You are on page 1of 9

Temubual warga pendidik mengenai pengalaman beliau berhadapan dengan

kepelbagaian sosiobudaya murid di sekolah.

Warga pendidik: Encik Rosman bin Salubin (pensyarah IPGKTHO)

Pelajar:

1. Nurul Izzati binti Azlan


2. Ellsie Vieann Alphonsos
3. Nadiana binti Jairin

Dialog Temubual:

Soalan 1

Konsep kepelbagaian sosiobudaya.

Nurul Izzati: “Mengikut kefahaman encik sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan
kepelbagaian sosiobudaya?”

En. Rosman: “Apa yang saya faham ialah, sosiobudaya itu diambil daripada dua perkataan
iaitu sosial dan budaya yang mana sosial itu sendiri bermaksud interaksi atau
komunikasi dalam sesuatu kumpulan dan komuniti. Manakala budaya pula
bermaksud cara hidup yang diamalkan dalam sesebuah komuniti.”

Nadiana : “Oh, maksudnya adakah sosiobudaya itu gabungan daripada kedua-dua


perkataan ini, iaitu sosial dan budaya?”

En, Rosman: “Ya, kerana dalam sesuatu komuniti, masyarakat atau negara akan wujud
pelbagai kumpulan sosial yang mempunyai cara interaksi yang berbeza
kerana dipengaruhi oleh cara hidup mereka. Jadi, cara hidup masyarakat itu
sendiri yang akan menentukan corak interaksi dalam kalangan sesama
manusia.”

Ellsie Vieann: “Pada pendapat encik, adakah sesuatu bangsa itu sahaja yang menjadi
aspek kepada kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan masyarakat?”

En. Rosman: “Sebenarnya, kepelbagaian budaya bukan datang dari aspek bangsa sahaja
tetapi dilihat melalui satu skop yang besar. Hal ini kerana, aspek jantina sama
ada perempuan atau lelaki juga merupakan salah satu budaya yang berlainan
dan tergolong dalam aspek kepelbagaian sosiobudaya.”
Nurul Izzati: “Berdasarkan pengalaman encik mengajar di sekolah, adakah kebanyakkan
daripada murid di sekolah tersebut mempunyai kepelbagaian sosiobudaya
yang sangat ketara?”

En. Rosman: “Ya, memang sangat ketara aspek-aspek kepelbagaian sosiobudaya dalam
kalangan murid di sekolah. Salah satunya dari aspek latar belakang keluarga.”

Nadiana : “Saya nak tanya, apakah yang encik maksudkan dengan kepelbagaian
sosiobudaya dari aspek latar belakang keluarga”

En. Rosman: “Makusdnya, latar belakang keluarga seseorang murid itu juga termasuk
dalam komponen kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid kerana
latar belakang keluarga murid yang kaya dan miskin mempunyai cara hidup
atau budaya hidup yang tidak sama. Orang yang duduk di pekan dan di
kampung tidak sama apatah lagi perbezaan dari segi suku kaum yang
dipengaruhi oleh adat resam dan juga perbezaan yang paling besar adalah
kerana faktor agama.”

Ellsie Vieann: “Encik, bagaimana pula dengan faktor agama dalam kalangan murid?”

En. Rosman: “Agama mempengaruhi budaya. Contoh muslim, peraturan agama diterapkan
dalam al-Quran. Cara sistem sosial mereka berlandaskan sistem agama.
Budaya dan agama berkait rapat.”

Soalan 2

Latar belakang murid mempengaruhi gaya pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.

Nadiana : “Berdasarkan pemerhatian encik sepanjang mengajar di sekolah, adakah


latar belakang murid yang berbeza antara satu sama lain itu mempengaruhi
gaya pembelajaran mereka?”

En. Rosman: “Memang. Kita lihat dari aspek latar belakang jantina murid, Kenapa di
Malaysia ramai perempuan yang berjaya? Suatu ketika dahulu di universiti
awam, 70% ialah perempuan. Hanya 30% lelaki. Kenapa? Sebab cara
pembelajaran di Malaysia, sistem pendidikan menyebelahi orang perempuan.
(cara orang perempuan, budaya orang perempuan, pemikiran orang
perempuan). Salah satu sebabnya juga adalah murid perempuan dan murid
lelaki mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza di mana murid perempuan
lebih suka belajar berbanding murid lelaki.”

Ellsie Vieann: “Encik, sejauh mana perbezaan gaya pembelajaran antara murid perempuan
dan murid lelaki?”

