You are on page 1of 82

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 43

3.0 DESKRIPSI BAB


Topik ketiga membawa kita kepada perbincangan mengenai pemikiran tamadun
Islam dalam beberapa aspek terpilh seperti dalam aspek keilmuan dan pendidikan;
politik dan pemerintahan; sosial dan ekonomi.

3.1 OBJEKTIF BAB


Di akhir bab ini, anda perlu pastikan bahawa anda telah mencapai objektif berikut:
a. Menjelaskan pemikiran tamadun Islam dalam aspek keilmuan dan pendidikan.

b. Menjelaskan pemikiran tamadun Islam dalam aspek politik dan pemerintahan.

c. Menjelaskan pemikiran tamadun Islam dalam aspek ekonomi

d. . Menjelaskan pemikiran tamadun Islam dalam aspek sosial.

3.2 PETA MINDA

3.3 DISKUSI
Tamadun Islam muncul sebagai satu-satunya tamadun yang unik dengan ciri
keistimewaannya yang merujuk kepada tamadun agama. Pemikiran tamadun Islam
bersifat holistik. Sumber autentiknya adalah al-Quran dan al-Sunnah. Walau
bagaimanapun ia tidak menafikan kebolehan akal manusia iaitu melalui institusi
ijtihad.

44 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
Pemikiran tamadun Islam bermula pada zaman Rasulullah SAW (abad ke 7 M),
diteruskan oleh para sahabat, tabi‟en dan seterusnya sehingga kini oleh para ulama‟
warasatul al-anbiya‟. Dalam bab tiga ini, perbincangan hanya ditekankan kepada
dasar atau asas dalam beberapa aspek sahaja, iaitu:

1. Keilmuan dan pendidikan


2. Politik dan pemerintahan
3. Ekonomi dan
4. Sosial

PEMIKIRAN ISLAM DALAM KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

PENGERTIAN ILMU
Ilmu berasal daripada perkataan Arab. Para sarjana telah mengemukakan berbagai-
bagai definisi mengenainya. Antaranya:

 Kamus Dewan (1977:483) mendefinisikan ilmu dengan dua makna; Pertama:


Bermaksud pengetahuan, kepandaian (dalam perkara dunia, akhirat, zahir,
batin dan lain-lain). Kedua: Ilmu merupakan kajian berkenaan sesuatu perkara.

 Syed Mohd Naquib al-Attas mendefinisikan ilmu sebagai ketibaan sesuatu


makna hasil daripada maklumat (ide) yang benar dalam diri seseorang. Ilmu
tidak sama dengan maklumat, tetapi ilmu memerlukan maklumat yang benar
dan bermakna kepada pemiliknya. Maklumat yang tidak benar walaupun
bermakna besar kepada pemiliknya bukanlah ilmu, tetapi ia mungkin sekadar
perasaan, syak atau zan. Contohnya seorang lelaki yang cinta kepada seorang
perempuan, ia merupakan perasaan bukannya ilmu, walaupun ia amat
bermakna kepada lelaki tersebut (Wan Mohd Nor Wan Daud 1989: 3).

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 45
Daripada pengertian di atas dapat dirumuskan bahawa:
 Ilmu dalam Islam merupakan maklumat (ide) yang benar dan memberi manfaat
kepada pemiliknya.

 Seseorang itu dikatakan tidak berilmu sekiranya ia memiliki maklumat tetapi


menggunakannya ke arah sesuatu yang tidak memberi manfaat. Dengan kata
lain, ilmu yang dimiliki tidak bermakna sekiranya tidak membawa apa-apa
perubahan dalam hidup; tidak beramal, tidak menyebarkan dan tidak
menggunakan ilmu tersebut untuk kesejahteraan dan pembinaan tamadun
ummah.

 Ilmu di sini bukan sahaja berkaitan dengan ilmu keduniaan (yang dibahagikan
kepada berbagai disiplin ilmu seperti sains tulin; sains sosial dan lain-lain),
tetapi termasuk juga ilmu keakhiratan seperti ilmu tauhid ('aqidah), syariat,
akhlak, tasauf dan sebagainya.

 Tamadun Islam adalah tamadun keintelektualan. Berkembang di atas asas


keilmuan yang berpaksikan premis tauhid.

ASAS / DASAR KEILMUAN DALAM ISLAM


 Dasar keilmuan Islam berpaksikan premis tauhid. Ini dapat dilihat dalam surah
al-„Alaq ayat 1 – 5, bermaksud:

 Ilmu adalah anugerah Allah SWT kepada manusia yang diajar melalui
perantaraan kalam (menulis dan membaca). Kedudukan asal manusia adalah
jahil, mereka dilahirkan dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.

46 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
 Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Adam a.s. telah diajar nama-nama (ilmu)
sebagai persediaan untuk hidup di dunia. Juga sebagai persediaan untuk
memikul tanggungjawab yang besar iaitu „Khalifah fi al-Ard‟ dan sekaligus
sebagai hamba (untuk beribadat kepada-Nya). Peristiwa tersebut dirakamkan
dalam surah al-Baqarah (1: 31) yang bermaksud:

 Nama-nama yang disebutkan dalam ayat ini ialah ilmu, kerana setiap nama
pasti ada benda atau sesuatu yang diberikan nama. Selain daripada itu, untuk
memberikan nama mestilah terlebih dahulu mengetahui ciri, sifat dan tabiat
sesuatu tersebut.

 Sulaiman Yassin dalam bukunya Empat Konsepsi Asas Dalam Islam telah
menegaskan bahawa ilmu tersebut meragkumi semua peringkat iaitu:

Pertama:
Peringkat daya keupayaan untuk menggunakan lambang „rumuz‟ bahasa
dalam pertuturan dan pembacaan. Daya keupayaan ini merupakan sifat
keistimewaan manusia sahaja dan sangat penting kepada manusia. Tanpa
daya keupayaan ini hidup manusia tidak meningkat ke taraf kemanusiaan.

Kedua:
Ilmu di peringkat yang lebih khusus, sebagai hasil daya keupayaan berbahasa
dan berfikir; iaitu ilmui pengetahuan dalam segala bidang dan rantingnya, sama
ada ilmu fizika, tumbuhan, haiwan dan kemanusiaan serta lain-lainnya.

Ketiga:
Ilmu yang lebih terkhusus dan peringkat yang tertinggi iaitu ilmu Nama-nama
Allah SWT yang indah (ilmu al-Asma al-Husna).

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 47
Al-Quran sebagai sumber asasi yang diwahyukan Allah SWT kepada Muhammad
Rasullullah SAW telah mengemukakan pelbagai saranan, gesaan dan anjuran
supaya manusia mencari, beramal dan menyebarkan ilmu. Begitu juga disuruh
supaya mereka yang jahil bertanya kepada yang 'alim (tahu).

1. Tuntutan Mencari Ilmu


 Surah al-‘Alaq ayat 1 – 5, bermaksud:
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan kamu
daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha
Pemurah) yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia
mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya (manusia)".

 Surah al-Taubah ayat 122, bermaksud:


"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi
semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap
golongan di antara mereka beberapa orang (mencari ilmu) untuk
peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali
kepadanya. Supaya mereka itu dapat menjaga dirinya".

 Surah al-Nahl ayat 43, bermaksud:


“Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu) kecuali seorang laki-laki
yang Kami beri .wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada
orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui".

 Surah ar-Rahman ayat 33, bermaksud:


"Hai jamaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus
(melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak
dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan”.

 Surah al-Isra ayat 99, bermaksud:


“Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawasanya Allah SWT
yang menciptakan langit dan bumi adalah berkuasa (pula)
menciptakan yang serupa dengan mereka, dan telah menetapkan
waktu tertentu bagi mereka yang tidak ada keraguan kepadanya
…?”

48 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
Ayat.ayat di atas memberi gambaran yang cukup jelas mengenai galakan dan
tuntutan supaya mencari dan mendalami ilmu demi untuk membawa
kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Selain daripada itu, sunnah Rasullullah
SAW juga menekankan perkara yang sama (anjuran dan tuntutan supaya
mencari ilmu), antaranya:

 Anas bin Malik r.a. melaporkan, Rasulullah SAW telah bersabda:


"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang
muslim".
( Ibn Majah dan lain-lain).

 Abdullah bin Amr r.a. melaporkan, Rasulullah SAW telah


bersabda:
"Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama)
adalah tiga dan yang lain daripada itu adalah lmu yang lebih (yang tidak
dikehendaki oleh agama); Ilmu yang tiga itu ialah: pertama: ayat al-quran
yang terang nyata dan tidak dimansuhkan hukumnya, kedua: sunnah
yang sahih datangnya dari Rasulullah SAW, yang tetap kekal, ketiga:
ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak
kitab Allah dan sunnah rasul-Nya”.
( Abu Daud dan Ibn Majah)

 Ibn Mas’ud r.a. melaporkan, Rasulullah SAW bersabda:


”Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai;
pelajarilah perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia
kepada orang ramai; pelajarilah al-quran dan ajarkanlah dia kepada
orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti
makhluk yang lain), dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan
hilang lenyap), dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan
sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan,
yang mereka tidak dapat seorangpun yang boleh menyelesaikan perkara
yang diperselisihkan itu”.
(ad-Dharimin dan al-Dharqathini)

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 49
 Abi Bakrah r.a. melaporkan, Rasulullah SAW bersabda:
”Jadikanlah dirimu orang alim, atau orang yang menuntut ilmu, atau
orang yang selalu mendengar pelajaran agama, ataupun orang yang
mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi
(dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan
binasa”
(al-Bazzar)

 Muawiyah r.a. melaporkan, Rasulullah SAW bersbda:


”Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan
ia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama; dan
bahawa sesungguhnya aku ini hanyalah membahagikan, sedang Allah
jualah yang memberi; dan sebahagian dari umatku ini tetap terus
menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapapun dari kalangan orang-
orang yang menyalahii mereka dapat merosakkan mereka, sehingga
datang perintah Allah”.
(al-Bukhari dan Muslim)

Pepatah lama ada menyebut; "yang bulat tidak akan datang menggolek, yang
pipih tidak akan datang melayang". Begitulah dengan ilmu. Ia tidak diperolehi
dengan mudah. Manusia mesti berusaha mencari dan rnenuntutnya. Hakikat ini
disebut dalam Surah al-Nahl ayat 43, bermaksud:

50 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
2. Tuntutan Beramal Dengan Ilmu
 Amal soleh secara umumnya ialah ibadat yang dilakukan oleh individu
yang melaksanakan tanggungjawab dirinya dengan Allah SWT. Ia
merupakan kerja-kerja kebaikan dalam kehidupan seharian seperti solat,
puasa, zakat, haji, berzikir, beristighfar, tahmid, baca al-Quran dan
sebagainya. Termasuk juga dalam hal ini, perbuatan atau amalan yang
dikenali sebagai amal jariah.

 Secara umumnya amal jariah ialah kerja-kerja yang dilakukan dalam


bentuk memenuhi kepentingan masyarakat. Ia melibatkan perkara yang
memberi manfaat kepada manusia secara umumnya dan
menyelesaikan masalah umat Islam secara khususnya. Termasuk dalam
bidang ini ialah membina jalan raya, masjid, tandas awam, perhentian
bas dan sebagainya. Tuntutan beramal dengan ilmu ini antaranya dapat
dihayati melalui ayat-ayat dan hadis nabi SAW, antaranya:

 Al-Quran menggambarkan manusia yang tidak beramal dengan ilmu


seperti keldai yang membawa lembaran kertas, lebih-lebih lagi terhadap
mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT (al-Quran, al-Jumu‟ah :
5). Mereka juga diumpamakan seperti pokok yang tidak berbuah - sia-sia
kerana tidak mendatangkan sebarang hasil.

 Surah al-Mujaadalah ayat 11, bermaksud:


"... nescaya Allah SWT meninggikan orang-orang yang beriman di
antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
darjat..."

 Surah az-Zumar ayat 9, bermaksud:


"Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan mereka yang
tidak mengetahui".

 Surah Faathir ayat 28, bermaksud:


“Sesungguhnya yang takut kepada Allah SWT di antara hamba-hamba-
Nya, hanyalah ulama (orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan
Allah SWT)".

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 51
 Rasulullah SAW telah bersabda antara lain maksudnya:
"Tiga amalan yang akan membantu dan diperolehi pahala oleh manusia
secara berterusan, iaitu anak yang soleh, ilmu yang manfaat dan
sedekah jariah”.

 Dalam sabdanya yang lain bermaksud:


"Sukakah kamu aku tunjukkan orang-orang yang akan menjadi semulia-
mulia ahli syurga? Jawab mereka: "Ya ! kami suka wahai Rasullullah.
Jawab Rasullullah saw: Mereka ialah ahli-ahli ilmu pengetahuan daripada
umatku".

Muhammad Labib al-Buhi (1977:34) telah menjelaskan sekurang-kurangnya


terdapat dua faktor mengapa ilmu mesti diutamakan terlebih dahulu daripada
ibadat.

Pertama:
Dengan berpedomankan ilmu pengetahuan amal ibadat dapat dilaksanakan
dengan betul dan selama ibadat itu untuk Allah SWT maka kita harus lebih
dahulu mengenal Allah SWT sebelum kita beribadat kepada-Nya. Bagajamana
kita hendak menvembah Allah SWT sekiranya kita tidak mengetahui sifat-sifat-
Nva nama-nama-Nya, segala sesuatu yang wajib dan mustahil bagi-Nya,
kerana mungkin seseorang itu mempunyai anggapan yang salah kepada-Nya.

Kedua:
Sesudah kita mengenal sifat-sifat Allah SWT yang kita sembah dan segala
sifat-sifat yang wajib, maka kita harus pula mengetahui hak-hak yang wajib ke
atas kita terhadap Allah SWT, segala kewajiban yang harus kita
laksanakannya, segala perintah yang harus kita junjungi dan segala larangan
yang harus kita jauhi.

Gandingan kepentingan dan saling berkaitan kedua-dua unsur ini juga dapat
dilihat dari kata-kata Hassan Basri:

52 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
Orang yang berilmu adalah orang yang takut kepada Allah SWT. Mereka takut
untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang dan ditegah. Mereka sentiasa
berwaspada dalam hidup dan tidak terjerumus ke lembah yang dimurkai Allah
SWT. Orang berilmu mengatur kehidupan berdasarkan syariat. Mereka tidak
akan tunduk kepada desakan orang-orang yang meianggar perintah Allah
SWT. Mereka juga tidak akan mengikuti pujukan-pujukan dan tidak
terpengaruh dengan hasutan dan kemewahan dunia.

Adalah merupakan suatu penghinaan kepada kehormatan dan kemuliaan


manusia seandainya manusia tunduk kepada sesama makhiuk. Ketundukan
sama ada dalam bentuk menyembah kepada batu-batu, pokok-pokok kayu
atau ketundukan dengan mengikut sistem-sistem yang dibuat (digubal) oleb
manusia tanpa keizinan Allah SWT. llmu dapat mengatasi kejahilan manusia.
Sebelum diutuskan Rasullullah saw, manusia (bangsa Arab) berada dalam
keadaan jahiliah. Mereka bukannya tidak ada teknoiogi, tetapi mereka tidak
mengenal dan tidak mengabdikan diri kepada Pencipta.

3. Tuntutan Menyebarkan Ilmu


Ilmu yang dicari, diamal dan dihayati perlu pula disebarkan. Penyebaran ilmu
dapat mengatasi kejahilan, mengubah suasana daripada kegelapan kepada
kebenaran cahaya. Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (ar-
Ra‟d: 11). Banyak ayat dan hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan hal ini,
antaranya:

 Surah al-‘Asr ayat 1-3, bermaksud:


“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian,
melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, yang nasihat
menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati supaya bersabar".

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 53
 Surah al-Baqarah ayat 159-160, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah
Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah,
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci,
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk
mereka) serta (menerangkan apa yang mereka sembunyikan); maka
orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha
Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”.

 Surah al-Imran ayat 187, bermaksud:


"Dan ingatlah! Ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang
yang telah diberikan kitab (iaitu): ”Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu
menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali
kamu menyembunyikannya”. Kemudian mereka membuang (perjanjian
setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan
mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang
mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu”.

