You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA BAIDURI

PERSIARAN BAIDURI CHERAS

MINIT MESYUARAT GURU BIL 4/2017


Tarikh : 27 November 2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Wawasan

KEHADIRAN :

BIL NAMA GURU JAWATAN


1 Azlinda Bt Abu Guru Besar / Pengerusi

2 Siti Halijah bt Zainal Abidin Penolong Kanan Pentadbiran

3 Norhaslinda bt Harabayni Penolong Kanan HEM

4 Shahrul Izal b Shaari Penolong Kanan Kokurikulum

5 Siti Aisah bt Mohd Ali Penolong Kanan Petang

6 Ros Yatimah bt Amat Guru B&K

7 Norelawati bt Abu Hassan Guru B&K

8 Nik Mohamad Arshad b Zulkifli Guru

9 Mohd Noor b Zakaria Guru

10 Mohd Lukhman b Hashim Guru

11 Muhammad Fadhil b Razali Guru

12 Rosita bt Jab Guru

13 Nik Zuria bt Ibrahim Guru

14 Zuliana bt Salleh Guru

15 Izzatunnajihah bt Md Asari Guru

16 Hasnah bt Mat Daud Guru

17 Norhashimah bt Ismail Guru

18 Zauyah bt Hanafi Guru

19 Muhamad Nazri b Mahmud Guru

20 Zaharah bt Samin Guru

21 Che Fasihah bt Che Man Guru


22 Muhaini bt Mamat Guru

23 Nor Nazni Aniza bt Mohd Zain Guru

24 Omar b Tahir Guru

25 Siti Fairus bt Baharon@Misron Guru

26 Noorul Adha bt Shamsudin Guru

27 Nurul Amalina bt Mohamad Razali Guru

28 Norhafizan bt Mohd Suib Guru

29 Siti Sarah bt Rosli Guru

30 Yougesvari a/p Subramaniam Guru

31 Adlan b Abdul Hamid Guru

32 Alfakitah bt Abd Rashid Guru

33 Rabiatul Adawiyah bt Remli Guru

34 Wan Nujaimy bt Yunus Guru

35 Muhammad Fadhil b Razali Guru

36 Nazifah bt Daud Guru

37 Nor Aini bt Aziz Guru

38 Tuty Rafna bt Abd Razak Guru

39 Wan Rahmah bt Wan Ali Guru

40 Wan Zainal bt Wan Long Guru

41 Wong Kim Vui Guru

42 Muhammad Hasbi b Bidi Guru

43 Azhani bt Ishak Guru

44 Zaharah bt Yaacob Guru

45 Nurhafizah bt Abdul Wahab Guru

46 Jamaniah bt Ja’afar Guru

47 Khozanah bt Ahmad Mohtasar Guru

48 Siti Hasya bt Yusof Guru

49 Mohd Qarib b Zainal Abidin Guru


50 Liyana bt Azman Guru

51 Nur Adibah Zahidah bt Abu Bakar Guru

52 Abdul Hakim b Sanusi Guru

53 Farizan bt Yusof Guru

54 Hasnom b Ibrahim Guru

55 Noor Azira bt Arshad Guru

56 Noorshakin bt Abdull Aziz Guru

57 Noriha bt Muhamad Guru

58 Rahimah bt Ismail Guru

59 Siti Aishah bt Samshudar Guru

60 Isharizam b Ujang Guru

61 Siti Nurbaitie bt Ahmad Guru

62 Siti Aminah bt Ahmad Guru

63 Siti Esah bt Ab Rahman Guru

64 Hafizs Faizsal b Ab Rashid Guru

65 Noraini bt Sidi Samad Guru

66 Mohammad Aidil Nizam b Razali Guru

67 Muhamad Mumtaz b Harun Guru

68 Naztasha bt Mohd Nizam Guru

69 Dayang Nurhashimah bt Ismai Guru


TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN:
BIL NAMA JAWATAN
1 Mohd Zuki b Mat Zain Guru

