You are on page 1of 9

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) ARUMUGAM PILLAI

ஆஆஆஆஆஆஆஆ ஆஆஆஆஆஆ ஆஆஆஆஆஆஆஆஆஆஆஆ


08007 SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN
TEL: 04 - 4421154 FAX: 04 - 4421154

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL


KALI PERTAMA TAHUN 2017

Tarikh :- 11.01.2017 (RABU)


Masa :- 2.00 – 4.00 petang
Tempat :- Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran :
1. Pn.K.Udeamalar (Penolong Kanan Pentadbiran)
2. Pn. G.Malathy (Pengerusi Panitia Bahasa Tamil)
3. Pn.M.Saraspathi (Setiausaha Panitia Bahasa Tamil)
4. Pn.A.Vasukee (AJK)
5. Pn.R.Khothainayagi (AJK)
6. Pn.B.Joothi (AJK)
7. Pn.B.Ponggody (AJK)
8. Pn.M.Manimegala (AJK)
9. Pn.S.Kogila (AJK)
10. En.M.Sivan Chandiran (AJK)
11. Pn.C.Sarasu (AJK)
12. Pn.N.Thanaletchumy (AJK)
13. Pn.A.Danaletchumy (AJK)
14. Pn.M.Rajaletchumy (AJK)

1.0 Perutusan Pengerusi

1. Pn.G.Malathy pengerusi panitia Bahasa Tamil mengucapkan selamat datang kepada


ahli – ahli panitia Bahasa Tamil.
2. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK atas kerjasama
yang diberikan pada tahun lalu dan diharap tahap komitmen yang sama dapat
dikekalkan pada tahun ini.
2.0 Perutusan Guru Besar
3. Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru.
4. Beliau berharap agar semua guru Bahasa Tamil dapat bekerjasama bagi mencapaI
kelulusan 100% bagi mata pelajaran Bahasa Tamil dalam UPSR dan juga petaksiran
yang dijalankan pada peringkat sekolah.
5. Beliau telah menyentuh perkara berikut;
Perhatian yang khusus perlu diberikan kepada murid tahun 6 yang bakal menduduki
UPSR agar murid tersebut dapat memperoleh keputusan cemerlang iaitu A dalam
Pemahaman dan Penulisan.

3.0 Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.


6. Pn.M.Saraspathi selaku setiausaha panitia membentangkan minit mesyuarat yang
lalu.
7. Minit mesyuarat 4/2016 telah dicadang oleh Pn.B.Ponggody dan disokong oleh
Pn.B.Joothi.
Makluman : Semua Guru BT
4.0 Perkara Berbangkit

8. Murid-murid yang masih lemah dalam Bahasa Tamil perlu diberi bimbingan secara
individu dari masa ke semasa. Terutamanya pada waktu PdP. Selain waktu PdP guru
– guru juga boleh menggunakan waktu lapang murid iaitu pada waktu pagi, pada
waktu rehat dan waktu balik iaitu sementara menunggu van. Ini akan memberi kesan
yang positif.

5.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Panitia


Ketua Panitia : Pn.G.Malathy
Setiausaha : Pn.M.Saraspathi
AJK Pn.A.Vasukee
Pn.R.Khothainayagi
Pn.B.Joothi
Pn.B.Ponggody
Pn.M.Manimegala
Pn.S.Kogila
En.M.Sivan Chandiran
Pn.C.Sarasu
Pn.N.Thanaletchumy
Pn.A.Danaletchumy

Maklumkan Semua Guru BT


Maklumat Mata Pelajaran
9. Senarai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu adalah seperti
berikut :
TAHUN NAMA GURU
1 Tamarai Pn.M.Rajaletchumy
1 Mullai Pn.S.Kogila
2 Tamarai Pn.G.Malathy
2 Mullai Pn.A.Danaletchumy
2 Alli Pn.C.Sarasu
3 Tamarai Pn.M.Manimegala
3 Mullai En.M.Sivan Chandiran
3 Alli Pn.C.Sarasu
4 Tamarai Pn.A.Vasukee
4 Mullai Pn.C.Sarasu
4 Alli Pn.M.Saraspathi
5 Tamarai Pn.B.Ponggody
5 Mullai Pn.R.Khothainayagi
5 Alli Pn.B.Joothi
6 Tamarai Pn.G.Malathy
Pn.B.Joothi
6 Mullai Pn.R.Khothainayagi
Pn.B.Ponggody
6 Alli Pn.M.Rajaletchumy
Pn.A.Danaletchumy
6.0 Target Akademik / Headcount

