You are on page 1of 7

PENGGUNAAN “INSTRUCTION WINDMILL” DALAM MENINGKATKAN

PEMAHAMAN MURID TERHADAP ARAHAN GURU


SEMASA AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

Hon Jia Sheng

Mohamad Idris Bin S. Syed Ahamed

Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan,


Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

hjsheng@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap arahan yang
disampaikan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dijalankan.
Masalah tidak memahami arahan guru dan gagal untuk melakukan arahan guru dengan segera
sering terjadi kepada murid tahun 4 sepanjang masa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 19 orang murid dari kelas 4
menggunakan inovasi “Instruction Windmill” untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap
arahan yang disampaikan. Data telah dikumpulkan menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur,
soal selidik dan temu bual separa struktur. Hasil analisis data telah menunjukkan semua murid
menunjukkan maklum balas yang positif dengan penggunaan “Instruction Windmill”. Mereka
berpendapat mereka dapat memahami arahan guru dengan jelas selepas menggunakan
“Instruction Windmill”. Pengkaji mendapati “Instruction Windmill” dapat memanfaatkan amalan
pengajaran guru di samping melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Walaupun begitu, cadangan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan adalah
mengaplikasikan “Instruction Windmill” pada mata pelajaran lain untuk mewujudkan pembelajaran
yang kondusif.

Kata Kunci: “Instruction Windmill”, pemahaman, arahan, segera, aktiviti Pendidikan Jasmani

ABSTRACT

The purpose of this action research is increases students understanding towards teacher’s
instruction during physical education activities.” This action research was conducted to increase
students understanding towards instruction delivered during teaching and learning of Physical
Education. The problem of not understand teacher’s instruction and fail to execute teacher’s
instruction quickly happened frequently during teaching and learning of Physical Education for Year
4 students. This action research was conducted on 19 students from Year 4 using the innovation
“Instruction Windmill” to increase students understanding towards instruction delivered. Data were
collected through structured observation, questionnaire, and a semi-structured interview. The
analysed data has shown that all of the students had positive changes after the use of “Instruction
Windmill” and said that they can understand teacher’s instruction clearly after “Instruction Windmill”
was used. The researcher found that “Instruction Windmill” was able to utilize teacher teaching
practices as well as to facilitate the teaching and learning process of Physical Education. However,
the proposed follow-up action is to apply “Instruction Windmill” to other subjects to create conducive
learning.

Keywords: “Instruction Windmill”, understanding, instruction, quickly, activity of Physical Education

1
PENGENALAN
Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran yang penting dalam kurikulum
pendidikan formal sistem pendidikan di Malaysia. Wee Eng Hoe (2010) menyatakan
bahawa Pendidikan Jasmani memberi ruang kepada murid-murid untuk mencuba dan
mengalami sendiri semua pengalaman aktiviti fizikal yang dijalaninya. Untuk menjamin
pencapaian hasil pembelajaran sesebuah pengajaran, pemahaman murid terhadap
arahan guru tidak dapat diabaikan. Menurut Maissner (1983), kefahaman murid terhadap
pengajaran berkaitan merupakan kunci kejayaan untuk mencapai hasil pembelajaran.
Masalah mula dikesan semasa pengkaji menjalankan praktikum fasa satu, dua
dan tiga di mana pengkaji mendapati murid tidak dapat melakukan arahan yang diberi
dengan segera, kebanyakan mereka lebih terikut-ikut dengan golongan dominan yang
lebih aktif atau hanya berdiam sahaja. Murid kerap salah faham terhadap arahan pengkaji.
Tinjauan masalah telah dilakukan oleh pengkaji melalui triangulasi daripada tiga jenis
instrumen iaitu pemerhatian, soal selidik dan temu bual separa struktur. Melalui hasil
pengumpulan data awal, pengkaji mendapati sesetengah murid tidak melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani dan mereka hanya berdiri di tepi
gelanggang. Pengkaji juga mendapati murid mudah berasa bosan sekiranya perlakuan
mereka kerap kali diperbetulkan oleh pengkaji. Pertumbuhan dan perkembangan murid
yang tidak mantap menyebabkan mereka tidak mendapat gambaran awal terhadap
arahan yang disampaikan.
Menurut Saidatul Nornis (2011), komunikasi sentiasa memainkan peranan penting
dalam kehidupan manusia dan penguasaannya akan mempengaruhi keberkesanan
kehidupan manusia. Arahan merupakan sebahagian daripada komunikasi lisan yang
banyak berlaku di dalam kelas sebagai mana dinyatakan Munsyi Mohar (2009) bahawa,
antara komunikasi lisan yang digunakan guru adalah arahan. Penyampaian arahan yang
berkesan penting bagi menjamin keberkesanan PdP. Hal ini demikian kerana pengkaji
mendapati bahawa apabila murid tidak memahami arahan diberi dan gagal untuk
melakukan arahan dengan segera, ia mengganggu kelancaran aktiviti Pendidikan
Jasmani dan menjejaskan pencapaian hasil pembelajaran. Apabila murid gagal untuk
memahami arahan guru, murid-murid tidak bermotivasi melakukan aktiviti dan suasana
kelas juga menjadi tidak kondusif. Kelancaran PdP juga dijejaskan apabila murid-murid
tidak memahami arahan pengkaji dan pengkaji terpaksa menerang semula. Oleh itu,
“Instruction Windmill” mempunyai bentuk yang menarik dan tunjuk arahan yang jelas
diharapkan dapat mengatasi masalah yang dihadapi seperti yang dinyatakan di atas
supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.

