,

12- Perdagangan,

13- Ekonomi Asas,

14- Matematik Moden,

15- Prinsip Akaun,

16- Sains Asas,

17- Pendidikan Seni,

18- Pendidikan Islam,

19- Tasawwur Islam dan

20- Kesusasteraan Melayu.

Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.

Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 21 mata pelajaran, guru banyak memberi
nasihat dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya jika mengambil banyak mata
pelajaran.“Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan
kebaikan dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua
mata pelajaran. “Namun, saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan.
Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu
sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu bapa,”
katanya.Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan guru dan tidak menghadiri tuisyen di
luar sekolah berikutan tinggal di asrama.

Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR),
selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam
Kebangsaan 2007.Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam
Batu, Kedah, itu berkata pendorong utama untuk belajar datang daripada kakak sulung yang
ketika ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland.

Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga memperoleh
keputusan cemerlang, dia berkata: “Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan
mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah, jadi sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi
saya untuk sabar dengan dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.“Cuma ketika
musim peperiksaan, pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan susu, malah
sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama peperiksaan
hingga hari terakhir.“Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha,”
katanya yang bercita-cita menjadi profesor.
Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya sebagai satu
dugaan yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang diingini.“Pernah juga rasa tak
boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan
keyakinan saya jumpa kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.“Mereka banyak
bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi
ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina keyakinan diri untuk meneruskan usaha,”
katanya.

You might also like