 Abi Bakrah r.a. melaporkan, Rasulullah SAW bersabda,


bermaksud:
"Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadisku) menyampaikannya
kepada orang yang tidak hadir, kerana sesungguhnya diharap orang
yang disampaikan hadis itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham
daripada yang menyampaikannya”.
(Bukhari dan Muslim)

 Abdullah bin Amr r.a. melaporkan, Rasulullah SAW bersabda,


bermaksud:
“Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dariku walau satu ayat sekalipun,
dan ceritakalah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel, dan
(dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan
(ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka
hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka”.
(Bukhari dan Thurmizi)

54 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
 Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah SAW bersabda,
bermaksud:
“Sesiapa yang ditanya kepadanya mengenai sesuatu ilmu (agama), lalu
ia menyembunyikannya, nescaya Allah mengekangkan mulutnya dengan
kekang dari api neraka, pada hari kiamat kelak”.
(Abu Daud dan Thurmizi)

Ayat-ayat dan hadis di atas cukup jelas bahawa Allah SWT dan RasulNya
menganjurkan supaya kita umat Islam menyebarkan ilmu dan dilarang
menyembunyikannya. Orang berilmu diangkat martabat dan ditinggikan darjat
berbanding dengan orang-orang yang jahil. Kedudukan mereka juga tidak
sama. Orang-orang yang berilmu. dipandang mulia dan diberikan kedudukan
yang tinggi dalam masyarakat.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 55
HIRARKI KEILMUAN DALAM ISLAM
Hirarki ilmu dalam Islam membahaskan mengenai dari mana datang idea/fikiran atau
ilmu? Apakah ilmu boleh dicapai melalui pemikiran akal atau logik semata-mata
sebagaimana yang didakwa oleh para sarjana falsafah beraliran rasionalisme? Atau
ilmu terhasil daripada pengkajian dan mampu dibuktikan dengan maklumat tertentu
sebagaimana yang didakwa oleh para sarjana falsafah beraliran empiricisme? Atau
ilmu diperolehi melalui sumber agama semata-mata?

Ilmu dalam Islam ditakrifkan sebagai suatu maklumat yang benar, merujuk kepda
sumber sahih, yang berfaedah untuk mencapai objektif-objektif murni ke arah
mengtawhidkan Allah, bersifat praktikal serta tidak tersembunyi untuk kumpulan
tertentu sahaja. Justeru, hirarki ilmu Islam bermula dan bertitik tolak daripada pemilik
ilmu itu sendiri iaitu wahyu Ilahi, intuisi atau ilmu laduni, akal dan pancaindera.

1. Wahyu Ilahi
 Ilmu adalah anugerah dan datangnya dari Allah SWT. Ilmu dianugerahi
Allah SWT kepada para Rasul dan Nabi sejak Adam a.s. sehinggalah
Nabi Muhammad saw. Wahyu yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW bersifat holistik sebagaimana yang terkandung dalam
al-Quran. Terdapat ayat-ayat yang menjelaskan sesuatu ilmu secara
terperinci dan terdapat juga ayat yang menjelaskan asas atau prinsip
ilmu sesuatu perkara. Ayat tersebut ada yang berkaitan dengan ilmu
'aqidah (tauhid), ibadat, syariat, kekeluargaan, adab, sosial, politik,
ekonomi, kehakiman dan perundangan, astronomi, fizik, kimia,
matematik, geografi, geologi, arkitek, perubatan dan lain-lain. Antara
ayat-ayat tersebut ialah:

56 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
 “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk
memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan ia pula tidak
diperanakkan; dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya”.
(al-Ikhlas: 1-4)

 “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-


hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh
keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membut hukum yang
lebih baik daripada Allah”.
(al-Maa’idah: 50)

 “Pada ketika itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan


(memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu
Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi
saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”
(Yaa Siin: 65)

 “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati


(yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis)
air benih pada tempat penetapan yang kukuh; Kemudian Kami
ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami
ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut
tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu,
Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik
Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
Kemudian, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula
pada hari kiamat”.
(al-Mu’minuun: 12-16)

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 57
 “Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan
tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari
langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya
(segala yang berlaku dari pelaksanaan tadbirNya itu untuk
dihakimiNya)pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang
bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu
yang biasa”.
(as-Sajdah: 5)

 “Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini”


(al-An’aam: 38)

2. Intuisi Atau Ilmu Laduni


 Iman al-Ghazali menamakan ilmu intuisi sebagai ilmu laduni. Ia berada
di kedudukan yang kedua. Ilmu laduni bukannya ilmu yang boleh
dipelajari atau didapati dengan menghadirikan diri di majlis-majlis ilmu
tetapi ia adalah ilmu yang diberikan secara langsung oleh Allah SWT
kepada hamba-hambaNya yang soleh, yang “muqarabbin” (yang
hampir) denganNya seperti para wali dan sebagainya.

 Mimpi yang benar juga merupakan petunjuk atau ilmu yang memberi
manfaat kepada seseorang. Al-Quran menggambarkan kisah mimpi
Nabi Ibrahim a.s. (as-Saaffaat: 102) dan juga mengenai mimpi Nabi
Yusuf a.s. (Yusuf: 4-6).

3. Akal Fikiran
 Ilmu yang dihasilkan melalui sumber alternatif atau sumber sekunder
yang tidak berasal secara langsung daripada nas wahyu Ilahi,
sebaliknya terhasil melalui proses daya usaha pemikiran yang amat
terbatas.

 Ilmu-ilmu ini diolah dan diperkembangkan oleh manusia menerusi


aktiviti-aktiviti akal mereka; berfikir, menyelidik, merumus dan
sebagainya. Sehingga akhirnya mewujudkan tamadun umat dan
tamadun dunia yang begitu hebat dan mengkagumkan. Penggunaan
akal diiktiraf oleh al-Quran, contohnya:

58 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
 Surah ar-Rad ayat 3, bermaksud:
"Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan
gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan
padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah SWT
menutupkan malam dan siang. Sesungguhnya pada yang demikian
itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT) bagi kaum yang
memikirkan" (lihat juga dalam surah al-Rum :8; al-An‟am :50; Yunus
:16; al-Nahl :12 & 43).

 Surah al-Imran ayat 190-191 bermaksud:


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya
malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal,
iaitu orang-orang yang mengingati Allah SWT sambil berdiri atau
duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan
tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan
kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci
engkau, maka peliharalah kami dan seksa neraka".

llmu dapat mengatasi kejahilan manusia. Sebelum diutuskan Rasullullah saw,


manusia (bangsa Arab) berada dalam keadaan jahiliah. Mereka bukannya
tidak ada teknoiogi, tetapi mereka tidak mengenal dan tidak mengabdikan diri
kepada Pencipta. Kedatangan Islam telah mengubah suasana tersebut.
Hasilnya telah lahir para ilmuan yang menggoncang dunia dengan keilmuan
mereka. Misalnya Saiddina Ali dengan lautan ilmunya, Saiddina Abu Bakar,
Omar, Othman dan lain-lain. Di zaman Umaiyyah dan Abbasiah pula telah
wujud gedung-gedung ilmu dengan gelaran Baitul Hikmah, Darul Hikmah dan
lain-lain. Waktu itu para ilmuan telah berlumba-lumba mengadakan
“research". Selain daripada berjaya menulis buku-buku yang berkaitan
dengan berbagai ilmu, mereka juga diberi ganjaran yang lumayan oleh
pemerintah.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 59
Tokoh-tokoh yang lahir, bukan mahir dalam satu bidang sahaja. Malah
mereka merupakan golongan profesional dalam berbagai-bagai bidang. Al--
Kindi (mati 873 M) misalnya, selain daripada seorang failasof, beliau juga
mahir dalam bidang logik, fizik, politik, psikologi, etika, matematik, astronomi,
perubatan, muzik dan sejarah. Al-Farabi (mati 98.5 M). seorang failasof,
mempunyai otoriti dalam berbagai-bagai bidang termasuklah sains, ekonomi
dan politik. Ibn Sina (mati 1037 .M), ahli failasof mahir dalam berbagai-bagai
bidang antaranya perubatan, falsafah, metafizik, logik, psikologi, kimia, fizik.
dan sastera. Imam al-Ghazaii (mati 1111 M) bukan sahaja terkemuka dalam
bidang agama tetapi juga seorang kritikus yang tajam terhadap falsafah, dan
ilmu-ilmu kemasyarakatan. Begitu juga dengan Ibn Majah (mati 1126 M) dan
lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama sahaja), mereka merupakan
ulama yang terkemuka di samping ahli failasof yang mahir dalam berbagai-
bagai bidang keilmuan (Mohd Idris al-Jauzi 1990: 23).

4. Pancaindera
 Akal dan pancaindera tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling
perlu memerlukan. Hubungan kedua-duanya amat jelas, proses
penggunaan pencaindera; pengamatan, pemerhatian, pendengaran,
sentuhan dan rasa serta seterusnya manusia akan menyelidik, memikir
dan mempergunakan berbagai-bagai aktiviti minda yang lain.

 Selain daripada itu, manusia digesa supaya berlumba-lumba mencari


ilmu dan menakluki dunia dengan tamadun dan secara beradab. Untuk
mencapai hakikat ini mereka dituntut supaya menggunakan akal;
melihat (merenung, memerhati dan mengamati) terhadap fenomena-
fenomena kejadian alam yang luas terbentang yang mengandungi
berjuta rahsia. Seterusnya mengadakan ujikaji dan penyelidikan untuk
menggali rahsia tersebut dan mengambil manfaat daripadanya.

 Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 78, bermaksud:

60 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
Dengan ini dapat disimpulkan:
 Ilmu Wahyu merupakan sumber tertinggi dalam Islam. Ia menjadi asas dan
dasar kepada segala kegiatan keilmuan.

 Islam juga tidak menafikan penggunaan akal. Penggunaan akal merupakan


pengkajian secara emperikal; dengan pengamatan, pemerhatian, ujikaji atau
penyelidikan yang dilakukan oleh manusia.

 Oleh kerana fungsi utama ilmu adalah untuk sampai kepada kebenaran, maka
kebenaranlah yang menjadi kayu pengukur kepada martabat sumber-sumber
ilmu (Mohd Idris Jauzi 1990: 20).

KLASIFIKASI ILMU
Perbahasan klasifikasi ilmu akan difokuskan kepada dua perspektif utama, iaitu:
perspektif tuntutan mencari ilmu dan perspektif kewujudan disiplin ilmu.

PERSPEKTIF TUNTUTAN MENCARI ILMU


Perbincangan di atas kita menemui banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi
Muhammad SAW secara jelas menyaran dan memfardukan kepada umat Islam
supaya mencari ilmu, membudayakan ilmu dan seterusnya menyebarkan ilmu.
Persoalannya, apakah ilmu yang difardukan (dituntut) supaya dipelajari?

Banyak jawapan yang diberikan terhadap persoalan tersebut. Sekiranya ditanya


kepada golongan ahli ilmu kalam, sudah pasti ilmu kalam yang menjadi kewajipan
untuk dipelajari. Jika ditanya kepada golongan ahli fekah, sudah pasti jawapannya
jalah ilmu fekah dan perundangan. Jika ditanya golongan tasauf, sudah pasti ilmu
tasauf dan berkaitan dengan akhlak yang perlu untuk dipelajari. Begitulah
seterusnya, jawapan yang diperolehi bergantung (berdasarkan) kepada pegangan
golongan (aliran) manakah yang diajukan soalan tersebut.

Mengikut Al-Ghazali (1977), kefarduan (tuntutan) mencari ilmu merupakan kewajipan


keagamaan; iaitu kewajipan yang dibatasi oleh keperluan. Dalam hal ini, seseorang
itu perlu rnengetahui kaedah-kaedah yang sempurna dan betul untuk melaksanakan
amalan-amalan dalam hidupnya yang berdasarkan syariat Islam.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 61
Pengusaha penternakan misalnya; selain daripada mengetahui ilmu penternakan, ja
juga wajib memiliki pengetahuan yang berasaskan syariat mengenai perusahaannya
seperti zakat apabila cukup syarat-syaratnya dan lain-lain. Manakala ahli perniagaan
atau usahawan pula, ia mestilah mengetahui hukum-hukum dan peraturan
perniagaan menurut Islam. Ia mesti menyedari bahawa riba itu haram dan
meninggalkannya. Begitulah seterusnya dengan bidang-bidang hidup yang lain
mempunyai keperluan-keperluan yang tersendiri untuk menjadikannya sesuai
dengan kehendak agama (Islam). Berasaskan kenyataan ini, secara umumnya llmu
dalam Islam dipandang dari sudut kewajiban hukum ke atas Muslim bolehlah
dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

Pertama : Ilmu Fardu ‘Ain


Ilmu fardu „ain ialah ilmu yang diwajibkan kepada setiap peribadi-peribadi Islam
untuk mempelajari dan beramal dengannya. Ia melibatkan ilmu seperti „aqidah,
syariat dan akhlak.

Dalam konteks „aqidah, seseorang itu perlu mengetahul mengenai ketuhanan Allah
SWT. Mengetahul bagaimana cara untuk mengenali Allah SWT dan seterusnya
beribadat kepada-Nya. Termasuk juga dalam hal ini, ja mengetahui ilmu tauhid dan
yang berkaitan dengannya.

Manakala ilmu yang berkaitan dengan syariat pula, ia melibatkan hukum-hukum dan
peraturan yang mesti diketahui dan diikuti untuk melaksanakan sesuatu suruhan
sama ada dalam soal ibadat khusus atau dalam melaksanakan tanggungjawab
seharian, iaitu tanggungiawab di dalam bidang-bidang seperti politik, ekonomi,
pergaulan dan sebagainya.

Contohnya dalam hal ibadat, seseorang itu mestilah mengetahui peraturan-peraturan


yang ditentukan untuk mengerjakan sesuatu ibadat. Kerana ibadat-ibadat seperti
solat, puasa, zakat dan haji mestilah dilaksanakan berdasarkan syariat yang telah
ditentukan.

Untuk melaksanakan ibadat solat seseorang individu muslim mestilah mengetahui


perkara-perkara yang berkaitan dengan thaharah (kebersihan), cara-cara berwudhu,
rukun-rukun dan syarat-syarat solat. Di samping. Itu, ia juga mesti mengetahui dan
boleh rnembaca al-Quran terutamanya al-Fatihah yang merupakan rukun di dalam
solat.

62 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
Begitulah seterusnya dengan ibadah-ibadah khusus dan lain-lain bidang hidup
semuanya terdapat peraturan atau cara-cara tertentu yang diturunkan Allah SWT.

Dengan kata lain individu muslim mestilah mengetahui mengenai ilmu fekah, ilmu al-
Quran dan lain-lain ilmu yang berkaitan. Di samping itu dikehendakki juga
mengetahui hukum-hukum seperti halal, wajib, sunat, harus, makruh dan haram atau
paling mudahnya ia mesti mengetahui apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak
boleh dilakukan.

Ini disebabkan aktiviti hidup manusia tidak akan lari dari ketentuan hukum tersebut
(halal, haram, sah atau batal).

Dalam persoalan akhlak pula, seseorang itu perlu memiliki ilmu atau pengetahuan
yang berkaitan dengan hati mereka. Terdapat akhlak yang terpuji dengan sifat-sifat
mahmudah dan terdapat akhlak yang buruk dengan sifat-sifat mazmumah.

Kerana itu mereka mestilah mengasuh diri mereka dengan sifat benar, kasih,
sayang, cinta, tolong-menolong, tekun, sabar dan sebagainya. Serentak dengan itu
mereka mengawal dan menahan daripada terpengaruh dengan sifat marah, hasad,
dengki, khianat, tamak haloba, kedekut dan sebagainya.

Kedua : IImu Fardu Kifayah


Ilmu fardu lifayah bukan sekadar berkaitan dengan persoalan penyelenggaraan
jenazah sepertimana yang difahami oleh sebahagian masyarakat kini. Ia sebenarnya
mempunyai dimensi yang luas iaitu merupakan ilmu yang diwajibkan ke atas
sekumpulan atau seluruh umat Islam untuk mempelajarinya.

Ia adalah kefarduan secara kolektif. Di mana sekiranya terdapat seorang atau


sekumpulan umat Islam yang mempelajari ilmu tersebut, maka terlepaslah
tanggungiawb ke atas umat Islam yan lain. Dan pada waktu ini, ia telah menjadi
fardu „ain kepada individu yang mempelajari ilmu tersebut.

Termasuk di dalam kategori ilmu fardu kifayah ialah semua jenis ilmu yang boleh
mewujudkan “survival” hidup umat Islam Dengan kata lain, ilmu tersebut mestilah
yang dapat menjaga kesejahteraan, keselamatan dan memenuhi keperluan hidup
umat Islam. Selain daripada itu, ilmu tersebut juga mestilah yang membawa ke arah

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 63
kemakmuran dan mencegah kefasadan. Antaranya; ilmu kedoktoran, kejuruteraan,
perekonomian, perniagaan, astronomi, ketenteraan, pentadbiran, perusahaan:
makanan, minuman, tekstil dan lain-lain.

Dalam konteks pelaksanaan, kedua-dua jenis ilmu ini saling berkaitan dan perlu
memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya tidak ada salah satu darpadanya,
maka pincanglah kehidupan umat.

Ini disebabkan untuk memenuhi keperluan fardu „ain, umat Islam perlu kepada ilmu
fardu kifayah. Contohnya solat, yang merupakan fardu „ain ke atas umat Islam.
Apabila melakukan solat mestilah berdasarkan peraturannya. Solat akan sah apabila
dilakukan dengan menutup aurat.

Menutup aurat, biasanya dengan menggunakan pakaian iaitu penyediaan kain


(tekstil) merupakan perkara yang fardu kifayah, kewajiban ke atas semua umat Islam
secara kolektif kerana semua Islam mesti menutup aurat).