FOKUS KAJIAN
Fokus kajian yang ingin pengkaji ketengahkan ialah meningkatkan pemahaman murid
terhadap arahan guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani
dijalankan. Berdasarkan pengalaman mengajar dan pemerhatian yang berterusan,
pengkaji menyenaraikan beberapa masalah yang dihadapi semasa pembelajaran dan
pengajaran dijalankan. Antara masalah yang dihadapi adalah:
i. Sebahagian murid tidak memahami arahan guru semasa aktiviti Pendidikan
Jasmani dijalankan.
ii. Murid tidak memberi maklum balas terhadap arahan pengkaji dengan segera.
iii. Pengkaji terpaksa mengulang arahan beberapa kali dan menyebabkan aktiviti
pengajaran gagal untuk berjalan seperti apa yang dirancang.
iv. Sebahagian murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani secara
aktif dari awal hingga akhir pembelajaran dan pengajaran.
v. Murid gagal untuk melakukan arahan yang disampaikan dengan tepat.

2
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan alat bantu
mengajar iaitu “Instruction Windmill” dapat meningkatkan pemahaman murid-murid
terhadap arahan guru semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani
dijalankan.

Objektif Khusus
i. Murid-murid dapat memahami arahan guru semasa aktiviti Pendidikan Jasmani
dijalankan.
ii. Murid-murid dapat memberi maklum balas terhadap arahan guru dengan segera
semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan.
iii. Murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancang.

Persoalan Kajian
i. Adakah penggunaan “Instruction Windmill” dapat membantu murid-murid memahami
arahan guru semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani
dijalankan?
ii. Adakah penggunaan “Instruction Windmill” dapat membantu murid-murid memberi
maklum balas terhadap arahan pengkaji dengan segera?
iii. Adakah penggunaan “Instruction Windmill” dapat membantu meningkatkan
penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti yang dirancang?

PESERTA KAJIAN
Peserta kajian dipilih dalam kajian ini adalah 19 orang murid tahun 4 dari Sekolah daerah
Kangar termasuklah 18 orang murid berbangsa Melayu (Islam) dan seorang berbangsa
India (Hindu). Dalam kelas ini terdapat 13 orang murid lelaki dan enam orang murid
perempuan. Semua murid yang dipilih dalam kajian tersebut tidak mempunyai sebarang
penyakit seperti sakit jantung, asma, kencing manis atau darah tinggi. Dengan ini,
pengkaji boleh melaksanakan pelbagai jenis aktiviti pendidikan jasmani kepada murid-
murid dan semua murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang.
Kebanyakan murid yang berada di dalam kelas ini yang lemah dan kurang menguasai
kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul. Pengkaji tidak mempunyai
masalah dalam bahasa berkomunikasi kerana mereka dapat memahami bahasa sesama
lain.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah merekabentuk alat bantu mengajar untuk
memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mat Nor Hussain & Ab,
Rahman (1988), penggunaan alat bantu mengajar yang menarik dalam proses PdP boleh
menimbulkan rangsangan dan rasa ingin belajar dalam kalangan murid. Menurut Musa
Mahidi (2011), alat bantu mengajar terutamanya bahan-bahan yang melibatkan pelbagai
pancaindera seperti bahan-bahan yang menggunakan warna dan bentuk yang menarik
dan juga bahan-bahan yang dapat didengar dan dirasai digalakkan untuk digunakan oleh
guru dalam PdP. Oleh itu, pengkaji telah menggabungkan unsur visual dalam alat bantu
mengajar. Menurut Rashidi Azizan & Abdul Razak, 1996 seperti dalam petikan Intan
Safinas, Ariff Albakri, Fazilah Idris, Maznah Ibrahium & Alawiah Ibrahim (2001),
penerangan dan penjelasan pengkaji akan menjadi mudah apabila pengkaji dibantu oleh
pelbagai bahan dan peralatan yang mampu menterjemahkan maksud yang jelas
berhubung dengan penerangan pengkaji. Pembelajaran visual yang menarik dapat
mempercepatkan daya serap murid dalam memahami pelajaran yang disampaikan.

