You are on page 1of 16

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

HAMDAN BIN BASRAN


1. Nama Guru

2. Judul Petua Mendidik Anak Menjadi 3. Bidang: Motivasi


Insan Positif
Tarikh
4. 5. Masa:
Pembentangan
Tempat
6.
Pembentangan SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik
anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut
kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa
yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli
motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya
berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat
generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang.
Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan
anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif,
psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek
kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran
bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan
keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan
yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat
positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran
seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam
pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar,
membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan,
latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti
besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi,
potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak
menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan
sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-
anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan
positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia
sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat
menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa.
Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda.
Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa
kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada
hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk
melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak
adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan
akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu
kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan
pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan
moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik
anak-anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul
dan menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati
Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah
seperti menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa
yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan
bangku persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

HAMDAN BIN BASRAN


1. Nama Guru

2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: MOTIVASI


Tarikh
4. 5. Masa:
Pembentangan
Tempat
6.
Pembentangan SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada
dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri
manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan
menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur
seperti singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah
lembut sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang
musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap
daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari
makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti
yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah
Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam
itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati
sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat
terpuji, mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana
tenteram dan harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga
doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang
tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di
sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang
kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan
kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan
seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan
orang lain yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah,
segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah
bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di
khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan
dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji
dan mungkar”. (Al Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai
untuk mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas
guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak
karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan
provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya
permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu
mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan
yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu
adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-
nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

HAMDAN BIN BASRAN


1. Nama Guru
Berfikir Dalam Bilik Darjah
2. Judul 3. Bidang:PEDAGOGI
Tarikh
4. 5. Masa:
Pembentangan
Tempat
6. SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu
mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’,
“budak lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang
dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”,
tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku
sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan
kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang
mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik
darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan
divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong
kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik,
mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir
menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian.
Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para
guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana
kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah.
Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh
terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran
praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran
para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas.
Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
“ Saya mahu..
“Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan
kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar
minda seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai
untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam
dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat
membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu
mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara
mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari
kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah
dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

HAMDAN BIN BASRAN


1. Nama Guru

2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang:Kaunseling

Tarikh
4. 5. Masa:
Pembentangan
Tempat
6. SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu,
banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam
kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan
kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan
memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu
warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa
yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala
oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada
orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal
sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi
pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin
dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi,
tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya
dalam menangani disiplin pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar
menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak
melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan
didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat
tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan
sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti
ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut
tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar
itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan
pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai
dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan,
pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk
memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif
dan dekat dengan rakan mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai
untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan
dengan pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali
melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu,
kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan
berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya
tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul
pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang
bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan
nilai-nilai yang baik.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

HAMDAN BIN BASRAN


1. Nama Guru
Pengurusan Bimbingan &
3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul Kaunseling
PROFESIONAL
Tarikh
4. 5. Masa:
Pembentangan
Tempat
6. SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia
dan diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan
bagaimana menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori
dan Rekod.

Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar.
Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke
arah yang lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..
Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga
boleh mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung
jawab masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu dalam bidang
psikologi pendidikan
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan
pembelajaran para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan
pelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

HAMDAN BIN BASRAN


1. Nama Guru
3. Bidang: Pengetahuan
HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
2. Judul
Profesional

Tarikh
4. 5. Masa:
Pembentangan
Tempat
6.
Pembentangan SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM
7. Sinopsis
Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan dengan manusia
lain. Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulat iaiatu jika
perkaram yang tidak perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh
perkara-perkara kecil, jikma staff sakit, bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya
dan keadaa\n keluarganya kerana perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang
mendalam.
Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang
baik. Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.
Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati
semua nama orang yang dipimpinnya.
Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika
pekerja melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan
lebih bersedia menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan
mereka, jika tidak mereka terus melenting.
Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu
suasana yang indah dengansaling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda
terfikir apakah untungnya kita hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan
pelbagai masalah dari hari ke hari? Tetapi sifat pilih kasih sangat menyakitkan hati.
Sebenarnta bayanak ilimu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dlam
buku ini dan aia amat berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna
kerana setiap guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup
di alam fana ini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

You might also like