Begitu juga dalam hal makanan dan minuman. Setiap umat Islam mestilah
memastikan makanan yang dimakan dan minuman yang diminum adalah yang halal
dan baik-baik. Untuk memenuhi keperluan ini ia menjadi tanggungjawab semua
(secara berkumpulan) untuk menyediakannya, bukannya tanggungjawab individu
tertentu sahaja. Tetapi apabila sudah ada mereka yang memikul tanggungjawab ini
maka terlepaslah umat Islam lain daripada dosa.

Walaupun kedua-dua ilmu ini saling perlu memerlukan dalam konteks pelaksanaan,
namun dalam konteks mempelajarinya, ilmu fardu „ain adalah lebih utama. Di mana
seseorang itu mestilah mengetahui ilmu fardu „ain terlebih dahulu baharulah ia
memulakan langkahnya ke arah ilmu fardu kifayah.

Ataupun sekurang-kurang dengan cara bergandingan, iaitu mendalami ilmu fardu


„ain dan serentak dengan itu ia mempelajari ilmu fardu kifayah. Dengan keadaan ini
baharulah wujud keharmonian di dalam mencari ilmu.

Manakala matlamat mencari ilmu juga mestilah jelas iaitu untuk mengenali Allah
SWT, beramal dengan ilmu tersebut dan seterusnya mengharapkan keredaan-Nya
dalam hidup. Kerana itu ilmu tersebut mestilah berasaskan kepada Tauhid. Ini
sebagaimana yang disebutkan dalam wahyu yang pertama (surah al-„Alaq) ayat 1 -
5, bermaksud:

64 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa:
 Menuntut ilmu dalam Islam merupakan perkara yang dituntut ke atas setiap
peribadi muslim sama ada lelaki atau perempuan.

 Tuntutan tersebut adalah sebagai kewajiban yang berasaskan kepada


kepentingan untuk memenuhi keperluan hidup manusia.

 Ilmu tersebut mestilah berasaskan kepada tauhid - untuk mengenali dan


beribadat kepada Allah SWT.

 Ilmu secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ilmu fardu
„ain dan ilmu fardu kifayah.

 Di segi amalan, kedua-dua ilmu ini bergerak seiring dan secara sepadu.
Kedua-duanya saling perlu memerlukan dan berkaitan.

 Manakala di segi mempelajarinya pula, ilmu fardu „ain mesti diutamakan


daripada ilmu fardu kifayah atau sekurang-kurang diseiringkan.

PERSPEKTIF KEWUJUDAN DISIPLIN ILMU


Para sarjana menerusi kajian yang mereka lakukan telah mengemukakan pelbagai
pendapat mengenai pembahagian ilmu dari sudut kewujudan pelbagai disiplin ilmu
sebagaimana yang kita hadapi hari ini. Mohd Nor Mamat dalam kajiannya telah
melaporkan antara tokoh disiplin pengurusan maklumat Islam tersebut ialah:

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 65
1. Al-Kindi (-866M)
Beliau mengklasifikasikan ilmu kepada dua bidang utama iaitu ilmu teori dan
ilmu praktik.Termasuk dalam kelompok ilmu teori ialah ialah ilmu tabi‟e
seperti sains, kimia, biologi, fizik, matematik dan metafizik. Manakala ilmu
yang lebih berbentuk amalan dan aplikasi diletakkan dibawah ilmu praktik
termasuklah aspek ilmu akhlak, aspek berkaitan pengurusan dan sebagainya.

2. Al-Farabi (-950M)
Pada fasa pertama, dalam karangan al-Farabi, disiplin ilmu dikelaskan kepada
lapan kumpulan utama iaitu ilmu nahu dan linguistik, ilmu logik, ilmu matematik
(propadeutik), ilmu fizik, ilmu metafizik, ilmu politik, ilmu fiqh dan ilmu kalam.
Dalam fasa kedua, beliau mengutarakan teori pengkelasan ilmu yang lebih
tersusun dan mudah iaitu pengkelasan ilmu kepada dua bidang besar; imu
fardu ain dan ilmu fardu kifayah (sains alat). Pecahan kelas ilmu sains fardu
kifayah dijelaskan dalam kelompok-kelompok klasifikasi disiplin ilmu secara
jelas.

66 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
3. Ibn Khaldun (-1406M)
Ibn Khaldun mengklasifikasikan ilmu kepada ilmu aqli dan ilmu aqli.

4. Al-Ghazali
Beliau lebih tertarik kepada pengkelasan disiplin ilmu berasaskan disiplin
kesufian iaitu ilmu sya‟iyyah dan ilmu „aqliyyah. Dalam mengkelaskan disiplin
ilmu beliau berasaskan kepada pertimbangan empat aspek, iaitu:
1. Ilmu Teoritikal dan Praktikal
2. Ilmu Hudhuri dan Husuli
3. Ilmu Keagamaan dan Keintelektualan
4. Ilmu Fardu Ain (Individu) dan Fardu Kifayah (Kemasyarakatan).

Rumusan:
Sebenarnya terdapat ramai lagi tokoh ilmuan Islam silam yang membicarakan
mengenai klasifikasi ilmu. Mereka mempunyai pandangan dan sistem pengkelasan
ilmunya sendiri seperti Ikhwan As Safa‟, Ibn Sina dan Ar Razi. Namun secara
umumnya dapat disimpulkan terdapat dua kategori utama iaitu dari sudut tuntutan
mempelajari, pelaksanaan dan penghayatannya terdapatnya ilmu fardu ain dan fardu
kifayah. Manakala dari sudut disiplin ilmu terdapat pula ilmu naqli (wahyu) dan Ilmu
aqli (akal).

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 67
PENDEKATAN PENDIDIKAN RASULULLAH SAW
Metodologi pendidikan Rasulullah SAW berasaskan perencanaan dan bimbingan
Ilahi (Wahyu) bagi membangun insan secara holistik. Kita akan temui pelbagai
pendekatan pendidikan sama ada di period Makkah atau di period Madinah. Secara
ringkas fokus perbincangan pada dua asas utama sahaja, iaitu kandungan
pendidikan dan pendekatan penyampaian.

Pertama : Penekanan Kandungan Pendidikan


1. Period Makkah
 Penekanan lebih ditumpukan kepada dua asas utama hidup insan iaitu
aqidah dan akhlak. Ini dapat dilihat menerusi wahyu yang diturunkan
kepada baginda SAW. Contohnya:

 Wahyu pertama, surah al-Alaq ayat 1-5 secara jelas menyuruh supaya
membaca dan menyebarkan atau mendidik:

 "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan kamu


daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah)
yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar
kepada manusia apa yang tidak diketahuinya (manusia)".

 Wahyu seterusnya, surah al-Mudhathir yang mengandungi 56 ayat,


antara intipatinya adalah menyuruh supaya menyebarkan Islam, memberi
peringatan, amaran dan bersifat sabar dalam menghadapi pelbagai
karenah masyarakat. Ayat-ayat ini lebih menekankan unsur dalaman diri
insan – pembangunan jiwa sepertimana disebutkan secara jelas
menerusi ayat 1 – 7, bermaksud:

 “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan


amaran (kepada umat manusia)!. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan
ingatlah kebersaranNya. Dan pakaianmu hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah
engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih
banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka
hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)”.

68 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
 Dalam Surah al-Muzzammil yang diturunkan di Makkah dan
mengandungi 20 ayat memberi didikan yang jelas kepada Rasulullah
SAW dan umat Islam supaya mempunyai persiapan dalaman untuk
mengharungi perjuangan yang lebih mencabar. Dengan kekuatan
dalaman semua cabaran akan dapat dihadapi. Rasulullah SAW telah
mendidik jiwa-jiwa umat Islam dengan didikan al-Quran yang secara jelas
memerintah supaya bangun pada waktu malam melakukan “tahajjud” –
membaca al-Quran dan solat malam kerana ia memberi kesan kepada
jiwa kita (al-Muzzammil: 1- 8).

 Banyak ayat-ayat lain yang menjelaskan penekanan aqidah dan akhlak di


period Makkah.

2. Period Madinah
 Pendidikan berlaku secara “hands on”, pendidikan menekankan kepada
sistem hidup yang menyeluruh; hal ehwal ibadat, syariat,
kemasyarakatan, kenegaraan dan juga hubungan antarabangsa serta
pendidikan ke arah pengukuhan rohaniah.

 Contoh; kebijaksanaan perundingan - intipati Perjanjian Hudaibiyyah -


mendidik para sahabat seni perundingan.

 Penekanan pendidikan terhadp hubungan manusia dengan Allah SWT,


manusia sesama manusia dan manusia dengan alam.

Kedua : Strategi Atau Metodologi Pendidikan


 Pelbagai pendekatan atau kaedah telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Antara kaedah yang dapat dikesan menerusi inspirasi al-Quran ialah kaedah
syarahan (kuliah), kaedah hafazan, kaedah perbincangan (muhadathah),
kaedah dialog atau soal jawab, kaedah perbahasan (mujadalah), kaedah
pandang-dengar, kaedah pengembaraan (rihlah) dan kaedah halaqah (Che
Noraini Hashim, 2008).

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 69
 Bagi Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri (2008) pula, metodologi
pendidikan Rasulullah SAW antaranya ialah menjadikan al-Quran sebagai asas
penghujahan dan al-Sunnah sebagai penghujahan kedua. Kaedah yang lain
ialah komunikasi jelas dan mudah, galakan dan ancaman, suruhan dan
tegahan, syarahan, bercerita dan metafora, isyarat dan lakaran, uswah
hasanah dan agen penyebaran pengetahuan (penyebaran ilmu dilakukan oleh
para sahabat yang dilatih oleh Rasulullah SAW).

 Percakapan Rasulullah SAW tidak berasaskan hawa nafsu tetapi berdasarkan


apa yang diwahyu oleh Allah SWT (al-Quran, an-Najm, ayat 3-4)

 Keberkesanan pendidikan Rasulullah SAW kerana baginda beramal dengan


ilmu. Akhlaknya adalah al-Quran.

PEMIKIRAN ISLAM DALAM SISTEM POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Pengertian Politik Menurut Islam


Politik adalah ilmu pemerintahan atau ilmu siasah, iaitu ilmu tata negara. Pengertian
dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan
konsep yang digunakan oleh orang bukan Islam. Politik dalam Islam menjuruskan
kegiatan ummah kepada usaha untuk mendokong dan melaksanakan syariat Allah
melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. la bertujuan untuk menyimpulkan
segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai
kepemimpinan untuk menerajui dan melaksanakan undang undang meneurut Islam.
Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah mafhumnya:

70 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
Asas Sistem Politik Islam

Asas asas sistem politik Islam ialah:


1. Hakimiyyah Ilahiyyah
Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa rujukan utama kepada sistem
politik Islam ialah tawhid kepada Allah secara rububiyyah dan uluhiyyah.
Hakimiyyah Ilahiyyah memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum
tertinggi dalam sistem politik Islam menjadi hak mutlak Allah. Firman Allah
mafhumnya:

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak
mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam
pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu
menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang
sempurna."
(Al Furqan: 2)

“Dan Dia lah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di
dunia dan di akhirat; dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta
kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
(A1 Qasas: 70)

"Katakanlah: "Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang


berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu
mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari
azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan
kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan."
(A1 An’am: 57)

Politik yang berciri hakimiyyah Iliahiyyah mendokong bahawa::


1. Allah adalah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan
yang menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia
kecuali patuh dan tunduk kepada sifat Ilahiyyah Nya Yang Maha Esa

2. Hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa kecuali Allah.
Oleh kerana itu, manusia wajib taat kepada Nya dan beribadat kepada Nya

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 71
3. Hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Dialah satu
satu Nya Pencipta

4. Hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan peraturan,


sebab Dialah satu satu Nya Pencipta dan Pemilik seluruh alam

5. Hukum Allah adalah sesuatu yang benar sebab hanya Dia sahaja Yang
Mengetahui hakikat segala sesuatu, dan di tangan Nyalah sahaja penentuan
hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan lurus.

2. Risalah
Risalah bererti bahawa model perutusan dan kerasulan para rasul menjadi satu
asas yang penting dalam sistem politik Islam. Perutusan dan kerasulan ini
menjadikan para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di dalam bidang
perundangan dalam kehidupan manusia. Para rasul menyampaikan, mentafsir
dan menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan
mereka. Dalam sistem politik Islam, Allah telah memerintahkan agar manusia
menerima segala perintah dan larangan Rasulullah SAW. Kita dilarang
daripada mengambil rujukan selain daripada Rasulullah SAW untuk menjadi
hakim dalam segala perselisihan yang terjadi di antara kita.

Firman Allah mafhumnya:


"Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya
maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang
melanggar perintahNya)."
(Al Hasyr: 7)

"Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati
dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri
datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah,
dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka
mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
(An Nisa: 64)

72 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
"Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata
kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut
jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan
memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan
(pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka
jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
(An Nisa: 115)

"Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman


sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan
yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati
mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan
mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya."
(An Nisa: 65)

3. Khilafah
Khilafah bererti perwakilan iaitu kedudukan manusia di atas muka bumi ialah
sebagai wakil Allah. Ini juga bermaksud bahawa dengan kekuasaan yang telah
diamanahkan kepadanya oleh Allah, maka manusia dikehendaki
melaksanakan undang undang Allah dalam batas batas yang ditetapkan. Ini
berserti, manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia hanyalah khalifah
atau wakil Allah, yang menjadi khalifah untuk melaksanakan perintah dan
meninggalkan larangan Allah, Pemilik seluruh alam..

Firman Allah mafhumnya:


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya
Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".”
(Al Baqarah: 30)

"Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di


bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat
apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan."
(Yunus: 14)

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 73
Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar-benar
mengikuti hukum Allah. Oleh itu, prinsip khilafah sebagai asas ketiga dalam sistem
politik Islam menuntut agar tugas tersebut dipegang oleh orang orang yang
memenuhi syarat syarat berikut:

1. Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang berilmu, berakal sihat,
memiliki kecerdasan, kearifan serta kemampuan intelek dan fizikal

2. Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang benar benar menerima dan
mendukung prinsip prinsip tanggungjawab yang terangkum di dalam
pengertian khilafah

3. Mereka tidak terdiri daripada orang orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap
Allah serta bertindak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh Nya

4. Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang amanah sehingga dapat
dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan aman dan tanpa keraguan.

MATLAMAT SISTEM POLITIK ISLAM


Matlamat sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem
pemerintahan dan kenegaraan yang tegak atas dasar untuk melaksanakan seluruh
hukum syariat Islam. Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara
Islam atau Darul Islam. Dengan adanya pemerintahan yang mendokong syariat,
akan tertegaklah Islam sebagai cara hidup sebagai prakti dalam segala urusan
manusia.

Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai matlamat
sistem politik dan pemerintahan Islam, iaitu:

1. Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah disepakati oleh ulama


salaf daripada kalangan umat Islam

2. Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan


masalah di kalangan orang orang yang berselisihan

3. Menjaga keamanan daerah atau negara Islam agar manusia dapat hidup
dalam keadaan aman dan damai

74 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
4. Melaksanakan hukuman yang ditetapkan oleh syarak demi melindungi hak-hak
manusia

5. Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi


kemungkinan serangan daripada pihak luar

6. Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam

7. Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana


yang ditetapkan oleh syarak

8. Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan


negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir

9. Mengangkat pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan


negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara

10. Menjalankan pengawalan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hal ehwal awam
demi untuk memimpin negara dan melindungi al Din.

PRINSIP PRINSIP UTAMA SISTEM POLITIK ISLAM


Prinsip prinsip sistem politik Islam terdiri daripada beberapa perkara di antaranya:

1. Syura atau Musyawarah


Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah syura atau musyawarah. Asas
musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua
negara dan orang orang yang akan menjawat tugas tugas utama dalam
pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan
dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undangundang yang telah
dimaktubkan di dalam al Quran dan al Sunnah. Asas musyawarah yang
seterusnya ialah berkenaan dengan usaha menentukan perkara baru yang
timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 75
2. Al Adalah (Keadilan)
Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah menyangkut
dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi
Islam. Keadilan di dalam bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa
wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya.

Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam


sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang
berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan
pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak
pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antaxa ibu bapa dan anak
anaknya. Oleh sebab kewajiban berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim
adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka
menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut.

3. Al Huriyyah (Kebebasan)
Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang
dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada
ma‟ruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di
antara tujuan terpenting dalam sistem politik dan pemerintahan Islam serta
elemen asas bagi pembentukan undang-undang dan perlembagaan negara
Islam.

4. Al Muawah (Persamaan)
Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau al musawah.
Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut
hak hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat yang
ditetapkan oleh undang-undang atau perlembagaan dan persamaan berada di
bawah taklukan kekuasaan undang undang.

