You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID KALI KE 1 /2013

Tarikh : 28 Disember 2016 (Khamis)


Masa : 11.30 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer SK Ayer PAnas
Pengerusi : En. Ahmad Badawi Bin Mohamed Shamsuddin ( PK HEM)

Senarai Kehadiran :
Guru Besar-En. Mohd Rudzainoor Bin Ibrahim
GPK Pentadbiran-En. Rosli Bin Mohd Johari
GPK Kokurikulum-Pn. Zakiah Binti Abdul Latif
Lembaga Displin Dan Pengawas, Perhimpunan, SSDM-En. Mohd Nadzman Bin Ariffin
Sekolah Selamat, 3K- Pn. Salhaizah BInti Tajuddin
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Kelab SPBT-En. Mohd Shuaib Bin Saad
Lawatan-Pn. Norazimah Binti Hussin
Kebajikan, KWAPM & Insuran-Pn. Zaleha Binti Ramli
Rekod Kedatangan / APDM-Pn. Noor Hashimah Binti Nasarudin
Kantin, RMT-Pn. Zalina Binti Yahya
BBK ( Bim & Kauns ), PPDa- Pn. Rafidah Binti Buliah
Kelab Pencegahan Jenayah-En. Mohd Faizal Izham Bin Ahmad
Kesihatan-En. Jamri Bin Mohd Noh
Guru Penyayang-Pn. Ramunah Binti Yas
Sambutan Perayaan-Pn. Hazwani Binti Mohd Zauwakh
Program Susu Sekolah-Pn. Faziah Binti Harun
Sarana Ibu Bapa-En. Mohd Sukri Bin Mansor
Setiausaha- Pn. Noor Hashimah Binti Nasarudin
-

1. Ucapan Pengerusi.

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir pada mesyuarat hari ini.
Pengerusi memaklumkan pindaan terpaksa dilakukan terhadap senarai penuh Jawatankuasa
Unit HEM sehingga mesyuarat ini berlangsung walaupun setelah dibuat beberapa pindaan. Ini
kerana 2 dua orang guru telah lewat menerima arahan pertukaran.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan memohon kerjasama dari semua unit HEM agar
bersama berganding bahu memikul tanggungjawab hingga membuatkan pengurusan setiap unit
dalam HEM berjalan lancar dan baik. Senarai tugas seperti edaran mohon dibuat pindaan kendiri
oleh guru-guru.

1.3 Pengerusi juga menegaskan semua guru bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah
pelajar bukan sahaja melalui bidang akademik tetapi juga melalui aktiviti-aktiviti yang lain yang
telah dirancang meliputi bidang kebajikan dan keperluan murid sebagai seorang manusia.

1.4 Pengerusi memberitahu bahawa pengurusan HEM perlu dimantapkan dan takwim bagi
semua jawatankuasa telah disediakan seperti yang terkandung di dalam Buku Panduan Guru
2017. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun bagi setiap unit. PK
Hem akan mempengerusikan setiap mesyuarat.

1.5 Pengerusi sekali lagi memaklum setiausaha dikekalkan.


Tindakan :Makluman

2. Pengerusi seterusnya mengumumkan setiausaha- setiausaha dan ahli jawatankuasa masing-


masing unit sepanjang tahun 2017. Terdapat beberapa perubahan di dalam carta organisasi,
seperti dimaklumkan oleh pengerusi dalam perkara 1.

2.1. Setiausaha : Pn. Noor Hashimah Binti Nasarudin


PK HEM meminta merujuk Carta Organisasi 2017 yang diedarkan siap dengan tugas
jawatankuasa masing-masing.

2.2. Lembaga Displin Dan Pengawas, Perhimpunan, SSDM-En. Mohd Nadzman Bin Ariffin
Beliau memberitahu akan mengadakan majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas
sekolah selewat-lewatnya dalam minggu pertama bulan Februari. dan seterusnya berharap dapat
mengadakan kursus kepimpinan .

2.3. BBK ( Bim & Kauns ), PPDa- Pn. Rafidah Binti Buliah
Beliau menegaskan bahawa murid yang dihantar kepadanya hanya akan dipujuk atau
dikaunseling bukan dihukum.

2.4. Sekolah Selamat, 3K- Pn. Salhaizah BInti Tajuddin


PK HEM memberitahu ada rekod yang perlu diambil tindakan dalam bentuk buku yang berkaitan
dengan Program kebersihan dan keceriaan (3K)
Pn. Salhaizah meminta untuk membuat label keselamatan yang baru menggantikan yang lama
dari jenis yang kurang bermutu dan senang dirusakkan.kebersihan dan keceriaan kawasan
sekolah hendaklah sentiasa dipantau. S/U hendaklah memastikan persekitaran sekolah
SELAMAT.

2.5 Kesihatan-En. Jamri Bin Mohd Noh


Jawatankuasa kesihatan akan menguruskan program imunisasi bagi murid tahun 1 dan 6.
Jawatankuasa juga akan menyediakan sebuah bilik khas untuk rawatan pergigian ia itu Surau
.Senarai nama murid dikehendaki oleh Jabatan Kesihatan.
Tindakan : Guru Kelas dan guru Data SMM.

