You are on page 1of 4

PEMBAHARUAN 100 HARI (1898)

Selepas kegagalan Gerakan Memperkuatkan diri gagal satu gerakan baharu pula

muncul iaitu pembaharuan 100 hari yang dibawa oleh seorang tokoh yang bernama Kang

Yuwei. Pemuda yang dilahirkan di Nan-hai, Kwangtung ini telah mula berminat dan kagum

dengan pentadbiran moden ala barat pada tahun 1882, apabila beliau mengunjungi Shanghai.

Beliau cuba untuk menyebarkan idea pemikirannya melaui syarahan yang beliau adakan di

Kwangtung.Selain itu Kang Yuwei telah menghasilkan beberapa karya yang bertujuan

mengajak masyarakt melakukan reformasi. Karya beliau bertajuk Study Notes at Changhsingli

, A Study of the Forged Classics dan An Inquiry into Confucius’.

“The most influential refoemer to step forward during this time of need was a young
philosopher by the name of Kang Youwei along with his protégé Liang Qichao, Kang advocated
dramatic institutional charge a sort of “revolution from above”, following the modern developed by
Peter the Great from Russia and the Meiji Emperor of Japan”1

Kang Yu Wei telah membina sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Wanmu

bertujuan untuk memudahkan melatih masyarakat supaya menerima pembaharuan. Sekolah ini

ini juga akhirnya menjadi pusat latihan dan penyebaran idea politik Kang Yu Wei untuk

mengadakan pembahruan di China. Ternyata pusat yang ditubuhkan oleh Kang Yu Wei telah

berjaya menarik perhatian ramai. Pada awal pembukaan hanya terdapat 20 orang pelajar dan ia

bertambah sebanyak 80 orang pada tahun 1894. Sebagai usaha untuk merealisasikan impian

pembaharuannya itu Kang Yuowei turut menghantar memorial kepada istana selain

menyebarkan risalah kepada orang ramai. Malangnya memorial yang dihantar oleh beliau telah

ditolak oleh pihak kerajaan.

Kerana itu Kang Yuowei telah menerbitkan akhbar Buletin Dunia pada 1895 untuk

meneruskan usaha menyebarkan pandangan beliau. Akhbar ini telah diedarkan secara percuma

1
June Grasso.1987. Modernization and Revolution in China . USA , U.E Sharpe.Inc hlm 54
kepada pegawai kerajaan dan hasilnya ialah telah berjaya menarik minat dan sokongan

beberapa orang pegawai kerajaan. Antaranya pegawai yang tertarik dengan idea baru tersebut

ialah Wen Ting shih dan Chen Chih. Akhirnya beliau telah dipanggil ke Beijing untuk

membentangkan rancangan permodenan beliau dihadapan penonton dan Maharaja selama 5

jam dan rancangan Kang Youwei telah diterima untuk digunapakai oleh kerajaan pada masa

itu.

“Kang was called to Beijing where he was given ununprecedenter five hour audience
with the young emperor Guang Xu.”2

Pada 11 Jun 1898 adalah bermulanya pembaharuan yang dirancang oleh kang Youwei.

Pembahruan ini dikenali sebagai Pembahruan Seratus Hari kerana ianya hanya diiktiraf dan

diikuti selama seratus hari. Istana maharaja telah mengeluarkan dikri untuk memberi

penjelasan tentang perubahan di China. Dikri ini bertujuan untuk menjadikan China sebagai

sebuah negara yang moden dan berperlembagan Antara dikrinya ialah dalam aspek pendidikan

peperiksaan awam telah ditukar kepada esei berkaitan isu- isu semasa.

“ the traditional examination based on the arce eight-legged easay was to be abolished in favor
of a modern civil service exan and a new educational program would be set up in which western liberal
art and sciences could be studies alongside the confusion classic.”3

Selain Universiti Kemaharajaan di Peking dan sekolah moden di wilayah yang akan

mengajar pengajaran China dan Barat akan ditubuhkan. Sebuah sekolah perubatan di bawah

Universiti Kemaharajaan juga dicadangkan untuk dibina. Dalam aspek pentadbiran pula mana-

mana badan yang tidak menjalankan tugas atau tidak perlu akan dihapuskan. kerajaan progresif

juga disarankan untuk dibentuk, ia dapat memajukan pentadbiran dengan lebih cekap, selain

2
Ibid hlm 55
3
Ibid 55
menghapuskan gaya kerja yang lembap, dan menyusun prosedur kerja baru untuk urusan

pentadbiran keajaan.

Pemulihan ini akhirnya memghadapi tentangan daripada pihak konservatif. Golongan

konservatif mula berasa terancam apabila Kang Yuowei juga menyeru agar kerajaan China

membentuk pemerintahan bercorak monarki berperlembagaan untuk menggantikan sistem

monarki feudal kerana itu usaha beliau ini tidak disenangi oleh Maharani Cixi yang

mementingkan kuasa.

“Maharani Cixi “descripted as a women with an unquenchable thirst for power and hostile
toward all thought of change, she represents the dominant minority of obscurant (the old clique) in
court, which surfaced once again at the end of the hundred days”

Usaha pembaharuan yang dilakukan oleh kumpulan pembahruan ini telah

menimbulkan kebimbangan Maharani Cixi dan pengikutnya yang bersifat konservatif. Mereka

bimbang akan kedudukan mereka dalam kerajaan jika pembaharuan yang dilakukan oleh Kang

Yuwei ini berhasil. Kerana merasa begitu terancam Maharani Cixi mengarahkan supaya Kang

Yu Wei dihalau daripada Peking manakala pengedaran akhbar Chung Wai Chi Wen pula

dihentikan serta merta. Hal ini telah menyebabkan Kang Yu Wei melakukan penghijarahan ke

Shanghai dan menubuhkan cawangan baru di Shanghai. Terdapat empat tugas utama

penubuhan ini ialah menterjemahkan dan mencetak buku menerbitkan surat khabar,

menubuhkan perpustakaan dan menubuhkan muzium. Selain itu, Kang Youwei dan

pengikutnya juga menubuhkan Persatuan Melindungi Negara yang bertujuan untuk melindungi

China pemerintahan Dinasti. Kerana masih merasa bimbang dengan Kang Yu Wei Maharani

Cixi telah mengarahkan supaya Kang Youwei dibunuh dan pembunuh upahan tlah disewa oleh

Maharani untuk membunuh Kang Youwei. Namun usaha membunuh Kang Yu Wei tidak

Berjaya. Kang Yu Wei telah Berjaya berpindah ke Jepun dan menetap disana. Kegagalan
pembaharuan 100 hari tidak menjadi titik akhir kepada usaha pemodenan Negara China kerana

selepas itu berlaku pula Revolusi 1911 yang akan membawa kepada Gerakan 4 Mei.

You might also like