You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Sains Bilangan 1/2018

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan


600H, Jalan Lembah Permai, 11200 Tangjung Bungah, Pulau Pinang.

Tarikh : 4 Januari 2018


Hari : Khamis
Jam : 2.30 petang
Tempat : Makmal Sains 1

Kehadiran :
1. Encik Tan Eng Hong (Guru Kanan Sains)
2. Puan Nor Azimah bt Zubit (Ketua Panitia Sains)
3. Cik Choo Li Suan (Guru Cemerlang Sains)
4. Cik Marena bt Mat Saad
5. Encik Mohd Asrul Sani B Othman
6. Encik Mohd Haidar b Mohd Noor
7. Encik Mohd Khairi b Mohd Khalil

1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat


1.1. Pn. Azimah mengalu-alukan kehadiran semua guru sains ke mesyuarat kali pertama panitia
sains untuk tahun 2018. (Makluman semua)

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


2.1. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu dicadangkan oleh Cik Choo dan disokong oleh En.
Haidar. (Makluman semua)

3. Perkara Berbangkit
3.1. Perkara 9.2, Pn. Azimah mengucapkan terima kasih kepada En. Haidar dan En. Mohd Khairi
kerana berjaya membersihkan dan mengemaskan bilik persediaan. Pn. Azimah juga
mencadangkan pembelian almari yang baharu kerana keadaan almari lama yang terlalu
uzur. (Makluman semua)
3.2. Perkara 9.6, Pn. Rafizan(SU Peperiksaan SPM) mengingatkan guru panitia sains agar
menyiapkan sijil PEKA sains untuk diberikan bersama slip keputusan SPM 2017. (Tindakan
guru tingkatan 5 2017)

4. Post Mortem PT3


4.1. Pn. Azimah menyampaikan beberapa perkara yang dibincangkan didalam mesyuarat JKS
baru-baru ini iaitu nilai GMP sains PT3 menurun dari 5.71 menjadi 6.00 dan tiada calon PT3
tahun 2017 yang lulus. 0/30 calon yang lulus subjek sains berbanding 2/27 calon lulus pada
tahun sebelumnya menyebabkan kemerosotan nilai GMP dan juga penurunan peratus lulus.
(Makluman semua)
4.2. Dalam mesyuarat JKS juga disebut beberapa calon yang menjadi harapan untuk lulus subjek
sains tahun 2018 iaitu Mohd Syahmi, Nabilah Huda dan Adelia dari tingkatan 3A.
(Makluman semua)
4.3. Pn. Azimah mencadangkan tiga orang calon ini perlu diberi perhatian penuh untuk lulus
dengan mengadakan latihan setiap hari selepas waktu sekolah bagi membantu mereka.
(Makluman dan tindakan guru sains tingkatan 3)
4.4. Pn. Azimah juga mencadangkan kelas 3A akan diajar oleh En. Asrul memandangkan En. Asrul
sudah mengajar mereka sejak dari tingkatan 2A tahuin lepas. Jadi akan ada perubahan
jadual waktu selepas ini. (Makluman semua)
5. Jadual Waktu 2018
5.1. Setakat ini, semua guru panitia sains perlu mengikut agihan jadual waktu yang telah
disediakan untuk tahun 2018 iaitu:
Tingkatan Bilangan kelas Guru sains 2018
1 3 1A (En. Asrul)
1BC (En. Eng hong)
2 3 2AB (Cik Marena)
2C (En. Eng Hong)
3 4 3AC (Cik Marena)
3BD (En. Asrul)
4 2 4A (Cik Choo)
4B (Pn. Azimah)
5 2 5AB (Pn. Azimah)

5.2. Pn. Azimah memberitahu akan ada rombakan jadual waktu selepas ini. (Makluman semua)

6. Penilaian dan Pentaksiran


6.1. Pn. Azimah memberitahu prestasi peperiksaan akhir tahun 2017 menunjukkkan
kemerosotan dari segi nilai GMP dan juga peratus lulus untuk semua tingkatan. Ini
menyebabkan semua guru harus mengadakan post mortem bagi setiap kali peperikasaan.
(Makluman dan tindakan semua guru)
6.2. Pn. Azimah mengingatkan semua guru agar menyediakan soalan peperiksaan pertengahan
tahun (PPT) dan juga peperiksaan akhir tahun (PAT) mengikut format sebenar SPM dan PT3.
(Makluman dan tindakan semua guru)
6.3. Pn. Azimah memberitahu pentaksiran berasaskan sekolah diteruskan seperti biasa, PEKA
sains untuk menegah atas (tingkatan 5) dan pentaksiran KSSM untuk menegah bawah
(tingakatn 1dan 2). (Makluman dan tindakan semua guru)

