You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan dan Definisi

Pembelajaran atas talian atau lebih dikenali sebagai pembelajaran berasaskan internet
merupakan salah satu infrastruktur yang kian memesat dalam sistem pendidikan. Lebih
kurang dalam tahun 1980-an, berlakunya sebuah revolusi teknologi dan ia telah membawa
kepada pelbagai perubahan corak dalam pendidikan. Perubahan dalam pembelajaran melalui
talian telah berlaku daripada pembelajaran jarak jauh (dLearning) kepada pembelajaran
elektronik (eLearning). Dan pembelajaran yang terkini pula ialah pembelajaran mobile iaitu
mLearning (Siraj, S., 2004). Teknologi telah berkembang dengan pesat sehinggakan segala
tugasan harian tidak dapat dilakukan tanpanya. Ia juga telah memperkembangkan
penggunaan WWW dan pengaplikasian internet kepada dunia pendidikan.

Terdapat pelbagai jenis pembelajaran berasaskan internet seperti e-pembelajaran,


pembelajaran atas talian, pembelajaran siber, pembelajaran berasaskan laman web dan
persekolahan terbuka. Menurut Bakia (2010), persekolahan terbuka ini hanya terdapat di
sesetengah negara yang membangun di mana penggunaan internet digalakkan walaupun
kaedah mengajar mereka adalah berdasarkan radio, televisyen serta penggunaan teknologi
yang bersesuaian. Menurut Smith (2009 dalam Bakia, M.), open educational resources
(OER) ataupun sumber pendidikan terbuka digunakan untuk mewakili kandungan, peralatan
dan perisian yang boleh diperoleh secara percuma dari laman web. Kesemuanya boleh
digunakan bagi tujuan pendidikan.

Definisi-definisi yang dilihat adalah berbeza dalam komuniti pendidikan, namun


perbezaan-perbezaan ini membawa kepada pelbagai jenis praktik dan keperluan pentadbiran,
strategi pengajaran dan kandungan, keperluan teknologi dan kos yang melibatkan
pembelajaran berasaskan internet. Pembelajaran jenis ini ditawarkan oleh entiti awam, swasta
dan entiti bukan keuntungan. Pihak-pihak ini mungkin beroperasi secara tempatan, secara
serantau, secara nasional atau secara sengaja (Bakia, M., 2010). Institusi pendidikan tinggi
dan industri latihan merupakan pengasas kepada pembelajaran atas talian. Sebagai contoh,
Institut Teknologi Massachusetts (MIT) telah membuat kandungan teras yang boleh diperoleh
secara percuma di laman web seperti silibus, senarai pembacaan, dan kuliah yang berasaskan
video. Semenjak itu, sebanyak 90 universiti dan kolej dari 14 negara telah mengadaptasikan
sumber MIT ini untuk kegunaan tempatan (Smith, 2009 dalam Bakia, M.).
Pembelajaran atas talian mempunyai kelebihan pada pendidikan aras rendah dan
menengah. Pelajar sekolah rendah mempelajari kemahiran membaca menerusi Internet
manakala pelajar sekolah menengah pula berkolaborasi dengan ahli saintis dalam kajian
penyelidikan serta pemberhentian pendidikan menengah (Bakia, M., 2010). Bakia juga
menyatakan bahawa pendekatan bagi penggunaan internet dalam pendidikan dari segi format
dan media berbeza daripada kuliah didaktik konvensional serta maklumat jenis buku teks
kepada peranan kolaboratif yang berasaskan Internet dalam simulasi sosial dan strategi
permainan yang berinteraksi tinggi.