3
Dengan ini, murid dapat berinteraksi dengan visual memastikan terjadinya proses
maklumat.
Pengkaji menghasilkan “Instruction Windmill” yang menerapkan unsur-unsur
visual dalam alat bantu mengajar supaya memberi gambaran yang jelas kepada murid
tentang arahan guru, perlakuan yang dibenarkan atau tidak dan posisi kedudukan semasa
aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan.

Jadual 1.
Langkah-langkah pelaksanaan kajian
Bil Langkah-langkah pelaksanaan kajian
1. Pengkaji menyediakan gambar arahan dan melekatkan gambar arahan di atas
papan.
2. Pengkaji mengumpulkan murid di padang. Pengkaji menjelaskan maksud setiap
gambar arahan kepada setiap murid dan memastikan setiap murid memahami
maksud gambar arahan dan dapat melakukan arahan yang diberi dengan segara.
3. Pengkaji menjelaskan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid:
a. Murid dikehendaki mematuhi peraturan permainan ketika melaksanakan
aktiviti.
b. Murid dikehendaki melakukan arahan yang diberi dengan segera.
c. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, murid perlu mengangkat tangan
terlebih dahulu sebelum bertanya.
d. Murid harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru sewaktu
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
4. Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
5. Pengkaji memberi penerangan dan memberi arahan dengan bantuan “Instruction
Windmill”.
6. Pengkaji menukar arahan dengan memusing roda arahan dan sambil memberi
penerangan.
7. Murid-murid dikehendaki melakukan arahan dengan segera.
8. Pengkaji melakukan pemerhatian bagi memerhati tingkah laku murid ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Jadual 1 menjelaskan langkah pelaksanaan kajian dari awal hingga akhir PdP.

Pemerhatian Berstruktur
Pengkaji menggunakan senarai semak yang terancang dan sistematik. Pemerhatian
dijalankan berkenaan penglibatan murid semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani
dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif sebelum dan selepas menggunakan “Instruction
Windmill”. Rakaman video digunakan untuk dijadikan bukti serta sebagai sandaran
sekiranya tertinggal maklumat. Semua data mentah pemerhatian dikumpul dan dianalisis,
kemudian mempersembahkan hasil yang diperolehi sebelum dan selepas tindakan untuk
melihat perubahan.

Soal Selidik Soalan Tertutup


Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), soal selidik merupakan sejenis
temu bual berstruktur yang dijalankan secara bertulis. Item soalan disusun secara
sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran tertentu yang mengandungi soalan-
soalan yang digubal khas untuk mengumpul data kajian. Jadi, jenis instrumen ini setaraf
dengan tahap kemampuan peserta kajian. Semua borang soal selidik dikumpul, dianalisis

4
dan dirumuskan dalam bentuk graf dan jadual untuk melihat perubahan dan memudahkan
penjelasan hasil dapatan.

Temu Bual Separa Struktur


Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), temu bual merupakan satu teknik
yang amat berkesan untuk meninjau persepsi seseorang, termasuklah pemikiran, sikap,
nilai dan pendapatnya. Pengkaji menyoal murid mengikut set soalan yang telah
disediakan. Soalan lain yang timbul semasa sesi temu bual direkodkan dan dikumpulkan
sebagai data daripada murid. Semua data mentah ditapis dan memilih fakta yang penting.
Kemudian, mengumpul, menganalisis data dan mempersembahkan hasil yang diperolehi
sebelum dan selepas tindakan untuk melihat perubahan.