5. Hak Menghisab Pemerintah


Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab
pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap keputusan dan
tindakannya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pihak pemerintah untuk
melakukan musyawarah dalam hal yang berkaitan dengan urusan dan
pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti

76 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran
dan menghapuskan kemungkaran. Hak ini dalam pengertian yang luas juga
bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan
keputusankeputusan pihak pemerintah.

Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah mafhumnya:


"Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di
bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-
tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka
kepada bencana kerosakan."
(Al-Baqarah: 205)

"Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka


jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar
(yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu,
kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab
yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan
Allah) itu."
(Sad: 26)

PEMIKIRAN ISLAM DALAM SISTEM EKONOMI

Pengertian Ekonomi Menurut Islam


Ekonomi Islam adalah satu disiplin ilmu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat
manusia Islam dalam hal ehwal perekonomian untuk mencapai kejayaan (al falah)
yang maksima di dunia dan di akhirat. Ia berkaitan dengan kaedah yang berhubung
dengan pemikikan, amalan, pengeluaran dalam bentuk material dan kerohanian,
penggunaan dan pengagihan harta yang bersumberkan al Quran dan al sunnah.

Terdapat tiga sistem ekonomi yang dipraktiskan di dunia, iaitu sistem ekonomi
sosialis/ komunis, ekonomi kapitalis, dan ekonomi Islam.

1. Sistem ekonomi sosialis/ komunis. Fahamanini muncul hasil kesan daripada


fahaman kapitalis yang mengekploitasi manusia, sehingga negara ikut
campur tangan dalam dengan peranannya secara dominan. Hasinya, tidak

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 77
wujud kebebasan dalam melakukan aktiviti ekonomi bagi individu-individu,
melainkan semuanya untuk kepentingan bersama, sehingga tidak diakuinya
kepemilikan pribadi. Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan individu kerana
semua harta adalah milik negara dan dikongsi bersama.

2. Sistem ekonomi kapitalis. Berbeza dengan sistem komunis, sistem ini tidak
mengiktiraf peranan negara sebagai pemilik harta atau pusat pemilikan dan
pengagihan sistem perekonomian. Matlamat utamanya adalah kewujudan
pertumbuhan ekomomi, sehingga setiap individu dapat melakukan kegiatan
ekonomi dengan diakui kepemilikan pribadi secara mutlak.

3. Sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam hadir jauh lebih dahulu dari
kedua sistem di atas, iaitu pada abad ke 6, sedangkan sistem kapitalis
muncul pada abad 17 manakala sistem sosialis pada abad 18. Dalam sistem
ekonomi Islam, matlamat adalah terciptanya keserataan pengagihan
pendapatan, seperti terkandung dalam al Quran mafhumnya:

“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk
negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi
Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak
yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-
orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah
(s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya
kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang
melanggar perintahNya).”
(Al Hasyr: 7)

Perbezaan utama sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi yang lain adalah
terletak pada sistem moral dan etika ini. Sistem yang dibentuk dalam ekonomi islam
merupakan sistem yang bersumber pada kerangka konseptual masyarakat dalam
hubungannya dengan kekuasaan Allah, kehidupan, sesama manusia, dunia, sesama
makhluk dan tujuan akhir manusia. Sedangkan pada sistem yang lain tidak terdapat
sistem dan panduan yang menetapkan batas-batas transaksi sesama manusia
sehingga mungkin merugikan satu pihak dan menguntungkan pihak lainnya.

78 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
Ciri-ciri Sistem Ekonomi Islam
Thomas Khun menyatakan bahawa setiap sistem ekonomi mempunyai ciri inti
paradigma. Inti paradigma ekonomi Islam bersumber dari al Quran dan al Sunnah.
Ekonomi Islam mempunyai ciri dasar sebagai ekonomi Rabbani dan Insani.
Disebutkan berciri rabbani kerana sarat dengan arahan dan nilai-nilai Ilahiyah,
sementara disebut ekonomi insani kerana ekonomi ini dilaksanakan dan ditujukan
untuk kemakmuran manusia. Menurut Yusuf Qardhawi, ilmu ekonomi Islam memiliki
tiga ciri dasar iaitu tawhidik, berorientasikan akhlak, dan seimbang. Menurut Chapra,
sistem ekonomi Islam disebut sebagai ekonomi yang bercirikan tawhidik, kerana
aspek keimanan mempunyai peranan penting dalam ekonomi Islam. Ini juga secara
langsung akan mempengaruhi sudut pandang dalam membentuk keperibadian,
perilaku, gaya hidup, selera, dan preferensi manusia.

ASAS-ASAS SISTEM EKONOMI ISLAM


Terdapat beberapa asas ekenomi Islam, antaranya:

1. Allah Pemilik Segala Sesuatu


Allah memberikan kekayaan kepada manusia dan Dia adalah pemilik sebenar
segala sesuatu.

Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua


yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah.
(Taha: 6)

2. Kekayaan di Dunia adalah untuk Mencari Kehidupan Akhirat


Manusia mestilah menggunakan kekayaan yang diperolehinya di dunia untuk
mendapatkan kehidupan yang baik dan sejahtera di Akhirat kelak.

“Ahli peniaga yang jujur lagi amanah adalah bersama-sama para nabi, para
siddiqin dan para syuhada‟.”
(Bukhari)

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 79
3. Bahagian di Dunia Tidak Boleh Diabaikan dalam Mendapatkan
Akhirat
Manusia tidak boleh mengabaikan bahagiannya di dunia ini. Manusia
hendaklah bekerja sekuat-kuatnya untuk mendapatkan kebaikan di dunia
dengan cara yang paling adil dan dibenarkan oleh undang-undang.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik
yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan
makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan
kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
(Al-Maidah:87-88)

4. Tetap Berlaku Adil kepada Sesama Manusia


Manusia mestilah berlaku baik terhadap sesama manusia. Hendaklah mereka
melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan membantu orang-
orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan.

Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula)
kepada fakir miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih
baik bagi orang-orang yang mencari keridaan Allah; dan mereka itulah orang-
orang beruntung.
(Ar-Rum:38)

5. Tidak Boleh Melakukan Sebarang Kerosakan


Manusia mesti mengelakkan dirinya daripada melakukan perbuatan-perbutan
dosa yang termasuk dalamnya kegiatan-kegiatan mencari hasil kekayaan yang
tidak adil, membazirkan sumber-sumber dan hasil-hasil kekayaan serta
melakukan penipuan dalam perniagaan.

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di


antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan)
harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada
harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah: 188)

80 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
MATLAMAT SISTEM EKONOMI ISLAM

1. Menunaikan sebahagian daripada tuntutan ibadah


Mengambil kira asas-asas dan ruang lingkup ciri-cirinya, nyatalah tujuan
ekonomi Islam adalah bersifat ibadah dan melaksanakannya bererti
melaksanakan sebahagian daripada tuntutan ibadah yang menyeluruh. Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu tidak keluarkan satu nakah pun yang kamu cari di jalan
Allah melainkan kamu diberi pahala kerananya, sekalipun nafkah yang kamu
berikan untuk isterimu.”
(Bukhari, Muslim)

Roh di sebalik semua kegiatan ekonomi Islam ialah taawun atau kerjasama.
Oleh itu sesiapa yang membantu saurara-saudaranya dan masyarakatnya
semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah, maka itu merupakan satu
ibadah.

2. Menegakkan keadilan sosial dan ekonomi dalam masyarakat


Kegiatan ekonomi yang berteraskan kepada kesaksamaan serta
menghapuskan penindasan dan penipuan adalah satu sistem yang benar-
benar dapat menegakkan keadilan sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Di
atas dasar inilah Islam membenarkan jual beli dan mengharamkan riba dan
segala jenis penipuan.

Sistem ekonomi yang berteraskan kepada kerjasama dan kesaksamaan akan


mewujudkan rasa kasih sayang, sifat tanggungjawab dan tolong-menolong di
antara satu sama lain. Kesan daripadanya bukan sahaja individu-individu dapat
menanurkan pembangunan dirinya, malah negara-negara dapat bantu-
membantu dalam memenuhi kemaslahatan seluruh umat manusia.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 81
3. Menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadaan guna tenaga
penuh serta kadar perkembangan ekonomi yang optimum
Dalam pengertian ekonomi sebagai satu amanah Allah ke atas kaum muslimin,
maka di antara tujuan ekonomi dalam Islam ialah untuk menghapuskan
ataupun mengatasi masalah kemiskinan, mewujudkan peluang pekerjaan dan
mengekalkan kadar pertumbuhan yang optimum dan susuai menurut
perkembangan kebendaan dan kerohaniaan masyarakat.

4. Mewujudkan kestabilan barangan sejajar dengan nilai matawang


Sistem ekonomi mewujudkan kestabilan pasaran melalui sikap setiap anggota
masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri serta sentiasa bersedia
membantu dan berkorban demi kepentingan anggota masyarakat yang lain.
Harga sesuatu barangan di pasaran meningkat atau dinaikkan kerana
kekurangan sumber bahan ataupun kerana bertambah permintaan biarlah
dengan sebab yang betul dan di atas dasar yang makruf dan munasabah dan
bukan unyuk mengongkong atau menyempitkan kehidupan masyarakat.
Pelaksanaan sstem ekonomi Idlam yang merupakan kesatuan terhadap asas-
asas sosio-ekonomi dan politik ini bertujuan mengimbangkan nilai matawang
dengan pulangan barangan dan perkhidmatan yang diperolehi oleh setiap
anggota masyarakat; malah di antara negara-negara di dunia.

5. Mengekalkan keamanan dan kepatuhan terhadap undang-undang


Rasa tidak puas hati manusia dalam sesebuah masyarakat lantaran
pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dan aktiviti-aktiviti yang diarahkan
hanya untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu, akan membawa pelbagai
gejala yang bahaya kepada manusia.

Asas-asas ekonomi Islam bersandarkan kepada tuntutan tuntutan iman dan


akhlak serta sedikit kuatkuasa undang-undang. Namun dalam pengertian
sistem akhlak Islam yang sebenar, tuntutan-tuntutan akhlak ini tidak dapat
dilaksanakan secara teguh tanpa bernaung di bawah satu sistem yang
mempunyai kewibawaan untuk menegakkan undang-undang. Dengan
kesyumulan sistem-sistem Islam inilah, tujuan ekonomi dalam mewujudkan
kepatuhan orang ramai terhadap undang-undang serta mengekalkan
keamanan tercapai.

82 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
6. Mewujudkan keharmonian hubungan antarabangsa dan memasikan
kekuatan pertahanan negara
Menurut Islam, keharmonian hubungan antarabangsa wujud di atas dasar
kerjasama sosial dan ekonomi, bukan di atas penindasanterhadap keduanya
sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Sebab itulah Islam juga tidak
menganggap bahawa pertahanan negara hanya bergantung kepada semangat
keimanan atau bilangan tenaga tentera yang ramai tetapi kekuatan pertahanan
juga bergantung kepada kekuatan ekonomi, sama ada dari sudut produktiviti
yang tinggi ataupun pandangan musuh yang sentiasa gerun terhadap negara
Islam sendiri.

Atas dasar ini Allah memerintahkan kaum muslimin agar bersip sedia dengan
apa sahaja kekuatan yang dapat menimbulkan rasa takut musuh teradap
mereka.

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu
sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan
persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang
selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.
Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan
cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).
(Al-Anfal:60)

PRINSIP-PRINSIP UTAMA SISTEM EKONOMI ISLAM

1. Hak milik peribadi


Islam memperakui pemilikan hak perseorangan dan menempatkan hak ini di
tempat yang paling sesuai dengan manusia. Malah Islam menetapkan bahawa
hata dan mi;ik peribadi adalah antara lima perkara daruri yang wajib dilindungi
syariat. Fitrah ini berdasarkan kepada firman Allah:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang


diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas,
perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah
kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik
(surga).
(Ali imran: 14)

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 83
Perakuan Islam terhadap hakmilik peribadi tidaklah bererti ia membiarkan
manusia bebas tanpa sebarabg ikatan dan peraturan. Syariat Islam
menetapkan peraturan-peraturan yang kukuh dan berkesan untuk meletakkan
perakuan hak milik peribadi di atas jalan yang sentiasa seiring dengan fitrah
manusia yang baik dan bukan pula mengikut hawa nafsu yang buruk.

2. Kebebasan mencari sumber pendapatan


Islam memberikan kepada setiap orang hak kebebasan dalam menetukan
corak kehidupannya dan memilih kerja-kerja yang diminatinya asalkan tidak
bertentangan dengan syariat Islam. kepelbagaian dalam memilih pekerjaan
dan sumber pendapatan masing-masing akan mewujudkan kepelbagaian
dalam hasil negara dan keperluan masyarakat.

Kebebasan mencari sumber pendapatan dalam Islam adalah berdasarkan


kepada firman Allah:

Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka


bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu
beruntung.
(Al-Jumuah: 10)

3. Keadilan sosial
Kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ruang lingkup Islam yang
syumul. Islam bertujuan untuk menegakkan keadilan, oleh itu salah satu asas
utama sistem ekonomi Islam juga untuk menegakkan keadilan. Keadilan sosial
yang hendak ditegakkan oleh sistem Islam bersih daripada sebarang slogan
yang kosong dan bebas daripada kekeliruan. Ini kerana keadalan dalam Islam
mempunyai asasnya yang tersendiri, iaitu di atas dasar taqwa dan makruf.

84 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
4. Hak pewarisan
Di antara prinsip yang ditetapkan oleh Islam dalam memperolehi hak-milik ialah
melalui hak pewarisan. Setiap orang yang memiliki harta berhajat untuk
menjamin hidup ahli keluarganya dan berusaha agar harta yang ada padanya
tidak habis. Maka kerana itulah hak pewarisan ini adalah prinsip yang tinggi
nilainya dalam sistem ekonomi. Dalam Islam, hak pewarisan adalah salah satu
alat yang utama bagi mencapai keadilan sosial dalam masyarakat. Di atas
dasar inilah undang-undang pewarisan Islam menjadi suatu undang-undang
yang unik dan tidak terdapat dalam sistem-sistem lain.

Secara kesimpulannya, pemikiran ekonomi Islam terbukti lebih holistik, bersifat


tawhidik dan pada masa yang sama tidak bertentangan dengan keperluan
humanistik. Sistem ekonomi Islam menyeimbangkan antara kekayaan orang
kaya dan kemiskinan orang miskin, antara pemilikan dan agihan, antara
keuntungan dan kebajikan serta antara duniawi dan ukhrawi. Ini sangat
bertepatan dengan arahan Allah dalam Al Quran agar memanfaatkan harta
benda yang dikurniakan di dunia untuk mencapai kehidupan bahagia di Akhirat.

PEMIKIRAN ISLAM DALAM SISTEM SOSIAL


Penumpuan perbincangan bagi topik ini ialah pemikiran Islam mengenai wanita,
anak-anak dan ibubapa. Seterusnya kita akan membicarakan mengenai institusi
keluarga, masyarakat dan kejiranan secara sepintas lalu serta isu yang berkaitan.

WANITA DALAM ISLAM


 Sejarah dunia telah merakamkan status, nilai, taraf dan kedudukan wanita
sebelum dan selepas kedatangan Islam berada pada tahap yang sangat aib
dan menghinakan. Ini dapat dinilai melalui perundangan Greek, perundangan
Romawi, perundangan Yahudi dan sistem hidup Barat kini – melalui slogan
“kebebasan wanita” dan modenisasi tajaan Barat.

 Pada zaman jahiliyah wanita berada di status yang rendah malah dianggap
setaraf dengan binatang, sebagai hamba, pemuas nafsu sex, kanak-kanak
perempuan dibunuh (al-Nah, ayat 58-59), malah ibu boleh diwarisi.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 85
 Kedatangan Islam telah mengubah dan merubah suasana tersebut. Wanita
diangkat darjat dan dipandang mulia. Salah satu daripada surah dalam al-
Quran dinamakan dengan nama an-Nisa‟ – perempuan. Wanita diangkat darjat
dan diberikan hak, tugas serta tanggungjawab dalam pelbagai aspek. Wanita
mempunyai status yang tinggi dalam syariah Islam.

 Fadzlullah Hj Shuib (1987), menyenaraikan hak dan status wanita menurut


syariah Islam antaranya ialah; hak peribadi sebagai insan, hak dalam bidang
ilmu pengetahuan, hak dalam harta dan perekonomian, hak untuk beramal
soleh dan bertaqwa, hak dalam perkahwinan dan kekeluargaan serta hak
kemasyarakatan. Selain daripada itu, wanita juga mempunyai tugas dan
tanggugjawab yang asasi, iaitu sebagai anak, isteri dan ibu.

