You are on page 1of 2

1.

Tulis WAJAR untuk cara hidup bermoral atau TIDAK WAJAR untuk cara hidup tidak
bermoral

Pernyataan Jawapan

a. Memberi salam dan menunjukkan senyuman manis apabila


bertemu dengan rakan yang baharu.

b. Mengucapkan terima kasih apabila menerima bantuan


daripada orang lain.

c. Menelefon rakan untuk bertanyakan kerja sekolah pada lewat


malam.

d. Menunjukkan minat dan tidak mencelah ketika orang lain


sedang bercakap.

e. Bersikap lemah lembut dan merendah diri dalam pergaulan


seharian.

f. Meminta maaf secara ikhlas ketika melakukan kesalahan


yang tidak disengajakan.

g. Menundukkan kepala dan membongkokkan badan sebagai


tanda hormat ketika berjalan melintasi ibu bapa.

h. Menggunakan kata-kata yang kasar ketika berinteraksi


dengan orang lain.

i. Menawarkan tempat duduk untuk mereka yang lebih


memerlukan di mana-mana sahaja.

j. Menunjukkan perasaan cemburu terhadap mereka yang


berjaya dalam pencapaian.

[10 markah]
2. Gariskan jawapan yang betul

a. Berprasangka (baik, buruk) antara satu sama lain dapat mengelakkan pergaduhan dan
persengketaan.
b. Berpegang (teguh, longgar) kepada ajaran agama dan kepercayaan supaya kehidupan
kita bahagia.
c. Menyemai sikap (kejam, empati) dalam hati sendiri apabila melihat kesusahan orang
lain.
d. Menunjukkan taat (setia, sedia) dan kedaulatan kepada Yang di-Pertuan Agong
sebagai ketua negara.
e. Menjaga (tatasusila, tatatertib) dan beradab sopan dalam pergaulan seharian demi
keharmonian negara.
f. Menggunakan bahasa yang sopan dan tidak (membantah, bersetuju) kata-kata ibu
bapa.
g. Ibu bapa perlulah sentiasa (menegur, memarahi) dan menasihati anak agar
memperbaiki kelemahan dan kesilapan.
h. Pemakanan yang (berlebihan, seimbang) akan memberikan tenaga yang mencukupi
bagi menjamin kehidupan yang sihat.
i. Kasih sayang meupakan asas kebahagiaan dan (keharmonian, ketegangan) hidup
dalam sesebuah keluarga.
j. Memberikan peluang kepada semua anggota keluarga untuk memberikan
(pendapatan, pendapat) tentang sesuatu perkara.
[10 markah]

You might also like