You are on page 1of 18

SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG TORT

Tort adalah salah satu daripada cabang undang-undang sivil yang

menetapkan tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas yang melakukan

kecuaian bagi mendapatkan ganti rugi. Jumlah ganti rugi tidak ditentukan. Antara

tort yang paling utama ialah kecuaian (negligence), pencerobohan, kacau ganggu,

fitnah dan pernyataan silap.

Tort kecuaian (negligence) adalah pelanggaran kewajipan berjaga-jaga oleh

defendan yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diingini oleh plaintif. Dalam

tort kecuaian, seseorang plaintif (pelajar) dikehendaki membuktikan empat unsur

jikalau beliau ingin berjaya dalam tuntutan mendapat ganti rugi. Unsur-unsur itu

terdiri daripada kewajipan berjaga-jaga di pihak defendan, kewajipan berjaga-jaga

tersebut dimungkiri oleh defendan, kemungkiran kewajipan oleh defendan

menyebabkan plaintif mengalami kecederaan dan terdapat satu perhubungan yang

rapat antara kemungkiran dengan kecederaan plaintif.

Dalam pendidikan terdapat dua jenis kecuaian iaitu kecuaian guru dan

kecuaian pendidikan. Kedua-duanya mempunyai perbezaan masing-masing iaitu,

kecuaian guru merujuk kepada kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa

pelajar. Guru perlu membayar ganti rugi jika disabitkan bersalah oleh mahkamah.

Ganti rugi biasanya dibayar kepada ibu bapa pelajar. Dewasa ini, wujud peningkatan

dalam kes mahkamah terhadap guru. Hal ini adalah hasil daripada peningkatan

1
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

kesedaran masyarakat tentang hak individu selaras dengan kemajuan ekonomi,

teknologi maklumat dan peningkatan tahap pengetahuan. Kesedaran pelajar

mengenai had tanggungjawab dan tugas guru juga telah bertambah. Ibu bapa dan

pelajar kini telah celik undang-undang dan mengetahui hak-hak mereka.

Terdapat pelbagai kes mahkamah yang melibatkan kecuaian (negligence)

dalam pendidikan di Malaysia antaranya ialah kes Zazlin Zahira bt. Hj Kamarulzaman

dan kes Mohd Raihan b. Ibrahim. Dalam tugasan ini, kedua-dua kes ini akan

dibincangkan tentang unsur-unsur untuk membuktikan kecuaian.

Kecuaian pendidikan pula merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar.

Kecuaian pendidikan adalah amat sukar di buktikan walaupun terdapat pelbagai

faktor yang menyebabkan murid tidak menguasai sesuatu kemahiran.

2
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

DEFINISI KECUAIAN

Terdapat beberapa definisi bagi kecuaian. Antaranya :

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan cuai ialah tidak berhati-hati dalam

melakukan sesuatu atau lalai. Kecuaian pula bermaksud perihal cuai atau kelalaian.

Winfield and Jolowicz dalam Tort mendefinisikan kecuaian sebagai pelanggaran

tugas rasmi untuk menjaga sesuatu yang diamanahkan hingga menyebabkan

kerosakan atau apa-apa yang tidak diingini oleh plaintif.

Tie Fatt Hee (2004) dalam bukunya Liabiliti dalam Pengurusan Pendidikan

menyebut, kecuaian adalah kegagalan mengambil tindakan berjaga-jaga untuk

melindungi individu lain seperti mana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Dalam arena pendidikan, kecuaian guru pula dilihat sebagai konsep berjaga-jaga

daripada segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Biasanya

3
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

kecuaian guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa

pelajar.

SINOPSIS KES ZAZLIN ZAHIRA HJ. KAMARULZAMAN

Kes Zazlin Zahira Hj.Kamarulzaman merupakan salah satu kes mahkamah

berkenaan dengan penyeliaan murid dalam bilik darjah. Kes ini melibatkan Zazlin Zahira

Hj.Kamarulzaman (pelajar) menuntut melalui bapa dan penjaganya Hj.Kamarulzaman bin

Mohd Ali lawan Louis Marie Neube Rt.Ambrose a/l Ambrose & dua lagi.