 Al-Quran dan hadis telah menentukan kedudukan yang wajar bagi wanita dan
menjamin hak-hak mereka. Menurut Dr Haron Din (1995), antaranya ialah:

 Persamaan taraf
Umumnya wanita dan lelaki sama taraf. Masing-masing mempunyai
keistimewaan tersendiri. Malah boleh jadi wanita lebih mulia. Allah SWT
menjelaskan orang yang mulia disisiNya adalah orang yang bertaqwa (al-
Hujarat ayat 13), bermaksud:

86 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
 Kelebihan-kelebihan khusus
Kedudukan wanita khususnya kaum ibu dalam beberapa hal lebih
istimewa berbanding dengan kaum lelaki. Dalam satu hadis yang cukup
terkenal, Rasulullah SAW telah bersabda, bermaksud:

“Seorang lelaki telah mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:


“Siapakah ya Rasulullah yang paling berhak untuk saya dampingi?”.
Jawab Rasulullah: “Ibumu”. Bertanya lagi lelaki itu: “Kemudian siapa
lagi?”. Jawab Rasulullah: “Ibumu”. Siapa lagi tanyanya. “Ibumu” jawab
Rasulullah. Kemudian “siapa lagi?‟. Baru diberi jawapan oleh Rasulullah
SAW “Bapamu”.”
(Nasa’i dan Muslim)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW telah bersabda, bermaksud;


“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu”.

 Tanggungjawab bersama
Lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab bersama. Dalam hal
ibadah misalnya kedua-dua mereka diwajibkan untuk menunaikannya
dan akan mendapat pahala dengan amalan yang dilakukan. Allah SWT
telah menyebut perkara ini dalam surah al-Imran ayat 195, bermaksud:

Jika tidak dilakukan amal kebaikan mereka akan menanggung akibat dari
keingkaran tersebut atau jika dilakukan secara bersama, mereka akan
menerima akibat daripada perbuatan mereka secara bersama. Kisah
Adam dan Hawa yang dirakamkan dalam surah al-Baqarah ayat 36
secara jelas menggambarkan hakikat tersebut, bermaksud:

 Konsep ganjaran berdasarkan amalan

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 87
Firman Allah SWT, bermaksud:
“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia
beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan
kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka
dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah
kerjakan”
(al-Nahl: 97)

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang


perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta
orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat
serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang
benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki
yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang
lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan
yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang
bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-
orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang
berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta
orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-
orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-
orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, - Allah
telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang
besar”.

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan


perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan
mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak
memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang
tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia
telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata!”.
(al-Ahzab: 35-36)

Ayat-ayat di atas jelas menggambarkan mengenai pahala atau dosa akan


diterima berdasarkan apa yang dilakukan oleh seseorang sama ada lelaki
atau perempuan.

88 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
 Hak-hak sivil
Islam memberikan hak-hak sivil kepada kaum wanita sesuai dengan
fitrah semulajadi mereka dan meletakkan hak-hak itu ditempatnya yang
betul. Wanita yang sampai umurnya (baligh) berhak ke atas dirinya dalam
segala hak sivil secara umumnya seperti perkahwinan, urusan berjual
beli, mengadakan kontrak, memiliki harta dan membelanjakannya,
bertukar milik dan sebagainya, berkongsi dalam urusan-urusan hidup,
memberi, menghadiah atau mendermakan hartanya menurut sesuka
hatinya tanpa boleh diganggu gugat oleh keluarganya, walaupun bertaraf
wali, asalkan tindakannya itu tidak berlawanan dengan hukum-hukum
syarak.

Jelasnya, wanita dalam syariah Islam mendapat hak dalam pelbagai


bidang, antaranya:

1. Nilai kemanusiaan, Islam tidak membezakan antara lelaki dan


perempuan. Kedua-duanya adalah sama di sisi Allah SWT, orang
yang mulia adalah orang yang bertaqwa.

2. Bidang sosial. Wanita sama-sama berhak dan sama-sama tertakluk


dengan undang-undang yang telah ditentukan Allah SWT.

3. Bidang hak milik. Wanita boleh bertindak bebas dalam memiliki


harta, membelanjakannya dan sebagainya.

Walau bagaimanapun terdapat sedikit sebanyak perbezaan tentang hak


dan persamaan di dalam sesuatu perkara ia adalah sesuai dengan fitrah
semulajadi manusia. Apabila hak didapati, maka mereka
bertanggungjawab menyempurnakan hak yang diberikan.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 89
KEDUDUKAN ANAK-ANAK / KANAK-KANAK DALAM ISLAM
 Anak-anak adalah anugerah dari Allah SWT kepada kedua ibubapa. Ia juga
merupakan nikmat yang besar, yang wajib disyukuri. Firman Allah SWT dalam
surah al-Isra ayat 6, bermaksud:
“... dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan
anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai
pasukannya”.

 Anak-anak sebagai perhiasan hidup di dunia yang perlu dijaga, diasuh dan
dipelihara sebaik mungkin agar apa yang kita lakukan tersebut menjadi amal
baik yang kekal faedahnya di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah
al-Kahf ayat 46, bermaksud:
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan
amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu
sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi
harapan”.

 Anak-anak adalah penyejuk hati, pemberi ketenangan dan supaya menjejaki


warisan mutaqin sebagaimana dalam doa yang sentiasa kita pohon dari Allah
SWT. Hal dan harapan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah al-Furqan
ayat 74, bermaksud:
“Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa
dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-
isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati
melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang
(mahu) bertaqwa”.

90 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
 Anak-anak adalah amanah Allah SWT. Sebagai amanah, ibubapa
bertanggungjawab ke atas mereka dan akan dipersoalkan setiap apa yang
dilakukan terhadap amanah tersebut. Rasulullah SAW telah bersabda,
bermaksud:

“.... Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan


dipertanggungjawabkan di atas pimpinan kamu, .... lelaki itu pemimpin
(penjaga) pada ahlinya dan ia disoal daripada penjagaannya
(pimpinannya), dan perempuan (isteri) itu penjaga (pemimpin) pada
rumah suaminya dan ia disoal daripada penjagaannya (pimpinannya)
.....”.

 Hak dan tanggungjawab terhadap anak-anak


Abdullah Nasih Ulwan (2009) telah merakamkan beberapa kisah menarik
mengenai hak dan tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak, antaranya:

“Telah datang seseorang kepada Saidina Umar al-Khattab r.a mengadu


mengenai penderhakaan anaknya. Maka Umar pun memanggil anak
tersebut dan memarahinya terhadap penderhakaan dan kelupaannya
akan hak-hak ibubapa. Maka berkata si anak: Wahai Amirul Mukminin !
tidakkah ada hak-hak anak juga di atas ayahnya?”. Umar menjawab:
Bahkan ada ! Berkata anak itu: Apa dia wahai Amirul Mukminan? Umar
menjwab: Hendaklah ia memilih ibunya (dari keturunan yang baik),
memberikan nama yang baik, dan mengajarnya membaca al-Quran.
Lalu berkata si anak itu: Wahai Amirul Mukminin ! Sesungguhnya ayah
saya tidak melakukan sesuatu pun dari yang demikian itu. Adapun ibu
saya, dia adalah seorang zanjiyah (bekas hamba hitam), dahulunya
isteri kepada seorang majusi, dan dia juga telah menamakan saya Jo`ul
(lipas), dan dia belum mengajar saya satu huruf pun dari al-Quran.
Mendengar kata-kata si anak itu, maka Umar pun berkata kepada ayah
anak itu: Engkau datang kepadaku mengadukan penderhakaan anakmu,
sebenarnya engkau telah menderhakainya sebelum dia
menderhakaimu, dan engkau telah merosakkannya sebelum ia
merosakkanmu”.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 91
Panduan al-Quran dan al-Sunnah serta periwayatan dari sahabat seperti kisah
di atas menjelaskan kepada kita mengenai hak anak yang dapat dirumuskan
(Abdullah Nasih Ulwan, 2009), antaranya ialah:

 Hak anak sebelum dilahirkan


Pemilihan calon suami atau isteri adalah asas kepada pembentukan
keluarga yang bahagia, harmoni dan di redai Allah SWT. Perlu bagi lelaki
dan wanita untuk memilih pasangan mereka yang diketahui asal-usulnya,
terkenal baik dan berbudi luhur, menjaga kehormatannya dan
memelihara keturunannya. Manusia laksana galian, berbeza antara satu
dengan yang lain dalam tinggi atau rendah mutunya, nilai dan berselisih
dalam segi kejahatan dan kebaikannya. Ibnu Majah, Ad-Daruquthni dan
Al-Hakim telah melaporkan daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi SAW telah
bersabda, maksudnya:

 Hak anak-anak selepas dilahirkan


 Sunat digembirakan serta diberi tahniah ketika kelahiran anak
 Sunat azan dan iqamat ketika menerima kelahiran anak
 Sunat “tahnik” ketika anak baru dilahirkan
 Sunat mencukur rambut anak yang baru lahir dan sedekahkan
perak seberat rambut tersebut.
 Menamakan anak dengan nama yang baik.
 Sunat “kun-yahkan” anak dengan pemakaian “Abu”
 Aqiqah anak yang baru lahir
 Khitan anak yang baru lahir
 Menyusukan anak-anak selama dua tahun genap, iaitu bagi orang
yang hendak menyempurnakan penyusuan itu (al-Baqarah ayat
233)

92 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
 Hak memperoleh ilmu dan pendidikan (mendapat pendidikan
al-Quran)
Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: “Setiap anak dilahirkan di atas dasar
fitrah. Kedua ibubapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau
Majusi”. Hadis ini memberi gambaran bahawa setiap anak dilahirkan di
atas dasar fitrah yang suci bersih, iaitu fitrah Islam. Kemudian kedua
ibubapa mencorakkannya sama ada menganut agama Yahudi, Nasrani,
Majusi, tidak beragama atau sebagainya. Ini menggambarkan kepada
kita betapa pentingnya pendidikan terhadap anak-anak sejak dari kecil
lagi.

Kerosakan, penyelewengan dan keruntuhan akhlak serta syakhsiah


anak-anak akan berlaku apabila ibubapa mengabaikan pendidikan
terhadap mereka. Pendidikan terpenting ialah pendidikan berasaskan al-
Quran yang boleh membentuk keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Tahrim ayat 6, bermaksud: “
Wahai orang-orang yang beriman ! peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari api neraka.....”

Hal ini dikuatkan lagi oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya, antaranya
ialah:
 “Lelaki bertanggungjawab atas isterinya, dan dia akan ditanya
tentang tanggungjawabnya. Isteri bertanggungjawab atas rumah
tangga suaminya, dan dia akan dipertanggungjawabkan tentang
tanggungjawabnya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 “Lengkapkanlah anak-anak kamu dengan adab susila, dan


perbaikilah adab mereka”
(Riwayat Ibn Majah)

 Ajarlah anak-anak kamu dan isteri-isteri kamu kebaikan dan jagalah


adab mereka”
(Riwayat Abdul Razzak dan Said bin Mansur)

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 93
 “Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menurut perintah dan
menjauhi larangan dan yang demikian itu adalah benteng mereka
daripada api neraka”.
(Riwayat Ibn Jarir)

 “Ajarlah anak-anak kamu tiga perkara, iaitu mengasihi Nabi kamu,


mengasihi ahli baitnya (keluarganya) dan membaca al-Quran.
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa membaca al-Quran
berteduh di naungan Arasy Allah pada hari tiada teduahn lain
melainkan teduhan Allah”.
(Riwayat Ath-thabarani)

 Hak untuk hidup


Firman Allah SWT, al-An‟am ayat 151, bermaksud:
“... janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana (takut) kepapaan
(kemiskinan), (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezei kepada kamu
dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan (zina) – yang
terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu
membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan
dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syara‟)...”

Ayat di atas secara jelas melarang melakukan pembunuhan tanpa hak


dan dilarang membunuh anak-anak kerana takutkan kepapaan dan
kemiskinan. Fenomena pembunuhan dalam masyarakat Arab jahiliah
amat berleluasa, pembunuhan terhadap anak perempuan terutamanya
kerana dirasa amat memalukan dan mengaibkan jika
memiliki/memperoehi anak perempuan
(al-Nah; 58-59)

Fenomena yang sama juga berlaku secara berleluasa dalam masyarakat


kini, masyarakat jahiliah kurun ke 21. Anak-anak kecil tanpa mengira
jantina dibunuh dengan cara yang amat sadis dan memilukan.

Anak-anak berhak untuk meneruskan kehidupan. Berhak untuk


mendapat kasih sayang, dimanja dan diberi pendidikan supaya menjadi
insan yang berguna, soleh dan solehah yang mendoakan kebaikan dan
kesejahteraan kedua ibubapanya.

94 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
KEDUDUKAN IBUBAPA DALAM ISLAM
Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi dalam syariat Islam. Pelbagai peranan
dan tanggungjawab terpikul dibahu mereka. Tanggungjawab terhadap keluarga,
masyarakat dan negara. Tanggungjawab yang didasari dengan suruhan dan tuntutan
agama.

Menurut Abdullah Nasih Ulwan (2009), kedudukan ibubapa sangat istimewa dalam
Islam. Paduan dari al-Quran al-Sunnah menggambarkan, antaranya: Ridha Allah
tergantung kepada ridha kedua ibubapa; Mentaati keduanya didahulukan dari
berjihad dijalan Allah; Membuat baik kepada keduanya; Mengutamakan ibu dalam
ketaatan; Adab ketaatan kepada kedua ibubapa; dan Ancaman supaya tidak
derhaka.

 Ridha Allah tergantung kepada ridha kedua ibubapa


“Setiap orang Muslim yang mempunyai dua orang ibubapa yang Muslim, setiap
hari dia pergi kepada mereka untuk membuat baik, nescaya Allah akan
membukakan baginya dua pintu, yakni dari syurga. Dan jika seorang satu
pintu. Jika salah satu di antara keduanya marah, maka Allah tidak akan ridha
kepadanya sehingga dia meridhainya. Para sahabat bertanya: Jika kedua
ibubapa itu menganaiayai anaknya? Jawab baginda: Walaupun keduanya
menganiayainya”.
(Riwayat al-Bukhari)

“Ridha Allah bergantung atas ridha ibubapa, dan kemurkaan Allah bergantung
atas kemurkaan kedua ibubapa”
(Abdullah bin al-Ash r.a.)

 Mentaati keduanya didahulukan dari berjihad dijalan Allah


“Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW.: Saya mahu berjihad ! Baginda
bertanya: Adakah engkau mempunyai kedua ibubapa? Jawabnya: Ada ! Kata
baginda lagi: Kepada keduanya patut engkau berjihad!”
(Riwayat Al-Bukhari)

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 95
“Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya saya ingin memasuki medan perang, dan
saya datag ini untuk minta nasihatmu ! Baginda bertanya: Adakah engkau
mempunyai ibu? Jawabnya: Ada ! Berkata baginda: Jagalah dia baik-baik,
kerana sesungguhnya syurga itu berada dikakinya”
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)

 Membuat baik kepada keduanya


Berbuat baik kepada kedua bubapa antaranya ialah mengasihani mereka,
mendoakan dan memohon keampunan bagi keduanya setelah mereka
meninggal dunia, menjaga hati dan memuliakan teman-temannya, memenuhi
janji dan menghubungi silaturahim dengan kerabat dan sahabat.

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan
dan kasih sayangmu, dan berdoalah (untuk mereka, dengan berkata); “Wahai
Tuhanku ! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”
(al-Isra’: 24)

“Orang telah mati akan diangkatkan dajatnya sesudah matinya, maka


berkatalah dia: Ya Thanku ! Mengapa ini? ! Jawab Tuhan: Anakmu telah
mendoakan bagimu (memohon keampunan untukmu)”
(Riwayat al-Bukhari)

“Ketika kmi sedang berada di majlis Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang
lelaki dari suku Bani Salimah seraya berkata: Wahai Rasulullah ! Adakah
sesuatu lagi yang masih tertinggal atasku untuk memenuhi kedua ibubapaku
sesudah mereka wafat? Jawab baginda: Ya ada ! Mendoakan begi keduanya,
memohon keampunan untuk keduanya, memenuhi janji mereka, memuliakan
teman-teman mereka, memperhubung tali kerabat yang tiada akan
diperhubung melainkan dengan kedua mereka”.
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim)

96 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
 Mengutamakan ibu dalam ketaatan (Mendahulukan ketaatan kepada
ibu daripada ayah)
“Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW seraya bertanya: Wahai
rasulullah ! Siapakah yang lebih berhak untuk aku mempergaulinya dengan
baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu ! Tanyanya lagi: Kemudian siapa pula?
Jawab Rasulullah SAW: Ibumu ! Katanya: Kemudian siapa? Jawab Rasulullah
SAW: Ibumu ! Katanya: Kemudian siapa? Jawab Rasululluh: Ayahmu !”.

Islam mengutamakan ketaatan kepada ibu atas ayah kerana:


1. Ibu menanggung derita mengandug si anak; melahirkan,
menyusukannya, mengurus segala keperluan, mendidik dan
seumpamanay. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Luqman ayat
14.

2. Ibu meskipun si anak menderhakainya, mempermain-mainkannya dan


seumpamanya, ia tetap akan melupakan semua musibah tersebut dan
lekas memaafkannya setiap kali anak melakukan perkara yang tidak
disukainya. Perasaan cinta, kasih dan sayang, belas kasihan mengatasi
segala-galanya. Contohnya sebagaimana yang berlaku ke atas Alqamah.