*Lihat Lampiran

7.0 Perancangan Tahunan Panitia

*Lihat Lampiran

8.0 Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)

10. Semua guru mata pelajaran harus memastikan bahawa DSKP bagi kelas yang
diajar telah difailkan sebelum sesi persekolahan dimulakan.
11. Penyemakan fail DSKP akan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan Akademik pada minggu pertama persekolahan.
Tindakan Semua Guru BT

9.0 Rancangan Pengajaran Tahunan / Harian


12. Semua guru harus memastikan supaya Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
telah difailkan dan sebelum sesi persekolahan dimulakan.
13. Semua guru yang mengajar Bahasa Melayu boleh merujuk fail DSKP panitia
bagi menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut takwin
sekolah 2017.
14. Rancangan pengajaran harian adalah mengikut format yang dibekalkan oleh ketua
panitia agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. (Lampiran 1)
15. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang telah difailkan akan disemak oleh
oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik pada minggu pertama
persekolahan.
Tindakan Semua Guru BT

10.0 Penggunaan Buku Latihan / Buku Kerja


16. Bilangan penggunaan buku latihan yang ditentukan oleh panitia bagi semua
kelas adalah seperti berikut :
TAHAP BILANGAN BUKU
4 buku latihan kecil
 Tatabahasa / Pemahaman 1
1  Tatabahasa / Pemahaman 2
( Tahun 1 – 3)  Ejaan
 Tulisan
1 buku nota (panjang)
 penulisan
2 buku latihan kecil
 Tatabahasa
2  Seyyul & Mozhiyani
( Tahun 4 – 6) 4 buku nota (panjang)
 Pemahaman
 Soalan 21, 22, 23
 Latihan Bina Ayat / Karangan
Bergambar
 Latihan Penulisan

Tindakan Semua Guru BT


11.0 Penggunaan Buku Teks
17. Para guru diseru untuk mengoptimumkan penggunaan buku teks semasa Pdp.
18. Guru harus memastikan murid telah membalut buku teks dengan pembalut buku
plastik dan menggunakan buku tersebut dengan berhemah.

Tindakan Semua Guru BT


12.0 Penggunaan ICT / VLE / ABM / BBM
19. Guru mata pelajaran digalakkan untuk melaksanakan Pdp melalui penggunaan
peralatan ICT yang telah dibekalkan oleh pihak KPM.
20. Guru-guru disarankan untuk merancang aktiviti Pdp yang dapat mengalakkan anak
murid untuk menggunakan komputer dalam bilik darjah sebagai langkah
pendedahan teknologi kepada mereka.
21. Guru-guru boleh mendapatkan bahan pengajaran atau bahan rujukkan dari laman
Frog-Vle sebagai rujukan tambahan dalam pelaksanaan Pdp. Para guru boleh
merujuk dengan Penyelaras Vle Sekolah sekiranya terdapat sebarang kemusyikilan.
22. Semua ABM / BBM telah pun dikemaskini dengan bantuan serta kerjasama semua
guru dan staf sokongan sekolah bagi memudahkan penggunaan para guru bagi sesi
pembelajaran dan pengajaran 2017 .
23. Guru-guru diseru agar mengunakan ABM / BBM bagi tujuan Pdp. Perekodan
penggunaan bahan-bahan tersebut adalah diwajibkan dalam buku yang disediakan.

