You are on page 1of 5

MOD PENGANGKUTAN

Mod pengangkutan adalah jenis kenderaan atau medium yang digunakan untuk
bergerak antara satu lokasi dengan satu lokasi yang lain. Jadi mod pengangkutan tidak
semestinya kenderaan tetapi apa-apa juga medium yang untuk bergerak seperti paip,
eskelator dan lif.

Secara amnya, mod pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu mod
pengangkutan darat, mod pengangkutan air dan mod pengangkutan udara. Selain cara
pengkelas tadi beberapa kaedah pengkelasan lain juga boleh digunakan

A. Kaedah pengkelasan Mod Pengangkutan

i. Ciri Kenderaan

- Ciri fizikal kenderaan tersebut


- Kelajuan – kepantasan perjalanan untuk sampai ke satu-satu destinasi.
Keretapi – keretapi laju, keretapi biasa dan sebagainya.
- Keselamatan – agak subjektif bergantung kepada individu
- Penggunaan bahan baker – petrol, diesel, minyak jet, bio-diesel, hybrid
dan sebagainya.

ii. Laluan

- Sama ada mod pengangkutan itu memerlukan landasan atau laluan


tertentu dan tidak memerlukan laluan khusus.
- Mod pengangkutan berasaskan rel seperti keretapi, LRT, MRT,
memerlukan laluan tertentu (landasan keretapi). Tetapi bagi bas, kereta
dan pengangkutan jalan raya lain tidak memerlukan laluan yang khusus.
Laluan boleh berkongsi dengan mod pengangkutan yang lain.
- Walaupun pengangkutan air dan pengangkutan udara tidak mempunyai
laluan yang khusus tetapi ada pihak yang mengawal dan menyelia segala
pergerakannya untuk mengelak dari berlakunya kemalangan. Ada
peraturan yang standart yang perlu diikuti oleh penyedia kemudahan
pengangkutan ini.

iii. Terminal/Perhentian

Terminal adalah tempat mengambil dan menurunkan penumpang. Setiap


jenis mod pengangkutan mempunyai terminalnya sendiri, bagi pengangkutan
air ia memerlukan jeti atau pelabuhan, pengangkutan udara memerlukan
lapangan terbang dan menggunakan landasan untuk berlepas dan mendarat.

Pengangkutan berasaskan rel juga mempunyai terminal sendiri iaitu setesen


keretapi atau stesen LRT dan sebagainya. Bagi pengangkutan jalan raya,
bas awam memerlukan terminal untuk mengambil dan menurunkan
penumpang (stesen atau perhentian bas). Bagi teksi dan pengangkutan
persendirian terminal yang khusus tidak diperlukan untuk mengambil dan
menurunkan penumpang
iv. Operasi/Perkhidmatan

Operasi atau perkhidmatan merujuk kepada jenis operasi dan perkhidmatan


yang diberikan. Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diberikan dan
ini akan menentukan kadar tambang yang perlu di bayar.

v. Ciri-ciri Lain

- Kos operasi

Ada mod yang murah untuk beroperasi dan ada yang mahal. Contohnya
kereta lebih murah untuk beroperasi berbanding helicopter.

- Keperluan pekerja
Ada mod yang memerlukan ramai pekerja seperti kapal terbang dan ada
juga yang boleh beroperasi secara persendirian seperti kereta dan
motosikal.

B. Klasifikasi/Pengkelasan Mod Pengangkutan

C. Kawasan Perkhidmatan

Di mana perkhidmatan pengangkutan itu ditawarkan?


Perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan adalah berbeza mengikut
kesesuaian mod pengangkutan itu.

i. Tempatan (Local)

Hanya melibatkan kawasan yang kecil sahaja melibatkan pejalan kaki dan
bas. Contohnya perkhidmatan bas dalam kampus dan shuttle bas (bas
pengantara.

ii. Dalam-Bandar (Intra City)

Melibatkan perkhidmatan di dalam kawasan sesebuah bandar dan kawasan


persekitaran. Contohnya RapidKL dan RapidPenang yang menyediakan
perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

iii. Dalam-Wilayah (Intra Region)

Perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan di dalam sesebuah wilayah


seperti Wilayah Lembah Klang (Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Gombak,
Hulu Langat) . Contohnya perkhidmatan bas dan komuter.
iv. Antara-Wilayah (Inter Region) atau Antara Bandar (Inter City)

Melibatkan perkhidmatan jarak jauh antara wilayah di dalam sesebuah


negara. Contohnya perkhidmatan bas ekspres,keretapi yang memberi
perkhidmatan jarak jauh antara wilayah tengah, utara, timur dan selatan
Semenanjung Malaysia. Melibatkan perkhidmatan antara Kuala Lumpur
dengan bandar ibu negeri lain.

v. Antara Benua

Melibatkan jarak yang lebih jauh melangkawi sempadan sesebuah negara


atau benua. Contoh pengangkutan kapal terbang dan kapal laut (MAS, Air
Asia).

Kepelbagaian Mod Pengangkutan di Tempat Berbeza.