En. Rosman: “Suatu ketika dulu, kita lebih mementingkan pembelajaran yang menghafal
dan jawab. Lelaki tidak suka cara tersebut kerana mereka aktif. Budaya
kehidupan mereka ialah explore. Kalau perempuan dia tahan untuk duduk
lama dan hafal dan keluarkan balik dalam peperiksaan.”

Nurul Izzati: “Encik, adakah ini bermaksud latar belakang murid turut mempengaruhi gaya
pembelajaran mereka?”

En. Rosman: “Dari aspek latar belakang keluarga dan persekitaran. Teori pembelajaran.
Dalam proses pembelajaran, perkara yang paling utama untuk seseorang
kanak-kanak tu belajar ialah kesediaan belajar. Seterusnya, motivasi. Sebab
kesediaan belajar, setiap orang akan berbeza. Apa yang menyebabkan
perbezaan? Fitrah? Genetik? Sebab faktor persekitaran budaya. Bagaimana
keluarganya memberikan pendedahan kepada dia. Sesetengah keluarga
mendedahkan sejak kecil dan sesetengah tidak ada dengan buku. Bukan
kerana kognitif tidak bagus tapi persekitaran mempengaruhi gaya
pembelajaran.”

Nadiana : “Encik, ertinya latar belakang murid itu bukan sahaja mempengaruhi gaya
pembelajaran mereka di dalam bilik darjah malah mempengaruhi kesediaan
belajar murid juga lah kan?”

En. Rosman: “Ya. Kerana murid perempuan lebih suka belajar secara menghafal sementara
murid lelaki pula jika dilihat lebih aktif dan suka explore. Kesediaan mereka
untuk belajar itu jelas Nampak perbezaannya. Itulah salah satu sebab cikgu
ramai perempuan. Perempuan dengan perempuan gaya dia sama.
Contohnya, sekolah tadika semua guru perempuan dan guna pendekatan
perempuan yang tidak menarik perhatian lelaki. Cikgu syok sendiri tapi ramai
orang tidak sedar sebab kepentingan budaya selalu dilihat dari aspek bangsa.
Sebenarnya aspek asal usul, tempat tinggal, jantina tu penting.”
Soalan 3

Cara menyeimbangkan tahap pencapaian murid apabila kepelbagaian sosiobudaya


murid berbeza dari aspek kelas sosial dan penempatan.

Ellsie Vieann: “Berdasarkan pengalaman encik berhadapan dengan kepelbagaian


sosiobudaya di dalam bilik darjah, bagaimana cara guru menyeimbangkan
tahap pencapaian murid dari aspek kelas sosial mereka?”

En. Rosman: “Untuk mencapai keseimbangan dilihat dari segi pedagogi (sama setiap guru)
dan dasar kerajaan itu sendiri. Memang satu cabaran yang besar dihadapi
oleh setiap guru di seluruh sekolah kerana kepelbagaian murid dari aspek
sosial bukan satu perkara yang mudah dan memerlukan kekreatifan guru itu
sendiri dalam menanganinya di dalam bilik darjah disamping memastikan
pencapaian murid berada pada tahap yang seimbang.”

Nadiana : “Encik, bagaimana campur tangan dasar kerajaan bagi membantu guru
menyeimbangkan tahap pencapaian murid yang berbeza dari segi kelas
sosial?”

En. Rosman: “Dasar kerajaan: peruntukan pendidikan harus lebih diberi kepada kawasan
pedalaman. Kawasan kampung harus terima kemudahan yang sama dan
bukan ditumpukan di bandar sahaja. Sekolah pedalaman adakah menikmati
kemudahan yang sama? Kerajaan dah berusaha ke arah itu dan sekarang
kerajaan telah menubuhkan sekolah berasrama penuh untuk pelajar dari
pelbagai latar belakang dan penempatan duduk di satu bumbung yang sama
dengan kemudahan yang sama.”

Nurul Izzati: “Jika dilihat dari segi pedagogi, bagaimana pula encik?”

En. Rosman: “Pedagogi: cikgu kena tahu semua latar belakang sosial budak supaya tidak
berlaku pilih kasih pada sesuatu kumpulan semasa mengajar. Contoh orang
buat soalan: tidak boleh soalan yang bias. Misalnya, soalan karangan tentang
sambutan hari raya dan kesesakan jalan raya di kuala lumpur. Budak
kampung tak dapat jawab. Atau pengalaman di musim padi, pelajar bandar
tak dapat jawab. Jadi, soalan yang dibuat perlulah berkaitan dengan peristiwa
yang semua pelajar lalui: hari sukan sekolah. Sebab tu cikgu kena lihat kelas
sosial dan ambil contoh yang sesuai dengan semua murid. Cikgu kena faham
latar belakang budaya murid dalam merancang aktiviti pdp.”
Soalan 4

Aspek kepelbagaian sosiobudaya yang paling jelas dapat membezakan kepelbagaian


murid dalam bilik darjah berdasarkan pengalaman di sekolah.