Semakan Data
Menurut Lisah Chong Vui Fah (2011) bahawa triangulasi merupakan salah satu kaedah
yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif. Triangulasi
turut mengukuhkan kesahan data kuantitatif dalam penyelidikan tindakan. Pengkaji
melakukan tiga teknik triangulasi iaitu triangulasi kaedah, masa dan sumber dalam kajian
tindakan ini. Dalam triangulasi kaedah, pengkaji membuat perbandingan antara sumber
data yang dikumpul iaitu pemerhatian berstruktur, soal selidik soalan tertutup dan juga
temu bual separa struktur. Rakaman video juga digunakan sebagai bahan sandaran.
Kedua, kaedah triangulasi masa, pengkaji menggunakan masa sebulan untuk
menjalankan proses penyelidikan tindakan. Ketiga, pengkaji menggunakan triangulasi
sumber iaitu mendapatkan maklumat, pandangan kritikal, maklum balas dan data-data
melalui pandangan pelajar, guru dan pihak sekolah.

DAPATAN KAJIAN
Jadual 2.
Data Pemerhatian Sebelum Dan Selepas Menggunakan “Instruction Windmill”
Bilangan ‘Ya’ (%)
Bil Aspek Item
Sebelum Selepas
Murid memahami arahan yang diberi 42 95
1. Pemahaman
Arahan Murid dapat melakukan arahan
26 95
dengan betul
Murid melakukan arahan dengan
Maklum balas 26 100
segera
2. terhadap
Murid mengetahui posisi sendiri
arahan yang
semasa aktiviti Pendidikan Jasmani 37 84
diberi
dijalankan
Murid dapat mengikut arahan yang
47 100
Penglibatan diberi.
3.
Diri Murid tidak sabar untuk menjalankan
63 95
aktiviti Pendidikan Jasmani.

Item 1 menunjukkan 42 peratus sebelum menggunakan dan mengalami perubahan


kepada 95 peratus murid selepas menggunakan . Item 2 menunjukkan perubahan peratus
dari 26 peratus kepada 95 peratus. Item 3 mengalami perubahan dari 26 peratus kepada
100 peratus. Item 4 mengalami perubahan yang agak ketara dari 37 peratus kepada 84
peratus. Item 5 mengalami perubahan dari 47 peratus kepada 100 peratus. Item 6
mengalami perubahan yang paling ketara dari 63 peratus kepada 95 peratus.
Jadual 3.

5
Data Soal Selidik Sebelum Dan Selepas Menggunakan “Instruction Windmill”
Bilangan ‘Ya’ (%)
Bil Aspek Item
Sebelum Selepas
Saya boleh memahami arahan yang
37 100
Pemahaman diberi oleh cikgu.
1.
arahan Saya tahu apa yang sepatut saya
32 84
buat semasa permainan.
Saya dapat melakukan arahan guru
Maklum balas 37 100
dengan cepat.
2. terhadap arahan
Saya dapat berdiri di posisi yang
yang diberi 37 84
betul.
Saya ingin mencuba aktiviti
47 95
Pendidikan Jasmani yang dirancang
3. Penglibatan Diri
Saya boleh memahami arahan yang
42 100
diberi oleh cikgu.

Item 1 menunjukkan perubahan sedikit dari 37 peratus hingga 100 peratus. Item
2 mencapai 32 peratus dan berubah kepada 84 peratus. Item 3 berubah dari 37 peratus
kepada 100 peratus. Item 4 berubah dari 37 peratus kepada 84 peratus. Item 5 berubah
dari 47 peratus murid kepada 95 peratus murid. Item 6 menunjukkan perubahan iaitu dari
42 peratus kepada 100 peratus.

Jadual 4.
Data Temu Bual Sebelum Dan Selepas Penggunaan “Instruction Windmill”
Bil Aspek Item Bilangan ‘Ya’ (%)
Sebelum Selepas
Adakah kamu memahami
Pemahaman
1. penerangan guru tentang 32 95
arahan
permainan kecil?
Maklum balas Adakah kamu dapat melakukan
2. terhadap arahan arahan yang diberi dengan 37 100
yang diberi segera?
Adakah kamu melibatkan diri
3. Penglibatan Diri 47 89
dalam aktiviti yang dirancangkan?