2 Zakaria b Yaacob Guru

3 Noor Hasliza bt Ismail Cuti Bersalin

4 Siti Farhana bt Ismail Cuti Bersalin

5 Aryanti bt Ab Syakir Cuti Bersalin

6 Noorhidayu bt Shoib Cuti Bersalin


AGENDA :

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Azlinda selaku Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran guru-guru ke mesyuarat kali ini dan memaklumkan terdapat
beberapa orang guru yang tidak dapat hadir dengan kebenaran Guru Besar.
1.2 Puan Azlinda memulakan mesyuarat dengan bacaan doa dan Ummul kitab Al
Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Afif.
1.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan penolong kanan
yang telah menjayakan menjalankan pelbagai program terutama akademik,
koko dan juga sahsiah sepanjang tahun 2017.
1.4 Pn Azlinda juga mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir serta
guru-guru kerana telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik
sepanjang beliau bertugas di sini.
1.5 Beliau juga mengucapkan tahniah pada semua guru dapat bertukar sekolah
dan tahniah kepada semua guru khususnya guru tahun 6 dalam pencapaian
UPSR tahun 2017 seramai 4 orang murid mendapat 6A, 7 orang murid
mendapat 5A, dan 13 orang murid mendapat 4A.
1.6 Pn Azlinda juga meminta semua guru untuk meninggalkan no telefon dan
alamat terkini bagi memudahkan urusan pentadbir menghubungi guru
sekiranya ada urusan-urusan dari jabatan dan juga KPM yang perlu
diselesaikan.
1.7 Beliau juga memaklumkan yang minit mesyuarat pada kali ini tidak dicetak
dan diberi pada guru seperti sebelum ini, sebaliknya minit mesyuarat akan
dihantar kepada guru-guru melalui Telegram dan guru-guru boleh mencetak
sendiri atau guna telefon bimbit masing-masing. Ini bertujuan untuk
menjimatkan penggunaan kertas.
Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pn Siti Hasya bt Yusof telah mencadangkan Minit Mesyuarat Bil 3 / 2017 di
terima dan di sokong sebulat suara.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Puan Azlinda mengingatkan guru bahawa laporan perlu dihantar mengikut
mengikut unit masing-masing selepas tiga hari menjalankan aktiviti manakala
dokumentasi pula perlu dihantar selepas tujuh hari menjalankan aktiviti.
3.2 Puan Azlinda juga mengingatkan guru perlu memakai pakaian sukan yang
lengkap pada tahun 2018 di mana baju haruslah berkolar serta berkasut
sukan. Baju muslimah tidak dianggap sebagai baju sukan.
Tindakan : Semua Guru

3.3 Beliau turut mengingatkan bahawa setiap guru perlu membawa RPT, DSKP
dan pelaporan offline ke dalam kelas pada tahun 2018 kerana pemantauan
daripada Nazir atau PPD/KPM akan meminta bahan-bahan berkenaan
semasa dicerap.

Tindakan : Semua Guru

3.4 Kehadiran murid haruslah diisi awal di dalam Pengkalan Data Murid, bagi
mengelakkan ‘dashboard’ pangkalan data murid APDM Sekolah Desa Baiduri
tidak lengkap. Guru kelas perlu memastikan kehadiran murid adalah benar
sekiranya murid tersebut tidak hadir ke sekolah.
Tindakan : Guru Kelas

3.5 Puan Azlinda juga mengingatkan guru sekiranya guru lewat hadir ke sekolah,
haruslah berjumpa dengan penolong kanan atau guru besar bagi
mendapatkan tandatangan pada punch card. Beliau juga mengingatkan pada
tahun 2018 pihak pentadbiran akan mengenakan tindakan 3 kali lewat
berwarna hijau, selepas 3 kali lewat berwarna merah dan selepas itu guru-
guru diminta untuk membuat surat tunjuk sebab kepada sekolah.

Tindakan : Makluman

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN


4.1 UCAPAN PN .AZLINDA BINTI ABU (Guru Besar)
4.1.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana PdPc
sepanjang tahun 2017 berjalan lancar dan tahniah kepada penyelaras PLC
kerana telah berjaya membuat program PLC.
4.1.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru kerana telah
menjalankan Hari Anugerah Kecermerlangan Akademik dengan jayanya
mengikut perancangan yang dirancang.