 Adab ketaatan kepada kedua ibubapa


Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW telah mendidik kita supaya memiliki adab
kesopanan dan ketaatan kepada kedua ibubapa, antaranya ialah:
Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu
bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha",
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah
kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan
dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(al-Israa: ayat 24-25)

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 97
Daripada Siti Aisyah r.a., beliau berkata:

 Ancaman supaya tidak derhaka.


Amat besar dosa dan akan menerima azab yang pedih anak yang
menderhakai kedua ibubapanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tiga orang yang diharamkan Allah Maha Berkat Maha Tinggi memasuki
syurga: Taik arak, penderhaka kedua ibubapanya dan dayus yang membiarkan
isterinya melakukan perbuatan keji”.
(Riwayat Ahmad, An-Nasa’i, Al-Bazzar dan al-Hakim)

“Antara dosa-dosa besar ialah seseorang memaki kedua ibubapanya. Orang


bertanya: Wahai Rasulullah ! Apakah ada orang yang memaki kedua ibubapa ?
Jawab baginda: Ada ! Dia memaki bapa orang, maka orang itu pun memaki
bapanya, dan dia memaki ibu orang, maka orang itu memaki ibunya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Semua dosa-dosa lain, Allah melambatkan balasannya menurut kehendakNya


sehingga hari kiamat, melainkan dosa menderhaka terhadap kedua ibubapa,
maka sesungguhnya Allah akan mempercepatkan balasanNya kepada
sipenderhaka di kehidupan ini sebelum mati”.
(Riwayat al-Hakim dan al-Ashbahani)

98 | P E M I K I R A N DA N T A M A DU N I S L A M I C T U 1 5 1
Menderhaka bererti melakukan maksiat, pelanggaran dan tidak menunaikan
hak. Di antara kederhakaan seorang nak kepada ibubapanya ialah mereka
memandang rendah kepada ibubapanya semasa mereka marah, tidak
mentaati suruhan kepada kebenaran, tidak menghormati, tidak
memuliakannya, merasa malu untuk dikenali dengan nama ayahnya, enggan
memberi nafkah kepada ibubapa yang miskin sehingga kedua terpaksa
membuat pengaduan untuk mendapat perbelanjaan seharian, meninggikan
suara, melukakan hati dan seumpamanya.

Selain daripada tiga golongan utama tersebut, terdapat beberapa institusi


sosial Islam yang berkaitan secara langsung, iaitu Institusi Kekeluargaan,
Institusi Kejiranan dan Institusi Kemasyarakatan.

Institusi Kekeluargaan;
seperti merisik, pertunganan dan permasalahannya termasuk batasan
pergaulan antara lelaki dengan perempuan; perkahwinan (nikah), hukum dan
hikmat pernikahan; rukun-rukun nikah; wali dan syarat-syarat wali; syarat-
syarat saksi; perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya; fasakh
nikah, talak dan tebus talak serta masalah-masalahnya; rujuk, idah, nafkah dan
sebagainya termasuk juga hadanah.

Institusi Kejiranan;
siapa jiran?; kedudukan kejiranan dalam Islam; hak-hak jiran dan isu-isu
kejiranan.

Institusi Kemasyarakatan;
Apakah mayarakat Islam; ciri-ciri masyarakat Islam; asas-asas kehidupan
bermasyarakat dalam Islam; aplikasi hubungan sosial yang dinamik; dan isu-
isu kemasyarakatan kini.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 99
3.4 FAKTA TAMBAHAN

Pencapaian Cemerlang Tamadun Islam


Diskusi berkaitan pencapaian cemerlang dalam tamadun Islam hanya menfokuskan
kepada bidang-bidang di bawah sahaja, meskipun ia juga turut menyumbang dalam
aspek lain seperti arkitektur, kesenian dan lain-lainnya. Bidang yang disentuh di sini
adalah.

ASTRONOMI
Pada peringkat permulaan perkembangan ilmu astronomi, sarjana muslim banyak
merujuk kepada astronomi Yunani. Sebagai bukti, Almagest, yang merupakan
ensiklopedia astronomi agung karangan Ptolemy yang tertulis dalam bahasa Yunani
telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Yahya bin Khalid Al Barmaki.
Ensiklopedia ini kemudiannya menjadi antara rujukan penting bagi sarjana muslim
pada masa tersebut. Thabit Ibn Qurrah yang merupakan seorang ahli astronomi fasih
berbahasa Yunani. Buku karangan Al-Biruni, Qanun Al Masudi mengandungi
perbincangan mengenai astronomi, geografi dan matematik yang bersumberkan
astronomer yang sebelumnya iaitu Yunani, India dan Parsi. Ini menunjukkan
perkaitan antara ilmu astronomi Yunani dan perkembangannya dalam masyarakat
Islam pada masa tersebut.

100 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
Berikut adalah merupakan beberapa orang tokoh terkenal dalam bidang astronomi
dan sumbangan mereka kepada perkembangan ilmu astronomi di barat pada hari ini:

a. Abdul Rahman AI-Sufi


Beliau adalah orang yang pertama menulis buku mengenai astronomi.
Sumbangan beliau ialah mengkatalog bintang sehingga lebih daripada 1,000
jenis. Nama-nama ini terus digunakan oleh barat sehingga ke hari ini cuma
ejaannya sahaja telah diubah. Sebagai contob, Alghurab menjadi Algorab,
Aldabara menjadi Abdebara, altair menjadi atair, agrab menjadi acrab, aljadi
menjadi algedi dan sebagainya.

b. AI-Biruni
Beliau ialah Abu Al Raihan Muhammad ibn Ahmad Al Biruni. Beliau telah
mengemukakan teori auja' (jarak jauh antara sebuah planet dari fokusnya) dan
hadid (jarak terdekat sebuah planet dari fokusnya). Karya agungnya ialah Al
Mas'udi. Al-Biruni telah membincangkan tentang bumi yang berputar pada
paksinya 600 tahun lebih awal sebelum Galileo mengemukakan teorinya.
Beliau telah menjalankan pengukuran geodesi dan mengenal pasti magnitud
lilitan bumi.

c. Al-Bitruji
Beliau ialah Abu Jaafar Nuruddin Abi Ishak Alisybili Al Bitruji, berasal dari
Andalus. Beliau dikenali sebasai Albatregus dan Al Pitrazius di barat. Teori
beliau banyak mempengaruhi dunia barat sebagai contoh ialah teori helio
pusatan yang telah mempengaruhi ahli astronomi barat iaitu Copernicus.
Antara karya Al Bitruji ialah Al Taijah yang telah diterjemahkan oleh Michael
Scott (1217M) ke dalam bahasa Latin dan kemudiannya diterjemahkan ke
dalam bahasa Hebrew oleh Moses bin Tibbnon (1295M). Selain daripada itu,
Fi'al Hai'a merupakan karyanya yang terpenting yang menyentuh tentang
prinsip astronomi yang disiapkan pada tahun 1185M.

d. AI-Farghani
Beliau ialah Abu Al Abbas Ahmad bin Muhammad bin Kathir Al Farghani. Al
Farghani berasal dari Farghana, Transoxania, sebuah kota yang terletak di
Uzbekistan. Beliau mengarang buku Usul Falak yang menjadi bahan rujukan
bagi Coppernicus, bapa astronomi barat. Semasa Khalifah Al Ma'mun
membina sebuah observatori astronomi di Baghdad, Al Farghani memulakan
observasinya di sana.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 101
e. Jabir Ibnu Aflah
Beliau ialah Abu Muhammad Jahin bin Aflah dan berasal dari Seville. Jabir
telah mengarang kitab yang bertajuk "Kitab ai-Hay' a". Di dalam buku ini, beliau
mengkritik beberapa pandangan Ptolemi seperti pandangan yang mengatakan
bahawa planet-planet yang lebih dekat iaitu merkuri dan venus tidak
mempunyai „perubahan kedudukan sesuatu benda kerana perpindahan tempat
pengamat‟ yang dapat dilihat.

f. AI-Kindi
Beliau ialah Abu Yusuf Yaakub bin Ishak Al Kindi. Beliau dikenali sebagai
Alkandus di barat. Antara teori-teori yang pemah dikeluarkan oleh beliau ialah
ruang dan masa ini kontinum dan teori tentang masa dan kewujudan. Teori ini
dikemukakan kembali oleh Einstein, seorang ahli falsafah barat pada abad ke-
20.

g. Ibnu Yunus
Beliau ialah Abu Al Hassan Ali bin Abi Said Abdul Rahman bin Yunus As
Sadafi. Ibn Yunus adalah antara astronomi yang ulung kerana penemuannya
berupa bandul (ayunan) yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu
dalam meneropong benda-benda angkasa. Beliau adalah antara orang yang
terawal memperkenalkan balai cerap dengan menggunakan menara di masjid
Kaherah. Antara karyanya ialah "Az-Zij al-Kabir al-Hakimi", telah dianalisis dan
diteliti oleh Delambre. Karyanya yang lain ialah "Kitab al-Mail" dan "Kitab at-
Ta'dil al-Muhkam" yang membicarakan tentang gerhana matahari dan bulan. la
juga membicarakan tentang ukuran waktu ketinggian matahari, jadual-jadual
waktu solat dan daftar bayang-bayang.

Selain daripada tokoh-tokoh ini ramai lagi tokoh-tokoh lain yang turut memberi
sumbangan dalam perkembangan ilmu astronomi. Di antaranya ialah Al
Battani, Al Zaraqali, Al Khawarizme dan lain-lain lagi. Perlu diingat bahawa
sumbangan tokoh-tokoh ini telah banyak mempengaruhi perkembangan ilmu
astronomi di Barat. Sebagai contoh, Al Battani merupakan tokoh rujukan bagi
ahli astronomi barat sehingga ke abad 17, iaitu Copernicus, Kepler, Tycho
Brahe dan juga Galileo. Karya beliau yang teIah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin yang berjudul De Scientia Stellarum (Ilmu Sains Bintang) menjadi
rujukan penting di Eropah sehingga ke zaman Renaisans. Buku karangan

102 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
Abdul Rahman Al Sufi pula diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan
nama Figures of Stars telah dianggap oleh Sarton sebagai satu daripada karya
astronomi cerapan yang paling agung dalam Islam. Buku ini telah diedar
secara meluas di Eropah.

Ahli astronomi Islam bukan sahaja terdiri daripada orang-orang Arab, bahkan
terdapat ahli-ahli astronomi yang bukan berbangsa Arab seperti Abul Husayn
Al Sufi (903-986) adalah berketurunan Parsi. Buku beliau juga telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang berjudul Book of the
Constellations of the Fixed Stars menjadi antara rujukan yang penting di
Eropah.

Mengenai peralatan astronomi, astrolab umpamanya merupakan alat yang


sangat penting dalam bidang astronomi telah direka bentuk semula oleh
astronomi muslim. Mereka telah membina tiga jenis astrolab iaitu jenis satah,
memanjang dan sfera. Astrolab sfera tidak banyak tersimpan namun masih
terdapat di Universiti Oxford.

Akhir sekali, pengaruh ilmu astronomi muslim ini terhadap barat boleh dilihat
dalam penggunaan· perkataan seperti almanac daripada al-munakahah, nadir
daripada nazir dan alidade daripada al-idaaah. Begitu juga dengan nama-nama
bintang seperti algedi (Al-jadi), Altair (Al-Ta'ir) dan Deneb (Dhanab). Ini
menunjukkan bahawa ahli-ahli astronomi muslim telah banyak mempengaruhi
ahli-ahli astronomi barat dalam perkembangan ilmu ini. Namun begitu, apa
yang.dikesali ialah nama ahli-ahli astronomi muslim ini tidak diketengahkan
dalam pembelajaran ilmu astronomi di barat masa kini.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 103
MATEMATIK
Matematik merupakan salah satu daripada bidang sains. Pengetahuan dan
kemahiran tentang maternatik sangat penting dalam kehidupan seharian. lni kerana
manusia sentiasa menggunakannya dalam urusan berjual-beli, pembahagian harta
pusaka dan sebagainya. Bidang matematik merangkumi ilmu-ilmu seperti algebra,
geometri, trigonometri, sistem nombor dan sebagainya. Sistem angka yang kita
gunakan pada hari ini, iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 dipercayai berasal daripada
India tetapi oleh kerana mengalami perubahan besar berbanding angka asalnya,
maka sistem angka ini kini layak dikenali sebagai angka muslim. Dalam llmu
matematik ini, orang Islamlah yang pertama sekali memperkenalkan angka kosong
(sifar). Bukti asal-usul angka ini daripada India dapat dilihat dalam penulisan sarjana
muslim yang sering menyebut angka-angka tersebut sebagai angka India. Selain
daripada itu, sebuah karangan Al-Khawarizme yang bertajuk al-Jama' Wa al tafriq
Hisab al Hind (Tolak Tambah Dalam Ilmu Hisab India) menunjukkan beliau
terpengaruh dengan ilmu Hisab daripada India.

Dalam zaman keemasan umat Islam, telah lahir beberapa tokoh sarjana matematik
yang ulung. Di antara tokoh-tokoh Islam yang terkenal pada masa itu ialah seperti
berikut:

a. Umar bin AI Farukhan


Beliau dilahirkan di Baghdad dan merupakan pakar ilmu matematik di zaman
Al-Ma'mun serta dapat menguasai teori-teori matematik Yunani dan Parsi.
Beliau banyak membantu khalifah Al-Ma'mun dalam pembangunan ilmu
matematik pada masa ini.

b. AI Khawarizme
Beliau. ialah Muhammad Ibn Musa Al Khawarizme. Beliau berasal dari
Khawarizme, di sebelah timur laut wilayah Iran. Al Khawarizme telah
mengemukakan asal usul angka. Karya beliau yang mashur iaitu al-Jami wa al-
Talfiq bi Hisab al-Hind yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh
Prince Boniopagni pada abad ke 2M. Karyanya mengenai sistem nombor telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1120M dengan judul De
Numero Indorum. Beliau juga telah memperkenalkan teori algebra di dalam
kitabnya al-Makhtasar fi Hisab al Jabr wa al Muqabalah. Lantaran itu beliau

104 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
dikenali sebagai bapa algebra. Al Khawarizme telah memberi sumbangan
dalam formula tentang cara mengira luas segitiga, segiempat dan bulatan serta
menyatakan nilai (pi) dengan menggunakan hampiran 3 1/7 atau 22/7.

c. Thabit Ibnu Qurra


Beliau berasal dari Harran (Mesopotamia). Beliau telah memperkenalkan teori
yang berkaitan dengan geometri di zaman pemerintahan khalifah al Mu'tamid.
Beliau telah menyelesaikan kes persamaan kuasa tiga secara kaedah
geometri.

d. AIBattani
Beliau ialah Muhammad Ibnu Jabir Ibnu Sinan Abu Abdullah Al Battani. Beliau
yang dilahirkan di Battan adalah merupakan seorang tokoh dalam bidang
trigonometri. Al Battani dikenali sebagai Albateganius di Barat. Beliau telah
memperkenalkan teori tangen, kotangen, sin dan sinus yang digunapakai
sampai ke hari ini.

e. Omar Khayyam
Beliau berasal dari Parsi. Beliau terkenal sebagai orang yang banyak memberi
sumbangan dalam algebra. Berbeza dari Al Khawarizme yang banyak memberi
tumpuan dalam bidang quadratik, Omar Khayyam banyak memberi tumpuan
dalam bidang kubik. Teori ini banyak memberi sumbangan dalam
perkembangan ilmu ukur.

f. AI-Kindi
Beliau ialah Abu Yusof Yaakub Ibnu Ishak Al Kindi dan di Barat dikenali
sebagai Al Kindus. Beliau telah memberi sumbangan kepada tamadun dalam
berbagai-bagai bidang seperti muzik, astrologi, falsafah dan sebagainya.
Dalam ilmu matematik, Al Kindi memberi sumbangan dalam bidang aritmetik
dan geometri. Antara buku teks hasil tulisan beliau berkaitan dengan aritmetik
ialah Pengenalan Aritmetik, Manuskrip Tentang Penggunaan Nombor India,
Manuskrip Tentang Garisan dan Pendaraban Nombor, Manuskrip Tentang
Kuatiti Relatif, Manuskrip Tentang Penentuan Perkadaran dan Masa dan lain-
lain lagi.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 105
Selain daripada tokoh-tokoh ini terdapat ramai lagi tokoh yang terlibat dalam
memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu matematik dalam sejarah
Islam. Di antaranya ialah Al Karkhi, Ibn Al Layth dan Ibn Shuja'. Ilmu Matematik
ini telah berkembang ke Eropah dan menyinari dunia barat sehingga mereka
boleh mencetuskan revolusi perindustrian. Sarjana barat yang pertama sekali
memperkenalkan angka muslim ini ke barat iaIah Gerbert Aurillac. Beliau
pemah menuntut di Santa Maria de Ripoll, Catolina dan menulis tentang
angka-angka ini, tetapi malangnya angka muslim beliau tidak berjaya diterima
oleh barat kerana Eropah pada masa itu belum bersedia. Buku pertama yang
mengandungi angka muslim ini ialah al-Jam' wal-tafriq bi Hisab al-Hind (Tolak
dan Tambah dalam Ilmu Hisab India) karangan Al-Khawarizme.

