You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN RKT BERSIA

BIL 1/2017

Tarikh : 05 Jan 2017

Hari : Khamis

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Gerakan, SK RKT Bersia

Pengerusi : En Mohd Fauzi bin Abidin

(Guru Besar SK RKT Bersia)

Agenda Mesyuarat : Ucapan Pengerusi

: Penambahbaikan aktiviti ko-kurikulum

: Pengurusan fail unit ko-kurikulum

: Pengurusan papan kenyataan

: Pertandingan ko-Akademik/Sukan MSSK

: Hal-hal lain

Kehadiran : Seperti di lampiran


1. UCAPAN PENGERUSI- EN AHMAD FAUZI BIN ABIDIN
1.1 Memulakan ucapan dengan bacaan al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih
di atas kehadiran semua guru ke mesyuarat ko-kurikulum bil 1/2017
1.2 En Ahmad Fauzi mengucapkan tahniah kepada barisan guru yang telah melatih murid
dalam pertandingan sukan peringkat Zon pada tahun lepas dan mengharapkan kejayaan
yang lebih cemerlang pada tahun ini.
Tindakan: Makluman

2. PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI KO-KURIKULUM


2.1 Penolong kanan ko-kurikulum mengingatkan guru bahawa aktiviti kelab, persatuan dan
1M1S berjalan berdasarkan takwim yang telah dibentangkan pada awal tahun dan terdapat
sedikit perubahan berlaku dari pelaksanaan jadual iaitu perjumpaan persatuan dan kelab dari 1 jam
kepada 2 jam.
Tindakan: Makluman

2.2 Penolong Kanan Ko memberitahu bahawa perjumpaan aktiviti ko-kurikulum yang pertama
adalah pada 18 januari 2017 dan semua guru diwajibkan hadir.
Tindakan: Makluman

2.3 Penolong kanan juga memaklumkan bahawa berlaku sedikit penambahbaikan bagi
penyelaras PAJSK dan sukan sepak takraw iaitu dari cikgu Ismadi yang telah berpindah ke
SK RPS Banun kepada Cikgu Khairul Wahid.
Tindakan: En.Khairul Wahid

3. PENGURUSAN FAIL KO-KURIKULUM


3.1 Penolong Kanan Ko-Kurikulum memaklumkan bahawa pemantauan kokurikulum akan
dilakukan dan guru-guru penasihat kelab dan persatuan dikehendaki mengemaskini fail
mengikut tahun semasa seperti carta organisasi guru dan murid, minit mesyuarat, kehadiran
murid dan guru,perlembagaan persatuan bagi tahun 2017.
Tindakan: Semua Guru
4. PENGURUSAN PAPAN KENYATAAN

4.1 Penolong Kanan Ko-Kurikulum memaklumkan bahawa hasil pemerhatianya, papan


kenyataan tidak terurus dan meminta guru-guru penasihat dapat mengemaskini papan
kenyataan.
Tindakan: Semua Guru

4.2 Penolong Kanan Ko juga meminta setiap aktiviti mingguan berdasarkan takwim dan
meletakkan gambar-gambar aktiviti mingguan kelab dan persatuan di papan kenyataan dan
juga di dalam fail.
Tindakan: Semua Guru

5 PERTANDINGAN KO – AKADEMIK / SUKAN MSSK

5.1 Bagi pertandingan ko-akademik seperti bercerita bahasa melayu, penolong kanan meminta
panitia berkenaan berbincang dan menentukan guru yang menjadi jurulatih untuk tahun ini
dan memaklumkan kepada beliau supaya kecemerlangan pada tahun lepas dapat diteruskan
pada tahun ini.
Tindakan:Panitia Bahasa Melayu

5.2 Bagi pertandingan lain seperti pidato, bicara berirama, pantun, sahibba dan selainya, beliau
meminta agar guru menyenaraikan aktiviti yang ingin disertai dan memaklumkan kepada
beliau supaya persediaan rapi dapat dirancang.
Tindakan: Makluman

5.3 Bagi pertandingan sukan untuk MSSK, kecemerlangan sukan yang menjadi tradisi sekolah
seperti catur, sepak takraw, bola baling dan bola sepak akan disertai dan penolong kanan ko
mengharapkan agar guru lebih bersungguh-sungguh melatih murid agar pencapaian pada
tahun lepas dapat ditingkatkan.
Tindakan: Pengurus Dan Jurulatih Sukan
6. HAL-HAL LAIN
6.1 Ustazah Salwani mencadangkan agar penolong kanan ko membuat sedikit perubahan pada
papan kenyataan kerana papan kenyataan yang sedia ada mempunyai kesukaran untuk guru
mengemaskini papan kenyataan. Beliau mencadangkan agar papan kenyataan tersebut
diletakkan permukaan yang agak lembut supaya mudah ditekan dengan paku tekan dan tidak
mudah tercabut apabila dilekatkan.
Tindakan: Setiausaha Kokurikulum

6.2 Ustaz Marzuki meminta agar dilakukan sedikit pertambahan bagi segi bilangan murid
pengakap tahun 4 kerana jumlah yang ada sekarang terlalu sedikit terutama murid lelaki.
Tindakan: Setiausaha Kokurikulum

6.3 Cikgu Khairul Anuar meminta pengantian atau dibeli peralatan sukan yang baharu kerana
peralatan yang lama agak lusuh dan merencatkan aktiviti dan latihan sukan.
Tindakan: Panitia Pendidikan Jasmani

Mesyuarat Ko-Kurikulum bil 1/2017 ditangguhkan pada pukul 4 .00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… ……………………………………………..

(EN FAIZU BIN MUHAMMAD) (EN ZAILAN BIN AWANG)

Setiausaha Ko-Kurikulum Penolong Kanan Ko-kurikulum

SK RKT BERSIA SK RKT BERSIA

You might also like