You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU

Mengumumkan Ketibaan Guru – Guru SMK Tengku Budriah diiringi oleh


barisan badan pengawas SMK Tengku Budriah

Nyanyian lagu negaraku, laagu negeri perlis, Amin Amin dan Lagu Sekolah,
SMKTB Terus Maju

Bacaan Ikrar rukunegara

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillah…….

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Yang Berusaha Encik Nardin Bin Bakar Pengetua, SMK Tengku Budriah

Yang Berbahagia, Yang Mulia Datuk Tengku Aziz Bin Tengku Jaafar, YDP PIBG
SMK Tengku Budriah
Yang dihormati Puan Ng Lay Tuan, Penolong Kanan Petadbiran SMK Tengku
Budriah
Puan Norzila Binti Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Tengku
Budriah
Puan Sharifah Binti Mat, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Tengku Budriah
Barisan guru-guru kanan, guru-guru cemerlang, kaunselor, guru-guru dan
seterusnya rakan-rakan pelajar yang dihormati sekali

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran perhimpunan yang
mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2018 dengan tema
Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.
Untuk meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa
yang akan dilafazkan oleh Saudara Aiman Lutfi Bin Zakaria, dengan segala
hormatnya mempersilakan
(bacaan doa)
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi. Semoga
yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dipersilakan Puan Norzila Binti Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan perutusan sebentar tadi

Seterusnya dipersilakan Puan Ng Lay Tuan, Penolong Kanan Petadbiran SMK


Tengku Budriah untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.
Dipersilakan.
(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan perutusan itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan Saudara Mohd Faris Irfan Bin Ismail selaku Ketua Pengawas
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,


Seterusnya marilah kita sama – sama mendengar ucapan yang akan
disampaikan oleh YM Datuk Tengku Aziz Bin Tengku Jaafar mewakili
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKTB. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YM Datuk Tengku Aziz diatas
ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian

Seterusnya dipersilakan En. Nardin bin Bakar pengetua smk tengku budriah
untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Sambutan Hari
Guru SMK Tengku Budriah 2018
(ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Seterusnya marilah kita saksikan gimik pelancaran Sambutan Hari Guru SMK
Tengku Budriah 2018

Demikianlah gimik pelancaran itu tadi

Sidang dataran yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru untuk berdiri ke atas pentas bagi acara
melafazkan ikrar diketuai oleh encik wan mohd faisal azuan selaku pengerusi
badan kebajikan guru dan staf. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru – guru di atas
lafaz ikrar sebentar tadi.
Sidang dataran sekalian,

Sebagai tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia oleh barisan


pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan persembahan istimewa daripada badan pengawas


sekolah, dengan majlis menjemput barisan koir badan pengawas smktb untuk
mempersembahkan sebuah koir yang bertajuk …………………..

Demikianlah tadi persembahan daripada badan pengawas sekolah

Sidang hadirin sekalian,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya
daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala
kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak
kami dan kemaafan jua yang kami pinta.
Peranan guru amat bermakna kerana merekalah yang membantu melahirkan
warga Malaysia yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab serta berke-
upayaan mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang kepada
pembangunan negara

Hargai guru dengan menjanjikan kepada mereka untuk berjaya dalam bidang
pelajaran. Patuhi nasihat dan tunjuk ajar mereka. Kepuasan seorang guru
sudah tentu apabila mendengar perkhabaran anak-anak yang didiknya sudah
berjaya dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara bangsa.
Ingatlah, siapa pun kita hari ini, di belakang kita, permulaannya ada guru yang
mendidik dengan penuh sabar supaya kita pandai menulis, membaca dan
mengira. Terima kasih cikgu. Selamat Hari Guru!

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih

You might also like