You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

PROGRAM I-THINK PERTAMA 2017

Tarikh : 26 Jan 2017


Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Guru SJK(T) Ladang Jendarata bhg 3

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar
3. Perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Senarai tugas
4. Perancangan Strategik
5. Pengurusan Fail
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan
Kehadiran :
1) EN.R.SANKAR (guru besar)
2) PN.G.SAGUNTHALAI
3) CIK.N.GUNATHEESWARY
4) EN.THARMARAJ
5) PUAN.M.KUMARI RAJI
6) PUAN.RENUKA
7) PN.L.THENKANEE
8) EN.MAJDI
9) PN.JANAKI
10) PN.THAMAYANTHI
11) CIK.ANASTAZCIA
12)PN.MOGANASUNTHARI

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan Guru Besar dan
Guru Kanan di atas kesudian menghadirkan diri ke mesyuarat Program I-
Think kali Pertama Tahun 2017.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang menjadi
pasukan pemandu sekolah yang boleh membudayakan kemahiran berfikir
melalui program I-Think ini dan pengerusi juga mengucapkan tahniah
kepada guru yang berjaya menyiapkan kursus i-think dalam talian .
Sebanyak 70% guru telah berjaya menyiapkan kursus tersebut dan
selebihnya disarankan supaya menyiapkan kursus dalam talian tersebut.

2. Ucapan penasihat

2.1 Guru Besar memulakan ucapan dengan kata-kata aluan. Beliau


mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadirkan
diri ke mesyuarat Program I-Think kali Pertama Tahun 2017

2.2 Penasihat juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang menjadi
pasukan pemandu sekolah yang boleh membudayakan kemahiran berfikir
melalui program I-Think ini.

2.3 Beliau berharap agar mesyuarat ini boleh menggalakkan guru menggunakan
peta pemikiran yang sesuai semasa pdp dan murid menggunakan peta
pemikiran dalam pembelajaran mereka.

3. Perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Senarai Tugas

3.1 Pengerusi menjelaskan bahawa semua guru adalah pasukan pemandu bagi
program I-Think sekolah.
3.2 Berikut adalah senarai tugas bagi pasukan pemandu Program I-Think
Sekolah adalah seperti berikut:-
i. Sentiasa memberi bimbingan kepada guru-guru yang kurang
memahami atau memerlukan bimbingan tentang penggunaan peta
pemikiran.
ii. Memperkenalkan peta pemikiran kepada murid.
iii. Membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap penggunaan peta
pemikiran dalam pdp guru
iv. Pelaksanaan Program I-Think secara berterusan
Tindakan: Makluman

4. Perancangan Strategik

4.1 Pengerusi menjelaskan berdasarkan lampiran. (rujuk lampiran)


Tindakan: Makluman

5. Pengurusan Fail

5.1 Pengerusi menyatakan terdapat empat fail khas yang diwujudkan untuk
program I-Think iaitu:-
i. Fail Surat Pekeliling
ii. Fail Surat-menyurat (minit mesyuarat dan surat penggilan mesyuarat)
iii. Fail Perancangan Strategik
iv. Fail Bahan-bahan yang berkaitan dengan Program I-Think
Tindakan: Makluman

6. Hal-hal lain

6.1 Pengerusi berharap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan peta
pemikiran seiring dan akan dipupuk dalam setiap murid untuk meningkatkan
kemahiran berfikir dan meningkatkan daya imaginasi (berfikir di luar kotak)
serta suka bertanya. Untuk memupuk KBAT dalam setiap murid, beliau
mencadangkan pertandingan menghasilkan soalan yang bercirikan KBAT dan
pemenang akan diberi penghargaan.
Tindakan: Makluman

6.2 Guru Besar mengarahkan agar memperbanyakkan lembaran nota bagi


kelapan-lapan peta pemikiran dan ditampal di setiap kelas supaya
mengukuhkan ingatan murid mengenai bentuk dan konsep alat pemikiran I-
Think. Beliau juga menggalakkan penggunaan peta pemikiran dalam pdp
terutamanya semasa pencerapan dan amnya semasa pdp dijalankan

Tindakan: Makluman

Tindakan: Makluman

6.3 Pn .Thenkanee inginkan kepastian pemantauan untuk program I-Think ini


adalah dari segi pelaksanaan program I-Think di sekolah atau dalam pdp.
Guru Besar memaklumkan pemantauan akan dibuat berdasarkan
pelaksanaan program secara menyeluruh termasuk pengurusan, pdp dan
murid serta persekitaran sekolah.
Tindakan: Makluman

6.4 Pn. Thenkanee juga mencadangkan agar guru memperkenalkan lapan


isyarat tubuh badan peta pemikiran semasa perhimpunan pagi. Pengerusi
memaklumkan aktiviti tersebut telah dimasukkan ke dalam pelan tindakan
pelaksanaan program I-Think peringkat sekolah..
Tindakan: Makluman

6.8 Pengerusi memaklumkan sudut I-Think/papan kenyataan untuk memaparkan


maklumat yang berkaitan program I-Think harus diwujudkan di setiap kelas.
Tindakan: Makluman
7. Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh
Jawatankuasa Pemandu dan berharap segala yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya serta akan meningkatkan guru serta murid
menggunakan peta pemikiran sebagai alat berfikir.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………….. ………………………..
(PN.M.KUMARI RAJI) (EN.R.SANKAR)
Setiausaha Program I-Think Guru Besar

You might also like