4.1.3 Guru Besar mengingatkan kepada semua guru bagi menjaga imej sekolah
dalam menjalankan apa-apa program mengikut masa dan aturan yang telah
dirancang.
.
4.1.4 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru tahun 6 kerana telah
bertungkus-lumus dalam pencapaian UPSR pada tahun 2017 dan diharapkan
pada tahun hadapan semua murid dapat sekurang-kurangnya mencapai
tahap minimum dan tiada yang memperolehi E.
4.1.5 Penggunaan buku kerja

Guru-guru diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya buku latihan


tambahan yang telah dibeli oleh murid dan perlu dihabiskan sebelum akhir
tahun 2018. Pembelian buku tersebut juga boleh digunakan dalam kelas
tambahan dan MMI guru sekiranya guru bertugas luar atau tidak hadir. Buku
tersebut dapat digunakan oleh guru yang mengantikan bagi tujuan latihan
kerja murid

Tindakan : Semua Guru


4.1.6 Penggunaan telefon bimbit (handphone) di dalam kelas
Guru Besar mengingatkan bahawa penggunaan telefon bimbit di dalam kelas
tidak dibenarkan kecuali kecemasan. Sepanjang pemantauan beliau, terdapat
guru yang duduk di meja guru dan menggunakan telefon ketika murid
membuat aktiviti. Beliau juga mengingatkan bahawa tahun 2018 Tuan
Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan membuat
pemantauan ke semua sekolah di Selangor dari semasa ke semasa dan tidak
akan memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu dan akan terus ke
kelas-kelas untuk pemantauan terutamanya ke Prasekolah.
Tindakan : Semua Guru
4.1.7 Kebersihan dan mengemas bilik darjah
Guru Besar meminta guru agar peka dengan kebersihan kelas terutama
masa awal pembelajaran. Beliau juga mengingatkan guru kelas supaya
menanggalkan kesemua peralatan/ BBM dalam kelas sebelum cuti sekolah
bermula kerana pekerja akan membasuh kelas-kelas tersebut bagi
penggunaan tahun 2018.
Tindakan : Guru Kelas

4.1.8 Meninggalkan kelas


Sekiranya guru terpaksa meninggalkan kelas untuk tempoh seketika atau
lama atas sesuatu urusan penting, guru berkenaan diminta untuk
memberitahu dan berpesan kepada murid tujuan guru keluar dan kemana
guru tersebut pergi .Ini adalah untuk memudahkan urusan sekiranya berlaku
perkara yang tidak diduga samada berlaku kes kecemasan di dalam kelas,
didatangi pelawat, pemantauan oleh Pentadbir,PPD, Nazir dan sebagainya.
Tindakan : Makluman

4.1.9 Amaran Bilik Suis


Guru Besar juga memaklumkan bahawa semua bilik suis di dalam kelas telah
dikunci dan ditutup sepenuhnya dan memastikan tiada murid-murid masuk ke
dalam bilik tersebut kerana bahaya.
4.1.10 VLE FROG
Guru Besar mengucapkan tahniah sekali lagi kepada cikgu Mohd Noor
kerana masih lagi berjaya mencapai ranking 10 teratas dalam PPDHL dalam
penggunaan VLE Frog. Semua guru perlu menggunakan VLE FROG semasa
PdPc.
Tindakan : Semua Guru

4.1.11 Hari bekerja pada Hari Sabtu minggu ke 2 dan ke 4


Guru Besar mengingatkan guru bahawa minggu kedua dan keempat adalah
minggu bekerja. Guru perlulah merancang aktiviti guru bagi mengelakkan
penggunaan minggu kedua dan keempat. Di awal cuti penggal semua guru
akan terlibat sama membantu kelas tambahan Tahun 6. Guru-guru diminta
mengurus masa percutian sebaik mungkin kerana ½ cuti persekolahan guru
boleh dipanggil untuk bertugas.
Tindakan : Semua Guru
4.1.12 PBS
Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Pn Siti Fairus dan memohon
kepada Pn Siti Fairus agar menyerahkan semua fail-fail dan urusan PBS
kepada Pn Siti Halijah sebelum berpindah ke sekolah baru bagi memudahkan
urusan PBS pada tahun 2018.