Pembelajaran berasaskan internet boleh dibahagikan kepada dua jenis fungsi iaitu
menggantikan kursus “face-to-face” yang sedia ada dan bertujuan untuk memperbaiki kursus
bersemuka. Kursus jenis “face-to-face” ini direkabentuk untuk memperkembangkan
teknologi dari segi pendidikan jarak jauh di mana, pengajar dan pelajar tidak bersemuka
antara sama lain disebabkan kekangan masa dan tempat. Sebagai contoh, kursus yang
melibatkan kaedah surat-menyurat merupakan antara bentuk pendidikan jarak jauh yang kini
telah dipertingkatkan menggunakan teknologi komunikasi terkini yang mengaplikasikan
kemudahan internet. Ia juga telah menggantikan pengajaran secara tradisional yang
menggunakan servis pos, radio dan televisyen dalam pembelajaran terutamanya bagi jarak
jauh.

Tetapi, sistem pembelajaran dapat diteruskan juga walaupun dari jarak yang jauh,
dengan adanya penggunaan internet. Biasanya, penggunaan internet memainkan peranan
yang penting dalam meningkatkan kualiti kursus “face-to-face” ini. Kaedah pengajaran ini
dikenali sebagai pendekatan “hybrid” or kacukan. Pendekatan “hybrid” ini membawa
kepada kursus “face-to-face” yang juga melibatkan komponen atas talian yang signifikan
(Bakia, M., 2010). Sebagai contoh, sumber digital yang dipertingkat diperoleh menerusi
penggunaan internet yang kian menjadi sesuatu yang umum dalam pengajaran kelas secara
tradisional. Selain itu, kursus-kursus atas talian ini melibatkan elemen “face-to-face” bagi
meningkatkan hubungan serta pembelajaran dalam kalangan pengajar dan pelajar.

Sehubungan dengan ini, Bakia juga menyatakan bahawa program jenis kacukan atau
“hybrid” juga membuka peluang kepada pelajar untuk mempelajari kursus atas talian dan
“face-to-face” dalam sesebuah program ijazah. Program ini juga mengandungi sebanyak
25%-80% pengajaran yang berlaku atas talian berdasarkan pada sistem klasifikasi. Manakala,
pengajaran yang mempunyai kemudahan laman web juga digunakan untuk menjelaskan
kursus yang mempunyai kegunaan intensif rendah bagi teknologi yang berasaskan laman web
dalam kursus face-to-face.

Tambahan pula, perkembangan dari segi teknologi membolehkan pelajar dan pengajar
berkomunikasi secara serentak. Penggunaan telefon adalah antara contoh perkembangan
teknologi seperti yang dinyatakan di atas dan dikenali sebagai “synchronous”. Definisi bagi
jenis “asynchronous” bergantung kepada komunikasi berkala dari masa ke masa seperti
surat-menyurat dan penghantaran e-mail. Dengan adanya kemudahan penggunaan internet,
pelbagai pengajaran yang baharu diperkenalkan dan pengajaran-pengajaran berupa kaedah
kacukan “synchronous” dan “asynchronous” (Bakia, M., 2010).

Terdapat pelbagai jenis perkembangan yang dilakukan dalam pembelajaran atas talian
seperti memperkenalkan material berupa multimedia, membenarkan simulasi, penggambaran
serta konsep pengukuhan pendengaran atau auditori. Antara contohnya ialah penggabungan
avatar atau tutor bersifat maya di mana karakternya bersifat animasi yang menyerupai muka
manusia untuk berkomunikasi sokongan dan kebimbangan emosi. Para pelajar akan diajar
dalam kelas yang berbentuk tiga dimensi (3D) yang mengharuskan penggunaan internet
(Bakia, M., 2010). Maka, para pengajar akan diwakili oleh avatar berupa manusia yang akan
dapat meringkankan beban kerja pengajar yang kian membebankan kini.

Sebagai kesimpulannya, pembelajaran atas talian ini membolehkan motivasi pelajar


dipertingkatkan kerana pelajar yang lebih muda tidak mempunyai kemahiran yang
mencukupi untuk bekerja secara bebas tanpa bergantung pada orang lain. Maka, definisi-
definisi di atas memberikan gambaran bahawa pembelajaran atas talian membawa kelebihan
dari segi kaedah berkomunikasi seperti perbualan atas talian, e-mail, perjumpaan atau
persidangan berbentuk audio-visual.

You might also like