2.6 Kantin, RMT-Pn. Zalina Binti Yahya


Murid penerima RMT Tahun 2-6 akan nenerima RMT bermula hari pertama persekolahan 2017,
manakala murid Tahun 2 dan murid cicir yang layak akan bermula pada Februari. Menu telah pun
dimaklumkan kepada pengusaha kantin yang akan membekalkan makanan RMT.Mesyuarat juga
bersetuju seperti tahun-tahun yang lepas, Guru Bertugas mingguan merangkap guru bertugas
RMT juga sepanjang minggu. Masa murid makan pagi adalah pada waktu rehat mengikut tahap.
Mesyuarat juga dimaklumkan pihak sekolah kini menerima pengusaha kantin baharu untuk
tempoh 2017-2018.

2.7 Pengusaha kantin sudah bertukar setelah memenangi pemilihan sewaktu membuka
tender kantin. Guru diminta membuat laporan yang betul mengenai kantin dalam usaha untuk
menambahbaik mutu perkhidmatannya. Satu Mesyuarat antara PK HEM bersama unit RMT dan
Kantin dengan Penender kantin dicadangkan diadakan pada minggu ketiga persekolahan.
Tindakan : Pn. Zalina Binti Yahya

2.8 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Kelab SPBT-En. Mohd Shuaib Bin Saad
PK Hem memberitahu Guru Kelas adalah ahli jawatankuasa SPBT. Ini untuk melancarkan urusan
SPBT sepanjang tahun. En. Mohd Shuaib juga memberitahu akan segera mengambil tindakan
tentang masalah kekurangan buku teks. Beliau akan sentiasa berhubung dengan pihak PPD,
BOSS Daerah dan guru-guru SPBT di sekjitar Zon Pengkalan Hulu. Buku teks dan buku stok
mesti di kemaskini dan dihantar kepada PK HEM setiap hujung tahun.

2.9 Rekod Kedatangan / APDM-Pn. Noor Hashimah Binti Nasarudin


Data hendaklah dikemaskini. Pungutan data kali pertama ialah awal Febuari.
2.10 Kebajikan, KWAPM & Insuran-Pn. Zaleha Binti Ramli
Pemilihan murid KWAMP Tahun 1 dan murid cicir akan dijalankan pada minggu hadapan
manakala penerima KWAPM Tahun 2-6 telah disahkan dalam DSA APDM. Bantuan Khas Awal
Persekolahan pulak akan diberikan apabila kita menerima waran dan kewangan dari KPM.
Tindakan : Pn. Zaleha Binti Ramli

2.11 Program Susu Sekolah-Pn. Faziah Binti Harun


Tindakan akan dibuat setelah menerima arahan dari pihak PPD. Sehingga kini tiada
makluman.

3. Hal-hal Lain:
3.1. PK HEM percaya guru-guru HEM telah mengetahui tugas masing-masing dan akan
menerimanya dengan penuh dedikasi dan bertanggung jawab.

3.2. Pn. Zalina diminta meletakkan buku laporan RMT di pejabat sekolah dan tindakan susulan
akan sentiasa dibuat oleh PK HEM. Guru-guru bertugas dikehendakki merekodkan laporan RMT
dan memantau perkhidmatan pengusaha dari masa ke semasa.

3.3. Ekoran dari laporan En. Nadzman tentang lencana sekolah, PK KO mahu semua murid
mesti ada tanda nama. Guru kelas boleh menerima tempahan dari murid. Lencana dan tali leher
boleh dibeli dari kedai sekolah.

3.4. PK HEM mendapati ada ibu bapa masuk hingga ke dalam kelas. Mesyuarat bersetuju masih
meneruskan larangan iaitu:
a. Dilarang ibu bapa membawa masuk kenderaan hingga ke dalam kawasan sekolah.
b. Murid mestilah menolak basikal ke tempat letak basikal.

3.6. Mesyuarat juga bersetuju agar konsep guru penyayang dengan Pembantu Pengurusan
Murid Prasekolah meneruskan tindakan menghantar dan menunggu murid PRA ke pintu pagar
hadapan apabila sesi persekolahan tamat.

3.7 Program Guru Penyayang akan diteruskan, mesyuarat bersetuju agar guru bertugas
mingguan dikehendakki berada di pintu pagar setiap pagi persekolahan.

3.8. PK HEM juga telah mengedarkan pamplet peraturan sekolah sewaktu kehadiran ibu bapa
dalam majlis suaikenal Tahun 1 2017.

4. Ucapan penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.............................. .............................
(EN. AHMAD BADAWI BIN MOHAMED
(NOOR HASHIMAH BINTI NASARUDIN) SHAMSUDDIN )
S/U HEM SK AYER PANAS PK HEM SK AYER PANAS

Disahkan oleh:

……………………........
(EN. MOHD RUDZAINOOR BIN IBRAHIM)
GURU BESAR
SK AYER PANAS

You might also like