7. Program Peningkatan Prestasi


7.1. Saintis muda
7.1.1.Program saintis muda ini merupakan program dibawah kendalian guru cemerlang sains
akan diadakan pada 9 Januari 2018 sehingga 26 Januari 2018.
7.1.2.Cik Choo mencadangkan tajuk iaitu Mikroskop (Minggu 1), Fotosintesis (Minggu 2) dan
Asid alkali (Minggu 3).
7.1.3.Jadual pembahagian tugas dan modus operandi aktiviti ini akan disedikan oleh Cik
Choo sementara guru-guru perlu mengenalpasti guru muda untuk menyampaikan tajuk
tersebut.
7.1.4.Bahan dan rujukan murid akan ditampalkan di papan kenyataan makmal sains.
7.1.5.Jawapan penilaian murid hendaklah disemak oleh guru kelas sains pada hari Jumaat
minggu terakhir aktiviti. (Makluman dan tindakan semua guru)
7.2. ‘Team teaching’ sains
7.2.1.Pn. Azimah memaklumkan ‘team teaching’ sains akan diadakan pada 26 Februari 2018
sehingga 28 Februari 2018.
7.2.2.Cik Choo selaku guru cemerlang akan membantu guru yang akan mengajar kelas
tingkatan 3 iaitu 3A,B,C dan D. (Makluman dan tindakan GC, guru sains tingkatan 3)
7.3. Minggu sains
7.3.1.Minggu sains telah dirancang akan diadakan pada 13 Mac 2018 sehingga 16 Mac 2018.
(Makluman semua guru)
7.4. Lawatan sains
7.4.1.Lawatan yang dirancangkan merupakan lawatan sehari dan memfokuskan kepada
murid tingkatan 1, 2 dan 3.
7.4.2.Lawatan ini dirancang akan diadakan pada 21 April 2018. (Makluman semua guru)
7.5. ‘Learning walk’ sains
7.5.1.Aktiviti ini dijangka akan diadakan pada 17 Julai 2018. (Makluman semua guru)
7.6. Klinik PT3 sains
7.6.1.Klinik PT3 sains akan diadakan pada 13 September 2018.
7.6.2.Klinik ini diadakan untuk member pendedahan kepada murid mengenai soalan-soalan
Kemarian berfikir aras tinggi (KBAT) dan juga teknik menjawab soalan PT3. (Makluman
semua guru)
7.7. Klinik SPM sains
7.7.1.Klinik SPM sains akan diadakan pada 11 Oktober 2018 bertujuan memberi fokus
kepada calon-calon SPM 2018. (Makluman semua guru)

8. Hal-Hal Lain
8.1. Pn. Azimah mencadangkan 3 buah buku latihan untuk semua murid dan semua tingkatan
untuk subjek sains iaitu sains A(Latihan), Sains B(Latihan) dan Sains C (Amali). (Makluman
semua guru)
8.2. Pn. Azimah juga memaklumkan panitia sains mesti menetapkan jumlah minimum latihan
yang diberikan kepada murid hasil perbincangan dalam mesyuarat JKS. Jumlah minimum
yang ditetapkan adalah 1 latihan untuk setiap 1 subtopik yang diajar. (Makluman semua
guru)
8.3. Latihan di rumah semasa cuti sekolah adalah diwajibkan. (Makluman semua guru)
8.4. Buku kerja tambahan untuk murid-murid tingkatan 3 dan 5 masih dalam peringkat
pemerhatian dan pemilihan dari segi kesesuaian. (Makluman semua guru)
8.5. Bahan dan alat radas yang kurang/tidak mencukupi hendaklah dimaklumkan kepada
pembantu makmal untuk tujuan pembelian baharu. (Makluman semua guru)
8.6. Pn. Azimah meminta agar guru-guru bekerjasama menjaga taman sains, Pn. Azimah akan
menyediakan jadual seminggu seorang guru/staff menjaga keadaan taman sains.
(Makluman semua guru)
8.7. Terdapat kerosakan meja di makmal 2 dan perlu pembaikan segera. (Makluman semua
guru)
8.8. En. Haidar memaklumkan Pn. Siti selalu meminjam projektor kepunyaan makmal sains, pn.
Azimah memberitahu bahawa Pn. Siti sudah memaklumkan kepada beliau mengenai
peminjaman. (Makluman semua guru)
8.9. Set lengkap kunci makmal akan diberikan kepada Pn. Azimah selepas ini. (Makluman semua
guru)
8.10. En. Eng Hong mengucapkan selamat bertugas kepada guru lain sempena persaraan
beliau pada 19 Januari 2018. Beliau menasihatkan agar guru-guru member kerjasama yang
baik kepada pengganti beliau dan meneruskan usaha bagi membantu panitia sains
mencapai kejayaan yang diinginkan. (Makluman semua guru)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… ……………………………….
EN. MOHD ASRUL SANI BIN OTHMAN PN. NOR AZIMAH BT ZUBIT
(Ketua Panitia Sains)

You might also like