Kes ini berlaku pada 19 Mac 1985 dimana seorang guru muzik (defendan pertama)

mengajar muzik dalam darjah satu. Semasa sesi pengajaran berlaku, guru tersebut

menyuruh murid melakukan gerakan “ gerabak kereta api ” di mana murid–murid termasuk

Zazlin Zahira (plaintif) melakukan pergerakan mengikut rentak muzik. Sebelum

pengajaran bermula, penerangan yang jelas telah diberikan oleh guru muzik berkenaan.

Semasa pengajaran berlaku murid tersebut telah berlari keluar daripada barisan “ gerabak

kereta api”. Murid tersebut cuba masuk kembali ke dalam barisan dan ketika itulah ia

terjatuh dan mengalami patah tangan. Guru muzik (defendan) bersama bantuan guru lain
4
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

telah memberi bantuan kecemasan kepada Zazlin Zahira sebelum ia dihantar ke hospital

atas arahan guru besar. Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh guru besar kepada ibu

bapa murid berkenaan tentang apa yang berlaku dan tindakan yang diambil oleh pihak

sekolah. Kesan daripada kemalangan itu, murid mengalami patah tangan kanan dan

selepas pembedahan terdapat parut di tempat pembedahan tersebut. Plaintif juga telah

menyatakan bahawa tangan kanannya telah lemah dan ia tidak boleh menulis lama-lama

dengan tangan tersebut. Tangan tersebut juga didapati pendek sedikit. Ekoran daripada itu,

plaintif kedua (bapa Zazlin) telah mengambil tindakan mahkamah dan menuntut ganti rugi.

Mahkamah telah membuat keputusan bahawa :

i) Sebagai seorang guru, defendan pertama mempunyai kewajipan berjaga – jaga

ke atas plaintif dan berkewajipan bertindak dengan cara yang munasabah bagi

menjaga keselamatan murid–murid di bawah penyeliaannya.

ii) Tidak ada peralatan merbahaya yang diberikan oleh guru muzik (defendan

pertama) kepada murid–murid, maka kelas berkenaan bukanlah kelas yang

merbahaya yang memerlukan penjagaan yang luar biasa rapi.

iii) Pada setiap kali sebelum kelas hendak dimulakan, memadai pengawasan biasa

dilakukan oleh guru berkenaan. Defendan telah mengingatkan murid–murid

supaya jangan tolak-menolak, berlari atau keluar barisan. Arahan–arahan ini

cukup dan memadai untuk tidak berlaku kecuaian di pihak defendan.

iv) Tuntutan Zazlin Zahira Hj Kamarulzaman telah ditolak.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu menitikberat dan memastikan kawasan atau tempat

dan peralatan yang akan digunakan adalah selamat bagi memastikan tiada sebarang

kecederaan berlaku

5
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

SINOPSIS KES MOHAMED RAIHAN BIN IBRAHIM

Kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim merupakan salah satu kes kecuaian dalam

pendidikan. Kes ini melibatkan Mohamed Raihan Bin Ibrahim & Anor Lawan Government

of Malaysia & Ors.( 1981 ).

Mohamed Raihan merupakan seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah

Port Dickson yang mengalami kecederaan di kepala kerana terkena cangkul yang

digunakan oleh rakannya semasa kelas amali Sains Pertanian. Beliau mendakwa bahawa

kecederaan berlaku disebabkan oleh kegagalan guru Sains Pertanian tersebut menyelia

pelajar–pelajar yang mengikuti kelas perkebunan serta kegagalan memberi penerangan

berkenaan penggunaan cangkul. Tuntutan beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan beliau

membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kes berkenaan adalah

seperti berikut :

6
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

i) Seramai 37 atau 38 orang pelajar tingkatan satu mengikuti kelas amali

pertanian dibawah seliaan guru Mrs.Hau Kan Yong.

ii) Selepas berbaris para pelajar mengambil peralatan pertanian di stor dan

terus ke kebun.

iii) Para pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan

diberikan satu batas. Ukuran batas adalah 15 kaki panjang dan 3 kaki lebar.