Tindakan : Pn Siti Fairus


4.1.13 SKPMg2
Guru Besar mengingatkan bahawa tahun 2018 adalah tahun bermulanya
SKPMG2 dan berharap kepada Ketua-ketua Panitia, unit-unit bersedia
dengan eviden-eviden dan dimaklumkan selepas 15 November penakziran
tetapi ditunda pada bulan Januari 2018. Tetapi guru-guru perlu bersedia
dengan penakziran SKPMG2.
Tindakan : Makluman

4.2 UCAPAN PN SITI HALIJAH BT ZAINAL ABIDIN (PENOLONG KANAN


PENTADBIRAN)

4.2.1 Pn Siti Halijah mengingatkan untuk kemas semua peralatan selepas digunakan.dan
pintu bilik juga perlu ditutup selepas tamat penggunaan.

4.2.2 Buku rekod mengajar (RPH)

4.2.2.1 Pn Siti Halijah mengingatkan RPH perlu dilengkapkan, siap dengan refleksi
selepas setiap kali PDPC dijalankan.

4.2.2.2 Semua guru perlu mengemaskini bahagian belakang RPH dan


melengkapkan markah PAT, TOV dan semua markah- markah berkaitan.

4.2.2.3 Pn Siti Halijah mengingatkan Rekod PBS perlu difailkan.


4.2.2.4 Rekod semakan buku kerja murid perlu dihantar bersama buku kerja murid

Tindakan : Makluman

4.2.3 Peringatan kepada Ketua Panitia

4.2.3.1 Pn Siti Halijah mengingatkan kepada ketua panitia untuk menghantar semua
laporan tahunan, bersama carta gantt serta Laporan sepanjang tahun
panitia, Perancangan 2018.

4.2.3.2 Pn Siti Halijah mengingatkan kepada ketua panitia agar kunci bilik-bilik khas
dan kemudian menyerahkan kunci tersebut kepada KPT bagi tujuan
perekodan.

4.2.3.3 Pn Siti Halijah mengingatkan kepada ketua panitia agar membuat checklist
setiap peralatan yang digunakan dan yang akan digunakan pada tahun 2018.

4.2.3.4 Pn Siti Halijah mengingatkan kepada ketua panitia supaya membuat buku
rekod penggunaan bilik, pinjaman bahan/barang bagi tujuan perekodan
panitia.

4.2.3.5 Beliau juga mengingatkan kepada ketua panitia supaya membuat POST-
MORTEM kepada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh panitia pada
mesyuarat pertama panitia 2018.

4.2.3.6 Pn Siti Halijah juga meminta ketua panitia untuk mencetak DSKP setiap
tahun dan menyemak sekiranya terdapat kesalahan dan diagihkan pada
guru-guru yang berada dibawah panitia masing-masing.

4.2.3.7 Pn Siti Halijah mengingatkan kepada ketua panitia agar menentukan RPT
2018 dan diserahkan kepada guru-guru pada mesyuarat pertama panitia
2018.

Tindakan : Ketua Panitia

4.2.4 Pn Siti Halijah juga mengingatkan kepada semua guru bahawa pada tahun 2018
akan ada 3 pencerapan yang akan dilakukan. 1 individu dan 2 dari pihak pentadbir.
Pemarkahan pencerapan akan dinilai antaranya penggunaan i think dan KBAT di
dalam PdPc yang dijalankan.

4.2.5 Pn Siti Halijah memaklumkan kepada semua guru bahawa SKPMg2 pada tahun
2018 akan dijalankan dalam 3 fasa. Semua guru perlu mengetahui item-item yang
terkandung di dalamnya terutama SKPMg2, terutamanya Standard 4. Semua data
berdasarkan eviden .Sebarang lembaran kerja murid perlu disimpan satu salinan di
dalam fail.

