You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TANJUNG TUANG

MINIT MESYUARAT PANITIA KESENIAN BIL 1 / TAHUN 2018

Tarikh : 24 Januari 2018


Masa : 1.40 petang
Tempat: Bilik Sri Tuang

Kehadiran:
1.Pn. Raobah bt Sulaiman
2.Pn. Norizah bt Mansor
3. Pn. Noor Asmara bt Jumat
4. Pn. Siti Nor Ilham bt Ismail
5. En. Saini b. Deni
6. Pn. Maemi bt Julaihi

1 KATA ALUAN PENGERUSI (Pn. Noor Asmara bt Jumat)

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat Panitia Kesenian kali pertama untuk
sesi 2018.
1.2 Beliau memesan kepada semua guru supaya tidak menganggap matapelajaran
Pendidikan Seni sebagai matapelajaran sampingan tetapi ia merupakan salah satu
matapelajaran yang penting dalam pembentukan kognitif murid.
1.3 Beliau juga mengingatkan agar semua guru berbincang untuk mengemukakan pendapat
tentang keperluan barangan Pendidikan Seni yang perlu dibeli pada tahun 2018.

Tindakan: Semua ahli

2 AGENDA

2.1 Kurikulum

2.1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan


Semua guru PSV perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan
perlu mengajar mengikut silibus yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran
Tahunan tersebut.
Tindakan: Semua ahli

2.1.2 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Offline


Semua guru PSV harus menjalankan penilaian PBS kepada murid-murid KSSR
dari darjah 1 hingga 6 secara offline iaitu pada bulan April dan Oktober. Guru
juga perlu mencetak Rekod Perkembangan Murid dan perlu ditampal pada
bahagian belakang buku rancangan mengajar. Sebagai rujukan berkaitan
penilaian PBS, guru boleh merujuk Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid.

Tindakan: Semua ahli

2.1.3 Kualiti PKSR PSV dan Kesenian


Semua guru PSV dan Kesenian perlu berganding bahu untuk meningkatkan kualiti
PKSR bagi mata pelajaran PSV dan Kesenian dengan mengadakan aktiviti melukis dan
mewarna poster. Selain itu, murid perlu diberi pendedahan secara berterusan dalam
aktiviti mengolah, melukis dan mewarna setiap kali kelas PSV berlangsung.

Tindakan: Semua ahli


3 HAL-HAL LAIN

3.1 Alat dan bahan untuk PdP


Setiap guru diminta menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk
PdP bagi memudahkan Ketua Panitia untuk membeli barangan tersebut
melalui duit yang disediakan.
3.2 Guru boleh merujuk katalog pesanan 2018 seperti yang telah diedarkan. Senarai barang
yang diperlukan akan dibuat melalui nota minta.
Tindakan: Semua ahli

3.3 Minggu Panitia PSV peringkat sekolah akan diadakan pada bulan Ogos bersama Bulan
Kemerdekaan. Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ialah
6.2.1 Mewarna poster kemerdekaan
6.3.1 Melukis poster kemerdekaan

Tindakan: Makluman
4 PENUTUP

Pn. Norizah mencadangkan mesyuarat ditangguhkan.Pn. Maemi menyokong mesyuarat


ditangguhkan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh,

…………………....................................................
(PN. SITI NOR ILHAM BINTI ISMAIL)
Setiausaha
Panitia Kesenian SK Kg. Tanjung Tuang

Disemak oleh,

…………………....................................................
(NOOR ASMARA BT JUMAT)
Ketua Panitia,
Panitia Kesenian SK Kg. Tanjung Tuang.

Disahkan oleh,

…………………....................................................
(EN.AHMAD SAFRI BIN HAMDI)
Guru Besar SK Kg. Tanjung Tuang

You might also like