iv) Mohamed Raihan menggunakan penyodok untuk meninggikan batasnya,

manakala rakannya Raja Aminuddin menggunakan cangkul yang

pemegangnya sepanjang 5 kaki di mana bilah cangkul tersebut telah longgar

untuk melakukan kerja yang sama di batas sebelah.

v) Di sebabkan jarak mereka terlalu hampir, Mohamed Raihan ( plaintif )

memberitahu rakannya Raja Aminuddin supaya jangan menggunakan

cangkul sehingga beliau selesai melakukan kerjanya. Raja Aminuddin tidak

menghiraukan kata–kata plaintif dan terus mengangkat cangkul.

vi) Akhirnya cangkul Raja Aminuddin terkena kepala Mohamed Raihan

dimana plaintif telah mengalami kecederaan 2 ½ inci luka dan retak pada

tulang tengkorak kanan.

vii) Semasa kemalangan berlaku, guru sedang duduk di bawah pokok beberapa

ela dari batas pertanian.

Kesimpulan daripada hujah dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, guru

tersebut telah melakukan kecuaian dan gagal mengambil tindakan munasabah dan langkah

– langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan perayu ( Mohamed Raihan ) yang di bawah

jagaan beliau daripada menanggung kecederaan. Kecuaian yang dilakukan oleh Mrs Hau

Kan Yong adalah seperti berikut :

i) Beliau tidak memeriksa peralatan kebun dan tidak menyediakan sistem

keselamatan semasa kelas pertanian.


7
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

ii) Guru mempercayai pelajar dan tidak menguruskan peralatan kebun dengan

baik.

iii) Guru tidak memberi peringatan dan tidak mengambil langkah–langkah

keselamatan mengikut keadaan pelajar termasuk jarak antara mereka bagi

mengelakkan berlakunya kecederaan.

Mohamad Raihan Bin Ibrahim telah memenangi kes ini di Mahkamah Persekutuan,

Kuala Lumpur.

UNSUR–UNSUR YANG MEMBUKTIKAN KECUAIAN BERDASARKAN KES

ZAZLIN ZAHIRA BT. HJ KAMARULZAMAN DAN KES MOHAMED RAIHAN

B. IBRAHIM.

Didapati terdapat empat unsur yang boleh membuktikan kecuaian guru. Sekiranya

empat unsur ini dapat dibuktikan, seorang pelajar, ibu bapa, penjaga atau wakil akan

memperoleh kejayaan dalam tindakan tuntutan. Empat unsur tersebut adalah:

i) Terdapat kewajipan berjaga–jaga yang wujud antara pihak sekolah sebagai

defendan dengan pihak pelajar sebagai plaintif.

Dalam unsur ini, guru dikatakan memegang peranan “in loco parentis” iaitu

guru akan menggantikan peranan dan tanggungjawab ibu bapa selepas ibu bapa

menghantar anak mereka ke sekolah. Oleh yang demikian, guru

dipertanggungjawabkan untuk menyediakan seliaan yanag munasabah terhadap

murid-murid ketika mereka berada di sekolah. Guru diberi hak untuk


8
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

mengambil tindakan atau menghukum murid apabila berlaku masalah disiplin,

namun perlu diambil perhatian bahawa mahkamah mengehadkan kepada

hukuman-hukuman yang ringan mengikut keadaan, jenis kesalahan dan umur

pelajar-pelajar. Kewajipan berjaga-jaga termasuklah di bilik darjah, padang

permainan, aktiviti sukan dan di luar kawasan sekolah.

ii) Sekolah atau pengetua telah memungkiri kewajipan berjaga – jaga.

Unsur ini beerti sekolah atau pengetua memungkiri kewajipan berjaga-jaga

terhadap murid-murid. Mereka memungkiri peranan “loco in parentis” yang

disandarkan kepada mereka sehingga menyebabkan kecederaan ke atas murid.