Angka sifar yang diperkenalkan oleh orang Islam telah digunakan di barat.
Angka sifar mempunyai makna yang sangat besar dalam ilmu matematik.
Misalnya, angka 1 dan 100 adalah jauh berbeza dan perbezaan ini disebabkan
dua angka sifar yang terletak di belakang angka 1. Angka sifar ini telah
mempengaruhi dunia Barat sehinggakan perkataan zero dalam bahasa
Inggeris adalah berasal daripada sifar dalam bahasa Arab. Fibonacci, yang
juga dikenali sebagai Leonardo Pisa menulis buku Matematik Liber Abaci pada
tahun 1202 dan dalam tulisan itu beliau menterjemahkan perkataan sifar Arab
ini sebagai zephirium dalam bahasa Latin. Dalam tahun 1490, Maximus
Olanudes telah memperkenalkan istilah tzipha iaitu sifar dan istilah ini popular
di barat sehingga ke abad 16 M. Di Itali pula, sifar dikenali sebagai zenero,
cenero dan zephiro. Penggunaan perkataan sifar ini menunjukkan betapa barat
telah terpengaruh dalam ilmu Matematik ini daripada Islam.

Dalam konteks ilmu algebra pula, ia telah diperkenalkan oleh sarjana


matematik muslim iaitu, al-Khawarizme. Sebelum itu, walaupun ilmu algebra
dikatakan terdapat dalam sains tamadun Babylon, India dan Yunani tidak
sampai ke tahap yang boleh dinamakan algebra. Asal nama algebra ialah
daripada tajuk buku yang ditulis oleh Al Khawarizme pada tahun 820 iaitu Al
Jabr Wa Al Muqabala. Buku ini telah diterjermahkan ke dalam bahasa Latin
oleh Gerard Cremona dan juga oleh Robert Chesterdan diperkenalkan ke
Eropah dengan tajuk Ludus Algebrae et Almicgrablaeque. Beginilah betapa
besarnya pengaruh ilmu Islam ke dalam masyarakat Barat.

106 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
PERUBATAN
Perubatan dalam Islam banyak terpengaruh dari teori perubatan Yunani. Oleh itu,
teorinya banyak terpengaruh dengan teori humor Yunan. Tubuh badan manusia
dilihat terdiri daripada empat humor iaitu; darah, lendir, hempedu kuning dan
hempedu hitam. Gabungan antara unsur-unsur tersebut menentukan jenis angin
yang terdapat pada anggota tubuh si pesakit. Penyakit dilihat sebagai ketidak
seimbangan humor dalam tubuh badan dan mengubati penyakit melibatkan proses
mengembalikan keseimbangan ini.

Perkembangan ilmu perubatan Islam boleh dikategorikan kepada dua tahap. Tahap
pertama ialah zaman penterjemahan dan tahap kedua ialah zaman penemuan oleh
tokoh tokoh agung Islam dalam ilmu perubatan. Pada tahap pertama banyak buku-
buku terutamanya dari Yunani telah diterjemah ke dalam bahasa Arab. Proses
penterjemahan telah bermula dari zaman Umayyah dan kemuncaknya ialah pada
zaman Abbasiyah. Pada tahap kedua pula, ia menunjukkan perkembangan tokoh
ilmuan Islam dalam mengeluarkan teori-teori dan menghasilkan ciptaan-ciptaan baru
dalam bidang perubatan. Di antara tokoh-tokoh yang telah muncul pada masa ini
ialah seperti berikut:

a. Al Razi
Beliau ialah Muhammad Abu Bakar Ibn Zakariyya Al Razi dan dikenali sebagai
Rhazes di barat. Beliau telah mengarang 200 buah buku berkaitan dengan ilmu
perubatan. Di antara tulisannya membicarakan tentang campak cacar dan
campak biasa di mana hasil penulisannya ini telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Eropah. Kitab al-Hawi dan Kitab al-Mansur adalah dua buah karangan
beliau yang teragung. Kitab al-Hawi mengandungi semua ilmu perubatan
Yunani, Parsi dan Arab. Buku ini disusun mengikut pengalaman beliau sendiri.
Buku ini telah diterjemahkan oleh Faraj bin Salim ke Bahasa Latin pada tahun
1279M. Beliau juga merupakan pengasas perubatan psikosomatik. Beliau telah
menggunakan beruk untuk percubaan-percubaan garmakiloginya.

b. Al Zahrawi
Beliau ialah Abu Qassim Khalaf Ibnu Abbas Al Zahrawi, dan dikenali sebagai
Abul-Casis di barat. Beliau merupakan tokoh pembedahan yang handal dan
pemah berkhidmat sebagai doktor di istana Al Hakam II. Al-Zahrawi telah
mengarang buku yang bertajuk Kitab al-Tasrif. Buku ini menjadi rujukan

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 107
penting di dalam bidang surgeri pada hari ini kerana ianya mengandungi
nasihat kesihatan, alat-alat dan teknik surgeri dan cara-cara rawatan. Beliau
juga telah menulis mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral,
dan haiwan yang terkenal sebagai Liber Servitoris dalam bahasa Latin.

c. Ibn Sina
Beliau ialah Abu Ali Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina dan dikenali sebagai
Avicenna di barat. Beliau yang berasal dari Bukhara telah dianggap sebagai
tokoh perubatan, falsafah dan fisiologi di Barat. Ibn Sina telah menghafal Al
Quran ketika berumur sepuluh tahun dan semasa berumur dua puluh satu
tahun beliau berjaya mengubat penyakit ganjil Raja Noah yang gagal untuk
diubat oleh doktor-doktor lain yang lebih berpengalaman. Karyanya yang
termashur ialah al-Qanun Fi al-Tibb (Canon of Medicine) yang membicarakan
tentang asas umum perubatan, penyakit organ-organ tertentu, penyakit biasa
seperti demam dan ubat-ubatan sebatian. Buku ini menjadi buku rujukan dalam
bidang perubatan di semua universiti di Eropah sehingga tahun 1650M. Beliau
merupakan orang yang mula-mula sekali mendapati rasa manis air kencing
orang yang berpenyakit kencing manis dan menemui parasit manusia "guinea
worm". Ibn Sina telah menjadi doktor kepada beberapa orang khalifah seperti
khalifah di Gurgan, Isfahan dan Hamadan.

d. Hunain Ibn Ishak


Beliau pemah menjadi doktor peribadi khalifah Ibn Abbas dan banyak
menterjemah buku perubatan Yunani dan Suryani ke dalam bahasa Arab.
Beliau adalah seorang yang pakar dalam ilmu perubatan opthamology (ilmu
mata) di mana beliau telah menulis lebih 100 buah buku. Antaranya ialah al-
Masail fi al-Tibb Ii alMuallim dan Ikhtiyar al-Adwiyah al-Muhriqah.

e. Ibn Zuhr
Beliau ialah Abu Marwan Ibn Zuhr dan berasal dari Andalus. Ibn Zuhr yang
dikenali sebagai Avenzore di Barat, adalah merupakan seorang yang pakar
dalam bidang farmasi. Beliau telah menerangkan tentang penyakit tumor
mediastinal (ruang antara dua bahagian besar sesuatu organ misalnya di
antara paru-paru kanan dan kiri) dan penanahan di dalam ruang tersebut.
Antara karyanya ialah Kitab al-Iqtisab fi Islah al-Anful wa al-Ajsad dan Kitab al-
Taysir fi al-Mudaat wa al-Tadbir. Buku ini membicarakan tentang penjagaan
kesihatan, perubatan amali dan penyediaan ubat dan diet.

108 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
f. Yuhanna bin Musawaih (Mesue Senior)
Beliau adalah seorang yang berbangsa Suryani dan beragama Kristian. Juga
dikenali dengan nama Janus Damascenus. Beliau yang merupakan seorang
doktor pakar dalam bahagian mata, telah dilantik sebagai penterjemah di Baitul
Hikmah oleh Harun Al-Rashid dan bertugas untuk menterjemah buku-buku
kedoktoran dari bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab. Beliau telah
menterjemah lebih dari empat puluh buah buku. Antaranya ialah al-Burhan, al-
Mushajjar, al-Hummayat, al-Taman wa al-Kamal, al-Hamman, al-Siwa wa al-
Sununat dan lain-lain lagi. Beliau menentang keras penggunaan pencahar
(purgative) dikalangan orang Yunani dan Romawi. Beliau telah
memperkenalkan penggunaan lazatif yang sederhana seperti senna, cassia,
fistule, asam jawa dan jujup.

Selain daripada tokoh-tokoh ini, ramai lagi tokoh-tokoh lain yang telah memberi
sumbangan dalam memperkembangkan ilmu perubatan seperti Ibn Yazar, Al-
Kindi, Abu Imran Musa Ibn Maymun (Maimonides) dan Ibn Rushd. Ahli
perubatan di zaman ini terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan agama. Ada
yang tidak beragama Islam seperti Yuhana ibn Musawayh.

Ilmu perubatan Islam ini telah berkembang ke barat. Banyak buku-buku


perubatan Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Sebagai
contoh; buku al Tasrif karangan Al Zahrawi telah diterjemahkan oleh Gerard
Cremonadan pada peringkat awalnya ia terkenal di ltali dan menjadi ikutan
pakar bedah di sana. Dalam abad ke 13 buku ini telah menjadi manual
pembedahan Roger Pharma. Begitu juga dengan buku Qanun fi al Tibb
karangan Ibn Sina telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dengan
nama Canon of Medicine. Ensiklopedia perubatan karangan Ibn Rushd Kulliyat
fi al Tibb juga turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan ia menjadi
buku teks di Eropah pada Zaman Renaisans. Ini menunjukkan bahawa buku-
buku karangan sarjana Muslim dalam bidang perubatan ini menjadi sambutan
utama di Barat pada satu masa dahulu.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 109
KIMIA
Dalam bidang kimia bahan sarjana Islam telah mewarisi ilmu ini dari kimia Yunani di
Iskandariah. Bukti pewarisan ini dapat dilihat dalam bentuk peralatan dan teori kimia
muslim di peringkat awalnya. Misalnya, alat penyuling kimia muslim adalah sama
dengan alat penyuling Iskandariah. Jadi, boleh dikatakan bahawa ilmu kimia dalam
zaman sains Islam banyak terpengaruh dengan ilmu kimia Yunani.

Ramai tokoh-tokoh sarjana muslim telah lahir di zaman perkembangan ilmu kimia di
dalam masyarakat Islam. Di antara tokoh-tokoh Islam yang. terlibat dalam bidang
kimia ialah:

a. Khalid Ibn Yazid


Beliau yang merupakan seorang ahli kimia yang paling awal telah menterjemah
teks kimia Iskandariah ke dalam bahasa Arab. Ibn Yazid telah menulis kitab al-
Hararat yang membicarakan tentang kimia. Beliau menyatakan bahawa kimia
zahir mempunyai kaitan dengan kimia kerohanian.

b. Ibn Hayyan
Beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan As-Sufi. Beliau yang dikenali sebagai
Geber di barat telah menulis 22 buah buku mengenai kimia dan dianggap
sebagai bapa kimia moden. Bapanya ialah seorang penjual ubat di Kufah, Iraq.
Ibn Hayyan adalah orang yang pertama menemui "oil of vitriol" (asid sulfrik),
asid nitrik, aqua regia dan bahan-bahan korosif.

c. Al Razi
Beliau ialah Muhammad Abu Bakar Ibn Zakariyya Al Razi. Beliau adalah
seorang ahli kimia yang sangat aktif membuat ujikaji kimia sehingga kesan
daripada ujikaji tersebut menyebabkan penglihatannya menjadi kabur. Al Razi
menerangkan secara terperinci tentang kaedah-kaedah untuk melebur logam,
proses penghasilan secara pemejalwapan, penyulingan, penghabluran dan
penurasan. Beliau juga memperkenalkan beberapa alat ujikaji seperti bikar,
kelalang, kaserol, lesung dan sebagainya. Al-Razi telah membahagikan zat
kimia kepada tiga bahagian iaitu tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mineral.
Beliau mengatakan tumbuh-tumbuhan termasuk benda-benda yang
mengandungi unsur-unsur kimia.

110 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
Tokoh-tokoh lain dalam bidang kimia ialah seperti Al-Farabi, Abu Musalamah
Al-Majriti, Abdul Qasim Al Iraqi, Jabir Al-Jusi, Utarid Muhammad, Dhul Nun Al-
Misri, Abdul Hakim Muhammad Al-Kathi dan lain-lain lagi. Ilmu kimia Islam ini
telah berkembang ke barat. Banyak perkataan yang digunakan dalam ilmu
kimia moden pada hari ini berasal dari Bahasa Arab. Di antaranya ialah alkohol
dan alkali. Buku al-Tasrif karangan Al Zahrawi yang banyak juga
membincangkan tentang ilmu kimia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa
Inggeris.

BIOLOGI
Pengkajian biologi dari perspektif Islam berbeza dari perspektif sekular. Islam
mengkaji biologi dari aspek hubungan manusia dengan benda-benda hidup serta
kekuasaan Allah. Manakala sekular pula mengkaji biologi dari aspek hubungan
benda-benda hidup dengan alam sekeliling sahaja tanpa dikaitkan dengan zat Yang
Maha Agung. Tulisan terawal oleh sarjana Muslim tentang zoologi menggunakan
ilmu Aristotle dan mengandungi unsur-unsur teori evolusi, adaptasi dan psikologi
haiwan. lni menunjukkan perkaitan antara ilmu biologi Islam dan ilmu biologi Yunani.

Dalam sejarah perkembangan biologi, lahir beberapa orang tokoh biologi Muslim
yang telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan biologi moden. Di
antara tokoh-tokoh itu ialah:

a. Ali Abbas
Beliau dikenali sebagai Haly Abbas. Beliau telah menghasilkan ensaiklopedia
perubatan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris iaitu The Whole
Medical Art.

b. AI-Jahiz
Beliau berasal dari Basrah. Al Jahiz telah menulis buku yang bertajuk "Kitab al
Hayawan" yang menceritakan tentang adaptasi haiwan dengan alam sekeliling
dan persaingan antara haiwan-haiwan untuk hidup.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 111
c. Muhammad Al Damiri
Beliau berasal dari Mesir. Beliau telah mengarang sebuah kitab yang bertajuk
''Hayat al-Hayawan". Buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris
pada tahun 1906 oleh Jayakar Al Domawari dengan judul Encyclopedia
Botanica. la mengandungi enam jilid dan menerangkan mengenai ilmu
tumbuhan secara terperinci.

Tokoh-tokoh lain yang terlibat ialah Zakaria Al-Qazwani, Ibn Qutaibah, Al-
Dimasyqi, Ishak Yuda, Ibn Wahshiyya, Al-Mas'udi dan lain-lain lagi. Ilmu biologi
Islam telah berkembang ke barat . lni dapat dilihat dalam penggunaan
perkataan seperti rice daripada al-ruz, sugar daripada sukkar, orange daripada
al-naranjadan, cotton daripada al-qutn dan sebagainya.

FIZIK
Sejarah Islam juga menyaksikan pencapaian yang tinggi dalam bidang fizik dan turut
menyumbang kepada peradaban dunia hari ini. Ilmu fizik telah berkembang ke barat
terutamanya melalui penulisan oleh Ibn Haitham. Idea sains penglihatan oleh Ibn
Haitham menjadi ilham kepada barat untuk dijadikan bahan tulisan bertajuk
Perspective Communis oleh John Peckham.

Ramai tokoh-tokoh Islam telah lahir sebagai orang yang pakar dalam bidang fizik.
Antaranya ialah:

a. Ibn Bajjah
Beliau dikenali di barat sebagai Avenpace. Beliau telah memperkenalkan
sebuah teori yang dikenali sebagai Teori Avenpace. Teori ini telah disokong
oleh St. Thomas dan Duns Scotes. Teori tentang pergerakan ini Sangay
penting kerana dari teori inilah lahimya idea-idea Galilio tentang hukum-hukum
pergerakan moden. Galilio menulis teorinya ini dalam buku Pisan Dialogue.

112 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
b. Al Razi
Beliau juga turut memberi sumbangan dalam perkembangan fizik moden.
Beliau mengemukakan banyak teori yang berkaitan dengan ruang, masa dan
gerakan.

c. Ibn Haytham
Beliau ialah Abu Ali Al Hassan Ibn Al Hassan Ibn Al Haytham. Beliau telah
mengemukakan teori tentang pembiasan cahaya melalui udara dan air. Teori
ini sangat berguna dalam bidang optik. Melalui teori ini pakar-pakar mata boleh
mencipta kanta-kanta yang sesuai untuk mata yang kurang penglihatan.
Karyanya yang menjadi rujukan di barat ialah al-Manazir. Dalam
penyiasatannya tentang fajar, beliau mengaitkannya dengan pembiasan
atmosfera dengan cara menentukan ketinggian matahari sebagai 19 di bawah
ufuk ketika fenomena ini terjadi. Beliau juga mempunyai pemahaman yang
mendalam tentang pembentukan imej dalam cermin.

