You are on page 1of 2

1.

Jelaskan perbezaan pengertian kurikulum pada peringkat perancangan, pelaksanaan


dan penerimaan, serta implikasi perbezaan tersebut terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
Kenapakah terdapat isikandungan tertentu yang tidak dipelajari oleh sebahagian pelajar?

2. Setiap falsafah pendidikan mempunyai tujuan pendidikan yang berbeza. Oleh yang
demikian, pengertian tentang pengetahuan berbeza di antara falsafah, begitu juga
peranan guru dan murid juga berbeza. Sila jelaskan.

3. Sejarah mempengaruhi kurikulum dengan membawa perubahan kepada kurikulum


sesebuah negara.
Jelaskan perbezaan diantara kurikulum sekolah sebelum dan selepas kemerdekaan negara
kita.
Jelaskan perkembangan kurikulum sekolah negara ini sejak awal kemerdekaan sehingga hari
ini.

4. Dari sudut psikologi, terdapat perbezaan cara mengorganisasi dan penyampaian


kurikulum diantara sudut pandangan psikologi behavioris, kognitif dan sosial
konstruktivist. Jelaskan.

5. Kepelbagaian dan kedinamikan dalam masyarakat menuntut berbagai kehendak oleh


masyarakat sesebuah negara terhadap kurikulum, sehinggakan terdapat tuntutan
tertentu yang tidak dapat dipenuhi oleh kurikulum. Terangkan.

6. Sehingga kini, bidang kurikulum belum menemui sebarang teori yang mampu
menjelaskan, mahupun menerangkan bagaimana kurikulum dirancang dan dilaksana
sehingga mencapai hasrat yang diharapkan. Kegiatan penteorian sehingga kini hanya
berjaya menemui model dan "examplar" tentang rekabentuk, perkembangan,
pelaksanaan dan penilaian kurikulum. Terangkan kesimpulan ini.

7. Terdapat tiga model rekabentuk kurikulum: Rekabentuk berasaskan isi kandungan,


berasaskan pelajar, dan berasaskan masalah. Masing-masing mempunyai kekuatan
tersendiri. Jelaskan.
8. Pembinaan kurikulum berlaku diberbagai peringkat, melibatkan pembina yang
berbeza peranan, termasuk guru. Jelaskan peranan yang dimainkan oleh pembina
kurikululm disetiap peringkat. Kenapakah guru juga adalah pembina kurikulum?

9. Kurikulum yang dirancang seharusnya dilaksanakan. Namun terdapat sebahagian


daripada kurikulum tertentu tidak terlaksana disebabkan faktor-faktor tertentu.
Jelaskan bagaimana perkara tersebut berlaku pada peringkat perlaksanaan yang
berbeza, Bagaimana pula keadaannya dengan kurikulum yang tidak dirancang tetapi
pelajar mempelajarinya di sekolah?

10. Dalam menilai kurikulum, apakah serta siapakah yang dinilai; murid, guru, bahan,
sekolah?
Terangkan perbezaan tujuan dan aktiviti penilaian terhadap empat "common places" tersebut.

You might also like