Nadiana : “Baiklah encik, daripada kesemua aspek kepelbagaian sosiobudaya yang


ada, Apakah aspek yang paling jelas kelihatan dalam kalangan murid di
dalam bilik darjah di sekolah yang encik pernah mengajar?”

En. Rosman: “Berdasarkan pengalaman, kalau di Malaysia ialah aspek jantina sebab sistem
pendidikan menyebelahi wanita. Sekarang dah PBS. Zaman saya
perempuan saja yang ke depan. Cabaran utama ialah jantina. Di sekolah
dulu siapa yang hardworking akan skor. Tidak mementingkan kreativiti jadi
pelajar cemerlang sekolah universiti fail sebab terbiasa dengan spoon
feeding di sekolah. Sekarang dah PAK 21. Semasa saya mengajar di
sekolah, aspek yang paling jelas dalam membezakan kepelbagaian
sosiobudaya murid juga adalah jantina.”

Nurul Izzati: “Encik sendiri pernahkah mengajar di sekolah yang mempunyai murid
perempuan atau murid lelaki sahaja?”

En. Rosman: “Tak pernah. Saya memang mengajar di sekolah yang ada murid lelaki dan
murid perempuan sahaja.”

Ellsie Vieann: “Pada pendapat encik, adakah mengajar di sekolah yang mempunyai satu
jantina sahaja lebih mudah berbanding mengajar di sekolah yang berlainan
jantina?”

En. Rosman: “Pada pendapat saya, mungkin lebih mudah mengajar di sekolah yang
mempunyai satu jantina sahaja tetapi dari segi rasionalnya lebih baik
sekolah itu mempunyai jantina yang berlainan iaitu murid lelaki dan murid
perempuan. Hal ini kerana, manusia perlu bercampur antara sesama tanpa
mengira jantina dan sebagainya dalam menghadapi kehidupan pada masa
akan datang.”
Soalan 5

Kesan kepelbagaian sosiobudaya dalam bilik darjah.

Nadiana: Soalan seterusnya, apakah kesan kepelbagaian sosiobudaya dalam bilik darjah?

En. Rosman: Bagi saya, kesan kepelbagaian sosiobudaya ini boleh dibahagikan kepada
dua iaitu kesan positif dan kesan negatif. Dalam sudut positif, murid dapat belajar banyak
benda kerana boleh bersosial dengan banyak kumpulan sebab kehidupan bermasyarakat
akan menghadap pelbagai kumpulan. Sekolah sejenis dan vernakular tidak elok.

Izzati: Mengapakah encik berpendapat bahawa kelas sejenis dan vernakular tidak elok?

En. Rosman : Sekolah pelbagai budaya, jantina, latar belakang lebih baik kerana apabila
keluar tidak akan berasa janggal. Kerajaan melarang streaming di sekolah bermula tahun
ini. Jadi yang bagusnya orang akan sedar bahawa dunia ada macam-macam orang.

Ellsie: Menurut encik, apakah pula kesan negatif kepelbagaian sosiobudaya dalam bilik
darjah?

En Rosman: Ia menyukarkan guru sebab ada budaya yang berbeza. Ada pelbagai gaya
pembelajaran dan guru susah untuk rancang aktiviti pembelajaran. Bagi saya, dalam jangka
pendek ia menjurus pada kesan negatif namun dalam jangka panjang ia memberi kesan
positif. Di barat, seorang murid layak untuk bersekolah di sekolah yang paling hampir
dengan rumahnya. Di Malaysia, tidak. Seperti akta US tiada sesuatu yang menghadkan
seseorang.

Soalan 6

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam PdP guru.

Izzati: Apakah implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam PdP guru?

En. Rosman : Kesannya, guru kena merancang PdP yang sesuai dengan semua murid,
tidak menyebelahi mana mana kumpulan dan kepelbagaian kemudahan pembelajaran.
Merancang PdP haruslah melihat dari aspek pemilihan bahan, strategi pengajaran yang
pelbagai dan haruslah adil untuk semua kumpulan kerana tak boleh pilih satu yang semua
orang suka agar semua murid dapat merasai semua. Sebagai contoh, guru perempuan
menggunakan pendekatan perempuan.