4.2.6 Beliau memaklumkan bahawa penilaian PBPPP bagi setiap guru merangkumi semua
aspek samada melalui buku rekod mengajar,pemerhatian atau pencerapan. Untuk
mendapat kenaikan pangkat, markah penilaian tahunan semasa guru mestilah
melepasi 80 markah ke atas,
4.2.7 Pn Siti Halijah mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah dapat bertukar
pada sesi 2018
Tindakan : Makluman

4.3 PN NORHASLINDA BT HARABAYNI ( GPK HEM )

4.3.1 Pn Norhaslinda mengucapkan terima kasih kepada Pn Guru Besar dan guru-guru
atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun.
4.3.2 Pn Norhaslinda mengingatkan semua guru tahun 1 pada tahun 2018 perlu
menyediakan senarai nama murid yang lengkap serta menyemak butiran dan
maklumat diri murid dengan betul.
4.3.3 Beliau meminta semua guru kelas melengkapkan buku kehadiran murid pada 1hb
Februari 2018. Sekiranya terdapat butiran dan maklumat diri murid tidak lengkap ,sila
berhubung dengan guru pada tahun 2017.
4.3.4 Beliau memaparkan nama-nama guru di ADPM bukan untuk memalukan maruah
guru tetapi hanya mengingkatkan guru-guru kelas supaya mengisi kehadiran secara
online.
4.3.5 Beliau meminta guru kelas menyediakan senarai nama murid semasa pada tahun
2017 dan tahun 2018. Pertukaran kelas murid perlu dicatatkan pada senarai nama
semasa supaya menyenangkan guru melengkapkan ADPM.
4.3.6 Pn Norhaslinda meminta semua guru kelas menukarkan label pada kontena fail-fail
murid dan memastikan semua maklumat murid adalah lengkap. Beliau meminta agar
fail-fail tersebut diletakkan kembali ke dalam bilik HEM untuk memudahkan urusan
berkenaan murid kelak.
Tindakan : Makluman

4.3.7 Guru kelas diingatkan agar mengisi nombor bilangan murid pada buku kehadiran
murid. Sekiranya terdapat murid tersebut tiada nombor bilangan pada buku besar
perlu daftar semula.
4.3.8 Pn Norhaslinda memaklumkan bahawa akan membaharui PAS KELUAR dan PAS
SOLAT pada tahun 2018.
4.3.9 Pn Norhaslinda meminta semua guru kelas menghantar buku disiplin murid sebab
buku tersebut mesti berada di bilik HEM. Pada tahun 2018 amalan baik dan salah
laku mesti ditulis oleh semua guru . Guru kelas akan menyerahkan buku tersebut
kepada penyelaras dan penyelaras akan serakan kepada SU disiplin pada setiap
akhir bulan sebagai bukti untuk key in pada SSDM secara online.
4.3.10 Pn Norhaslinda memaklumkan sekiranya ada kerosakan peralatan kelas atau
kecederaan murid perlu melaporkan kepada pejabat dengan segera.
4.3.11 Pn Norhaslinda juga memaklumkan yang beliau mahu semua laporan aktiviti pada
tahun 2017 bersama dokumentasi serta perancangan tahun 2018 pada minggu
terakhir persekolahan kelak.
4.3.12 Beliau memaklumkan pelan strategi yang dibawah unit HEM perlu melengkapkan
jadual 3.
Tindakan : Makluman

4.4 UCAPAN ENCIK SHAHRUL IZAL BIN SHAARI (GPK KOKU)


4.4.1 En Shahrul menegaskan tentang PAJSK. Beliau mengucapkan tahniah kepada guru
PJ tahun 6 kerana telah memasukkan data murid dalam tempoh yang diberikan.
Seterusnya makluman kepada guru PJ tahun 4 & 5 untuk memasukkan data PAJSK
dalam tempoh yang diberikan.

4.4.2 En. Shahrul mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam melatih
murid-murid sepanjang tahun 2017. Diharapkan tahun 2018 akan lebih cemerlang.