Selain daripada tokoh-tokoh ini, ramai lagi tokoh-tokoh lain sama ada
beragama Islam ataupun bukan Islam, yang telah memberi berbagai
sumbangan kepada perkembangan tamadun di barat. Hasil daripada
sumbangan inilah lahimya zaman renaisans di barat. Di antaranya ialah Ishak
Ibn Umratli Ishak Ibn Sulaiman Al Yahudi, Umar Ibn Isa Al Musali, Ali Ibn
Abbas Al Majusi, Abu Jaafar Al Ghafiqi, Ghiyath Al Din Syirazi dan lain-lain lagi.
Mereka memberi sumbangan dalam beraneka ragam ilmu pengetahuan seperti
geografi, geologi, pertanian, farmasi, muzik dan sebagainya.

Masyarakat pada masa tersebut terdiri daripada berbagai-bagai bangsa seperti


Arab, Yaman dan Parsi, yang berpegang kepada pelbagai ajaran agama
seperti Islam, Kristian dan Yahudi telah hidup aman damai dan bersatupadu
dalam usaha untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan membina satu
budaya hidup yang cemerlang. lni menunjukkan bahawa Islam telah berjaya
menyatu padukan masyarakat berbilang kaum dan agama di bawah panji
pemerintahan Islam. Secara langsung ia menolak hujah yang mengatakan
bahawa pemerintahan Islam tidak dapat dilaksanakan dalam negara
bermasyarakat majmuk.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 113
PERANAN DAN KEPENTINGAN ILMU
Peranan dan kepentingan ilmu kepada manusia memang tidak apat dinafikan. Antara
kepentingan tersebut ialah:

1. Mengenal Pencipta
Manusia biasanya bertanya dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke
hati. Selain itu manusia juga biasa mengungkapkan tak kenal maka tak cinta.
Ini bermakna seseorang itu perlu mengenali dan mengetahui terlebih dahulu
sesuatu perkara barulah muncul rasa cinta, kasih dan sayang.

Begitu juga hakikat hidup insan bila dikaitkan dengan Pencipta. Mereka
mestilah mengenali siapakah Pencipta mereka, barulah timbul rasa cinta. Untuk
mengenali Pencipta manusia perlu memiliki ilmu.

Firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 18, bermaksud:

Ilmu yang diadunkan dengan pemikiran yang waras dan bersih akan sampai
kepada suatu tahap yang membawa manusia mengenali Penciptanva.
Seterusnya manusia akan berfikir untuk memantapkan lagi pegangan tersebut.

Berfikir adalah penting, terutamanya mengenai anutan kepercayaan. Ini


disebabkan pegangan dan kepercayaan merupakan perkara pokok dan dasar
dalam hidup manusia. Kerana itu taqlid (mengikuti tanpa berfikir) adalah
dilarang sama sekali. Taqlid, terutamanya dalam soal pegangan kepercayaan
boleh membawa manusia ke arah kepalsuan dan kebatilan.

Adalah suatu yang malang bagi manusia yang dijadikan dengan penuh
keistimewaan dan keindahan tetapi dilarang menggunakan akal. Tidak dibenar
membuat pertanyaan-pertanyaan terhadap perkara yang begitu penting di
dalam menentukan hala tuju kehidupan, yang implikasinya bukan sahaja di
dunia tetapi juga di akhirat. Dengan berfikir dan mengkaji; kemurnian pegangan
akan diperolehi.

114 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
2. Menyempurnakan Ibadat
Rasa cinta, kasih dan sayang akan mendorong manusia untuk mengikuti dan
membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Perbuatan
tersebut dilakukan kerana melaksanakan perintah Allah SWT.

Hakikat ini sesuai dengan kejadian dan tanggungjawab manusia itu sendiri,
iaitu untuk beribadat kepada Allah SWT sebagaimana yang disebut di dalam
surah al-Dhariyat ayat 56, bermaksud:

3. Memelihara Ketinggian Martabat Manusia.


Gambaran ketinggian martabat rnanusia yang berilmu dapat dilihat dalam
firman Allah SWT, antaranya:

 Surah al-Mujaadalah ayat 11, bermaksud:


"... nescaya Allah SWT meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu
dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..."

 Surah az-Zumar ayat 9, bermaksud:


"Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan mereka yang tidak
mengetahui".

 Surah Faathir ayat 28, bermaksud:


“Sesungguhnya yang takut kepada Allah SWT di antara hamba-hamba-Nya,
hanyalah ulama (orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah
SWT)".

Ayat-ayat di atas cukup jelas menggambarkan bahwa Allah SWT mengangkat


martabat golongan yang berilmu pengetahuan. Mereka ditinggikan darjat
berbanding dengan orang-orang yang jahil.

Kedudukan mereka juga tidak sama. Orang-orang yang berilmu. dipandang


mulia dan diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Mereka
disanjung dan diberikan pelbagai penghargaan.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 115
Orang yang berilmu adalah orang yang takut kepada Allah SWT. Mereka takut
untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang dan ditegah. Mereka sentiasa
berwaspada dalam hidup dan tidak terjerumus ke lembah yang dimurkai Allah
SWT.

Orang berilmu mengatur kehidupan berdasarkan syariat. Mereka tidak akan


tunduk kepada desakan orang-orang yang meianggar perintah Allah SWT.
Mereka juga tidak akan mengikuti pujukan-pujukan dan tidak terpengaruh
dengan hasutan dan kemewahan dunia.

Adalah merupakan suatu pengbinaan kepada kehormatan dan kemuliaan


manusia seandainya manusia tunduk kepada sesama makhiuk. Ketundukan
sama ada dalam bentuk menyembah kepada batu-batu, pokok-pokok kayu
atau ketundukan dengan mengikut sistem-sistem yang dibuat (digubal) oleb
manusia tanpa keizinan Allah SWT.

4. Mengatasi Kejahilan Umat (Manusia)


llmu dapat mengatasi kejahilan manusia. Sebelum diutuskan Rasullullah saw,
manusia (bangsa Arab) berada dalam keadaan jahiliah. Mereka bukannya tidak
ada teknoiogi, tetapi mereka tidak mengenal dan tidak mengabdikan diri
kepada Pencipta.

Kedatangan Islam telah mengubah suasana tersebut. Hasilnya telah lahir para
ilmuan yang menggoncang dunia dengan keilmuan mereka. Misalnya Saiddina
Ali dengan lautan ilmunya, Saiddina Abu Bakar, Omar, Othman dan lain-lain. Di
zaman Umaiyyah dan Abbasiah pula telah wujud gedung-gedung ilmu dengan
gelaran Baitul Hikmah, Darul Hikmah dan lain-lain. Waktu itu para ilmuan telah
berlumba-lumba mengadakan “research". Selain daripada berjaya menulis
buku-buku yang berkaitan dengan berbagai ilmu, mereka juga diberi ganjaran
yang lumayan oleh pemerintah.

Tokoh-tokoh yang lahir, bukan mahir dalam satu bidang sahaja. Malah mereka
merupakan golongan profesional dalam berbagai-bagai bidang. Al-Kindi (mati
873 M) misalnya, selain daripada seorang failasof, beliau juga mahir dalam
bidang logik, fizik, politik, psikologi, etika, matematik, astronomi, perubatan,
muzik dan sejarah. Al-Farabi (mati 98.5 M). seorang failasof, mempunyai otoriti

116 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
dalam berbagai-bagai bidang termasuklah sains, ekonomi dan politik. Ibn Sina
(mati 1037 .M), ah;i failasof mahir dalam berbagai-bagai bidang antaranya
perubatan, falsafah, metafizik, logik, psikologi, kimia, fizik. dan sastera. Imam
al-Ghazaii (mati 1111 M) bukan sahaja terkemuka dalam bidang agama tetapi
juga seorang kritikus yang tajam terhadap falsafah, dan ilmu-ilmu
kemasyarakatan. Begitu juga dengan Ibn Majah (mati 1126 M) dan lain-lain
(sekadar menyebut beberapa nama sahaja), mereka merupakan ulama yang
terkemuka di samping ahli failasof yang mahir dalam berbagai-bagai bidang
keilmuan (Mohd Idris al-Jauzi 1990: 23).

Pepatah lama ada menyebut; "yang bulat tidak akan datang menggolek, yang
pipih tidak akan datang melayang". Begitulah dengan ilrnu. Ia tidak diperolehi
dengan mudah. Manusia mesti berusaha mencari dan rnenuntutnya. Hakikat ini
disebut dalam Surah al-Nahl ayat 43, bermaksud:

5. Mencapai. Kebahagiaan dan Kejayaan (al-Falah) Dalam Hidup


Semua manusia inginkan kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup. Misalnya
Mat jenin dalam cerita rakyat, ia juga memiliki keinginan untuk bejaya dalam
hidup. Soalnya apakah yang dikatakan kejayaan dan bagairnana kejayaan itu
boleh dicapai?

Setengah manusia mengukur kebahagiaan dan kejayaan itu dengan melihat


status kehidupan seseorang. Sekiranya mereka memiliki kereta mewah yang
besar menjalar, rumah yang indah tersergam bagaikan istana, wang yang
melimpah ruah, itulah kebahagiaan dan kejayaan.

Malah terdapat juga manusia yang merasakan bahagia apabila kepuasannva


dapat dipenuhi. Kepuasan seks - nafsu syahwat, kepuasan memiki harta yang
banyak, isteri yang cantik dan sebagainya. Kerana itu sudah menjadi perkara
lumrah setiap pertolongan itu dibalas dengan kebendaan; wang ringgit dan
sebagainya.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 117
Dalam Islam kebahagiaan dan kejayaan bukan sekadar kenikmatan sementara
di dunia sahaja. Tetapi dikatakan kebahagiaan dan kejayaan yang sebenar
apabila manusia dapat mencapainya di dunia dan di akhirat. Apabila manusia
lulus ujian semasa di dunia.

Di dunia mereka memiliki kemewahan hidup hasil daripada usaha yang halal.
Kemewahan hidup tersebut tidak menghalang mereka daripada mengingati
Allah SWT, malah digunakannya untuk menegakkan syariat-Nya.

Di samping itu, mereka juga memperolehi ketenangan hidup sehingga mampu


untuk beribadat kepada Allah SWT tanpa gangguan dan haIangan oleh urusan-
urusan dunia sama ada siang atau malam.

Seterusnya mereka memperolehi kemuliaan dan disanjung oleh manusia


kerana sikapnya yang tidak pernah sombong, hipokrit dan meninggi diri. Malah
ia begitu mudah memberi pertolongan, baik hati, penyayang, pemurah, pemaaf
dan sebagainya. Jelasnya diri mereka dipenuhi dengan sifat-sifat yang baik.

Manakala di akhirat pula ja diberikan balasan yang baik oleh Allah SWT -
syurga yang dipenuhi dengan segala kenikmatan dan keindahan yang tidak
pernah ia terlintas semasa hidup di dunia.

Al-Quran menjelaskan ciri-ciri ini atau sifat manusia yang bejaya antara lalnnya
ialah mereka sentiasa taat dan takut kepada Allah SWT, mereka sentiasa
mengingati Allah SWT, mereka menjauhkan diri daripada amalan-amalan
syaitan dan riba, mereka menyeru ke arah kebaikan dan mencegah
kemungkaran, berjihad di jalan Allah SWT s.w.t dan sentiasa membersihkan
diri (jiwa) daripada sifat-sifat tercela dan diisi dengan sifat-sifat terpuji (al-
Quran, al-Qasas :67; al-Nur :31; al-Maidah :35; al-Imran:104, 130 & 135; al-
Taubah :88; al-„Araf :69; al-Anfal :45; al-Shams :9-10).

Kedua-dua sumber ini akan membawa manusia ke arah kesejahteraan. Ia


memandu ke arah kejayaan. Al-Quran menjelaskan dalam surah al-Baqarah

118 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
ayat 185 bermaksud:

Rasulullah saw juga bersabda, bermaksud:

Dalam surah ar-Ra'd ayat 11 Allah SWT berfirman, maksudnya:

Dalam al-Quran banyak ayat-ayat dan surah-surah yang menyebutkan


mengenal masa dan kepentingannya. Salah satu daripadanya ialah surah al-„-
Asr ayat 1-3, bermaksud:

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 119
Pertama : Amal Soleh
Amal soleh secarn umumnya ialah ibadat yang dilakukan oleh individu yang
melaksanakan tanggungjawab dirinya dengan Allah SWT. Ia merupakan kerja-kerja
kebaikan dalam kehidupan seharian seperti solat, puasa, zakat, haji, berzikir,
beristighfar, tahmid, baca al-Quran dan sebagainya.

Termasuk juga dalam hal ini, perbuatan atau amalan yang dikenali sebagai amal
jariah. Secara umumnya amal jariah ialah kerja-kerja yang dilakukan dalam bentuk
memenuhi kepentingan masyarakat. Ia melibatkan perkara yang memberi manfaat
kepada manusia secara umumnya dan menyelesaikan masalah umat Islam secara
khususnya. Termasuk dalam bidang ini ialah membina jalan raya, masjid, tandas
awam, perhentian bas dan sebagainya. Rasulullah saw telah bersabda antara lain
maksudnya:

 Ilmu dan akal merupakan dua unsur yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-
duanya adalah hadiah, kurniaan dan penghargaan yang paling tinggi diberikan
Allah SWT. Kewujudan akal, kewibawaan dan peranannya dalam kehidupan
merupakan asas dan dasar utama untuk manusia diberikan tanggungjawab,
menjelas, menyebar dan menerima kebenaran.

 Akal menjadikan cara manusia bertindak berbeza dengan makhluk-makhluk


lain. Segala rahsia alam yang terpendam dibongkarkan. Penyelidikan,
penilaian dan perancangan aktiviti disusun dengan rapi dan teratur, tepat dan
berkesan. Dengan ini tamadun umat dan dunia dapat dicapai.

 Perlu disedari bahawa akal bukan sekadar berperanan untuk berfikir ke arah
kemajuan dan kenikmatan hidup di dunia semata-mata. Malah sepatutnya
berfungsi untuk membangunkan diri agar dapat mewujudkan kehidupan yang
agung dan tinggi nilainya; mencapai al-falah - kejayaan dan keberuntungan
dunia dan akhirat.

120 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
 Berdasarkan hakikat ini, nyatalah bahawa; Ilmu Allah SWT, Ilmu Wahyu, Ilmu
Kenabian, Ilmu Alam Ghaib dan Ilmu Metafizik adalah merupakan matlamat,
menjadi teras dan asas kepada Ilmu Manusia, Ilmu Akal, Ilmu Alam Syahadah
dan Ilmu Fizikal atau Sains dengan segala bidang dan rantingnya.

 Inilah kedudukan tabie dan semulajadi. Hanya dengan kedudukan fltrah dan
semulajadi ilmu, manusia dapat melaksanakan tugasnya untuk membina
tamadun umat dan tamadun manusia yang menepati dengan fltrah semulajadi.
Tamadun yang membawa kebahagiaan dan keberuntungan hidup dunia dan
akhirat.

 Seandainya manusia berpandu kepada kekuatan daya intelektual semata-mata


(tanpa berpandukan Ilmu Wahyu), sudah pasti pembangunan yang dibawa dan
dilaksanakan merupakan pembangunan keduniaan, kebendaan atau fizikal
semata-mata yang boleh membawa kepada keruntuhan, penindasan,
kezaliman, kerosakan dan penyelewengan kepada manusia.

3.5 AKTIVITI
Bagi tujuan lebih mempermudahkan kefahaman serta memantapkan pengetahuan
berkaitan bab ini, anda adalah digalakkan untuk:

a. Bagi setiap kumpulan kecil, sediakan biografi khalifah agung dalam sejarah
empayar Islam silam dengan sumbangannya.

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 121
b. Senaraikan semua negara Islam masa kini dan populasi umat Islam semasa.

c. Kumpulkan grafik ciptaan-ciptaan tokoh Islam silam dalam bidang sains,


perubatan, astronomi, matematik dan sebagainya menggunakan enjin carian
(images) di internet.

122 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1
3.6 SOALAN REVISI

a. Jelaskan pencapaian gemilang bagi setiap era selepas era Rasulullah


sehingga ke era Uthmaniyyah. (10m)

b. Bincangkan 4 faktor pengaliran ilmu Islam ke tangan bukan Islam di barat.


(10m)

c. Bincangkan mana-mana 4 tokoh sarjana Islam dan sumbangannya terhadap


sains dan teknologi moden. (10m)

C T U 1 5 1 I P E M I K I RA N DA N T A M A DU N I S L A M | 123
124 | P E M I K I R A N DA N T A M A D U N I S L A M I C T U 1 5 1

You might also like