Ellsie: Boleh tak encik nyatakan isu yang melibatkan kepelbagaian budaya?
En. Rosman : Isu pada soalan peperiksaan yang melibatkan gambar padanan berkaitan
bangsa dan agama. Tak semestinya bangsa yang sama menganut agama yang sama.
Contohnya, ada yang protes sebab tak semua India beragama hindu dan apabila India
Kristian ingin memadankan gambar mereka keliru.

Nadiana: Apakah implikasi lain kepelbagaian sosiobudaya dalam PdP?

En Rosman: Dari segi persekitaran bilik darjah, guru perlu berusaha untuk memastikan
sosial interaksi di kelas berlaku dengan baik iaitu semua pelajar boleh bergaul. Kena wujud
aktiviti pembelajaran yang baik. Contoh, dalam kelas, Melayu duduk dengan Melayu Chinese
duduk dengan Chinese kerana ini lumrah manusia. Dari segi pedagogi, guru kena buat
pelajar berpecah dari kelompok mereka. Selain itu, pedagogi bukan saja disampaikan dari
segi penyampaian atau kognitif malah dari segi sosial. Jadi guru kena memastikan sosial
interaksi di kelas berlaku dengan baik maksudnya semua pelbagai boleh berkomunikasi tapi
masalah tetap berlaku kerana cikgu tidak sedar. Oleh itu, cikgu kena cekap.

Soalan 7

Cabaran pengunaan bahasa ibunda.

Nadiana: Seterusnya, bagi aspek penggunaan bahasa ibunda, pernahkah encik merasakan
itu sebagai satu cabaran pada guru?

En Rosman:Semua guru merasakan itu sebagai satu cabaran. Kesilapan besar berlaku
dalam sistem pada awalnya. Cina dengan cina, india dengan india. Murid tidak salah. Oleh
itu kelas peralihan diwujudkan tapi telah dipermudahkan. Ramai Chinese and Indian sukar
menguasai bahasa melayu.

Izzati: Bolehkah encik kaitkan dengan pengalaman encik sewaktu di sekolah dulu?

En. Rosman: Saya pernah alami apabila mereka masuk form 1 sampai form 5 tapi murid
tidak salah sebab sekeluarga menggunakan bahasa ibunda setiap masa. Sampai cikgu
cakap pun murid tidak faham. Tapi bukan mereka lemah dalam bahasa penulisan tetapi
dalam lisan.

Ellsie: Saya setuju dengan pendapat encik.

En Rosman: Terdapat perbezaan antara komunikasi dan lisan Pandai tulis tetapi tak
semestinya boleh berbahasa dengan baik. Belajar bahasa untuk komunikasi. Sesetengah
cikgu fail apabila interview. Konsep pembelajaran bahasa yang kekal. Bahasa memang
cabaran.

Soalan 8

Inisiatif guru untuk membendung masalah tersebut penggunaan bahasa ibunda.

Ellsie: Soalan terakhir, apakah inisiatif guru untuk membendung masalah tersebut?

En. Rosman: Wajibkan mereka bercakap dalam bahasa tersebut.Dendaan, peraturan ialah
sistem biasa tapi apabila sampai peringkat dewasa dah susah. Sepatutnya dimulakan pada
peringkat yang rendah. Contoh bahasa melayu diajar oleh guru melayu yang sebenar.

Nadiana: Mengapakah encik mengatakan bahawa inisiatif tersebut ialah dengan


menwajibkan mereka bercakap dalam bahasa tersebut?

En Rosman: Kerana bahasa bukan akademik seperti sejarah tetapi kemahiran tapi banyak
guru menjadikannya akademik. Kemahiran dan content tak sama. Amalan dan kemahiran
yang penting. Pelajar bahasa terlalu memperjuangkan struktur bahasa. Tapi sekarang makin
teruk.

Izzati: Saya setuju kerana ini boleh dilihat dalam situasi di IPG itu sendiri.

En Rosman: Masalah terjadi apabila majoriti dalam kelas semua pelajar Chinese, sekolah
vernakular diwujudkan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi. Malaysia kaya
dengan kepelbagaian budaya yang menjadikan suatu cabaran besar di sekolah. Budaya
jangan dilihat pada skop yang kecil. Tugas cikgu di sekolah ialah menerapkan budaya yang
betul bukan sekadar a. a. a. a. a.Guru kena faham konsep pendidikan. Sistem
berorentasikan peperiksaan selama 60 tahun sebab itu sukar untuk diubah.

You might also like