Tindakan Semua Guru BT

13.0 Penyemakan Buku Latihan

24. KPI bagi penyemakan buku yang telah ditentukan semasa mesyuarat adalah 2 hari
persekolahan. Ini bermakna guru –guru dikehendaki menanda latihan dan hasil
kerja murid dalam tempoh tersebut tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah.
25. Para guru juga harus memeriksa tarikh dan hari dari segi ejaan serta data agar dtulis
dengan betul oleh murid.
26. Semakan hasil kerja murid / latihan murid akan dinilai oleh Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan Akademik sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun mengikut
jadual yang ditetapkan

Tindakan Semua Guru BT


14.0 PdP / Pencerapan Guru
27. Pdp yang dijalankan perlulah merangkumi aspek pembelajaran abad ke 21 seperti
konsep ‘trafic light’, ‘parking lot’, pemberian ganjaran, ‘behavior chart’ dan
sebagainya.
28. Aktiviti Pdp yang dirancang perlu terdiri daripada pelbagai aras dan diselit dengan
didik hibur agar objektif Pdp dapat dicapai secara efektif dan afektif.
29. Pencerapan guru akan dijalankan minimum sebanyak dua kali setahun mengikut
Standard 4 SKPM secara klinikal.
30. Jadual pencerapan guru akan ditampal di bilik guru untuk makluman dan
tindakan para guru.
31. Dapatan hasil pencerapan akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa
untuk tindakan susulan meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran
murid.

Makluman Semua Guru BT


15.0 Sudut Mata Pelajaran di Bilik Darjah
32. Guru kelas harus menyediakan sudut mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas.
33. Guru mata pelajaran harus menampal hasil kerja dan kreativiti murid termasuk
hasil murid yang berlandaskan I-Think (peta pemikiran) atau bahan hasil murid
sendiri dan harus ditukar dari semasa ke semasa.
34. Hasil kerja murid boleh simpan dalam fail murid sebagai bahan rujukan atau
bahan bukti pelaksanaan Pdp.

Tindakan Semua Guru BT

16.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Peperiksaan


35. Guru mata pelajaran harus mengemaskinikan data dalam modul offline dalam
masa yang ditetapkan oleh Penyelaras PBS.
36. Guru mata pelajaran juga perlu mengisi data markah murid dalam sistem
SAPSNKRA pada tarikh yang dimaklumkan oleh Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

Tindakan Semua Guru BT


17.0 Analisa Item
37. Guru mata pelajaran diwajibkan untuk membuat analisa item sejurus selepas
penyemakan setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah.
38. Apabila kelemahan murid dapat dikenalkan pasti melalui analisa item, guru dapat
merancang tindakan / langkah susulan bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Tindakan Semua Guru BT

18.0 ‘Professional Learning Communities’ (PLC)


39. Guru Besar menyarankan agar sesi ‘Professional Learning Communities’ diamalkan
kerana PLC merupakan aspek yang diwajibkan dalam Pelan Pembangunan
Pendididikan Malaysia agar meningkatkan kualiti Pdp serta nilai profesionalisme
dalam kalangan guru.
40. Maka, jadual PLC akan diedarkan oleh Guru Penolong Kanan Akademik agar sesi
PLC dapat dimulakan secepat yang mungkin.

Tindakan Semua Guru BT

19.0 Anggaran Belanja Mengurus (ABM)


41. Semua Panitia mata pelajaran diminta membuat perancangan perbelanjaan tahunan
berdasarkan peruntukan 2017 yang telah diterima oleh pihak sekolah. Produser
kewangan perlu dipatuhi sepenuhnya.
42. Guru Bahasa Tamil yang memerlukan bahan bantu mengajar boleh membuat
pesanan kepada ketua panitia.

Makluman Semua Guru BT

20.0 Hal-hal lain


43. Guru harus berhati-hati semasa menegur murid agar tidak menyinggung perasaan
murid melalui pertuturan dan tindakan guru. Namun begitu, ketegasan guru tetap
dititikberatkan.
44. Semua guru bertanggungjawab terhadap maklumat yang dipaparkan dalam portal
PPD. Guru tidak boleh memberikan alasan bahawa tiada internet dan lain-lain sebab.
45. Persembahan murid semasa perhimpuan perlu diberi perhatian agar kualiti
persembahan dapat ditingkatkan lagi.

7.0 PENUTUP
46. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------ -------------------------------------
(MALATHY A/P GNAUSELAM) (PN.K.UDEAMALAR)
PENGERUSI, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PANITIA BAHASA TAMIL SJK(T) ARUMUGAM PILLAI

You might also like