4.4.3 Pada Tahun 2018, SKDB sekali lagi akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan
Bicara Berirama peringkat daerah.

4.4.4 Laporan penyertaan dan pertandingan telah pun diterima dan beliau mengucapkan
terima kasih dan tahniah kepada guru yang terlibat.

4.4.5 Perkara yang sama juga dimaklumkan bahawa buku log unit dan laporan tahunan
serta perancangan bagi tahun 2018 telah pun diterima.

4.4.6 Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada guru yang terlibat dalam menjayakan
Perkhemahan ‘RAMBU’ bagi pasukan kanak-kanak dan pengakap muda sekolah dan
menengah.

Tindakan : Makluman
4.5 UCAPAN PN SITI AISAH BT MOHD ALI (GPK PETANG)

4.5.1 Pn Siti Aisah mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang dapat bertukar pada sesi
2018 dan berdukacita kerana ramai guru tersebut dari sesi petang.ucapan terima
kasih kepada guru-guru tersebut kerana berkhidmat dengan cemerlang di SK Desa
Baiduri.
4.5.2 Pn Siti Aisah juga mengucapkan tahniah kepada semua guru sesi pagi dan petang
atas usaha mereka yang telah membuahkan hasil dalam kemenjadian murid sekolah
dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2017.
4.5.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru bertugas harian
yang telah besungguh-sungguh membuat tugas dan perubahan ketara telah dapat
dilihat dari segi disiplin murid dan banyak masalah murid telah dapat diselesaikan.
4.5.4 Pn Siti Aisah mengingatkan mengenai kebenaran keluar sewaktu bertugas kepada
semua guru. Guru perlu meminta kebenaran keluar kepada guru besar sekiranya
guru besar berada di sekolah dan setelah mendapat kebenaran, guru perlu mengisi
borang sebanyak dua salinan dan ditinggalkan satu kepada pihak sekolah.
4.5.5 Beliau juga mengingatkan bahawa guru tersebut perlu membawa borang tersebut
bersama sebagai bukti sekiranya apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Ianya
sebagai bukti kepada guru tersebut dan juga kepada pihak sekolah.
4.5.6 Pn Siti Aisah mengingatkan buku rekod bertugas mingguan atau harian, guru
bertugas perlu mencatat pada buku tersebut dan tandatangan beserta nama guru
pada setiap borang sebelum diserahkan kembali penyelaras.
4.5.7 Pn Siti Aisah juga memohon maaf salah dan silap sepanjang tahun 2017 kepada
semua guru jika terdapat kesalahan dalam pengurusan sesi petang dan jika ada
penambahbaikkan daripada guru-guru bagi menambah baik pengurusan pentadbir
bolehlah diusulkan kepada pihak pentadbir.
Tindakan : Makluman
5.0 HAL HAL LAIN

5.1 Guru besar menekankan bahawa bagi persediaan tahun 2018, guru-guru perlu ingat
tarikh-tarikh dan jadual yang telah dimasukkan ke dalam Telegram dan perlu akur pada
tarikh yang telah ditetapkan.

5.2 Guru besar mengingatkan bahawa satu perdua dari cuti guru-guru boleh dipanggil untuk
bertugas seperti mesyuarat.

5.3 Cadangan guru-guru kelas bagi sesi 20t18 telah pun disiapkan tetapi akan berlaku
perubahan sekiranya terdapat guru-guru yang akan mengantikan guru bertukar pada
sesi 2018. Berkemungkinan ada guru yang bakal bertukar sesi pagi dan petang atas
dasar keperluan.

5.4 Bagi program transisi tahun satu yang akan dijalankan penyelaras bagi program tersebut
adalah Pn Hasnah dan setiausaha adalah Pn Farhana.

5.5 Bagi pengurusan disiplin ditetapkan sesi pagi adalah En Mohd Sabri dan bagi sesi
petang adalah En Mohamad Aidilnizam.

Tindakan : Makluman

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11 pagi.

Disediakan oleh
Pencatat Minit Mesyuarat Guru Bilangan 2 dan 4
Bertarikh 25 NOVEMBER 2017

You might also like