Item 1 berubah sedikit dari 32 peratus kepada 95 peratus. Item 2 menunjukkan


perubahan dari 37 peratus hingga 100 peratus. Item 3 mencapai perubahan paling ketara
dari 37 peratus kepada 89 peratus.

REFLEKSI
“Instruction Windmill” dapat mengatasi kekangan masalah yang dihadapi oleh
pengkaji dan mencapai objektif kajian yang dihasratkan. Penyataan ini disokong dengan
data-data yang dikumpul sepanjang kajian dilakukan. Semasa pengkaji menganalisis
data-data dari segi psikomotor, pengkaji mendapati murid dapat memahami arahan guru
dengan jelas dan melakukannya dengan segera. Majoriti murid menunjukkan perubahan
yang positif berdasarkan jadual yang telah dihasilkan. Tambahan pula, murid juga lebih
berminat terhadap arahan pengkaji apabila pengkaji menyampaikan arahan dengan
menggunakan “Instruction Windmill”. Dapatan ini disokong oleh kajian Lee Chiong Wee

6
(2012). Ini menunjukkan bahawa “Instruction Windmill” yang digunakan oleh pengkaji
memberi kesan yang positif kepada murid sepanjang menjalankan aktiviti Pendidikan
Jasmani. Berdasarkan dapatan kajian pemerhatian, seramai 18 orang murid iaitu 95
peratus murid yang melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani, mereka tidak lagi berdiri di
tepi padang atau menjadi ‘penonton’ kepada rakan mereka. “Instruction Windmill” berjaya
untuk memberi impak yang positif dan dapat membantu memperbaiki amalan pengkaji
iaitu mengatasi masalah murid yang tidak dapat memahami arahan guru dan gagal
melakukannya dengan segera.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan sekiranya
kajian seumpama ini ingin dijalankan pada masa akan datang. Pertama, kajian ini hanya
terhad kepada murid Tahun Empat dan kajian tersebut tidak boleh dianggap berkesan
kepada kumpulan lain. Oleh itu, diharapkan boleh dilanjutkan kepada murid tahap satu
atau tahap dua supaya mereka boleh memanfaatkan “Instruction Windmill” ini. “Instruction
Windmill” juga boleh diubahsuai dengan menambah roda di bawahnya untuk
memudahkan guru membawa “Instruction Windmill” ke mana-mana tempat tanpa mengira
di padang ataupun dalam kelas. Selain itu, pengkaji boleh menerapkan unsur muzik dalam
penggunaan “Instruction Windmill”. Contohnya menggantikan bunyi wisel dengan lagu
kanak-kanak supaya murid lebih memberi perhatian kepada arahan guru. “Instruction
Windmill” ini juga sesuai digunakan secara menyeluruh pada mata pelajaran lain seperti
matematik. Contohnya, mengubah gambar arahan kepada huruf “+”, “-”, “x” dan “÷”.
Dengan ini, murid akan lebih berminat terhadap operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
di samping dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.

RUJUKAN
Chow, F. M. & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan: konsep dan amalan dalam
pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Intan Safinas, Ariff Albakri, Fazilah Idris, Maznah Ibrahium & Alawiah Ibrahim. (2001).
Kaedah pengajaran berkesan: Antara keperluan pelajar dan realiti pengajaran
pengajian jarak jauh. Jurnal Pengajian Umum Bil 2, 81-95.
Maissner, Harttwig. (1983). How To Proke Relational Understanding. Proc of the seventh
Int. Conference For The Psychology of mathematical education. Israel. m.s. 76-81.
Mat Nor Hussin & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1988). Alat bantu mengajar dalam
pengajaran bahasa: siri pendidikan. Kuala Lumpur: Longman.
Musa Mahidi. (2011, Mei). Pembangunan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta
minda bertajuk "The reactivity series of metals and its applications" untuk kimia
tingkatan lima. Fakulti Pendidikan, 1-98.
Lee, C. W. (2012). Pembelajaran visual dalam usaha meningkatkan tahap kefahaman
murid prasekolah. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah
Ambilan Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 85-97.
Lisah Chong V. F. (2011). Penelitian teknik menyemak data dalam pelaksanaan
penyelidikan tindakan. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 5, 36-45.
Saidatul Nornis Haji Mahali. (2007). Unsur Bahasa dalam Budaya. Kota Kinabalu:
Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Wee, E. H. (2010). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.

You might also like