Bagi setiap kawasan, mod pengangkutan darat yang digunakan adalah


berbeza antara satu sama lain. Namun begitu secara amnya kita boleh lihat
satu corak yang hampir sama berdasarkan kawasan dan tahap ekonomi
sesebuah negara.

Pengangkutan berasaskan rel seperti tram, LRT, Monorel dan sebagainya


popular di Eropah dan negara yang mempunyai tahap ekonomi yang
meningkat seperti Singapura dan Malaysia. Di kebanyakkan bandar-bandar
di negara mundur dan negara sedang membangun, mod paratransit sangat
popular. Mod paratransit ini berbeza antara satu kawasan atau negara
dengan kawasan lain seperti beca (di banyak bandar di Malaysia dan
Indonesia), tut-tut (Thailand), jipney (Manila), kereta kuda (Jokjakarta) jeep
(India dan Bangladesh). Bagi mod pengangkutan lain seperti, kereta,
motosikal serta teksi dan bas penggunaannya adalah meluas di semua
kawasan di seluruh dunia.

Hubungan antara mod pengangkutan dengan bilangan penduduk (saiz


bandar) dan proposi membuat trip perjalanan.

- Penggunaan basikal (0.2 %) di negara yang mempunyai saiz penduduk


yang kecil (bandar kecil) dan semakin besar bandaraya semakin kurang
penggunaan basikal kerana jarak perjalanan semakin jauh dan tiada
ruang untuk basikal.
- Bas akan meningkat trip perjalanan sehinggalah penduduk bertambah
kepada 1 juta dan menurun selepas itu kerana faktor jarak yang jauh dan
kesesakan dan digantikan dengan pengangkutan rel.
- Bagi kereta peratusan akan berkurangan apabila saiz bandar semakin
besar disebabkan masalah kesesakan.
PISAHAN MOD (MODAL SPLIT)

Pisahan mod bermaksud pembahagian mod pengangkutan yang digunakan


di sesebuah kawasan atau bandar. Contohnya bagi Kuala Lumpur, pisahan
mod untuk perjalanan ke tempat kerja mungkin boleh dibahagiakan mengikut
pecahan (10% untuk rel, 15 % bas, 50 % kereta dan 25 % motosikal).

Setiap bandar mempunyai pisahan modnya sendiri dan secara mudah


pisahan mod dibahagikan kepada dua iaitu mod pengangkutan awam dan
mod pengangkutan persendirian. Di Kuala Lumpur jika kita lihat angka di
atas pisahan mod antara pengangkutan awam dan persendirian adalah
25:75.

Nisbah penggunaan pengangkutan persendirian yang tinggi berbanding


awam telah menyebabkan berlakunya masalah kesesakan lalu lintas dan
masalah lain seperti kemalangan dan alam sekitar. Pengangkutan
persendirian sangat popular kerana masalah dan kekurangan pengangkutan
awam itu sendiri.

Perjalanan menggunakan pengangkutan awam biasanya lebih lama


berbanding pengangkutan persendirian. Ini kerana sifat pengangkutan awam
itu kecuali teksi yang terpaksa berhenti di terminal untuk mengambil dan
menurunkan penumpang. Ini menyebabkan berlaku lengahan dalam masa
perjalanan.

Dari aspek kos pula, kos menggunakan pengangkutan awam nampak


(kerana bayar tambang) tetapi bagi pengangkutan persendirian tidak
nampak. Ini memberi gambaran pengangkutan pwesendirian (kereta),
kelihatan lebih murah berbanding pengangkutan awam.

Pengangkutan awam seringkali diberi imej negatif seperti sesak, lewat, tiada
kelas dan sebagainya berbanding imej positif bagi pengangkutan
persendirian seperti sejuk, laju dan kelas tinggi. Imej inilah yang telah
membentuk persepsi terhadap satu-satu mod pengangkutan.

Kelebihan Pengangkutan Persendirian berbanding Awam

Pengangkutan awam mempunyai 2 kelebihan utama iaitu i) kebebasan di


dalam penggunaan dan perjalanan dari pintu ke pintu serta ii) kebebasa dari
aspek tidak perlu mengikut satu laluan dan jadual perkhidmatan tertentu.
Tiada laluan alternatf bagi bas jika berlaku kesesakan kerana perlu mengikut
laluan yang telah ditetapkan.

Sebab menggunakan pengangkutan persendirian

i. Lebih cepat sampai ke destinasi


ii. Lebih murah (kos perjalanan) terutamanya jika berkongsi untuk satu
perjalanan.
iii. Boleh memilih mana-mana destinasi dan tidak terhad dari segi laluan.
iv. Tidak terikat kepada jadual perjalanan.
v. Boleh mengangkut barang
vi. Senang jika ada penumpang kanak-kanak dan orang tua.

Faktor Psikologi

i. Kegemaran untuk memandu dan kelajuan


ii. Status atau kemegahan
iii. Mekanisme Rasional.
iv. Faktor Keselamatan
v. Sebagai satu cara hidup.

You might also like