Kewajipan berjaga-jaga dimungkiri apabila guru mengabaikan seliaan terhadap

murid-murid, guru mendedahkan murid kepada keadaan merbahaya dan

mengabaikannya, guru tidak mengambil tindakan untuk mencegah dan

mengelak kecederaan dan guru tidak memberikan arahan yang jelas apabila

hendak melakukan aktiviti yang merbahaya.

iii) Faktor sebab- musabab atau penyebab di mana kegagalan pengetua melakukan

sesuatu perbuatan merupakan sebab utama kecederaan berlaku. Iaitu

kemungkiran kewajipan berjaga-jaga oleh defendan menyebabkan plaintif

mengalami kecederaan.

iv) Timbul satu hubungan rapat antara kedua–dua pihak (defendan dan plaintif)

tersebut dan hasil daripada kecuaian defendan, plaintif mengalami kecederaan

terutama yang berbentuk fizikal.

Berikut adalah unsur-unsur yang diambil kira dalam perbicaraan kes Zazlin Zahira bt Hj

Kamarulzaman dan kes Mohamed Raihan bin Ibrahim:

a) Unsur Pertama

9
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

Terdapat kewajipan berjaga – jaga yang wujud antara pihak sekolah sebagai defendan

dengan pihak pelajar sebagai plaintif;

Merujuk kes Zazlin Zahira Bt.Hj Kamarulzaman didapati :

i) Arahan yang diberikan oleh guru adalah jelas

ii) Guru ada bersama murid semasa aktiviti dijalankan

iii) Keadaan kelas semasa aktiviti dijalankan adalah selamat

iv) Semasa aktiviti dijalankan tiada peralatan merbahaya digunakan

v) Guru terlatih ( mempunyai latihan daripada maktab )

Merujuk kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim didapati :

i) Arahan yang diberikan guru berkenaan tidak jelas tentang pengambilan alat

dari bilik stor. Murid dibiarkan mengambil peralatan tanpa pengawasan

guru.

ii) Guru tidak memeriksa peralatan terlebih dahulu sebelum membenarkan

murid menggunakannya.

iii) Guru tidak mengambil langkah berjaga – jaga untuk mengelak kecederaan

berlaku.

Kesimpulannya, wujud kewajipan berjaga – jaga di pihak guru sebagai defendan

dalam kes Zazlin Zahirah Bt Hj Kamarulzaman, manakala dalam kes Mohamed Raihan

Bin Ibrahim tidak wujud kewajipan berjaga – jaga di pihak guru sebagaimana dijelaskan di

atas.

b) Unsur Kedua

Sekolah atau pengetua telah memungkiri kewajipan berjaga–jaga. Unsur ini berkait

rapat dengan unsur pertama iaitu kewajipan berjaga- jaga dilanggar.

Merujuk kes Zazlin Zahira Bt.Hj Kamarulzaman didapati:


10
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

i) Guru sentiasa berada bersama murid semasa aktiviti dijalankan.

ii) Guru sering mengingatkan murid aspek keselamatan semasa aktiviti

dijalankan.

iii) Aktiviti yang dijalankan mengambil kira umur,situasi dan tempat.

iv) Tiada peralatan merbahaya digunakan oleh murid.

Merujuk kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim

i) Tidak ada pengawasan secukupnya iaitu guru tidak ada bersama murid

semasa aktiviti dijalankan.

ii) Guru tidak menitik beratkan aspek keselamatan semasa aktiviti dijalankan.

iii) Guru tidak memeriksa terlebih dahulu peralatan pertanian sebelum

membenarkan murid menggunakannya.

Kesimpulannya, dalam kes Zazlin Zahira Bt Hj Kamarulzaman guru memenuhi

tuntutan kewajipan berjaga–jaga, manakala berlaku pelanggaran kewajipan berjaga–jaga

dalam kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim sehingga berlaku kecederaan.

c) Unsur Ketiga

Faktor sebab- musabab atau penyebab di mana kegagalan pengetua melakukan sesuatu

perbuatan merupakan sebab utama kecederaan berlaku.

Merujuk kes Zazlin Zahira Bt.Hj Kamarulzaman didapati :

i) Murid tidak mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

Merujuk kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim

i) Guru tidak menegur kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa aktiviti

dijalankan kerana guru tiada bersama murid. ( Kedudukan Mohamed Raihan

dengan Raja Aminuddin sangat hampir dan semasa kejadian berlaku

Mohamed Raihan menggunakan penyodok manakala Raja Aminuddin

menggunakan cangkul).
11
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

Kesimpulannya, dalam kes Zazlin Zahira Bt Hj Kamarulzaman kecederaan berlaku

disebabkan murid tidak mendengar arahan guru. Dalam kes Mohamed Raihan, kecederaan

berlaku disebabkan oleh tiada penyeliaan daripada guru semasa aktiviti dijalankan.

d) Unsur Keempat

Timbul satu hubungan rapat antara kedua–dua pihak tersebut dan hasil daripada

kecuaian defendan, plaintif mengalami kecederaan terutama yang berbentuk fizikal.

