You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI UPSR

SK KG SIMUNUL, SEMPORNA

KERTAS KERJA MENGANJURKAN


PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN TAHUN 6
PERINGKAT SK KG SIMUNUL SEMPORNA 2013

1.0 PENDAHULUAN

Program motivasi ini adalah program yang telah dirancang oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling. Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid
yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2013, untuk memperlengkapkan diri murid-
murid dengan kemahiran belajar secara efektif dan untuk mengetahui persediaan awal
yang perlu diberi perhatian agar murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan dapat
mengetahui corak pembelajaran yang sesuai dan berguna kepada mereka.

2.0 OBJEKTIF

 Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang potensi mereka untuk menjadi insan
yang cemerlang,gemilang dan terbilang
 Memperlengkapkan murid-murid dengan kemahiran belajar yang efektif
 Meningkatkan aras motivasi murid-murid serta meningkatkan semangat daya saing
yang tinggi sesama mereka
 Memantapkan murid-murid dengan cara-cara yang berkesan dalam menjawab soalan-
soalan peperiksaan
 Membantu murid-murid dari pelbagai aspek pembelajaran dan sosial
 Memberi pendedahan komunikasi dan bersosial yang efektif
 Persediaan awal untuk mengulangkaji pelajaran sebelum tibanya peperiksaan yang
sebenar

3.0 MATLAMAT

 Melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek.

4.0 SASARAN

 Semua murid-murid tahun 6

5.0 ANJURAN

 Unit Bimbingan dan Kaunseling


KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI UPSR
SK KG SIMUNUL, SEMPORNA

6.0 TENAGA PENGGERAK

 Guru Besar dan barisan pentadbir SK KG Simunul


 Ajk Unit Bimbingan dan Kaunseling
 Semua guru-guru tahun 6
 Ketua-ketua Panitia
 Unit Disiplin

7.0 CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN

 10 Jun 2013 – 17 Jun 2013

You might also like