Merujuk kes Zazlin Zahira Bt.Hj Kamarulzaman didapati:

i) Arahan yang diberikan oleh guru (defendan) tidak diendahkan oleh murid

(plaintif).

ii) Murid mengalami patah tangan kanan dan selepas pembedahan terdapat

parut ditempat pembedahan tersebut, plaintif juga telah menyatakan bahawa

tangan kanannya selepas kejadian itu telah lemah dan ia tidak boleh menulis

lama-lama dengan tangan tersebut. Tangan tersebut juga didapati pendek

sedikit.

Merujuk kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim didapati:

i) Tiada penyeliaan daripada guru ( defendan ) semasa aktiviti dijalankan

menyebabkan pelajar ( plaintif ) mendapat kecederaan.

ii) Pelajar mengalami luka 2 1⁄2 inci dan retak pada tulang tengkorak kanan.

Kesimpulannya, kedua-dua kes ini melibatkan kecederaan fizikal dan dapat dilihat

kesan kecederaan tersebut kepada plantif serta bersifat kekal.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAK KECUAIAN DI SEKOLAH.

12
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

Sebagai seorang pengetua, saya akan mengambil beberapa langkah yang

sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan akibat kecuaian di sekolah.

Antaranya :

1. Memastikan polisi dan prosedur tentang keselamatan dikuatkuasakan secara

adil. Dalam hal ini, saya akan memastikan semua guru dan staf memahami

polisi dan prosedur yang ditetapkan supaya tidak berlaku kemalangan atau

kecederaan samada kepada pelajar ataupun staf lain. Contohnya, prosedur

dan peraturan memasuki makmal kemahiran hidup, makmal sains dan

makmal pertanian. Saya akan memberi taklimat khas kepada guru-guru yang

terlibat agar tahap keselamatan pelajar diutamakan.

2. Mengadakan latihan untuk semua staf

Bagi memastikan semua staf memahami prosedur keselamatan yang

dtetapkan, saya akan mengadakan latihan untuk semua staf bagi aktiviti-

aktiviti tertentu. Contohnya, latihan menggunakan alat pemadam api dan alat

bantuan kecemasan. Semua guru dan staf perlu mengetahui cara

memadamkan api yang betul dan menggunakan alat bantuan kecemasan

sekiranya berlaku kecemasan.

3. Menggunakan pakar rujuk professional untuk menilai keselamatan di sekolah.

Sesetengah peralatan dan kemudahan memerlukan kemahiran dan kepakaran

tertentu. Bagi memastikan keselamatan penggunaannya, saya akan merujuk

kepada pakar rujuk profesional dan membuat pemantauan berterusan agar

13
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

peralatan tersebut berada dalam keadaan yang baik untuk digunakan.

Contohnya, alat pemadam api, paip bomba dan aliran arus eletrik.

4. Melantik satu pasukan pengurusan

Bagi peralatan yang digunakan secara kerap dan berbahaya seperti cangkul,

mesin jahit, gergaji dan sebagainya, saya akan melantik satu pasukan

pengurusan yang akan menyelia dan memastikan alat-alat tersebut dalam

keadaan baik dan selamat digunakan. Pasukan tersebut perlu membaiki atau

membaik pulih peralatan yang rosak atau tidak selamat digunakan dan

memastikan tiada kerosakan pada alat-alat tersebut.

5. Kajian garis panduan dan sumber daripada sekolah lain untuk membentuk garis

panduan.

Selain panduan dan peraturan sedia ada, saya juga akan meminta kerjasama

dan pendapat dari sekolah-sekolah lain yang berdekatan. Saya akan

mendapatkan garis panduan dari sekolah lain dan mengkaji keberkesanannya.

Saya akan mengaplikasikan mana-mana peraturan yang dirasakan sesuai

dengan keadaan sekolah saya bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

6. Semak dan kaji semula dasar sekolah dan cadangkan dasar baru jika perlu.

Dalam era perubahan kurikulum dan teknologi, semakan semula dasar-dasar

sekolah perlu dilakukan. Ini penting untuk memastikan dasar yang digunakan

menepati keperluan di peringkat sekolah.

7. Adakan penilaian keselamatan sekolah secara profesional dan kaji semula

rancangan setahun sekali.

14
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

Pihak sekolah perlu melakukan penilaian keselamatan sekolah secara

profesional. Pihak sekolah hendaklah melantik pakar rujuk profesional untuk

membuat penilaian. Hasil daripada penilaian tersebut, pihak sekolah perlu

mengkaji semula rancangan tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali

samada ia masih sesuai digunakan atau tidak.

8. Menggalakan penyertaan staf dalam mereka bentuk garis panduan.

Sebagai pengetua, saya akan melibatkan guru dan staf dalam mereka bentuk

garis panduan di sekolah. Semua guru dan staf boleh mengemukakan

pendapat yang bersesuaian. Ini penting kerana guru dan staf adalah individu

yang akan mengelolakan pelajar dan pada masa yang sama, kedua-dua pihak

adalah berisiko dengan kemalangan atau kerosakan.

9. Menyediakan satu dokumen yang mudah diakses atau dibaca.

Semua peraturan, prosedur penggunaan dan manual peralatan yang

digunakan dalam proses pembelajaran perlu didokumenkan samada dalam

bentuk “hard copy” atau “soft copy”. Dokumen tersebut hendaklah dibuat

dalam dua salinan. Satu salinan disimpan di pejabat dan satu lagi salinan

diletakkan di tempat-tempat yang berkenaan. Contohnya, peraturan makmal

sains diletakkan di makmal sains, manual mesin jahit di bilik kemahiran hidup

dan sebagainya. Dokumen ini penting sebagai rujukan dan panduan guru

yang terlibat.

10. Memastikan semua staf memahami dengan jelas peraturan dan prosedur

penggunaan.

15
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

Setelah menyediakan dokumen dan memberi latihan yang sewajarnya, saya

akan memastikan semua staf dan guru memahami dengan jelas peraturan

dan prosedur penggunaan. Ini kerana staf atau guru yang akan terlibat dalam

sebarang bentuk penggunaan peralatan-peralatan tersebut.

11. Menentukan tempat berkumpul ketika kecemasan

Sebagai pengetua, saya perlu menetapkan tempat yang selamat dan sesuai

jika berlakunya kecemasan atau kebakaran. Tempat yang selamat perlu

ditetapkan agar semua pelajar dan staf dapat segera mengambil tindakan

segera jika berlakunya kecemasan.

12. Sediakan alat bantuan kecemasan dan perubatan

Selain daripada menyimpan alat bantuan kecemasan dan perubatan di bilik

guru atau pejabat, setiap tempat yang mempunyai risiko bahaya seperti

makmal sains dan bengkel kemahiran hidup perlu disediakan dengan alat

bantuan kecemasan. Peralatan ini perlu disediakan untuk guru atau staf

mengambil tindakan awal jika berlakunya kemalangan seperti luka berdarah

dan sebagainya.

13. Pemantauan berterusan

Sebagai pengetua, tanggungjawab keselamatan pelajar dan staf adalah paling

utama. Saya akan membuat pemantauan berterusan dari semasa ke semasa

bagi memastikan semua prosedur dan peraturan yang dibentuk dapat

dilaksanakan dengan betul agar tidak berlaku kemalangan atau kerosakan

ketika berada dalam premis sekolah.

16
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

BIBLIOGRAFI

1. Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Hee, T. F. (2004). Liabiliti Dalam Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

3. Hee, T. F. (2002). Undang-undang Pendidikan di Malaysia. Shah Alam,

Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.

4. Othman, M. I. (2008). Undang-undang Untuk Pengetua dan Guru Besar. Kuala

Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

5. Pheng, L.M. (2007). General Principles Of Malaysian Law. Shah Alam, Selangor

: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

17
SGDU 6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

18

You might also like